Monday, November 06, 2017

KTP 052

Kita dihormati orang
Mungkin kerana Allah
Menutup aib kita

Syukur padaMu Allah.

“Sesungguhnya SABAR akan indah jika kita selalu dekat dgn ALLAH InsyaAllah.”


Ingatlah...
• Kita kaya dan bergaji besar, kaya dan bergaji besar itu menjadi ujian kita.
• Kita cantik dan kacak, cantik dan kacak itu menjadi ujian kita.
• Kita berpangkat dan berkedudukan tinggi, pangkat dan kedudukan tinggi itu menjadi ujian kita.
• Kita alim, hebat dan banyak ilmu, alim, hebat dan banyak ilmu itu menjadi ujian kita.
• Kita gagal, sedih dan ditimpa bencana, gagal, sedih dan ditimpa bencana itu menjadi ujian kita.
• Kita sakit dan susah, sakit dan susah itu menjadi ujian kita.
• Kita cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik, cacat, lumpuh dan tak beberapa cantik itu menjadi ujian kita.
• Kita mempunyai berbagai apa-apa lagi kelebihan dan bermacam kekurangan, itu menjadi ujian kita.


Bersyukurlah kepada Allah atas nikmatNya kerana kita......
-Masih Hidup
-Masih boleh bertaubat
-Masih boleh perbaiki diri
-Masih boleh mencari rezeki
-Masih boleh bersama org yg tersayang

Ucapkan Alhamdulillah.


Bersyukurlah kepada Allah atas nikmatNya kerana kita......
-Masih Hidup
-Masih boleh bertaubat
-Masih boleh perbaiki diri
-Masih boleh mencari rezeki
-Masih boleh bersama org yg tersayang

Ucapkan Alhamdulillah.


Sesungguhnya kebaikan itu memancarkan cahaya pada wajah seseorang, dan cahaya pada hati, keluasan dalam rezeki, kekuatan pada badan, kecintaan di tengah makhluk

keburukan pula akan mengakibatkan kehitaman pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan dan kekurangan rezeki, serta kebencian di dalam hati para makhluk Allah.


Doa harusnya menjadi pembuka dipagi hari dan menjadi penutup diwaktu malam hari”


.Doa untuk negeri pulau pinang

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَام وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ .
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah ditimpakan bencana ke atas kami. Ya Allah, turunkannya di dataran tinggi, bukit-bukit, lembah-lembah serta tempat tumbuhnya pokok-pokok”.  [Al-Bukhari, Muslim]


Tawakkal adalah merelakan sepenuhnya segala sesuatu yang kamu cintai, namun dengan keyakinan bahwa Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik.


Kamu bisa merasa santai di pesawat terbang meskipun kamu tidak mengenal pilotnya. Kamu bisa merasa santai di kapal meskipun kamu tidak mengenal  kaptennya. Kamu bisa merasa santai di bus meski tidak tahu pemandunya. Lalu mengapa kamu tidak merasa santai dalam hidup padahal kamu tahu bahwa Allah yang mengendalikannya?


Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. – (Q.S Ali Imran: 159)


Tawakkal adalah memiliki keyakinan penuh bahwa Allah akan menjagamu, bahkan di saat segala sesuatu terlihat tidak mungkin.

Serahkan segala sesuatu kepada Allah agar kamu dapat melihat kuasa Allah atas segala sesuatu.

Tawakkal yaitu percaya penuh bahwa rencana Allah adalah rencana yang terbaik.

Tawakkal kepada Allah akan menjadikan seorang mukmin memiliki hati yang kuat dan berani. Seorang yang bertawakkal juga akan selalu merasa nyaman dengan takdir Allah yang diterimanya, jika kondisi lapang dia tidak lupa untuk senantiasa bersyukur, jika kondisi sempit dia akan menghadapinya dengan penuh kesabaran.


Basuhlah hatimu setiap hari dengan solat, kemudian hangatkan dengan zikir.

*Tazkirah

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Mintalah pada Allah hidayah dan cahaya dalam kehidupan.
Agar kita tidak buta di dunia ini.

Barangsiapa yang buta di dunia, di akhirat nanti tentu kita akan buta.
Di waktu itu tidak ada yang mampu menyelematkan.

Sebab itu mintalah pada Allah untuk buka mata hati kita. Untuk beri hati kita mendengar dan tersentuh dengan firmanNya..

Untuk beri hati kita cahaya agar dengan cahaya itu kita terpandu untuk mentaatiNya.

Fokuslah untuk mendidik hati.
Membersihkan hati. Membuka mata hati kita.
Bila terbuka hati maka hidayah mudah sahaja masuk.

Moga Allah menjadikan mata hati kita terbuka di dunia dan di akhirat Sana...

~ Syukur dan Jagalah  ~

Seorang lelaki kaya melihat melalui tingkap dan melihat seorang lelaki mengambil sesuatu dari tong sampah itu. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak miskin.

Orang miskin melihat sekeliling dan melihat lelaki telanjang berkelakuan tidak senonoh di jalan. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak gila.

Orang gila memandang ke hadapan dan melihat ambulans yang membawa pesakit. Beliau berkata, Terima kasih  Allah aku tidak sakit.

Kemudian seorang yang sakit di hospital menyaksikan troli mengambil mayat ke bilik mayat. Beliau berkata, Alhamdulillah saya tidak mati.

Hanya orang yang mati tidak boleh bersyukur kepada Tuhan. Mengapa kamu tidak bersyukur kepada Tuhan hari ini untuk memberikan anda peluang untuk hidup hari yang lain?

Kehidupan:
Untuk memahami dengan lebih baik, anda perlu pergi ke 3 lokasi:

1. Hospital,
2. Penjara
3. Kubur.

* Di Hospital, anda akan memahami bahawa tiada apa yang lebih cantik daripada KESIHATAN.

* Dalam Penjara, anda akan melihat KEBEBASAN itu adalah perkara yang paling berharga.

* Diperkuburan, anda akan menyedari bahawa hidup ini tiada bernilai apa-apa. Hakikatnya kehidupan hari ini akan menjadi bumbung kpd kita di hari esok.

Oleh itu, marilah kita tetap merendah hati dan bersyukur dengan segala-galanya .
Seorang wanita dermawan yang sudah berumur telah memberi seekor kambing kepada Luqmanul Hakim. Dia meminta Luqman menyembelih kembing itu dan berpesan, _“Berilah bahagian yang terburuk darinya untuk saya makan.”_

Setelah Luqman menyembelih kambing itu, dia pun menghantar hati dan lidahnya kepada wanita tersebut.

Beberapa hari kemudian wanita itu memberikan lagi seekor kambing untuk disembelih. Kali ini dia berpesan untuk memberinya bahagian yang terbaik dari kambing itu. Setelah disembelih, Luqman menghantar hati dan lidah juga kepada wanita itu.

Wanita itu kehairanan dan bertanya kepada Luqman, _“Mengapakah tuan menghantar lidah dan hati kepada saya ketika meminta bahagian yang terburuk. Dan mengapa kedua-duanya juga dihantar kepada saya ketika memesan menghantar bahagian yang terbaik?”_

Luqman menjawab, _“Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya buruk maka sangatlah buruknya!”_

Mendengar jawapan yang bijaksana itu, wanita itu lalu memahami maksud Luqman. Sebabnya hati dan lidah adalah pokok segala kebaikan, begitu juga sebaliknya, dari hati dan lidah juga lahir segala kejahatan dan keburukan.

Oleh itu hati dan lidah adalah punca segala kejahatan dan kebaikan.
Jagalah hati kita dan jagalah lidah kita...


10 Sifat Isteri Yang Mendatangkan Rezeki Kepada Suaminya.

1) Isteri yang sentiasa bersyukur.
2) Isteri yang tawakkal pada Allah.
3) Isteri yang baik agamanya.
4) Isteri yang banyak beristighfar.
5) Isteri yang suka silaturrahim.
6) Isteri yang suka bersedekah.
7) Isteri yang bertaqwa.
8) Isteri yang selalu mendoakan suaminya.
9) Isteri yang selalu solat Dhuha.
10) Isteri yang taat pada suami.

Ya Allah, jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri yang menyejukkan hati dan mendatangkan rezeki pada suami mereka. Ya Allah..Amin❤❤

Dari ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood*


Orang yang tinggi
  ADAB
walaupun kekurangan
ILMU
    lebih mulia dari
orang yang banyak
ILMU
tetapi kekurangan
ADAB..❣

برسيحكن جنتوغ هاتي..
Hati kita ni terbahagi kepada 3 peringkat.

1. Hati hidup
Makna hati yg sihat. Kita sentiasa buat amal soleh. Jaga diri daripada dosa dan maksiat.

2. Hati sakit
Majority ni la jenis hati di kalangan kita semua. Hati sakit ni orang yang selalu buat amal soleh tapi at the same time masih juga buat dosa. Maksiat. Jenayah dan kezaliman.

Hati ni juga yang tak boleh tengok orang lebih dari dia atau lebih kepada dengki dengan orang tanpa sebab. Orang hati sakit ni rugi. Sebab bila akhirat, pahala dimakan oleh dosa sampai la dosa tu melebihi pahala.

3. Hati mati
Ini golongan kafir munafiq. Iaitu orang yang telah di sampaikan ajaran al quran tapi masih lagi tak beramal. Malah menentang

Okay now cerita penawar.

1. Baca dan amalkan al quran. Fahamkan makna

2. Bangun malam utk tahajjud dan istighfar

3. Puasa sunat

4. Berkumpul dengan orang soleh yg buat kita lagi dekat dan sentiasa ingat Allah.

5. Sedeqah / infaq

Kalau dapat buat 5 benda ni, Insyaa Allah hati kita berada pada tahap mutmainah. Kat akhirat, Allah redha, jemput kita masuk Syurga ikut mana2 pintu saja yg kita nak.

Kamu rasa, hati kamu diperingkat mana?
Tepuk dada, tanya iman sendiri.!!

~ISTIQOMAH ZIKIR/ ISTIGHFAR SERTA PERBANYAKKAN SELAWAT PADA HARI JUMAAT


Ajaklah keluarga dan sahabatmu menuju cahaya ilahi

Kerana di sana ada limpahan ketenangan dalam hidupmu


Ingat lima perkara
Sebelum lima perkara

Agar kita tak menyesal nanti..


Apabila kita berdoa kpd orang lain

Maka malaikat akan mendoakan kpd kita agar kita dapat apa yg kita doakan kpd org lain tadi..


Doaku utk semua sahabat

Bismillaahirrahmaaniirrahiim

Alhamdulillahi rabbil a'lamiin
Wassolatuwassalamuala asrofil anbia iwalmursalin
Wa'ala alihi wasohbihi ajmain..

Ya  Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...
Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami..

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Wassolallahhu 'ala sayyidina Muhammad
Wa'ala alihi wasohbihi wasalam
Walhamdulillah hirabbal a'lamiin

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ


kecewa
marah
gagal

adalah alasan terbaik untuk kita bersabar
dan ingat pada Allah.

inilah peluang untuk kembali


Akhirat nanti kita tak ada nak sibuk check mana kawan kita ke
Mana family kita ke

Tak

Tapi kita sibuk, sibuk selamatkan diri dari dihisab

Time tu lah kita akan merangkak mencari satu susuk tubuh yang mampu menyelamatkan kita 😭

Tak ada lagi seorang lelaki, suami atau ayah sekalipun yg mampu takung air guna dua tangan lalu disuakan dalam mulut kita

Tiada

Kecuali seorang

Muhammad Ya Rasulullah ❤

Dia lah insan teragung


Mungkin sekarang awak diuji dengan kehilangan orang tersayang

Kalau tengok ayat 155 ,surah Al Baqarah dah jelas disitu
Allah uji kita dengan kelaparan, kekurangan harta, dan jiwa

“Dan sampaikan lah berita gembira pada orang yg sabar”
-maksudnya disitu, ada hikmah disebalik Allah uji itu

Okay, kita tengok sambungan tentang ujian , surah Al Mulk ayat ke 2 dimana ia merungkai kan ujian kehilangan iman adalah ujian kehilangan paling besar (tengok tafsir yer)

Awak diuji tak dapat no 1 dalam kelas, pergi kerja kena marah, belajar oversea jauh dari mak ayah, kena ikat perut

Itu semua ujian kesayangan
Kalau tiada ujian, tiada lah pertambahan rasa keimanan kita pada Allah


Tazkirah Ringkas

Belum tentu ahli maksiat masuk neraka.

                       Dan

Belum tentu ahli ibadah masuk syurga.

Kerana dosa boleh terhapus degan taubat

Sedang pahala bisa terhapus Kerana sombong dan riyak...

slmt menunaikan solat fardhu maghrib sahabat semua...

*Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad*

*Ketahui 33 Niat Penting Ketika Membaca Al-Quran*

OLEH USTAZ IQBAL ZAIN, PADA 14 AUG 2017

Ramai dalam kalangan saudara muslim kita ketika membaca Al-Quran berniat semata-mata untuk pahala dan masing-masing kurang mengetahui tentang kelebihan besar Al-Quran, iaitu seseorang akan mendapat apa saja yang dia niatkan ketika dia membaca Al-Quran. Ini sebagaimana yang disabdakan oleh Sayyidina Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya setiap amal yang dilakukan itu diukur atas niatnya dan seseorang akan mendapat (hasil amalnya) apa yang dia niatkan.”

فالقرءان منهج حياة والنية تجارة العلماء فمن هذا المبدأ والمنطلق أردت أن أذكر نفسي وإخواني ببعض النوايا عند القراءة ومنها
Al-Quran itu adalah panduan cara hidup, sehingga niatnya itu adalah perniagaan para ulama untuk mendapatkan keuntungan.

Dari dua prinsip ini, saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara sekalian dengan beberapa dari niat-niat ketika membaca Al-Quran, antaranya :

*#1 – Tujuan Belajar Dan Beramal*

(اقرأ القرآن لأجل العلم والعمل به)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan belajar dan beramal dengannya.

*#2 – Tujuan Memohon Hidayah*

(اقرأ القرآن بقصد الهداية من الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon hidayah dari Allah SWT.

*#3 – Tujuan Bermunajat*

(اقرأ القرآن بقصد مناجاة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk bermunajat kepada Allah.

*#4 – Tujuan Menyembuhkan Penyakit*

(اقرأ القرآن بقصد الإستشفاء به من الأمراض الظاهرة والباطنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyembuhkan penyakit zhohir dan batin.

*#5 – Tujuan Meminta Dikeluarkan Daripada Kegelapan Kepada Cahaya*

(اقرأ القرآن بقصد أن يخرجنى الله من الظلمات إلي النور)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan meminta kepada Allah SWT untuk mengeluarkan saya dari kegelapan (maksiat) kepada cahaya (iman).

*#6 – Niat Untuk Ubat Bagi Hati Yang Keras*

(اقرأ القرآن لأنه علاج لقسوة القلب فيه طمأنينة القلب وحياة القلب وعمارة القلب)
Saya niat membaca Al-Quran ini karena ia merupakan ubat bagi hati yang keras, dengan Al-Quran ini hati menjadi tenang, hidup dan makmur (dengan iman).

*#7 – Tujuan Untuk Menikmati Hidangan*

(اقرأ القرآن بقصد أن القرآن مأدبة الله تعالى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (untuk menikmati) jamuan atau hidangan dari Allah Taala.

*#8 – Tujuan Supaya Tidak Termasuk Dalam Golongan Yang Lalai*

(اقرأ القرآن حتى لا أكتب من الغافلين وأكون من الذاكرين)
Saya niat membaca Al-Quran ini supaya saya tidak ditulis termasuk dari golongan orang yang lalai; bahkan saya ingin ditulis sebagai golongan orang yang mengingat Allah.

*#9 – Tujuan Untuk Menambah Keyakinan*

(اقرأ القرآن بقصد زيادة اليقين والإيمان بالله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah.

*#10 – Niat Mentaati Perintah Allah*

(اقرأ القرآن بقصد الإمتثال لأمر الله تعالي بالترتيل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mentaati perintah Allah SWT yang memerintahkan untuk membaca Al-Quran dengan tartil.

*#11 – Niat Untuk Mendapat Pahala Dan Kebaikan*

(اقرأ القرآن للثواب حتى يكون لى بكل حرف ١٠ حسنات والله يضاعف لمن يشاء)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat pahala sehingga dituliskan 10 ganjaran kebaikan bagi saya atas setiap satu huruf yang saya baca, sesungguhnya Allah melipatgandakan ganjaran bagi orang yang Dia kehendaki.

*#12 – Niat Untuk Mendapat Syafaat*

(اقرأ القرآن حتى أن أنال شفاعة القرآن الكريم يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendapat syafaat Al-Quran pada hari kiamat kelak.

*#13 – Tujuan Untuk Mengikut Wasiat Nabi*

(اقرأ القرآن بقصد إتباع وصية النبى ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mengikuti wasiat Nabi SAW.

*#14 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Diri Dan Umat Islam*

(اقرأ القرآن حتى يرفعنى الله به ويرفع به الأمة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan semoga Allah SWT mengangkat derajat saya dengan Al-Quran dan mengangkat darjat umat ini dengan Al-Quran.

*#15 – Tujuan Supaya Allah Mengangkat Darjat Di Syurga*

(اقرأ القرآن حتى أرتقي في درجات الجنة وألبس تاج الوقار ويكسي والداى بحلتين لا يقوم لهما الدنيا)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk dinaikkan kedudukan saya di syurga dan dapat dipakaikan mahkota kemuliaan, dan untuk ibu bapa saya semoga dipakaikan juga dengan perhiasan yang tidak diberikan ketika di dunia.

*#16 – Niat Untuk Mendekatkan Diri Kepada Allah*

(اقرأ القرآن بقصد التقرب إلي الله بكلامه)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui kalamNya.

*#17 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahlillah*

(اقرأ القرآن حتى أكون من أهل الله وخاصته)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar dimasukkan kedalam golongan ahlillah dan daripada golongan orang-orang yang khusus.

*#18 – Niat Agar Dimasukkan Dalam Golongan Ahli Yang Mahir Membaca Al-Quran*

(اقرأ القرآن بقصد أن الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan (agar termasuk dalam golongan) orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Malaikat yang mulia lagi taat.

*#19 – Niat Agar Diselamatkan Daripada Ahli Neraka*

(اقرأ القرآن بقصد النجاة من النار ومن عذاب الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diselamatkan daripada neraka dan azab Allah.

*#20 – Niat Agar Hati Rasa Kebersamaan Dengan Allah*

(اقرأ القرآن حتى أكون في معية الله تعالي)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar hati saya dapat merasakan kebersamaan dengan Allah SWT.

*#21 – Niat Supaya Tidak Mensia-siakan Umur*

(اقرأ القرآن حتى لا أرد إل أرذل العمر)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar tidak menghinakan atau mensia-siakan umur.

*#22 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Saksi Kebaikan*

(اقرأ القرآن حتى يكون حجة لى لا علىّ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi saksi kebaikan bagi saya dan tidak pula menjadi saksi keburukan ke atas saya.

*#23 – Niat Memandang Mushaf Ialah Satu Kebaikan*

(اقرأ القرآن بقصد أن النظر في المصحف عبادة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk melihat kepada mushaf yang mana perbuatan itu adalah satu ibadah.

*#24 – Niat Agar Allah Mengurniakan Sakinah*

(اقرأ القرآن حتى تنزل علىّ السكينة وتغشانى الرحمة ويذكرنى الله فيمن عنده)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar diturunkan sakinah(ketenangan) ke atas saya, dan diliputi rahmat buat diri saya, dan disebut nama saya oleh Allah SWT kepada makhluk di sisiNya.

*#25 – Tujan Mendapat Kebaikan*

(اقرأ القرآن بقصد الحصول على الخيرية والفضل عند الله)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan mendapat kebaikan dan kelebihan di sisi Allah.

*#26 – Niat Supaya Aroma Mulut Menjadi Harum*

(اقرأ القرآن حتى يكون ريحي طيب)
Saya niat membaca Al-Quran agar aroma (bau mulut) saya menjadi harum (dengan lantunan Quran).

*#27 – Niat Agar Tidak Tersesat Di Dunia*

(اقرأ القرآن حتى لا أضل في الدنيا ولا أشقي في الآخرة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar saya tidak tersesat di dunia dan tidak ditimpa celaka di akhirat.

*#28 – Niat Agar Terhindar Dari Kesedihan, Kerisauan Dan Kegusaran*

(اقرأ القرآن لأن الله يجلى به الأحزان ويذهب به الهموم والغموم)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah menghindarkan diri saya dengan sebab membaca Al-Quran dari segala kesedihan, serta menghilangkan kerisauan dan kegusaran.

*#29 – Niat Agar Al-Quran Menjadi Teman Di Alam Kubur*

(اقرأ القرآن ليكون أنيسي في قبري ونور لي علي الصراط وهادياً لي في الدنيا وسائقاً لي إلى الجنة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar ia menjadi teman saya di dalam kubur dan cahaya bagi saya ketika melintasi titian Sirath, dan petunjuk saya ketika di dunia, dan pemandu saya untuk ke syurga.

*#30 – Tujuan Agar Allah Mentarbiah Saya*

(اقرأ القرآن ليربينى الله ويؤدبنى بالأخلاق التي تحلى بها الرسول ﷺ)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan agar Allah mentarbiah saya, dan mengajar adab kepada saya dengan akhlak yang dihiaskan akannya kepada Rasulullah SAW

*#31 – Tujuan Agar Dapat Menyibukkan Diri Dengan Yang Haq*

(اقرأ القرآن لأشغل نفسي بالحق حتى لا تشغلني بالباطل)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan menyibukkan diri saya dengan Al-Haq, sehingga tidak mampu kebatilan yang menyibukkan saya.

*#32 – Niat Mujahadah Melawan Nafsu*

(اقرأ القرآن لمجاهدة النفس والشيطان والهوى)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan untuk mujahadah melawan nafsu, syaitan dan keinginan kepada selain Allah.

*#33 – Niat Agar Allah Memisahkan Diri Dengan Al-Kafirin*

(اقرأ القرآن ليجعل الله بينى وبين الكافرين حجاباً مستوراً يوم القيامة)
Saya niat membaca Al-Quran ini dengan tujuan memohon agar Allah memisahkan saya dengan para kafirin di akhirat kelak.

(فهيا لنكون من أهل القرآن، وهذه هي التجارة مع الله المضمونة الرابحة والتي يعطى الله عليها من فضله الكريم وعطائه الذي لا ينفد)
Maka marilah kita menjadi ahlil Quran, yang telah dijamin keuntungannya, yang mana keuntungan itu Allah SWT kurniakan atas sifat pemurahNya dan sesungguhnya segala pemberianNya itu tidak akan habis.

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. In syaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat


*JAGALAH ALLAH*
*SEDARLAH DIRI*

Sabda Rasulullah SAW
"Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu.Jagalah Allah,kau akan menemui-Nya selalu  dihadapan mu Apabila kau meminta,mintalah pada Allah.Apabila kau memohon pertolongan,mohonlah pada Nya. Ketahuilah,sekiranya semua umat bersatu padu untuk memberi manfaat kepadamu,mereka tidak lakukan sedikitpun kecuali yang sudah ditentukan oleh Allah untukmu.
Jika mereka bersatu padu untuk menimpakan bahaya kepadamu,mereka takkan dapat lakukan sedikitpun kecuali sudah ditentukan Allah untukmu.Pena-pena (yang digunakan untuk menuliskan buku taqdir) telah diangkat dan lembaran-lembarannya sudah kering.."-Riwayat Tirmidzi.

Sayyid Qutb berkata:
‘…itulah jiwa yang kosong
yang tidak pernah mengenal
makna serius.Ia berharap semuanya mudah Meski menghadapi bahaya yang mengintai…’

Wahai diri,
Hidup ini perlu hala tuju yang jelas
Dan tahu ke mana arahmu
Allah mencipta kita sebagai hambaNya
Juga sebagai khalifahNya.

Allah mengiktiraf kita melalui firmanNya
“Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya – Surah Al-Tin,95:4 ”

dan Allah juga berfirman dalam Surat Cintanya (al-Quranul Karim)
“kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) menyuruh (berbuat)yang makruf
dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..
(Surah Al-Imran,3:110)

Ya Allah, mudah-mudahan
 jiwa ini ikhlas beribadah keranaMu
Dan segala-galanya adalah keranaMu,
 Ya Allah.Ameen…

Duhai insan..
Ingatlah kamu
Hidup dunia
Tiada abadi..
Sebelum terlambat..
sedarlah diri
Buatlah amal
sebelum mati.
pesanan buat diri

#BertakwaLah
#SALAMKEMAAFAN..


TERSILAP TUANG AIR PANAS.

Habib Umar bin Hafidz menerima pelawaan seseorang untuk bertandang ke rumahnya.

Seorang menjemput Habib Umar ke rumah dengan perasaan pasti tidak terima Habib Umar kerana beliau terlalu sibuk, apabila Habib Umar menerima pelawaan orang itu tanpa disangka. Beliau membawa Habib ke rumahnya dihidangkan makanan diberikan layanan dan diberikan segalanya yang pasti bagi meraikan tetamu.

Setelah Habib Umar selesai makan lelaki tadi mengambil air untuk membasuh tangan Habib Umar. Habib Umar memandang lelaki tadi dengan penuh sopan dan senyuman.

Setelah selesai menuangkan air basuhan tangan kepada Habib Umar baru beliau sedar yang tadi disiramnya adalah air panas ke tangan Habib Umar kerana terlampau teruja sehingga beliau tidak sengaja terambil air yang panas yang berada disebelah teko air basuhan tangan.

Namun apabila ditanya Habib Umar mengapa beliau tidak mengaduhkan atau pun menarik tangannya.

Habibuna Umar menjawab,

"Jika aku menarik tanganku, atau mengadukan sakit ditanganku pasti tuan empunya rumah akan rasa bersalah dan hatinya terluka disebabkan dengan kehadiranku ke rumahnya."


HAMBA TAK SEDAR DIRI

● Tak Solat Subuh bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.

● Tak Solat Zohor balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.

● Tak Solat Asar masih boleh pergi gym angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.

● Tak Solat Maghrib nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.

● Tak Solat Isyak Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.

● Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH jadi muka khinzir.

● Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tangguhkan dulu azabNya.
Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.

Fikirkan sejenak petikan diatas apa akan jadi bila Allah tarik nikmat yg Allah bagi..

*muhasabahdiri*


[Suami BACALAH Demi Anak Isterimu, Isteri SOKONGLAH Demi Masa Depan Keluargamu]

Kita mempunyai isteri/suami dan anak2  👪 ???
Kita mempunyai ibu bapa & adik beradik  👭 👬???
Kita mempunyai harta  💰  💳  🚗  🏘 ???

Pernahkah kita terfikir apakah yang akan berlaku jika kita ditakdirkan MENINGGALkan harta & keluarga kita semalam  😭  😭  😭 ???

Tahukah mereka akan senarai HUTANG-HUTANG kita ???  💰  💲
Tahukah mereka untuk mengURUSkan HARTA yang kita tinggalkan ???
Tahukah mereka akan HASRAT kita ?

......................................................................................................

SEDARKAH kita bahawa, setelah kita MENINGGAL :

- Segala duit dalam akaun bank kita diBEKUkan
- Rumah, tanah, kwsp & harta-harta lain perlu diFARAIDkan
- Bahagian ISTERI hanya 1/8 (ada anak), 1/6 (tiada anak)
- TEMPOH pengurusan/tuntutan pusaka antara 6 bln– 3 thn
- KOS pengurusan pusaka yang agak TINGGI
- TUNTUTAN PUSAKA daripada waris-waris lain yang berhak (jika kita tiada anak/tiada anak lelaki/mempunyai anak perempuan sahaja/mempunyai anak angkat)

TENANGkah kita meninggalkan mereka dalam keadaan begini?? Sedang mereka sedih mengenangkan pemergian kita, mereka terpaksa menguruskan dan berhadapan dengan semua ini sendirian???

.......................................................................................................

Ayuh suami, ayah... isteri, ibu....
"Buatlah perancangan harta ibarat kita akan 'pergi' hari ini"

Ayuh! Segeralah bertindak kerana "Ajal takkan pernah terlewat @ terawal sesaat pun"...

Ambil masa dan renungkan... Hadis Riwayat Bukhari :

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”
.................................................................................................


*Menghindari Sifat Marah*   🍃🌷

Kemarahan itu timbul dari gejolak perasaan yang membara, ia bagaikan api yang membakar perasaan. Kemarahan itu juga merupakan dorongan syaitan yang ingin menghancurkan jiwa seseorang, sesungguhnya syaitan itu dari api, dan api akan padam dengan air. Oleh sebab itu jika dalam keadaan marah segeralah mengambil wuduk agar kemarahan menjadi reda. Perbanyakkan istighfar kepada Allah dan selawat keatas Nabi, membaca Al Quran, kerjakan solat dan perkara-perkara yang diperintah dan tinggalkan perbuatan yang dilarang dalam Islam. Dengan cara demikian insya Allah kemarahan akan dapat dihindarkan.

waallahu a'lam..


Kesihatan tidak boleh kita beli dengan harta walau seluruh harta di dunia ini kita gadaikan,
Mencari dunia hingga memudaratkan diri itu ibarat meracuni diri sendiri,
Kerana segala harta kita di dunia ini tidak mampu untuk menahan dari kematian kita,

Dunia ini tiada apa-apa setelah kita menghadap pencipta,
Tetapi di akhirat nanti Allah akan cari amalan kita di dunia,
Kejarlah akhiratmu nescaya dunia akan mengejarmu,

Allah akan cukupkan rezki kita selagi kita taat kepadanya,
Kenapa kita masih mengharap kepada harta,
Sedangkan yang memberi kita rezki itu adalah pencipta kita,
Usaha untuk mencari rezki itu tidak salah tetapi yang salahnya melebihi dari had yang sepatutnya,
Hingga waktu untuk dunia itu lebih banyak dari akhirat,

Cuba kita renungkan berapa lama kita fikir tentang akhirat, tentang saat akhirnya hidup kita, tentang amalan yang kita bawa ke sana, tentang diri kita yang selalu bergelumang dengan dosa-dosa,

Dunia ini hanya persinggahan,
Dan akhirat itu adalah tempat kita yang sebenar,
Pilihlah wahai sahabat,
Tempat mana yang kita pilih,
Sama ada syurga atau akhirat ?

Senafas Ke Barzakh :http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

@TeamFatehTeam


Aku hidup dgn rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah..tanpa itu lumpuh..


Antara ciri ahli syurga

Tidak pernah dengki dengan orang lain.


Doaku pagi ini utk sahabat semua

Ya Allah …
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat ……

Ya Muhaimin …
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu …
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah …
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah …
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT.
Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan
jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan
bukan mencari keredhaan orang lain”


JANGAN LUPA JIKA ADA

Jika ada Kehidupan
Jangan lupa Ketaqwaan
Jika ada keni'matan
Jangan lupa Kesyukuran
Jika ada Kesusahan
Jangan lupa Kesabaran
Jika ada Kelebihan
Jangan lupa Perkongsian
Jika ada Kekayaan
Jangan lupa Kemurahan
Jika ada Kemarahan
Jangan lupa Belas Kasihan
Jika ada Kebencian
Jangan lupa Kemaafan
Jika ada Kerinduan
Jangan lupa Mendoakan.


*RENUNGAN DIRI*

🎀Yang aku takut,
hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat,
namun sangat pandai menasihati....

🎀Yang aku takut,
aku merasa paling benar
sehingga merendahkan yang lain...

🎀Yang aku takut,
egoku terlalu tinggi
hingga merasa paling baik diantara yang lain...

🎀Yang aku takut,
aku lupa bercermin diri...
namun,
sibuk berprasangka buruk kepada yang lain...

🎀Yang aku takut,
ilmuku akan membuatku
menjadi sombong memandang yang berbeda denganku...

🎀Yang aku takut,
lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku...
namun lupa dengan aibku
yang menggunung

🎀Yang aku takut,
aku hanya hebat dalam berkata...
namun ,
buruk dalam bertindak.

🎀Yang aku takut,
aku hanya pintar dalam berdakwah namun
sulit untuk mentaati...

🎀Yang aku takut,
aku hanya cerdas dalam mengkritik ...
namun,
lemah dalam mengkoreksi diri sendiri...

🎀Yang aku takut,
aku membenci dosa orang lain ...

🎀Namun,
saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

🎀Ya Allah ya Tuhanku...

🎀aku berlindung padaMu
dari kelemahanku sendiri...
Lembutkanlah hatiku
dan redam egoku...

🎀Jauhkanlah aku
dari sifat berbangga diri,
hasad iri dan dengki,
Sungguh aku memohon hidayah dan ampunanMu
ya Allah...
Aamiin Ya Rabbal Alamiin. Sekian


VITAMIN HATI

Tidaklah mudah menjadi kuat disaat Kelemahan
Tidaklah mudah menjadi sabar disaat Kesusahan
Tidaklah mudah menjadi gembira disaat Kesedihan
Namun tidaklah payah mengangkat tangan dan berdoa kepada Ar-Rahman.
Mestilah kuat tatkala di beri Kepayahan
Mestilah sabar tatkala diberi Kesakitan
Mestilah gembira tatkala diberi Kesusahan
Kerana semua yang Allah kurniakan terkandung rahmat, hidayah dan belas kasihan.
Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
Apa saja yang menimpa orang beriman dari Kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa jua keresahan yang ia rasakan maka Allah akan menghapuskan keburukan - keburukan nya
H.R.Imam Muslim

Sapulah airmata dan tersenyumlah gembira kerana hati yang berlapang dada dan mensyukuri apa saja yang Allah kurnia barulah dapat mengecap manisnya di duga
Tiadalah daya upaya melainkan Allah membantu kita semua dengan rahmat Nya.

بسم الله الرحمن الرحيم

JENTIK MINDA

Bila Saya menulis Rumah Tangga adalah gudang pahala dan ada bahagia di dalamnya maka tak sangka ada sahabat alam maya membalas tulisan saya. Katanya mana ada pahala dan bahagia tapi rumahnya dah macam Neraka. Panas kat mana - mana. Panas dalam mata, dalam telinga dan panas dalam hatinya.
Bahtera rumah tangga bermaksud banyak cobaannya. Samudra itu bukan ada angin sepoi - sepoi bahasa sahaja tetapi ribut taufan semua pun ada. Allah beri ujian untuk semua.
Jadikan rumah Ku Syurgaku dan tambah lagi satu. Rumahku Syurgaku dan Mesjidku di dalamnya.
Rumah tangga itu gudang pahala dan ada bahagia kerana ia menjadi Syurga segera untuk kita di dunia bersama sakinah, mawaddah wa rahmah di dalamnya.
Mendirikan mesjid dan mengimarahkannya adalah tanggung jawab imam dan makmumnya.
Ujian memang sentiasa ada walau dalam rumah tangga. Kalau Syurga itu sudah bertukar menjadi Neraka segera maka bedah siasatlah rumah tangga kita di mana penyakitnya.
Teringat satu Ulama pernah berkata : Bila badan nya sihat tapi hati nya sakit maka hidupnya nazak dan masalah nya selalu menjadi rumit.
Tiadalah daya upaya melainkan Allah membantu kita semua dengan rahmat Nya.

copypaste


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
A’udzubillah – aku berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari rekaperdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia zalim
Aku memuji Dia di atas pujian semua yang memuji
Ya Allah,
Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan aku mencapai ridhaMu
Bantulah aku menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu..
Kasihanilah aku, palingkanlah aku dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan aku, tuntunlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama Engkau menghidupkan aku
Dengan kitab-Mu, legakan dadaku
Dengan bacaannya, ringankan bebanku
Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku,
Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku
Sempurnakanlah kebaikan-Mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
ُ
Ramai yang tidak tahu doa keluar tandas... Sangat pendek "Ghufronak" غُفْرَانَكَ  maksudnya "Ya Allah Ampunkanlah...pastu ucaplah "Alhamdulillah" dapat buang air ni satu nikmat, cuba tanya sahabat yang kena batu karang dan buasir teruk tak rasanya... Maka kita yang sihat ni ucaplah syukur kepada Allah walaupun selepas qoda' hajjat(buang air). Mudah2an kita jangan lepas peluang amal Sunnah yang semakin dilupakan ini.

📚Hidupkan sunnah


ALLAH SEDANG MENGUJI KITA.

Adakalanya kita perlu MENANGIS HIBA.
Supaya kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA.

Adakalanya kita perlu juga KETAWA.
Supaya kita tahu mahal nya AIRMATA.

Adakala nya kita perlu BERLAPANG DADA.
Supaya kita tahu ujian itu tidak SIA-SIA.

Adakalanya kita perlu BERSEMANGAT WAJA.
Supaya kita tahu dahsyatnya BERPUTUS ASA.

Adakalanya kita perlu MEMBIARKAN SAJA.
Supaya kita tahu BERALAH itu banyak FAEDAH NYA.

Adakalanya semua yang kita pinta tidak di KABULKAN segera.
Supaya kita tahu ALLAH sedang MENGUJI kita.


Rezaki dan masa depan Allah tentukan ikut kehendakNya..bukan ikut perkiraan kita..

Jangan mudah perlekehkan orang..


*DOA UNTUK PARA SAHABATKU*

*Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh*

*Bismillahi Rahmanirrahim*
1. *Ya Allah aku bermohon dengan keagungan AsmaMu*
2. *Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.*
3.  *Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sihatkan fizikalnya,sembuhkan segala penyakitnya.*
4. *Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya sholeh/solehah*
5. *Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskanlah dari segala hutang piutang.*
7. *Mudahkanlah segala urusannya* ,
8. *Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya*
9. *Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah dan prasangka keji*
10. *Hindarkan dia dari segala musibah,*
11. *Terimalah semua amal ibadahnya dan kelak,ampuni segala dosa2nya.*
12. *Jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu*

 *. آَمِيـٍـِـن*ْ ... *آَمِيـٍـِـن*ْ *... آَمِيـٍـِـنْ *يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*ْ

 *Saudaraku Kirim ke banyak orang doa ini, kerana kita tidakk tahu dari lisan siapa doa doa kita dikabulkan, Aamiin* ...

Satu perkara yang perlu kita amal, apabila jiwa kita gelisah, tak tenteram, resah, gundah, tak bahagia, kecewa atau banyak masalah, KITA KENA BANYAK2KAN "ISTIGHFAR".

Nabi s.a.w yang ajarkan ni, tapi tak semua yakin dan lebih meyakini pakar motivasi....

DAN apabila kita berada di dalam kesedaran namun perangai kita ada sedikit problem, itu normal , check balik solat kita samada khusyuk atau tidak. REPAIR SOLAT akan cover semula.

 إِن شَاء اللَّهُ..
~Istiqomah Zikir Ptg, Baca Sayyidul Istighfar,
Maghrib🕌


*KENAL MEGENAL*

Orang yang Mengenal Allah
Lalu Mentaatinya..
Orang yang Mengenal Syaitan
Lalu Menjauhinya
Orang yang Mengenal Kebenaran
Lalu Mengikutinya..
Orang yang Mengenal Kebatilan
Lalu Menjauhinya...

Siapa yang Mengenal Dunia Lalu Meninggalkannya ...
Siapa yang Mengenal Akhirat Lalu Mencarinya....


*BICARA MALAM*

*PERJALANAN PULANG*

Dunia ini sebuah medan..
Ada yang berlari...
Ada yang berjalan...
Ada yang bermain-main..
Ada yang menangis...
Ada yang tersenyum riang..
Ada yang berperang..
Ada yang bersenang-lenang..
Ada yang susah bersendirian..

DaLam hidup kita diberi hanya dua pilihan samada ya/tidak..
mahu/tidak mahu.
Jadi terpulang pada diri sendiri...
JaLan mana yg kita pilih..
Namun apa pun watak mu wahai cinta,
Tujuan kembara janganlah di lalaikan..
Dari Tuhan kepada Tuhan semua
Di kembalikan...

Kita ini musafir di perjalanan
Mencari bekalan untuk dibawa
Pulang kepada TUHAN..
Jika diari silam penuh noda-noda hitam, bertaubat dan kembalilah ke jalan kebenaran...
Catatlah diari baru dgn petunjuk iman
Jauhi segala dosa dan noda... Pertingkatkan amalan dan perteguhkan iman sebelum kematian menjemput datang. Rebutlah peluang yang masih diberi kepada kita dan teruskanlah misi kita mencari Keredhaan TUHAN...

Moga selamatlah kita pulang...
Kita hanya debu jalanan..
Kembara di sini sementara pulang..
Segala pinjaman amanah Tuhan..
Harus di tunai dan di serahkan...
Semata mata pada Nya Rabbul alamiin

#SelamatMALAM
#SALAMKEMAAFAN


*💭Coretan dakwah💭*

*Hakikatnya kita tidak pernah memiliki apa-apa..*
*Dengan itu kita tidak pernah kehilangan apa-apa...*
*Tiap yg bersama kita hanyalah pinjaman semata..*
*Amanah kita dari Yang Esa...*
*Usah beratkan jiwa dan raga...*
*Belajarlah untuk gapai redha..*
*Hidup ini perit jalannya..*
*Titipan Dia mendidik kita...*
*Lapangkan hati tiap ujian Nya..*
*Itu tanda kita di pantau sentiasa..*
*Syukurlah menjadi pilihan Nya..*
*Pandanglah Dia dengan penuh cinta...*
*Tiada pernah satu apa pun yang sia-sia...*
*Bersangka baiklah setiap masa..*
*Kita nanti pun di jemput jua..*.
Pada saat kita paling hampir dengan Nya..
Itu lah anugerah termahal dari Cinta Dia..
Agar kita selamat nanti di sana...
Begitu jua bagi yang telah tiada...
Allah mencintai nya lebih dari kita..
Telah pulang di saat paling hampir pada Nya...
Telah damai dalam pelukan cinta Dia...
Tenanglah duhai jiwa...
Leburkan dunia mudahlah hati untuk redha...
Inilah saatnya tiba untuk bersimpuh di persada Dia..
Penuh harap di rahmati segala...
Berkalamlah hati pada Dia...
Jangan di lepas walau sedetik masa..
Tiba waktunya jiwa mu terubat lara..
Nanti waktunya kan kau nikmati indahnya Cinta Dia...
Cinta yang tak terbandingkan antara segala cinta...

*Serahkan semua pada Allah..* termasuk lah penjagaan ank2... silap kita terlalu merasa hak kita... sebab tu kita berduka lara.. kita lupa kita ini pengembara menuju Dia.. kembara ini sebenarnya sendirian dari Allah kembali kepada Allah... kita tumpang rahim ibu kita.. Allah titipkan kasih Nya melalui ibubapa.. Allah buat hidup kita indah bersama keluarga hingga kita lupa kekasih sebenar  kita... sedang Dia tak pernah sedetik pun lupakan kita... Maha cinta Dia Allah menjaga kita... sedikit teruji terduduk kita kerna terlalu cintakan dunia.. buta sudah matahati kita dek kerna kilauan dunia.. jadilah kita hamba yang lupa... Allahu Allah teganya kita berpaling dari Dia Yang Maha Segala... maka nikmat Tuhan mu yang manakah lagi yang kau dustakan !!


Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Allah kepadanya adalah DOSA disebabkan oleh kemaksiatannya kepada Allah. Dan, SETIAP insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa tak kiralah sealim mana pun dia, insan tetap insan dan TETAP terdedah kepada dosa. Jika tidak dosa kepada anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa akan ada. Ia adalah penghalang cahaya indah yg syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Dalam erti kata doa sentiasa dihalangi oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah segera taubat dan ‘istighfar’. JANGAN menyangka taubat itu hanya sekali. Bertaubatlah & Istighfarlah berulang2 kali sekalipun kamu rasa tidak ada dosa kerana2 perkara ini akan mendatangkan cinta Allah kepada manusia. Kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya, dengan jujur, dengan luhur, dengan khusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan hidup...

Jum sama2 la kita mengambil peluang dan pengajaran di dalam Firman Allah, "Sesungguhnya manusia itu RUGI.....KECUALI, mereka2 yang BERPESAN2 dengan kebenaran dan kesabaran. Insyaa Allah...

~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR


TIGA RAHSIA KEMATIAN

"Berikut ini adalah TIGA rahsia kematian yang mungkin jarang & tidak kita sadari & ketahui:"

① Rahsia WAKTU:
Kita tak akan pernah tahu bila detik kematian akan menjemput kita.
② Rahsia TEMPAT:
Kita tak akan pernah tahu di mana kematian akan menjemput kita.
③ Rahsia CARA:
Kita tak akan pernah tahu dengan Cara apa kematian menjemput kita.

"Allah SWT merahsiakannya agar kita selalu bersiap² pada setiap saat. Kematian adalah sesuatu yang pasti terjadi."

"Oleh itu, jangan menunda² segala amal ibadah, bertaubat, memohon kemaafan & memperbaiki diri. Jangan bergelumang dengan maksiat & jangan sia²kan mereka orang yang kita cintai."

"Semoga diakhir hayat kita husnul khatimah, mati dalam keadaan suci dari dosa."

"Yaa ALLAH.. Ringankanlah lisan kami mengucapkan kalimah "LAA ILAA HAILLALLAAH" disaat sakaratul maut datang."
"Aamiin²YaRabbal'alamiinn."

C&P
PendosaTanpaNoktah


Semoga kita tidak menjadi org mati

Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya bagaikan orang hidup dan orang mati.” (H.R. al-Bukhari dan Muslim).


Jika hati kita suci, maka ia tidak akan pernah puas dari berzikir kepada Allah. – Utsman bin Affan


Tanah yg ku pijak ini
Milik Allah
Tetapi kenapa sikit sangat
Aku berzikir
Ingat pada Allah


Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan senantiasa berdzikir kepada-Mu dan jadikanlah hatiku penuh dengan rasa takut kepada-Mu.

Ketika hati terlalu banyak dipenuhi dengan hasrat duniawi, ia akan menjadi keras. Lunakkan dengan zikir mengingat Allah.


Zikir adalah sebuah pohon yang buahnya adalah marifat (mengenal Allah). Semakin banyak berdzikir maka semakin kukuh akar pohon itu, semakin kukuh akarnya maka semakin banyak buah yg dihasilkannya. – Ibnu Qayyim

Seorang suami berkata pada isteri

Insyaallah dengan cinta dan rahmat-Nya, aku berdoa semoga berada di sisimu di surga nanti.
Alhamdulillah
Kerana
masih dapat meneguk air yg jernih
Masih dapat nenghirup udara segar
Masih dapat berjalan atas kaki yg sihat
Masih dapat tidur nyenyak.


Sangkaan kami terhadap Mu ya Allah
Bahawa Kau akan membantu kamu

Dan Kau menyayangi kami
Kami pegang teguh aras sangkaan itu.


Untuk apa ditangisi pada dunia yg sementara ini.

Biarlah derita itu datang
Kerana ia akan pergi jua

Kita di sini tetap berdiri teguh
Atas keimanan

Jika Engkau mencintai seseorang, berdoalah untuk mereka. Berdoalah untuk kedamaian mereka. Berdoalah untuk kemajuan mereka. Berdoalah untuk kesuksesan mereka. Berdoalah untuk kebahagiaan mereka


Isteri memohon kpd suaminya.

Ingatkan aku selalu kepada ALLAH jika kamu benar-benar cinta kepadaku.


Seorang suami dan isteri sedang bercakap cakap

Cinta kita adalah cinta yang terbaik, kerana kamu meningkatkan imanku dan membantuku di dunia ini, dan kerana alasan itulah aku ingin berjumpa lagi denganmu di syurga kelak.











No comments: