Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan senantiasa berdzikir kepada-Mu dan jadikanlah hatiku penuh dengan rasa takut kepada-Mu.
Mereka yang selalu membasahi lisannya dengan berzikir kepada Allah, Akan masuk surga dengan tersenyum. – Abu Darda
Ketika hati terlalu banyak dipenuhi dengan hasrat duniawi, ia akan menjadi keras. Lunakkan dengan zikir mengingat Allah.
Zikir adalah sebuah pohon yang buahnya adalah marifat (mengenal Allah). Semakin banyak berdzikir maka semakin kukuh akar pohon itu, semakin kukuh akarnya maka semakin banyak buah yg dihasilkannya. – Ibnu Qayyim
zikir kepada Allah itu makanan bagi jiwa.
Seorang suami berkata pada isteri
Insyaallah dengan cinta dan rahmat-Nya, aku berdoa semoga berada di sisimu di surga nanti.
Janganlah mencintai seseorang yang tidak mencintai Allah. Jika mereka saja dapat meninggalkan Allah, merekapun juga akan dapat meninggalkanmu. - Imam As-Syafi'i
Alhamdulillah
Kerana
masih dapat meneguk air yg jernih
Masih dapat nenghirup udara segar
Masih dapat berjalan atas kaki yg sihat
Masih dapat tidur nyenyak.
Sangkaan kami terhadap Mu ya Allah
Bahawa Kau akan membantu kamu
Dan Kau menyayangi kami
Kami pegang teguh aras sangkaan itu.
Sewaktu musibah datang
Ia bersandar
Sambil menunggu kasih sayang Allah.
Subuh itu sangat dekat
Bangkitlah
Bila matahari telah terbit
Ia adalah kemenangan setelah sabar
Takwalah kpd Allah
Kerana di situ ada jalan keluar dari segala masalah.
Jika kita percaya
Kepedihan itu
Sampai saatnya akan pergi jua.
Untuk apa ditangisi pada dunia yg sementara ini.
Biarlah derita itu datang
Kerana ia akan pergi jua
Kita di sini tetap berdiri teguh
Atas keimanan
Untuk apa ditangisi pada dunia yg sementara ini.
Biarlah derita itu datang
Kerana ia akan pergi jua
Kita di sini tetap berdiri teguh
Atas keimanan
Isteri memohon kpd suaminya.
Ingatkan aku selalu kepada ALLAH jika kamu benar-benar cinta kepadaku.
Seorang suami bercakap pada isterinya
Kamu adalah doaku yang telah menjadi kenyataan.
Ingat! Kamu tidak bisa menghapus riwayat jelajah internet/fb mu dari Allah.
Ketika kita memperbaiki hubungan kita dengan Allah, maka Allah juga akan memperbaiki segala sesuatu untuk kita.
Jangan benci dunia dan hidup
Bukan tugas kita utk cinta dunia
Tugas kita ialah cinta Allah.
Tidak peduli seperti apa penampilan fizikalmu, ketika kamu memiliki kebaikan dalam hati, maka kamu adalah orang yang paling cantik/tampan di dunia ini.
Seseorang yang selalu mengingat Allah tidak akan pernah merasa sendiri atau kesepian.
Tawakkal adalah meyakini sepenuh hati bahwa Allah akan mengurus segalanya untuk kamu, bahkan ketika hal-hal tersebut terlihat mustahil.
💖🌹
🌹Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.
🌹Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari NYA
🌹Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.
🌹Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari NYA
🌹Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada NYA
🌹Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepada NYA
🌹Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari NYA
🌹Oleh itu ...
Jangan terlalu banyak ketawa.
Jangan terlalu banyak bersuka ria.
Kerana Allah akan jauh dari kita.
🌹Indahnya kesabaran.
Bersyukur akan dugaan.
🌹 Indah nya kebahagiaan.
Bersyukur nikmat Tuhan.
🌹 Indah nya kasih sayang.
Bersyukur akan keikhlasan
🌹 Indah nya kekuatan.
Bersyukur peningkatan iman
🌹 Indahnya kehidupan
Bersyukur menjadi hamba Tuhan
Tulislah sesuatu untuk menegur
diri sendiri , bukan untuk menghina
orang lain .
Kita ini banyak dosa ,
Jangan menghitung dosa orang lain
sehingga terlupa dosa sendiri .
Kita akan berebut-rebut jika diperlihatkan keindahan Syurga, namun apakah kita berebut pada setiap peluang amal?
~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG/BACA SAYYIDUL ISTIGHFAR
Puisi : pujuk hati
jujurlah wahai sayangku
bahawa kau ingin mencintai
Tuhanmu dengan sepenuh hati
dan kau tak akan menduakan
dalam cintamu itu
wahai sayangku
jika kau cinta pada Tuhanmu
maka korbankanlah nafsumu
bersihkan hamparan mu
dengan cahaya iman
wahai kekasihku
perhambakan lah cinta dan rindumu
pada yang telah menciptamu
lupakan janji cintamu dulu
sewaktu rohmu
berkata dulu
Ya benar Engakulah Tuhanku.
kebaikan itu
kutiplah setiap mutiara kebaikan
yang kau temui sepanjang perjalanan
yang kecil itu jangan ditinggalkan
kutip juga
dan jangan mengeluh
tangan sudah letih mengutip
memang tujuan kau datang ke sini untuk mengutipnya.
jangan himpun kebaikan itu dalam bekasmu
taburkan lah pada setiap insan yang kau
temui
walaupun seorang yang namanya tak tersebut
dan tak terpeduli
bukan kerja kau untuk bertanya tanya
sebagaimana kebaikan yang kau nikmat
datang tak bertanya tanya
jangan jua kau angkat diri
setinggi langit
atas debu debu jasa
yang kau reka sendiri
lupakah engkau kerjamu tadi mengutip
kebaikan dari Nya
disini bukan tempat menghitung untung
disini juga bukan tempat berniaga
tungggulah sekejap dengan sabar
kerana
di sana tempat mengira nikmat tanpa batas
mungkin kau akan terkejut dengan kebaikan yg kecil itu
di situ juga ada teriakan orang muflis
namun kekayaan dan kemewahan di sana
menyebabkan langkah mu terhenti
mustahil
tak masuk akal.
No comments:
Post a Comment