Tuesday, November 21, 2017

KTP 054

SAHABAT SURGA KU❤*
*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.*
*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*
*Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,*
*Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,*
*ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.*
*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*
*menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.*
*Kuteringat satu kata-kata;*
*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*
*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."*
*Saidina Umar Al-Khattab*
*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*
*Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*
*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*
*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.*
*Buang segala sifat tercela di hati.*
*Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*
Moga bermanfaat .. Aamiin 33


Bila cinta pada Allah penuh di hati. Maka hati tidak akan tertipu dengan harta dunia
Ya Allah anugerahkan cinta itu pada hati kami.


*DOA UNTUK KAMU*
〰๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿƒ〰
Ya ALLAH,
Bila saat ini ada yang berduka,
Kau hiburkanlah mereka.
Bila saat ini ada yang sedang menangis,
Kau hapuskanlah air mata mereka.
〰๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿƒ〰
Bila saat ini ada yang sedang sakit,
Kau sembuhkanlah mereka.
Bila saat ini ada yang keliru,
Kau tunjukkanlah jalan baginya.
〰๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿƒ〰
Jika saat ini ada yang kesusahan,
Kau permudahkanlah urusannya.
Jika saat ini ada yang gelisah,
Kau anugerahkanlah sebuah ketenangan.
〰๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐ŸŒธ๐Ÿƒ〰
Jika saat ini ada yang Kau 'jemput' pulang,
Hadiahkanlah mereka Syurga.
*Aamiin Yaa Robbal 'alaamin*〰๐Ÿƒ๐Ÿƒ๐ŸŒบ๐Ÿƒ๐Ÿƒ〰



Ya Allah terasa lah diri ini kerdil
Tidak ada apa2
Selain dari rahmat dan kasih sayangMu


Carilah sahabat yg baik beriman
Kerana dia boleh membantu kita ke syurga
Indahnya persahabatan itu kerana Allah.


Tak payah lah kita nak menunjuk nunjuk diri kita hebat.
Orang suka/sayang pada kita tidak perlu pada sikap itu.
Lagi pun hanya sementara je..


Kesabaran itu boleh membuatkan orang lupa
Kepedihan sakit.


Hadiah hari ini:
Untuk sahabat.
Aku tidak menghadiahkan kepada sahabat-sahabatku Matahari dan Bulan kerana keduanya akan hilang (dengan pergantian Siang dan Malam)..
Aku tidak menghadiahkan kepadamu lilin dan ais, kerana keduanya akan meleleh.
Aku tidak menghadiahkan kepadamu Bunga dan Mawar kerana keduanya akan layu.
Namun aku menghadiahkan untukmu :
ุณุจุญุงู† ุงู„ู„ู‡
ูˆุงู„ุญู…ุฏู„ู„ู‡
ูˆู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡
ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ
Kerana hadiah itu kekal untukmu di timbangan (Akhirat)
Aku memohon kepada Allah yg Maha Agung untuk diriku dan dirimu:
Agar menjauhkan dari kita semua 3 perkara..
Kefakiran
Kesempitan
Kekeliruan
Dan menjaga untuk kita 3 perkara..
Diri kita
Keluarga kita dan
Agama kita
Dan membahagiakan kita dengan 3 perkara..
Luasnya Rezeki
Syukur Nikmat
Panjang Umur..
Dan memalingkan kita dari 3 perkara.
๐Ÿ˜ชNeraka Jahannam,
Mata yang Dengki,
Bara Kebencian
Dan membantu kita kepada 3 perkara
MengingatNya
MensyukuriNya
Ibadah kpdNya
Semoga Allah membahagiakan waktu waktu kita dengan segala kebaikan dan Vitamin (ุต) iaitu :
- Shoum
- Sholat
- Shodaqoh
- Shobar
- Shilaturrahim
- Shiddiq
- Shahabat Sholih/ah
Bacalah doa ini di dalam sujud.
(Dalil Al Qur'an):
"Maka kami qabulkan doanya dan Kami selamatkan dia daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.
( Qs Al anbiya' 88 )*
๐ŸŒ€Jangan tinggalkan UBAT ini hanya di hp......bahagi-bahagikan secara percuma. Sebarkan sebagai ladang ibadah kita...In shaa Allah.



Apabila seorang hamba merasa dirinya berada di bawah titik paling rendah dalam kadar hitungan imannya, hendaklah ia melihat kepada ketinggian iman orang lain di sekelilingnya. Perhatikanlah hamba-hamba Allah yang khusyuk berdoa sambil menangis, walaupun hati ini keras tak tembus dengan tangisan tetapi sekurang-kurangnya kita mahu menangisi diri sendiri kerana tidak boleh menangis. Betapa malunya membandingkan kejahilan diri kita dengan para ulama, kemalasan kita dengan orang yang ihsan, riya' yang terpalit di hati ini bandingkanlah dengan sifat ikhlas yang menghiasi jiwa orang lain. Orang kaya yang bersedekah satu gantang berasa malu melihat orang miskin boleh bersedekah sepuluh kali ganda daripadanya. Semua orang mukmin yang mulia akhlak dan kuat ibadatnya serta luas kefahaman ilmunya menjadi teladan untuk kita. Pandanglah mereka dengan penghormatan dan kemuliaan dan segera bandingkan dengan diri sendiri, di manakah silapnya diri kita yang tidak setaraf iman dengan mereka. Jika mereka umpama bintang-gemilang kita pula hanya lilin kerdil yang kerjanya hanya membakar diri saja. Di antara orang yang malu dengan yang tak tahu malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apatah lagi jika Allah yang memandangnya.
MUHASABAH!


*Cerita Dunia*
Hidup ini jangan di sia siakan
Tua Muda datang sekali..
Jangan fikir hari esok ada lagi
Berbuatlah kebaikan ditiap ruang
Dunia yang dicari-cari..
Makin dicari makin melari..
Bila buang ketepi..
Datangnya berlari-lari..
Insan…
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya…
sukar…….
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
Pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.
Jangan terpedaya......
Dunia yg penuh janji
Melainkan engkau jadikann
Jambatan kehidupan abadi.
Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang telah kita perbuat
Kemanakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepadaNya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Taat rukuk dan sujudlah padaNya
Itulah cerita dunia yang sebenarnya
Sesungguhnya sebesar besar
Pengharapan adalah REDHA
RAHMAT ILAHI.
TUHAN…
Janganlah ENGKAU berikan nikmat
Yang tidak bisa aku mensyukurinya
Hingga ENGKAU kecewa padaku
Berilah aku kesempatan untuk
membuktikan cintaku ini
Pada Mu
Dengan terus mengabdi
Pada MU
Sepanjang hidupku
Rabbana Taqabbal Minna
Innaka Antas Sami'ul 'Alim .



Ketika Muaz bin Jabal ra. berjumpa dgn Nabi saw.,dia tanya satu soalan yg simple,
" Ya rasulullah,tunjukkan aku satu amalan yg boleh membawa aku masuk syurga".
Tuan2,inilah satu soalan yg patut ada didepan kita,bukan macammana saya nak jadi jutawan,macammana saya nak kaya,macammana nak anak saya dapat 9A.
Itu bukan soalan yg penting.
Macammana saya nak masuk syurga dgn isteri saya sekali,dgn anak2 saya sekali....macammana saya nak kesyurga!
Sebab itu kata Nabi saw.,soalan ini besar,soalan ini berat sebenarnya,tetapi ada org yg ALLAH permudahkannya.
Tuan2 lihat org yg ALLAH permudahkan,dia mudah bertaubat.
Org lain tak nampak lagi nak bertaubat,bila dah kena bala berpuluh kali baru nak bertaubat.
Tapi tuan2 ada org yg ALLAH mudahkan dia bertaubat....lepas taubat ALLAH mudahkan dia buat amal soleh....lepastu ALLAH mudahkan...mudahkan.
Itulah tanda dia ahli syurga.
Demikian juga ada org dari awal dia lahir ALLAH jadikan dia taat pada ALLAH sampaikan umurnya 80 tahun,90 tahun, kekal dia istiqomah dlm agama.Inilah org yg ALLAH permudahkan dan sebab itu kita bersyukur bila kita berada dijalan ALLAH.
Dan kita nampak,
"saya kemasjid mudahlah",
Tengok org lain susah nya.
Kita tanya dia,
" awak tak kemasjid?,"
dia jawab,
" tak dan....tak dan",
Lihat susahnya dia,maknanya susahnya dia nak masuk syurga.
Kita,ALLAH bagi senang,nak sedekah senang,tak payah fikir 10 kali,nak tahajud senang,....kadang2 tak payah kunci jam,terus bangun je kita,mudahnya bangun,....nak menuntut ilmu mudah,....org lain nak menuntut ilmu punyalah susah,...suruh belajar taknak belajar.
Kita tanya,
" belajarlah sikit,kita ni takda ilmu".... taknak juga,tak belajar sampai kemati,....dia mati dlm keadaan jahil.
Tetapi bila ALLAH nak pilih org itu ahli syurga,semuanya mudah,....belajar mudah,buat ibadah mudah.
Maka, tuan2 bersyukurlah pd ALLAH bila ALLAH lorongkan kita dlm hal agama mudah.
#UstazMatEsa
#SyarahKitabAlAzkar



Bila kita buat baik maka jangan harap orang membalas kebaikan kita
Tapi kita mengharap Allah lah yg akan membalasnya.


Suami yang baik itu
Selalu bertimbang rasa terhadap isteri dan
Dan penyayang pada anak2
Selalu utamakan kemaafan.


Akhlak mulia
Bila ada orang buat salah pada kita
Jangan marah
Jangan kata apa apa
Cuma beri kemaafan.


Ziarah lah orang sakit
Tanpa ada syarat
Kerana di situ ada kasih sayang bersulam keimanan
Cuma mmg beratlah
Untuk memulakan langkah yg pertama.


Pesan ustaz, "Berhati-hatilah jika jiwa kita malas beristighfar malah menunda-nundanya. Sebahagian Salafusoleh berkata, "Allah swt tidak mengilhamkan istighfar kepada seseorang kerana Dia ingin menyeksanya."
#zon kuLiah


Pasakkan kesungguhan hati berkehendak kepada keampunan dan redhaNya..


Ucapkanlah Alhamdulilah sentiasa agar kita tidak ada waktu untuk mengeluh.
Alhamdulilah.


Barangsiapa yang menganiaya nescaya akan dianiaya.
Setiap sesuatu ada pembalasan.


Ketenangan itu ada dalam sabar.


TANDA SUSAHNYA MENCAPAI HAKIKAT KEROHANIAN
1. Di dalam sembahyang, ketika zahir kita berdiri, rukuk dan sujud, mulut kita memuji Allah swt. Adakah hati kita turut sama untuk menghayati apa yang kita baca itu? Adakah hati kita juga menghadap Allah swt khusyuk, tawadhuk, rasa hina diri depan Allah dan rasa malu apabila berdepan dengan Zat yang Maha Mulia?
2. Pernahkan kita rasa indah dapat bersendirian di tempat yang sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Allah, mengenang dosa-dosa dan berazam untuk membanyakkan amal bakti kepada Allah swt.?
3. Kalau ada umat Islam yang menderita, adakah kita rasa sensitif?
4. Adakah kita sentiasa mengingati bahawa mati itu boleh datang secara tiba-tiba dan kita bersiap sedia menghadapi kedatangannya?
5. Pernahkah kita menghitung berapa banyak harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, pinggan mangkuk, perabut; baju, kasut dan sebagainya yang akan dihisap di akhirat kelak?
6. Pernahkan pula kita menghitung dosa-dosa zahir dan rohani sambil menangis kerana istighfar kita terlalu sedikit berbanding dengan dosa kita yang menyebabkan kita menjadi bahan bakaran api neraka?
7. Pernahkah kita fikirkan orang yang pernah kita umpati, kasari dan hina disertai dengan meminta maaf daripada mereka yang pernah kita aniayai?
8. Apakah kita rasa sabar dengan ujian sakit yang Allah timpakan kepada kita?
9. Adakah kita redha dengan segala takdir dan pemberian daripadaNya?
10. Adakah pernah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita seperti nikmat mata, tangan, akal, kaki, kesihatan dan sebagainya?
11. Kalau kita miskin, adakah kita bahagia dengan kemiskinan kita kerana tidak payah mentadbir nikmat Allah yang akan dihisab diakhirat kelak?
12. Kalau kita kaya, adakah kita bersyukur dan membatu mereka yang kurang mampu?
13. Adakah hati kita rasa tenang apabila dicerca dan bimbang dipuji, kerana dengan cercaan itu kita akan tambah berhati-hati dengan dosa dan apabila dipuji ia akan merosakkan hati dengan ujub dan bangga diri?
14. Adakah kita sentiasa meminta maaf di atas kesalahan kita?
15. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah kita merasa gembira dan turut bersyukur dibatas nikmat Allah ke atasnya tanpa hasad dan dengki?
16. Setiap kali orang bersalah, adakah kita menasihatinya dengan penuh kasih sayang dan tidak menghina dan mencercanya?
17. Adakah hati kita terhindar daripada jahat sangka dan prasangka pada orang lain?
18. Adakah kita sanggup bertolak ansur dengan orang lain diwaktu kita juga didalam kesusahahan?
19. Adakah kita merasa cukup dan puas dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tiada?
Petikan dari buku Huraian Ihsan dan Ilmu Tasawwuf.


WANITA HITAM PENGHUNI SYURGA
Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata kepada: Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga. Aku menjawab: Sudah pasti ! Ibn ‘Abbas berkata: Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dia berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang), aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku.
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau. Wanita itu berkata: Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan beliau.
Atho’ bin Abu Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas) yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.
[Sahih al-Bukhari, (ูƒุชุงุจ ุงู„ู…ุฑุถู‰) Kitab Pesakit, (ุจุงุจ ูَุถْู„ِ ู…َู†ْ ูŠُุตْุฑَุนُ ู…ِู†َ ุงู„ุฑِّูŠุญِ) Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit Sawan, hadis no : 5220]
Siapakah wanita kulit hitam penghuni syurga ini?
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menyebutkan dalam Fathul Bari bahawa nama wanita ini adalah Su’airah al-Asadiyyah (ุณุนูŠุฑุฉ ุงู„ุฃุณุฏูŠุฉ).[1] Beliau merupakan tukang sikat kepada isteri baginda, Khadijah bte Khuwailid radiallahu ‘anha.[2]
Kisah Ummu Zufar yang ringkas ini wajar menjadi teladan kepada Muslimah khususnya. Siapakah di antara kita yang berdoa agar dia menjadi muslimah solehah? Ya, ramai daripada kita berdoa untuk diberikan kebaikan dunia dan akhirat, dijadikan anak yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki, diberikan suami yang soleh, tetapi adakah siapa di antara kita pernah meminta doa sebagaimana yang diminta oleh Ummu Zufar?
Dia sedar auratnya terbuka ketika diserang penyakit sawan, tetapi dia mahukan syurga, tetapi dia juga mahu maruahnya terjaga.
Bagaimana pula dengan keadaan kaum Muslimah kini, khususnya di Malaysia. Adakah masih wujud alasan untuk membuka aurat sedangkan wanita kulit hitam penghuni syurga ini pun masih berusaha menjaga auratnya walau ketika diserang penyakit sawan.
Wahai saudari ku,
Kita semua insan yang tidak sempurna. Berdoalah agar kita menjadi insan yang solehah, berdoalah agar aurat kita tertutup sentiasa, berdoalah agar kita menjadi insan yang bermaruah sebagaimana bermaruahnya Su’airah al-Asadiyyah !
Rujukan:
Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari
Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sahabah



BINTIK HITAM DIKERTAS PUTIH
Suatu hari seorang profesor masuk ke dalam kelasnya dan meminta murid-muridnya untuk bersiap-siap kerana akan ada ujian peperiksaan. Profesor lalu membahagi-bahagikan kertas ujian , dengan teks yang menghadap ke bawah sama seperti biasa.
Setelah selesai menyerahkannya, ia meminta murid-muridnya untuk membalikkan kertas soalan. Namun semua murid terkejut kerana tidak ada pertanyaan sama sekali, yang ada hanyalah titik hitam tepat di tengah halaman. Profesor melihat di wajah semua muridnya, dan berkata kepada mereka, "Saya ingin Anda menulis apa yang Anda lihat di sana."
Para pelajar bingung, bagaimana caranya untuk menjelaskan tugas itu.
Pada akhir jam kelas, profesor mengambil semua kertas jawapan dan mulai membaca setiap hasil jawapan dengan keras di depan semua pelajar. Ternyata semua murid tanpa pengecualian hanya menjelaskan tentang bintik hitam, dan mencuba untuk menjelaskan posisinya di tengah-tengah lembar, dll.
Setelah semua kertas jawapan telah dibaca, seisi kelas menjadi diam, profesor lalu mulai menjelaskan, "Saya tidak akan mengambil nilai markah dari ujian ini, saya hanya ingin memberikan sesuatu kepada Anda semua untuk direnungkan. Tidak ada satupun yang menulis tentang bahagian putih dari kertas. Semua orang hanya terfokus pada titik hitam, dan hal yang sama terjadi dalam hidup kita. Kita memiliki kertas putih untuk dilihat dan dinikmati, tapi kita selalu fokus pada titik-titik hitam. Hidup kita adalah kurnia yang diberikan Tuhan kepada kita dengan penuh cinta dan perhatian dan kita memiliki alasan untuk selalu bersyukur.
Namun kita sentiasa berfokus hanya pada bintik-bintik gelap seperti masalah kesihatan yang mengganggu kita, masalah kewangan, hubungan yang rumit dengan anggota keluarga, kekecewaan dengan teman, dll.
Titik-titik hitam sangatlah kecil bila dibandingkan dengan segala sesuatu yang kita miliki dalam hidup kita, tetapi titik-titik hitam selalu mencemari fikiran kita.
Jauhkan pandangan Anda dari titik hitam dalam hidup Anda. Bersyukurlah untuk setiap nikmat yang kita terima, setiap detik masa yang diberikan kehidupan kepada Anda.
Berbahagialah dan jalani hidup ini dengan fikiran yang positif dan penuh kesyukuran.
Jangan jadikan titik hitam menutupi bahagian putih yang banyak. Jangan jadikan kelemahan sedikit saja menutupi ribuan kebaikan yang ada padamu.









TANDA MEMILIKI HATI YANG BERSIH
Hati yang bersih akan menjadikan kita orang yang baik, menghargai orang lain mengeluarkan lisan yang baik dan perbuatan perbuatan yang baik, akan tetapi sebaliknya kalau hati yang kotor.
Tanda tanda hati yang bersih menurut islam
Rasulullah bersabda
“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada segumpal darah (hati), apabila hati itu baik maka baik pula seluruh diri dan amal perbutan manusia dan apabila hati itu rusak maka rusaklah seluruh diri (amal perbuatan manusia tersebut). Ingatlah,ia adalah hati”.
(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dari Nu’man IbnBasyir ra).
Saudaraku disayangi Allah SWT,
Meskipun tidak seorangpun yang mengetahui isi hati orang lain kecuali Allah SWT dan dirinya sendiri, hati yang bersih mempunyai tanda2 yang nampak dizahirnya. Sebab hati yg baik dan suci akan melahirkan amal ibadah yang soleh dan tindak tanduk yang baik.
Tanda-tanda hati yang suci sebagaimana disebut dalam Al-Qur’an boleh disebutkan sebagai berikut:
MERASA TENTERAM APABILA ZIKIR/MENGINGATI ALLAH
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AR-RAD : 28, yang berbunyi :
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram”.
MERASA GEMENTAR HATI BILA INGAT ALLAH
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-ANFAL : 2, yang berbunyi :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal”.
dan Surat AL-HAJJ : 34-35, yang berbunyi :
“…..Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka”.
BERLUMBA LUMBA DALAM KEBAIKAN
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-MU’MINUN : 60-61, yang berbunyi :
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka, mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya”.
MENGAGUNGKAN SYIAR-SYIAR ISLAM
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-HAJJ : 32, yang berbunyi :
“…..Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati”.
TIDAK MENCINTAI DAN TIDAK SETIA KEPADA PENENTANG ALLAH DAN RASULNYA
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-MUJADILAH : 22, yang berbunyi :
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat) Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung”.
TIDAK MERASA DENGKI KEPADA SAUDARA SEISLAM
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-HASYR : 10, yang berbunyi :
“….”Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.
Dan Surat AL-HIJR : 47, yang berbunyi :
“Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara….”.
TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-HASYR : 9, yang berbunyi :
“Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
KEIMANAN SENTIASA BERTAMBAH
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-FATH:4 yang berbunyi :
“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)….”.
SENANG MENGIKUTI PETUNJUK AL-QUR’AN
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AZ-ZUMAR:22-23, yang berbunyi :
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya . Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya”.
Dan surat AL-‘ANKABUT:49, yang berbunyi :
“Sebenarnya, Al Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim”.
HIDAYAH SEMAKIN BERTAMBAH
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat MUHAMMAD:16-17, yang berbunyi :
“Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahaba t Nabi): “Apakah yang dikatakannya tadi?” Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya”.
Dan Allah hanya menerima hati yang bersih yaitu hati yang selamat (qalbun salim)… seperti di firmankan Allah dlm Al Qur’an surat Al-Fajr 27-30, yang artinya :
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku”.
Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya…
Semoga Bermanfaat Untuk Diri Sendiri dan Terima Kasih kepada yang telah menulisnya.
Saya cuma menyalin kembali dan memgumpulnya.
Oleh : Ahmad Amzad Hashim

No comments: