Tuesday, April 04, 2017

Koleksi Tazkirah Pilihan KTP Siri 001

Bersahabatlah dengan insan2 yg akan membawa kamu ke Syurga dan jika kamu mencari pasangan maka carilah pasangan yg akan membawa kamu ke Syurga. Hakikatnya kita tidak mampu untuk bersendirian untuk mencari kebenaran kerana kelemahan iman dan ilmu menyebabkan kita terkapai2 tanpa haluan. Selain dari syafaat Nabi s.a.w serta Al Quran, orang2 shalih juga akan memberi syafaat kepada insan2 yg merapati mereka. Ikatan persahabatan yg mendorong utk mencari redha Allah ia tidak terikat dgn apa2 kepentingan duniawi atau urusniaga. Walaupun mungkin kita tidak ada apa2 manfaat meterial dari mereka sekurangnya mereka menenangkan kita, mendapat nasihat , serta adakala mereka juga dapat menyelesaikan masalah dunia kita samada dengan DOA mereka atau infaq mereka.
Kita perlu HADAM bahawa kehidupan itu SEMENTARA. Kesemua yg kita miliki adalah PINJAMAN. Atas apa yg kita lihat dan miliki maka ia tidak kekal dan akan hilang satu persatu termasuk orang yg tersayang. Justeru kita perlu hadam bahawa kita bukan diperintah untuk membuat persiapan untuk hidup lama didunia tetapi menggunakan dunia untuk mencari akhirat.
Ingatlah Syurga bukan diperolehi disebabkan title kita sebagai seorang muslim tetapi PERLAKSANAAN kita di dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.
~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR.
Cp



Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam 7 perkara :
Pertama, seseorang itu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya;
Kedua, seseorang itu menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu;
Ketiga, memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati;
Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita.
Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram.
Keenam, Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah;
Ketujuh, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah serta takut kepada sifat riak dan munafik.


Kesedihan di dunia biasanya berpunca daripada harta yang berkurangan, anak yang bermasalah, perhubungan suami atau isteri yang tertekan, kerjaya gagal, hutang mencekik atau pergaulan sesama manusia yang menyakitkan hati.Kehidupan akan dilalui penuh kesedihan jika mudah putus asa.Kegagalan bukan bererti kalah. Hakikatnya hanyalah kemenangan yang bertangguh. Jika dia pandai memujuk hatinya dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, nescaya kejayaan akan dimiliki.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” – (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.
Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.
Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.
Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.


No comments: