Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Monday, April 10, 2017
KTP 012
Bila seseorang ditegur atas kesalahannya, lalu mula 'menyerang' peribadi & ungkit kesalahan lalu orang yang menasihati, itulah tanda nafsu amarah sedang kuasai minda sehingga cuba mencari 'excuse' untuk merasa diri tetap lebih baik dari yang lain.
Paling minima, usahakan DIAM ketika menerima nasihat yang benar, JANGAN terus komen, ambil masa untuk berfikir, jika benar apa yang ditegur, maka ambillah.Jika salah teguran itu, biarlah.. tidak perlu membalas khususnya jika penegur GUNA BAHASA MENGHINA & MENGUTUK. Membalas teguran seperti itu hanya akan gembirakan nafsunya sahaja. Benar memang 'pedih' bersabar tapi inshaAllah berguna seperti pahitnya ubat. Insha Allah
- Muhasabah Diri-
Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab.
Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat.
Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)
Berdoalah dengan adab-adab menurut sunnah seperti berikut :-
1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan boleh menyapu muka di akhir doa.( sapu wajah selepas doa ada khilaf ulama kerana hadisnya diperdebat kerana dikatwgorikan sbg dhoif, namun Al-Hafidz Ibn Hajar dalam kitab Bulughul Maram berijtihad bahawa hadis-hadisnya saling mengukuh maka boleh diamalkan, bagi yang nak tinggalkan juga boleh. Namun ulama mazhab as-Syafie seperti Izzudin abd salam menolak amalan sapu muka lepas doa, demikian nukilan Al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj,1/370)
2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang)
3. Hadir hati, Khusyu' dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
4. Datangkan rasa 'confirm' doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.
6. Membuka doa dengan 'Majami' al-Hamd' (induk dan penghulu lafaz pujian kepada Allah swt - thukah kalian bacaannya? selawat ke atas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemikian.
7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
8. Memahami doa yang dipinta.
SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib.
#DrZaharuddinAbdRahman
[ 5 TIP PELABURAN BERKAT ]
1. Kenali pelaburan jenis jangka panjang
atau pendek yg dikehendaki berdasarkan kemampuan kewangan diri.
2. Pastikan pelaburan yg halal dengan mencari maklumat drpd penasihat syariahnya.
3. Melabur dengan jumlah lebihan simpanan bukannya pinjaman.
4. Jangan lupa berzakat atas wang yang dilaburkan jika cukup nisab walaupun tiada keuntungan & perbanyakkan sedekah.
5. Utamakan kajian & analisa risiko sebelum melabur & tidak terikut -ikut dengan maklumat 'dengar-dengar'.
*** Petikan dari ;
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Majalah Al-Ustaz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment