Monday, April 10, 2017

KTP 010


BELAJAR DARI API
Suatu hari Rabiatul Adawiyah keluar dari rumahnya lalu terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membakar ayam.
Ketika dia melihat ayam itu dibakar, air matanya mengalir. Lelaki yang sedang membakar ayam itu hairan lalu bertanya,
"Apa yg membuatkan engkau menangis wahai Rabiatul Adawiyah??"
Rabiatul Adawiyah lantas menjawab, " Binatang dimasukkan ke dalam api ketika ia telah mati tetapi manusia di akhirat kelak dimasukkan ke dalam api dalam keadaan hidup dan tidak akan mati..."
Dalam sebuah kisah yang lain seorang anak kecil kelihatan sedang menangis teresak-esak, apabila ditanya oleh ibunya mengapa dia menangis maka dia menjawab "Saya melihat ibu tadi ingin menyalakan api dapur meletakkan kayu-kayu yang kecil terlebih dahulu kemudian baru meletakkan kayu api yang besar, saya terfikir dan khuatir di akhirat nanti Allah mencampakkan dulu budak-budak kecil berdosa dalam api neraka terlebih dahulu kemudian baru orang besar".
Demikian adalah sekelumit kisah mengenai orang yang mengambil pengajaran dalam hidupnya pada setiap pandangannya terhadap sesuatu sehingga dia menjadi semakin takut kepada Allah.


Jangan nilai orang yang bergelumang dengan dosa itu ahli neraka.
☘🌸 Tapi, nilailah diri kita layakkah ke syurga kalau semua kebaikan yang kita lakukan hanya untuk dapat pujian manusia.
☘🌸Sebaik² insan adalah yang sentiasa merasa dirinya tidak sempurna dan merasa dirinya sentiasa ada kekurangan dan melakukan kesalahan serta kesilapan.



Mengapa orang kafir sebaik mana pun tetap dimasukkan ke dalam neraka.
Jawapan yang membuat seorang pemuda terdiam.
Pemuda: Ada seorang yang terlalu baik, anti rasuah, membina masjid, rajin menderma sehingga hidupnya dikorbankan untuk menolong orang, lalu suatu hari telah meninggal dunia dan dia bukanlah seorang muslim. Dia akan masuk syurga atau neraka ?
Dr. Zakir Naik:
Neraka.
Pemuda: Eh ? Kan dia orang baik. Kenapa masuk neraka ?
Dr. Zakir Naik:
Kerana dia bukan Muslim.
Pemuda: Tapi dia orang baik. Ramai orang dapat manfaat dan bantuan disebabkan dia, bahkan umat islam juga. Malah pembinaan masjid. Apakah jahat kah tuhan kalau orang sebaik dia dimasukkan ke dalam neraka juga.
Dr. Zakir Naik:
Allah swt tidak jahat, tapi hanya adil.
Pemuda:
Adil dari segi mana ?
Dr. Zakir Naik:
Kamu sekolah setakat mana ?
Pemuda: Saya ini master sains lulusan USA, kenapa ?
Dr. Zakir Naik:
Bagaimana kamu boleh mendapat lulusan master sains dari USA ?
Pemuda: Kerana saya belajar di sana. Pelajar lulusan universiti sana.
Dr. Zakir Naik:
Apakah nama kamu didaftarkan di sana. Kamu mendaftar ?
Pemuda: Ya, terang jelas, ijazah nya masih baru.
Dr. Zakir Naik:
Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu tetap ke sana, hadir setiap kuliah, senyap2 ambil peperiksaan, malah kamu telah mendapat markah yang sempurna, adakah kamu akan mendapat ijazah. ?
Pemuda: Tentu tidak. Itu namanya mahasiswa haram, walaupun dia bijak, dia tidak berdaftar sebagai mahasiswa, universiti mempunyai peraturan nya.
Dr. Zakir Naik:
Bermakna universiti kamu itu jahat, ada orang yang begitu bijak tidak diberikan ijazah hanya kerana semata-mata tidak mendaftar ?
Pemuda: Terdiam.
Dr. Zakir Naik:
Bagaimana ?
Pemuda: Ya. Itu bukan jahat. Itu adalah peraturan. Mahasiswa itulah yang bersalah kerana dia tidak mahu mendaftar, akibatnya dia tidak mendapat ijazah dan gelaran resmi dari kampus.
Dr. Zakir Naik:
Lihatlah. Universiti pun mempunyai peraturan nya sendiri, apatah lagi peraturan dunia dan akhirat ini. Kalau syurga diibaratkan ijazah, dunia ibarat bangku kuliah, maka syahadah ibarat pendaftaran. Maka tidak mungkin kita akan diakui dan mendapat ijazah, walaupun kita mengikuti kuliah dan mampu melaluinya dengar gemilang. Ini adalah peraturan. Menerapkan nya bukanlah kejahatan tetapi merupakan keadilan.
Pemuda: Terdiam. Tanpa berkata2.

No comments: