Tuesday, November 21, 2017

Bersama Ustaz Pahro Muhamad Joi

Masa itu makhluk Allah. Antara tugasnya ialah mematangkan kita menghadapi kesedihan dan kemarahan.
Sabarlah, biarkan saja masa berlalu... kerana itulah cara Allah mendidik kita menerusi makhluknya yang bernama masa!


Kejayaan itu bukan kesempurnaan tetapi melakukan lebih baik daripada kebiasaan.
Jadilah orang baik dengan memberi kebaikan yang lebih baik daripada kebiasaan.


Soalan yang paling banyak ditanyakan kepada saya selepas seminar, program latihan dan kuliah ialah, "mengapa ustaz tidak menulis lagi dalam majalah Solusi?"
Saya selalu menjawab dengan diam dan senyum.
"Mengapa ustaz menjawab dengan senyum dan diam?"
Saya menjawab, "kerana kini Solusi berada di tangan yang lebih baik."
"Lebih baik tulisannya?"
"Yang lebih baik amalannya," jawab saya pasti.


Berdoa bukan tanda lemah, doa itu tanda gagah. Orang yang paling kuat ialah orang paling kuat hatinya. Dan hati yang paling kuat ialah hati yang mampu berdoa.
Mengapa masih ramai yang tidak mampu berdoa? Ketahuilah Allah mencipta hati buat semua manusia...tetapi ada hati yang lebih kuat berbanding hati yang lain.


Tanpa disedari adakalanya kita hendak Islam ikut kita, bukan kita ikut Islam. Dengan mentafsirkan apa yang Allah kata mengikut apa yang kita kata!


Mengaku sahajalah wahai diri bukankah kau selalu rasa begini? Kau boleh menipu orang lain....tapi mampukah kau menipu diri mu sendiri?


Kesedihan akan melanda apabila kita kurang memberi. Justeru, memberilah, InsyaAllah kegembiraan akan kembali menyinari hati kita.
Memberi bukan hanya dengan harta tetapi juga dengan kata-kata yang baik, kemaafan, dengan masa, tenaga, senyuman ataupun doa.
Jangan tunggu menjadi orang yang baik untuk memberi kebaikan tetapi berilah kebaikan untuk menjadi orang yang baik.


Jika datang tanpa dipinta kenapa kembali harus ada nestapa?
Innalillah wa inna ilaihirajiun...
Hidup sebenar ialah hidup selepas mati.


Wahai para suami..
“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita.
Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’
“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’
Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’
Mereka menjawab: ‘Benar.’
Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’
Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)
# Oleh sebab itu, setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini.
Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.
Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka.
Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga.
Bersedekahlah kerana cinta !
~ ust Pahrol Muhamad Juoi


Kita sama sahaja
Sama alpa sama berdosa
Jangan kutuk anak orang merokok
Kalau tudung anak sendiri...
masih menunjuk lekuk dan bentuk
Ghairah mengata orang musyabbihah
Kita sendiri masih kental..
kabel dan rasuah
Kita sama sahaja
Sama alpa sama berdosa
Sangat anti hadis daif dan bid'ah
Tapi di hati sendiri bersarang...
sifat mazmumah
Ada yang begitu rajin bersolat
Tapi masih tega mengumpat
Pergi haji dan umrah berkali-kali...
Tapi susah kerabat sendiri tidak peduli
Kita sama sahaja
Sama alpa sama berdosa
Sebaiknya jangan menuding jari...
Tetapi sama-sama memperbaiki diri!


Tanda sebuah organisasi sedang bermasalah:
1. Tidak ada kesetiaan kepada atasan.
2. Penggantian pekerja kerap berlaku.
3. Pelanggan tidak puas hati.
4. Keuntungan merosot.
5. Kurang motivasi kerja di kalangan anggota.
6. Kualiti dan produktiviti kerja rendah.
Punca utama organisasi bermasalah ialah pemimpin yang tidak punya integriti. Cakap dan sikapnya tidak sejajar.
Katanya, dia mementingkan pekerja tetapi sikapnya mementingkan diri dan keluarga. Dia hanya mengarah dari jauh tetapi tidak mengajak dari dekat.
Dia sering 'absent' di lapangan, lalu dia akhirnya hilang dari hati dan perasaan bawahannya.
Dia sering membuat janji ketika gembira dan membuat keputusan ketika marah. Akhirnya, janjinya tidak ditepati. Keputusannya sentiasa salah.


Apa yang mengganggu hati mu dalam solat itulah juga yang akan mengganggu mu ketika Sakaratul Maut...kerana bagaimana keadaan mu ketika bertemu Allah di dalam solat itulah bayangan dirimu ketika bertemu Allah ketika kembali kepadaNya.


Bila semua yang disentuh tidak menjadi. Bila yang diusaha semua tak kena. Jangan dicari jauh-jauh apakah puncanya...itu semua kerana dosa mu!
Ingat itu wahai diri.


No comments: