bicara
Dan berunding
Kerana dalam diri
Ada ego dan sombong
Pesan utk suami
sahabat dulu berkata
Aku berhias utk isteriku
sebagaimana isteriku berhias utk ku
PELIHARALAH DIRI MU 🌿
🌿Peliharalah AKHLAQ mu kerana ianya KEHIDUPAN mu.
🌿Peliharalah AGAMA mu kerana ianya NYAWA mu.
🌿Peliharalah BUDI PEKERTI mu kerana ianya PERHIASAN hidupmu.
🌿Peliharalah AMALAN mu kerana ianya pakaian AKHIRATmu.
🌿Peliharalah LISAN mu kerana ianya MARUAH mu.
🌿Jadikanlah KEKAYAAN sebagai bekalan berbuat KEBAJIKAN.
🌿Jadikanlah KESABARAN sebagai benteng menghadapi KESUSAHAN.
🌿Jadikanlah NUR yang ALLAH kurniakan sebagai pendorong berbuat KETAATAN.
🌿Jadikanlah AKHLAK MULIA sebagai perhiasan bunga KEHIDUPAN.
🌿Jadikanlah MASA dan KESEMPATAN sebagai modal berbuat AMAL.
Di akhirat ada satu api yg mana neraka lain minta berlindung daripada api itu
Api dari telaga habab
Hebat sungguh api ini hingga ditakuti oleh neraka lain, berada di neraka paling tinggi..hawiyah
jika kita bercita-cita menjadi pokok yang tinggi , maka bersedialah untuk dipukul angin .
jika kita memilih menjadi sang rumput , maka bersedialah untuk dipijak dan terus diinjak .
ujian itu lumrah hidup , maka UBATNYA adalah SABAR
Ingat mati tidak menyebabkan kita mati
Walaupun seribu kali sehari kita
Ingat mati
Mati terjadi sbb sampai ajal
Maka lebih baik kita mati
Di saat kita ingat mati..
Kesilapan ketua keluarga*
ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.
Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.
Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah..ya Allah sedihnya..
Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya..terlupa.beri salam..pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp...
Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..
Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak...
Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..
Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta.
Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga
Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta'lim rumah.
Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.
Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?
Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita..
Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak.langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.
Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki..mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.
Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.
'Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya'
Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami.
Rumah paling rendah taraf di Syurga
Pintu drp emas..
Atas dunia duduk dalam rumah mewah
Mati belum tentu..
Tak sampai masa
tak mati...
Tapi sampai masa
Tak dapat buat apa
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita tidak akan tega untuk terus bersengketa.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menghargai setiap pertemuan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan bersedia memaafkan bahkan melupakan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menekuni ketaatan dan meminggirkan kemaksiatan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan banyak memberi dan kurang menerima.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan memandang segalanya penuh cinta…penuh hiba! “
Jangan harapkan ucapan terima kasih
Daripada manusia
Kerana kita ingin memberi
Lagi
Sehingga terbukanya pintu
Syurga..
Setiap orang ada nilai
Yang berbeza
Kita jgn mudah marah
dgn perbezaan
Kita mungkin perlukan sedikit pengorbanan
Utk bersama dgn nilai yg berbeza itu
Berbeza itu adalah kesabaran
maka berbeza itu keindahan..
Cintai pasanganmu kerana cintamu kepada Allah. Cintai dengan cara-cara yang dicintai oleh Allah.
Sesungguhnya cara mencintai yang benar dapat menghantarkan kita menuju surga Allah.
Ada org kata
Jodoh adalah rahasia Tuhan. Tugas kita hanyalah berusaha mendapatkan yang terbaik.
*MUHASABAH BUAT HATI*
Yang kita dapat,
Tak semestinya kita suka,
Yang kita minta,
Belum tentu yang terbaik buat kita.
Yang terbaik buat kita,
Tidak semestinya Allah suka.
*Belajarlah redha dengan apa yang kita ada,*
*Kerana itulah yang terbaik buat kita...*
*Walaupun itu bukan yang kita suka...*
Belajar tawakal dari ujian.
Belajar redha dari ketentuan.
Berdamailah dengan masa silam dengan memaafkan diri mu dan orang lain. Lupakan kisah silam tetapi jangan diabaikan pengajarannya. 🍃🍃🍃
Berdamailah dengan masa depan dengan bersangka baik dan membina harapan. Fikir tetapi jangan khuatir. 🌸🌸🌸
Hanya dengan berdamai dengan masa depan dan masa silam kita akan mempunyai kekuatan dan keyakinan menghadapi masakini.
Ustz. Abu Bakar:
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah*
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah*
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah*
*Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu*
*Imam Ibn Qayyim*
Untuk yang kami cintai sepenuh hati, semoga lekas sembuh. Sabarkan hati. Kamu adalah pejuang terhebat inspirasi bagi kami semua.
Dari Allah-lah penyakit. Allah jualah yang menyembuhkannya.
Semoga bertambah keimanan kita dengan segala musibah dari-Nya.
No comments:
Post a Comment