Manusia membencimu itu bukanlah perkara yang besar, akan tetapi apabila kamu membuat perkara yang ALLAH benci itulah perkara yang besar.
Orang lain sibuk mengejar syurga tiada masa diluangkan waktu dengan perkara yang lagha/lalai.
أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمِ
Sifat yang ada pada diri kita tidak selamanya kekal ianya boleh berubah.
Berhati-hati dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan laknatullah.
Apabila ALLAH menghendaki kebaikan pada seorang hamba, dipermanisNya dia." Ditanyakan (kepada Rasulullah s.a.w), ‘Bagaimana Ia mempermanisnya?’ Baginda saw menjawab, " DibukakanNya baginya amal soleh sebelum matinya, lalu dimatikanNya dia atas amal soleh itu."
(HR Ahmad dan Thabrani)
Adakah segala nikmat yang Allah kurniakan kpd kamu telah menyebabkan lemah dan layunya urat temulangmu untuk kamu berdiri membela agamaNya bila dihina ? Adakah kamu ingin termasuk dari golongan yg pengecut dan tidak bersyukur dan tidak mengenang budi ?Lihatlah betapa kenikmatan dan kesenangan itu telah memperdaya dan melemahkan kamu .
Sesungguhnya makin banyak bercakap perkara dunia, makin jauh dengan perkara akhirat.
Hati makin inginkan perhatian manusia dan makin tidak merasai ALLAH Maha Melihat.
Jangan terpedaya dengan kelicikan syaitan dan ketamakkan hawa nafsu.
Makin kita diam, makin kita nikmati hikmahNya. Subhanallah.
In Shaa ALLAH.
Sekiranya Manusia Mengetahui Keburukkan Percakapan Dan Hawa Nafsu, Mereka Akan Melarikan Diri daripada Keduanya Sebagaimana Mereka Lari Daripada Harimau.
Imam Asy Shafi'i
Barangsiapa yang beristiqamah dalam beristighfar, Allah akan memberi jalan keluar dari setiap kesempitan, menghindarkan dari setiap kecemasan dan memberi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
(HR Abu Daud)
Ya ALLAH...
Peliharalah kami dan seluruh keturunan kami seperti mana Engkau memelihara golongan orang-orang yang soleh dan golongkan kami dalam golongan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Setitis kebencian yang ada di dalam hati akan membawa penderitaan.
Buangkan rasa kebencian itu.
Tanamkan rasa cinta pada ALLAH.
Ucapkanlah ..لآإِلَهَ إِلاَّ اللهُ
Ketenangan akan mula dirasai.. In Shaa ALLAH.
Siapalah kita nak berpesan, siapalah kita nak bagi nasihat...siapalah nk dengar....
Ini semua bisikan nafsu dan setan yg sentiasa menghalang kebaikan.
Jgnlah kamu menanti suara kamu dpt didengar di seluruh pelusuk dunia baru kamu nak berpesan pesan, cukuplah kamu memenuhi tanggungjwb kamu sekadar yg termampu dan bagi Allahlah penilaiannya.
No comments:
Post a Comment