Kita akan berebut-rebut jika diperlihatkan keindahan Syurga, namun apakah kita berebut pada setiap peluang amal?
~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG/BACA SAYYIDUL ISTIGHFAR
Hidup ini terlalu singkat
Namun ramai yang masih terbuai
Oleh tipu daya dunia
Sehinggalah mereka kehilangan..
🍏waktu
🍏usia
🍏kesempatan
Tanpa mereka sedari...
Semua ini akan dipertanggungjawabkan.
Renungan diri:
Sejijik beluncas boleh berubah menjadi secantik Rama-rama, sejelik ulat mampu berubah menjadi seliar lalat. Kedua-dua nya berasal dari daratan juga mampu terbang di udara..”
Jangan mudah menafsir sesuatu dengan hanya melihat kepada keburukan dan kebaikannya. Kadang-kadang yg asalnya buruk bagi kita adalah baik untuk kita. Sedangkan yang asalnya baik bagi kita adalah buruk untuk kita Jangan remeh kan kekurangan diri sendiri sedangkan ianya baik untuk kita atau ianya baik kepada orang lain. Jangan agungkan kelebihan diri sendiri biarpun ia baik untuk kita tapi kadang-kadang buruk
bagi orang lain.jadi, insafi diri kita kerana setiap kekurangan atau kelebihan itu kadang-kadang ada baik dan buruknya untuk kita
Kebanyakan wanita akan meletakkan tangannya di mulutnya apabila menangis, dan lelaki pula akan meletakkan tangannya di matanya apabila menangis. Seolah olah kita mengetahui dari mana banyak terhasilnya dosa..
maknanya.....
Renung dan muhasabah diri sekejap..
Tutup mulutmu
pada kata kata yg tajam
Kerana ia bisa melukakan
Segumpal darah yg bernama hati
Kau pun tidak tahu sedalam mananya
Luka hatinya
Selama mana darahnya mengalir
Dan apakah ubat yg mujarab
Jangan pura pura lupa
bahawa kau juga ada hati
Bimbang kalau lukanya
Nanti lebih halus
Kata kata yg baik itu
Umpama embun yg dingin
Bersama kicauan burung
Yg paling merdu
Ihsan itu berbuat baik
Berbuat baik pada org yg berbuat baik pada kita adalah biasa
Namun
Berbuat baik pada org yg buat tak baik pada kita
Adalah ihsan tahap tinggi
Contoh kita berbuat baik kpd adik beradik/suami/isteri yg tak buat baik pada kita.
Payah
Memang payah
Namanya..ihsan aras tinggi.
Apa nak sedih
Apa yg terjadi
Telah ditentukan Allah
Sebelum kita lahir lagi.
TANDA-TANDA ALLAH SAYANG 💖🌹
🌹Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.
🌹Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari NYA
🌹Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.
🌹Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari NYA
🌹Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada NYA
🌹Diberikan kemiskinan.
kerana ALLAH mahu kita meminta kepada NYA
🌹Diberi kehinaan.
kerana ALLAH mahu kita mohon kemuliaan dari NYA
🌹Oleh itu ...
Jangan terlalu banyak ketawa.
Jangan terlalu banyak bersuka ria.
Kerana ALLAH akan jauh dari kita.
🌹Indahnya kesabaran.
Bersyukur akan dugaan.
🌹 Indah nya kebahagiaan.
Bersyukur nikmat Tuhan.
🌹 Indah nya kasih sayang.
Bersyukur akan keikhlasan
🌹 Indah nya kekuatan.
Bersyukur peningkatan iman
🌹 Indahnya kehidupan
Bersyukur menjadi hamba Tuhan
Cas beteri keimanan kita dengan dengar kuliah agama.
Ustaz Azhar Idrus
Bumi ini dihampar oleh Allah
Untuk kita berjalan di atasnya.
Dan Allah sebaik2 yg menghamparnya.
Betapa selesanya hamparan ini
Sekirannya Allah tidak menolong kita
Maka kita tidak dapat mencari pertolongan lain
Selain pertolongan itu.
sebagai orang beriman
Kita harus takut dgn azab
Di akhirat...
MUHASABAH DIRI*
Bukan ilmu yang menjanjikan kita mulia.
Bukan harta yang mengangkat darjat kita tinggi.
Bukan status dan pangkat yang membawa kita ke syurga.
Sebaik-baik hamba, adalah hamba yang sedar di mana bumi tempat dia berpijak, di mana langit yang menjadi bumbung tempat dia berlindung.
Sedasyat-dasyat penyakit, adalah penyakit lupa. Bila lupa, mulalah diri dihanyutkan pelbagai rasa yang membawa diri jauh daripada rahmat Allah. Penyakit lupa diri, sombong, rasa terpuji, rasa dirinya lebih mulia daripada orang lain.
Kita tak tahu, bila kita ini akan diuji lupa atau diduga dengan penyakit yang dasyat ini. Bermohonlah pada Allah selalu, agar kita dikurniakan sekeping hati yang sentiasa bersederhana. Tak menjadi terlalu tinggi hingga angkuh melihat orang bawah. Tak juga menjadi terlalu rendah, hingga membiarkan diri dianiaya. Bersederhanalah dengan bijaksana.
Sungguh!
Bersederhana itu 'memelihara' iman kita...
'Kita dilahir bukan untuk diri sendiri, tapi sebagai DAIE untuk seluruh UMMAT'....
*"Bila SOLAT...*_
_*Perhatikan ketika kita sujud...*_
_*Hakikat daripada sujud ialah sujudnya hati juga.*_
_*Berapa ramai orang yang kepalanya sujud...*_
_*Tapi hatinya bongkak, riak,takabbur.....*_
_*Disebalik kesibukan yang kita lalui jangan sampai melalaikan SOLAT dan sebebas mana pun kita jgn sampai melakukan maksiat.*_
_*"Harta yg paling berharga bg seorg Muslim adalah kesempatan melaksanakan SOLAT"*_
🌹 _*Solat Itu BERAT*_
🌹 _*Kerana Yang DiGerakKan.....*_
🌹 _*BukanLah Kaki Dan Tangan*_
🌹 _*MeLainKan HATI Dan JIWA.....*_
Kadangkala kita biadap
Tidak senang pada takdir yang telah ditetapkan, kita merungut, mengeluh dan tidak selesa dengannya, malahan kita sering membantah Nya.
Namun ketika diberi kesenangan, kita lalai dan tidak mahu bersyukur kepada Nya.
Sebaiknya sebagai seorang mukmin, syukur dan redha itu sangat penting dalam setiap keadaan yang berlaku terhadapnya.
Isteri Solehah Seindah Bidadari
.
Pernikahan adalah satu ibadah yg terlama. Kalau kita lihat ibadah kita yang lain tak ada yg lama seperti pernikahan. Sebuah pernikahan itu diharapkan berkekalan hingga akhir hayat. Sepanjang hari adalah ibadah. Sepanjang hayat,sepanjang hidupnya adalah ibadah.
.
Yang dilupakan orang sekarang adalah niat untuk ibadah bagi sebuah pernikahan. Ketika seorang yg ingin melangkah ke pernikahan niatnya yg utama. Kalau dari awal niat hanya kerana dunia, itu menjadi salah dalam sebuah pernikahan.
.
Orang yg niat ibadah dalam pernikahan, berjihad menjalankan tanggungjawab dlm rumah tangga melahirkan anak, menjaga anak, membesarkan anak pahalanya syurga.
.
Di dalam sebuah pernikahan, kita tentunya pasti di uji. Tapi jika kita berhenti sampai situ saja,macam mana kita nak dapat syurganya Allah. Pernikahan adalah sebuah perjalanan yg panjang. Wanita yg solehah sangat dicemburui bidadari syurga. Seorang isteri yg bertahan dalam sebuah rumah tangga,walau di uji dengan pelbagai halangan,dia sangat di cemburui bidadari syurga.
.
Ketika kita menerima seseorang sebagai jodoh,itu adalah pilihan yg terbaik dari Allah. Pasti d situ ada kebaikan,ada sesuatu kesempurnaan yg Allah sembunyikan pada sosok tubuh suami kita.
.
Harta itu rezki dari Allah. Yg buat rezki itu berkah adalah isteri yg redha akan suaminya,isteri yg solehah.
.
Isteri yg dicemburui bidadari syurga adalah isteri yg solehah,yg membangunkan suaminya waktu malam,mengajak solat tahajud bersama,yg mengajak ke majlis ilmu.
.
Kunci menjadi isteri yg solehah adalah redha,tidak pernah mundur dengan ujian sepanjang pernikahan. Jadilah kita seorang wanita yg siap diuji,siap menempuh segala ujian di hadapan kita.
.
Saidatina khadijah tidak pernah menyesal saat hartanya habis utk dakwah rasulullah. Sehingga memberikan tulangnya jika saat dia sudah tiada,tiada harta lagi untuk digunakan dlm dakwah. Seorang yg mahal d hadapan Allah,mahal di mata rasulullah. Mempunyai kedudukan yg sangat mulia di hati nabi muhammad s.a.w.
.
Kalau kita ingin memiliki suami yg mulia,jadikan diri kita baik dan solehah.
.
-Ustazah Aliyah Al Musawa-
TAJUK = Elakkan Berkata ”Kalau”*
*==============*
*Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki- Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” Riwayat Muslim*
*HURAIAN*
*1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.*
*2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.*
*3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.*
Bahagia* itu bukan sekadar bebasnya kita dari masalah, tapi *menjadi dekat dengan Allah* walaupun kita banyak masalah" ✍
_*🎐Sebaris Ibrah..*_
MUHASABAH DIRI SEBELUM DILENAKAN BUAT SELAMANYA
Apabila meninggalnya anak adam, maka kubur masing masing, tiada sanak saudara bersama, tiada pertolongan yg dapat dihulurkan kecuali amalan yg telah kita persiapkan di dunia.
"Kita perlu belajar menerima bahawa hakikat dunia ini tidak pernah menjanjikan apa-apa, dan juga mengharapkan segala impian kita untuk tertunai. Kerana dunia ini hanyalah bersifat sementara. Yang kekal hanyalah DIA"🌹
🌸Ibn Al-Muari🌸
Kenapa setiap kali kita nangis, kita letih...dan kita tertido?...
Sebab Allah nak kita rehat...
Allah sayangkan kita...
Allah tahu apa kita rasa...
Allah tahu kita terluka...
Akibat perbuatan manusia.....tapi...
Dia lebih tahu apa yg terbaik utk kita..
Kita nampak bulan,tp bulan itu jauh.
Kita xnampak Allah,tp Allah tu dekat.
Rehatkan diri..
La Tahzan..Allah kan ada.
MUHASABAH DIRI
Dalam hidup ini kita kena jauhi sifat PENTINGKAN DIRI SENDIRI, BURUK SANGKA PADA ORANG & SUKA BERBOHONG.
Orang yang PENTINGKAN DIRI SENDIRI seringkali BURUK SANGKA pada orang lain & akan BERBOHONG.
Jauhilah sifat PENTINGKAN DIRI SENDIRI dalam hati. Didiklah hati supaya tidak BURUK SANGKA pada orang lain.
Jika tak manpu untuk membalas kebaikan seseorang, JANGANLAH BURUK SANGKA pada orang. Lebih baik mengaku kesalahan diri daripada mencari kesalahan orang.
PendosaTanpaNoktah
Jika*
Esok kita mati
Apalah sangat amal yang kita telah buat
kita pun tak tahu amal mana yang kita buat Allah terima dan kita pun tak tahu amal mana yang membawa kita ke syurga..
Terus berbuat baik.
MUTIARA KATA🏞
🌈Dalam musibah itu terdapat empat seni,
*🌹iaitu mencari pahala dari Allah*
*🌹berkawan dengan kesabaran*
*🌹berzikir dengan baik*
*dan menunggu kelembutan dari Allah s.w.t.🌈*
Mahasuci Allah yg beri ketenangan kpd siapa yg Dia kehendaki
SEKADAR RENUNGAN...
Semua pekerjaan biasanya bermula dari bawah naik ke atas...buat rumah, bangunan, menara tinggi, jadi cikgu, doktor pelatih, jurutera muda dll..
Tapi ada pekerjaan bermula dari atas turun ke bawah...gali kubur..
Betul tak ?
Pengajaran supaya kita sedar & insaf.
Jangan bongkak dan eksyen semasa berada di atas...kerana akhirnya kita TERPAKSA turun ke dalam tanah jugak...
Hidup sebagai seorang muslim kita tidak boleh putus asa kerana orang yang putus asa itu ia hilang tawakalnya kepada Allah SWT. Ujian hidup adalah latihan kpd kekuatan iman dan dengan ujian itu kita sendiri dapat melihat keadaan sebenar iman kita serta kebergantungan kita kepada Allah SWT. Ramai yang menyangka bahawa ujian itu adalah kesusahan, namun hakikatnya kesenangan juga adalah ujian.
Nabi s.a.w menjelaskan bahawa ada 2 jenis nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu sihat dan masa lapang. *Di dalam hadis yg lain Nabi s.a.w ada mengatakan bahawa "barangsiapa yg mengingati Allah sewaktu ia lapang, kelak Allah akan mengingatinya ketika ia susah" HR Al Hakim.*
*Lapang disini bukanlah bermaksud nak tunggu sehingga kita betul2 lapang baru nak beramal tetapi kita sendiri yang lapangkan masa untuk kita ingat kpd Allah samada dengan zikir, quran @ majlis ilmu.* *Kalau nak tunggu kita free , memang tak kan free tetapi kita perlu bijak untuk mengatur masa.*
*Ramai yang kata dunia dan akhirat kita kena balance, tapi adakah benar yg masa kita betol2 balance untuk dunia dan untuk akhirat?*
Semoga kita sentiasa usaha untuk terus mempertingkatkan amal soleh dan memperbaiki TAQWA. Tatkala kita tidak mampu utk melihat berapa banyak pahala kita maka terus meneruslah menambahnya.
Mutiara Hati 💧
🌹Saat kamu merasa lemah dengan perkara dunia,
Ubatilah dengan ingatan pada akhirat,
Kerana dunia tempat mencari bekalan,
Akhirat untuk mu beristirehat.
Tiap ujian yang kamu lalui,
Tersembunyi hikmah yang tersendiri,
Diriku dirimu dan diri kalian merasai nikmat yang berbeza, Yang tak pernah insan lain rasa.🌹
Sentuh hatimu dengan kata2 ini
🌹"Redha Allah yang dicari,
Bukan redha manusia .
Dr Zaharuddin Abd Rahman -
Orang mengumpat bila ditegur berkata "eh bukan mengumpat tapi cakap benar aja", orang yang menyibuk bertanya hal orang yang tak berkaitan dengan dirinya bila ditegur berkata " eh bukan nak menyibuk cuma suka nak tahu je, nanti boleh tolong jawab". Hakikatnya pendosa ini sedang cuba menjustifikasikan dosa dan meminimakan rasa berdosa. Ini sifat bahaya pencetus sifat nifaq. Berhati-hatilah.
Sifat orang beriman ialah
Tidak takut
Tidak berduka cita
Siapa yg tiada sifat ini
Maka keimanannya masih lemah.
Sekiranya ramai yang tak suka kawan dengan kita (banyak musuh), maknanya memang kita yang bermasalah..
Tapi sekiranya hanya beberapa orang yang tak suka kawan dengan kita dan masih ramai lagi yang suka berkawan dengan kita, mungkin beberapa orang itu yang bermasalah...
Kita tak dapat nak ubah sikap seseorang, tapi kita mampu ubah sikap kita sendiri.
So jadilah orang positif untuk menarik perkara-perkara dan orang-orang positif sentiasa mendekati kita.
Masa di airport pagi tadi. Terlihat seorang kakak bawa 2 orang anak kecil masa nak solat Subuh. Kelam kabut belum solat subuh. Dia kenal saya. Eh, ustaz ebit lew...ya Allah jumpa ustaz pagi-pagi ni..
Nak kemana ni. Saya balik ziarah nenek meninggal. Suami kerja. Terpaksa balik seorang. Ya Allah. Saya tanya dah solat subuh puan? Dapat agak dari mukanya dengan anak-anak..
Belum lagi. Tak tahu nak solat macam mana. Takper meh saya tengokkan anak puan ni. Pergilah solat dulu..dah agak lewat ni..
Bermain dengan 2 anaknya. Teringat anak di rumah. Rindunya pada anak. Rindu lagi mak anak..bidadari saya...
Begitulah seorang isteri. Ke sana sini. Selalu bawa anak-anak. Ya Allah. Waktu solat pun tak tahu macam mana. Kalau masuk bilik air. Teringat saya pernah bawa anak 3 orang masuk tandas..hehe..pusing sana jangan tengok..dengan 1 stroller ada baby..ya Allah..dengan anak pula mengacau nak tengok..tak jadi nak lama-lama..
Bagi kita lelaki sekali sekala jer jaga anak terbalik rumah..terbalik semua..Tapi bagi wanita menjadi biasa dah. Masuk bilik air di airport atau pasaraya bawa anak-anak sekali. Air mata ini mengalir masa tulis ini..sebab tu faham kalau wanita tak senyum atau marah-marah. Penat sangat..Allah..
Hanya Allah yang membalasnya. Hanya Allah yang membalasnya. Terima kaseh bidadari abang yang sentiasa happy urus anak-anak..
Lepas kakak tadi keluar dia benar-benar ucap terima kaseh..saya kata kirim salam suami. Semoga bahagia sampai syurga dan Allah beri anak soleh solehah..
Buat suami bantulah isteri. Supaya mereka boleh solat. Bantulah isteri supaya mereka dapat sedikit ruang untuk keperluan asas mereka..cakaplah terima kaseh bila mereka seorang diri di mana-mana dengan anak-anak. Kita tak tahu apa yang mereka telah lalui..
Ya Allah redhalah atas isteriku. Aku redha padanya. Bahkan hambamu ini minta ampun terlalu banyak kekuranganku dalam menyayangi, mendidik, dan membantunya..berilah bidadariku syurga FirdausMu..
Sampai rumah anam berlari peluk saya. Kerana rindu. Bidadari saya, kata Alhamdulillah tak berhenti. Kerana rindu. Saya kata sayang nanti masuk syurga tinggi sebab begitu hebat uruskan rumahtangga. Doakan abang tau masuk syurga juga..
Janganlah marah-marah isteri. Janganlah susahkan isteri. Sayangilah isteri. Bantulah isteri. Usap mereka. Peluk mereka lama-lama. Picit mereka..Buat wanita di luar sana ingatlah, Allah maha baik kepada mereka yang baik. Tak terbayang balasan menjadi seorang isteri solehah. Tiada tempat lain melainkan syurga buat wanita yang ikhlas dan baik
Segala puji bagi Allah. Terima kaseh Allah.. Berkat doa ibu dan isteri. Doa keluarga dan semua sahabat sekalian 4 hb november Grand Opening Paramount coffee House di Vista alam Shah Alam seksyen 14. Terima kaseh tak terhingga sokongan dan doa semua. Allah sahajalah yang sebaiknya membalas doa dan sokongan semua selama ini. Terima kaseh yer semua-ebit lew
Bila tak berhenti anak kecil pegang tangan saya. Minta duit untuk makan. Semua nak makan. Bila pusing-pusing New Delhi, menangis rasa. Tak berhenti anak kecil yang tiada rumah tidur merata-rata. Ada sepanjang keretapi. Ribu orang tidur, makan, dan mandi disitu. Yang kaya teramat kaya. Yang miskin teramat miskin..comel-comel baik-baik.
Pagi-pagi saya tukar duit kecil-kecil pusing semua lorong sebelum Subuh. Penuh gelandangan di merata-rata. Semua tadahkan tangan minta sedekah. Baba-baba dor rupee. Merayu dan ada yang macam nak menangis. Bila berbual dakwah mereka. Kebanyakan anak orang miskin ini tak tahu kalimah dan solat.
Terkejut saya tengok mereka tidur ditepi jalan. Anjing banyak pun tidur sebelah mereka. Ya Allah...
Teringat ramai juga anak remaja kita yang kecil-kecil begitu di kl. Teringat semuanya ada masalah keluarga. Tidur merata-rata. Semua dah tinggal solat..bila nasihat semua baik-baik. Ya Allah..apa perlu diriku lakukan...teringat juga ada anak kecil di sebuah kampung asli di Malaysia semuanya hidu gam. Kecil-kecil semua. Teringat anak muda perjudikan nyawa dengan merempit. Semuanya anak muda yang baik-baik. Teramat baik..ya Allah pilihlah diriku dan semua orang Islam dapat beri masa pada mereka..dakwah mereka dan bantu anak-anak ini semua. Carilah sekurang-kurangnya seorang kita bantu dari mereka kecil sehingga habis mereka belajar ataupun sekali sekala belanja anak ini makan kemudian dakwah mereka..
Terus mesej bidadari di rumah. "Wahai bidadariku, diriku teramat sayangkan dirimu. Teramat sayangkan anak-anak. Ya Allah sayangilah keluargaku. Sayangilah bidadariku. Diriku teramat sayang dan redha padanya. Menitis air mata ingat dan rindu keluarga..ya Allah terimalah langkah ini asbab hidayah dan kebaikan..
Bidadari saya reply. Sayang cinta abang lebih dari apa yang abang boleh bayangkan.. tiada gambara dan tiada ungkapan. I love u abang. Rindunya....-ebit lew
Rindunya nak ke Masjid Nizamuddin New Delhi...dulu banyak nasihat saya dapat di sana. Teringat satu hari tu saya lihat anak-anak Maulana Saad berjalan lepas Maghrib beri makan dan duit pada anak-anak orang miskin sekitar Masjid. Tolong orang susah..teringat nasihat almarhum Maulana Zubair rah. Menjadi ubat dikala sedih. Teringat Maulana Ibrahim yang setiap malam menangis menafikan diri. Suasana malam melihat masing-masing menangis. Hidup suasana kerohanian dan rasa cinta kasih sayang..
Masjid yang beri makan secara percuma kepada ramai tetamu setiap waktu makan semenjak lebih 100 tahun dulu. Tak pernah putus makan buat tetamu. Ribuan orang setiap hari. Satu ceramah ada berpuluh terjemahan bahasa. Subhanallah...
Dari sini beribu jemaah dihantar dakwah Islamkan seluruh dunia..
Walau zahirnya usang. Tetapi 24 jam melayan tetamu. 24 jam ada dakwah. 24 jam ada suasana kasih sayang. Dulu saya lihat anak muda khidmat ulama-ulama...
Ya Allah jadikanlah langkah kaki saya asbab kebaikan ampunkan dosa saya.
Pohon doa semua kawan-kawan agar Allah permudahkan semuanya.-ebit lew
Manusia juga cantik dengan akal. Kalau cantik rupa paras tapi gila ? Hilang cantiknya.
Kata hukama'; "kehilangan anggota itu lebih baik dari kehilangan akal"
Percantikkan akal, percantikkan akhlak, percantikkan bicara untuk menjadi lebih cantik.
Untuk cantikkan akal, perlu bersihkan hati, supaya dapat menggerakkan dan membangunkan akal.
Kita juga amat berhajat pada hidayah Allah untuk membangunkan akal supaya tidak tergelincir dalam berfikir.
Kecantikan Paras rupa tidak kekal, tapi Akal kalau di bangunkan dan di jaga, usia 80 masih berguna.
Bila semua yang disentuh tidak menjadi. Bila yang diusaha semua tak kena. Jangan dicari jauh-jauh apakah puncanya...itu semua kerana dosa mu!
Ingat itu wahai diri.
Pintalah 'hati emas' daripada Tuhanmu... hati yang mudah mengingatiNya, hati yang sentiasa bersyukur kepadaNya dan hati yang iltizam memperindahkan amal ibadah kepadaNya!
Kehidupan yang sebenar ialah Kehidupan selepas mati.
Benarlah seperti yang dikatakan oleh Sayidina Ali RA, "manusia ketika hidup semuanya tidur, apabila mati barulah dia terjaga. "
Perjuangan yang paling sukar untuk menjadi seorang yang baik ialah membuang rasa lebih baik daripada orang lain...
Selagi ada rasa itu, selagi itulah kita belum menjadi orang yang baik. Bahkan kitalah mungkin orang yang paling jahat.
Bukankah permulaan kejahatan syaitan itu bermula dengan rasa "aku lebih baik daripada kamu! "
Musim menanam amat memenatkan tp waktu menuai pasti membahagiakan..
Ilmu adalah sesuatu yg melekat di hati bukan yg hanya berlegar di minda.
Dalam memberi ilmu sesuai dgn ilmunya.
Bijak - bilhikmah
Sederhana- do and donts
Degil-
Falasafah dan prinsip:
Safar ada sepotong dari penderitaan.
Musafir akan menyerlahkan true colours/warna sebenar seseorang.
Sangat perlu menjaga hati.
Sifat yg akan teserlah
Marah
Kedekut
Tanya diri- suka@tidak suka. Melayani dengan hati dan cintakan tugasan.
Aku mohon cintaMu, aku mohon cinta orang ynag mencintaiMu, aku mohon cinta segala sesuatu yang boleh membawa aku mencintaiMu.
Tujuan mu bukan bahagia, tujuan mu ialah beribadah. Maka beribadahlah sepenuh dan seluruh...nescaya kau akan bahagia.
Sering terasa kesusahan inilah yang menyebabkan kita terhalang tetapi kesusahan itulah yang sebenarnya menyebabkan kita terus berjalan...
Patah sayap terbang jua. Jatuh sekali bertongkat kaki, jatuh lagi bertongkat dagu. Namun mengalah tidak sekali!
Syukur yang sedikit, ALLAH akan memberi yang banyak. Buat dahulu yang termampu, ALLAH akan membantu buat yg tidak termampu.
🌸Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
No comments:
Post a Comment