Tuesday, December 05, 2017

KTP 055

Ya Allah jauhkan aku ahli keluargaku dan sahabat ku daripada neraka.
Sesungguhnya aku tak mampu berhadapan dgn penjaga neraka bengis,ganas dan kasar..kekuatan nya dapat mengalahkan seluruh manusia.
ya Allah takutnya.
rujuk surah attahrim ayat 6


Sahabat, ingatlah apabila menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu dari keluar rumah kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak mampu membuka pintu yang dikunci pintu yg telah disebut nama Allah . Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."~(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)''
~ZIKIR/ STANDBY MAGHRIB


Jangan bersedih sahabatku
Bila Allah menguji kita, maka jauhkan hati dari keluhan dan tingkatkan iman dalam setiap langkah


Jangan resah bila ada yang membencimu kerana masih banyak yang mencintaimu di dunia ini. Tetapi resahlah bila Allah membencimu kerana tak ada lagi yang mencintaimu di akhirat



Semakin kita mengenal Allah maka semakin luas kasih sayang Nya


Perelokan kata-kata kita
kerana ia juga
satu sumbangan ketenangan untuk sahabat kita


Kenapa cinta harus kerana Allah.
Kerana itu lah
jalan Bahagia


alangkah indahnya jika setiap kerja kita ingat pada Allah..maka terasa setiap detik itu menjadi ibadat yang tak putus-putus.
di mana Allah dalam hatimu..


Seteruk mana pun 
perjalanan hidup kita
jangan berhenti teruskan
berjalan


orang boleh menghina kita
namun kita berhak untuk tidak rasa terhina
sebab hati itu milik kita
dan kita boleh isikan dengan
bahagia dan ketenangan
pesanan ini khas untuk org beriman


Jangan tunggu hujan berhenti
teruskan perjalanan mu
kerana di tangan mu ada payung


jangan terlalu ingin kan penghargaan
Tidak semua orang menhargai 
kebaikan yg kita buat
sebab ramai yang buta
kebaikan itu tetap diteruskan
Allah lebih mengenali hambaNYA

Nasihat untuk orang baik baik
jangan takut untuk berkata TIDAK
bila memang kita perlu berkata TIDAK
kerana ia boleh makan diri sendiri
dengan rasa bersalah yang tak tahu punca


anda tersalah redha
bila redha itu menyakitkan
hati jadi sempit
sepatutnya redha itu hadir bersama
ketenangan dan kebahagian
sebab redha dengan ikhlas


jika kita rasa sakit
maka lepaskan genggaman itu
kerana ada ketikanya tanganmu
tidak kuat...


Baik atau buruknya perangai kita turut dipengaruhi bagaimana persekitaran kita.
Kalau kita punya kawan yang baik, inshaa Allah, kita juga turut baik.Jika sebaliknya, maka seperti itulah kita.
Pilihlah kawan-kawan yang sentiasa ingatkan kita kepada Allah.
Andai kita dah ada kawan seperti itu, jangan sekali berjauhan dengannya.


Hujan itu sedang berzikir kpd Allah..lalu berzikirlah bersama sama hujan.


Bahagia bersama orang tersayang adalah nikmat yang indah menyentuh hati dan rasa dengan seribu erti, tanda kasih Allah yg perlu disyukuri.


Jangan terlalu kedekut..sbb duit tak boleh dimakan
Derma lah sbb duit itu boleh jadi pembantu di akhirat nanti.


Pastikan anak anak berada di rumah sebelum maghrib.kalau tidak anak kita jadi kawan syaitan atau syaitan manusia..dan dia tak jadi manusia lagi...


Nasihat lah anak supaya gi sekolah jadi org baik..bukan setakat jadi pandai..


Tolong lah
Hari ini kita tolong org
Lepas ni Allah tolong kita pula
Apa susah...


Saudara mara nak lupa pada kita..tak apa
Jangan kita lupa pada saudara mara
Rugi besar
Pahala besar org yg sambung silaturahim pada saudara nya yg putuskannya..



Buat amalan adalah utk mendapat redha Allah
Bukan untuk menunjuk2 pada manusia


Cara menyembuhan penyakit hati 
Antaranya
Ialah dengan
Ilmu dan amal


Sekiranya kita takut pada Allah
maka keluarkan lah kotoran yg ada dalam
Hati kita iaitu
pemusuhan
Pembohongan
Dan kedengkian.


Tuhan menghantarkan harapan ketika keadaan desakan yang paling kuat. Jangan lupa, hujan yang paling lebat datang daripada awan yang paling gelap.
Rumi


Kita selalu mengeluh bila berdepan dengan masalah, bila diuji dengan kesusahan. Namun, tidak pernahkah terlintas di fikiran bahawa masih ada lagi insan yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat. Andai Allah tahu kita tak mampu hadapinya, sudah tentu Allah tidak akan menguji kita dengan ujian-ujian tersebut. Percayalah, kerana kasih sayanglah Allah menguji dan tidak Allah datangkan ujian itu tanpa jalan keluarnya. Janji Allah itu pasti! Setiap yang tersimpul, pasti akan terungkai dan setiap yang sukar pasti ada hikmahnya. Jadi, tak salah juga kalau kita cuba renungi keluhan-keluhan di bawah agar hati yang lemah diuji kembali mendapat kekuatan.




.

No comments: