Monday, March 12, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 066

Kita ini manusia biasa...kita tdk boleh mengawal semua benda mengikut acuan kita...buatlah sehabis daya pn kalau Allah tdk berkehendak maka perkara yg kita mahu mmg tdk akan terjd...tetapi jgn pula kita hanya duduk menunggu nasib...usahakan sesuai kemampuan kita...in Shaa Allah...kita sentiasa akan mendpt imbalan sesuai dgn apa yg kita kerjakan yakin dan redha...Aamiin ya Rabbal alamin


*TAZKIRAH RINGKAS*
*Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Berzakatlah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajipan itu memang kadang kala sifatnya terpaksa..*.
*Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepada-Nya*.
*Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu...???*
*Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari... Insya-Allah... Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut..*


SATU penyakit yang melanda masyarakat pada hari ini ialah sifat mengadu domba serta menyebarkan berita palsu. Dua perkara ini boleh memporak perandakan masyarakat, meruntuhkan rumah tangga, memutuskan hubungan persaudaraan serta menanam bibit kebencian antara satu sama lain. Pada masa yang sama teknologi juga digunakan seperti e-mel dan facebook/ WhatsApp bagi merealisasikan tujuan buruk ini. Perkara ini dijelaskan Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah engkau ikut sekalian orang yang suka bersumpah, menghina dan ke sana ke mari menyebarkan fitnah. Menghalang kebaikan, memperbanyakkan dosa maksiat, melampaui batas dan bersikap kasar”. (Surah al-Qalam, ayat 10-13)
Rangkaian sifat di atas dipisahkan Allah SWT antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai darjat kejahatan tersendiri. Ini termasuk bersikap talam dua muka seperti lalang yang ditiup angin mengikut suasana dan keadaan setempat. Di samping itu, ada juga yang sibuk mencari kelemahan orang lain serta mendiamkan diri dengan kebaikan dilakukan. Jika tiada berita hendak dibawa, maka diciptakan pendustaan yang seburuk-buruk perangai. Ada yang mulut semanis madu ketika berhadapan seseorang, tetapi sepahit hempedu apabila berjauhan. Inilah antara sifat sampingan yang dimaksudkan ayat di atas.
Justeru itu, jalan lebih selamat ialah bersikap mendiamkan diri dan jangan mudah menerima berita yang didengar serta menyebarkannya. Marilah kita sama-sama menggunakan segala nikmat yang dianugerahkan ke jalan yang diredhai Allah SWT.


Janganlah kita merasa dengki akan kelebihan yg diberikan kepada seseorang diatas satu nikmat yang dia perolehi, kerana kita tidak tahu apa yang telah diambil oleh Allah SWT daripadanya, Dan janganlah pula kita terlalu sedih diatas satu musibah yang menimpa diri kita, kerana kita tidak tahu nikmat/hikmah apa yang akan Allah SWT gantikan kepada kita daripada musibah yg dihadirkan.
Justeru, didik diri kita agar sentiasa redha , syukur dan sentiasa bersangka baik.
~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR


Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan, baik yang cepat (di dunia) maupun yang di tangguhkan (di akhirat), yang aku ketahui maupun yang tidak aku ketahui. Dan aku berlindung kepada-Mu dari semua keburukan, baik yang cepat (di dunia) maupun yang di tangguhkan (di akhirat), yang aku ketahui maupun yang tidak aku ketahui. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan yang di mohonkan hamba-Mu dan Nabi-Mu kepada-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang hamba-Mu dan Nabi-Mu berlindung darinya kepada-Mu. Ya Allah, sungguh aku memohon surga memohon surga kepada-Mu dan semua yang mendekatkan diriku kepadanya dari perkataan atau perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka dan semua yang mendekatkan diriku kepadanya dari perkataan dan perbuatan. Serta aku memohon kepada-Mu agar Engkau menjadikan semua ketentuan yang Engkau tentukan kepadaku sebagai kebaikan.
Aamiin


usah bersedih dengan kenangan lalu..kebahagian itu ada dihadapan bukan di belakang


jangan sedih jika kita tak memiliki..sebab kita masih boleh bahagia dengan apa yang kita miliki..

terimalah kekurangan diri, kerana di situ juga ada bahagia..


binalah kedamaian dalam hati kerana ia boleh membahagiakan orang lain


Cinta kepada manusia ada batasannya. Tapi cinta kepada ALLAH SWT itu seperti lautan yang tiada tepinya, tiada batasannya.
-Syeikhuna.


"Kita berusaha MENGEJAR untuk membuka PINTU HATI org yang kita CINTA . Tapi kita jarang merebut nak kejar PINTU TAUBAT yang sentiasa dibuka luas."


Jiwa jangan kosong,
Syukuri nikmat Maha Agung,
Selagi berdegup jantung,
Ingat Dia hingga penghujung
Hati jangan dibiar mati rawatlah dia berserta zikri barulah hidup dapat dinikmati memandang kita hina sekali


SALAM MAGHRIB
Hati yang ikhlas adalah hadiah dari ALLAH untuk hamba-hamba yang Dia cintai..
semoga kita semua termasuk hamba-hamba yg dicintai oleh ALLAH..
Aamiin ya ALLAH


Janganlah kita merasa dengki akan kelebihan yg diberikan kepada seseorang diatas satu nikmat yang dia perolehi, kerana kita tidak tahu apa yang telah diambil oleh Allah SWT daripadanya, Dan janganlah pula kita terlalu sedih diatas satu musibah yang menimpa diri kita, kerana kita tidak tahu nikmat/hikmah apa yang akan Allah SWT gantikan kepada kita daripada musibah yg dihadirkan.
Justeru, didik diri kita agar sentiasa redha , syukur dan sentiasa bersangka baik.
~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR


Nak jadi VVIP akhirat?
~ Jaga solat di awal waktu.
~ Istiqomah tahjud, witir dan fajar
~ Berpuasa sunat at least 3 hari setiap bulan.
~ Baca Quran setiap hari.
~ Kerapkan bersedekah.
Nak kaya pahala di timbangan Mizan?
~ Jaga akhlak.
~ Banyak-banyak baca zikir ni, "Subhanallah Wabihamdihi, Subhanallah Hil Adzim".


Nukilan dari seorang pengurus jenazah⭐
Dah bertahun2 isteri saya mngurus & memandikan jenazah perempuan. Scara purata 8 jenazah d urus mandi pd stiap bulan.
Soalan yg kerap sy tanya kpd isteri saya ialah :
1. Muda @ tua
2. Di mana (taman @ kpg)
3. Sakit apa
4. Bila Mati
5. Mati dimana
6. Anak berapa org
6. Agak2 berapa umur anak yg sulong
Semua ini menjadi penanda aras / bancian kpd saya apa punca mati, bagaimana si mati di urus jaga sebelum/selepas mati & sikap waris kpd si mati.
Berdasarkan umur & bilangan iaitu 8 org yg mati dlm sebulan:
1. Bawah 55an hampir 70 % mati krn barah.
2. Atas 56an hampir 30 % mati krn kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.
*90 % keadaan jenazah yg mati d KAMPUNG terurus bersih krn ada org2 tua tempatan yg selalu tunggu berada d sisi si sakit hingga di saat mati, ada pengtahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sbaik sahaja mati & kebetulan ada talian saudara.
60% keadaan jenazah yg mati warga taman di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras mnyebabkn sukar semasa mandi, kurang terurus bersih krn tiada org2 tua sbaliknya majoriti warga taman generasi muda yg siang malam kerja, tdk ingat mati, renggang jiran, renggang surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas utk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.
Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mereka lbih suka segalanya dbuat di masjid @ sekiranya mati di hospital mreka lbih suka segalanya dbuat di hospital.
Lebih tragis ada waris melepas cakap "tdk mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan dihospital @ masjid / surau & terus ke kubur.
Bg jenazah yg sakit lama sbelum mati, jenazah ini lebih tdk terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.
Kesimpulannya :
- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bagaimana kita urus jenazah mreka sebaik sja mereka mati.
- Lebih tragis bagaimana anak2 kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita dgelar jenazah.
- Bacaan quran, solat, doa & semuanya boleh diupah krn anak2 kita BERJAYA KAYA tp HANYA DOA DARI ANAK YG SOLEH diterima di sisi Allah swt walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.
Copy paste drp Ust Misnan. Ajk surau Nurul Iman


Seekor babi hutan yang tidak mempunyai akal masuk ke dalam masjid tersangatlah kecoh tetapi sebagai manusia yang memiliki akal yang sempurna tidak pergi ke masjid bagaimana pula?
Renungkanlah dan muhasabahlah diri kerana kematian semakin hampir dan pasti.Wallahua’lam...


Alangkah beruntungnya kita kerana tiada perintah dari Allah yang menyusahkan dan memberati kehidupan didunia..Orang yang sihat dan uzur dapat mengerjakannya mengikut kemampuan dan kesanggupan dalam beribadat..Alhamdulillah..
-abcdz


Siapakah org yg baik dn terpilih itu..
Org yg dimana saat Allah memberi ujian kpdnya Allah mengurniakannya kesabaran, disaat Allah mengurniakan rezeki pdnya Allah meletakkan qanaah didlm dirinya, disaat dimana Allah mengurniakan ilmu pdnya Allah mengurniakan kekuatan untuk bramal dgnnya


Bersedia atau tidak kita akan berdepan dengan munculnya tanda-tanda akhir kiamat.


Bila ibadat tidak sempurna maka akhlak tidak sempurna.


Ya ALLAH
Berikanlah kejayaan anakku dan anak sahabat-sahabatku yang berjuang menuntut ilmu. Aamiin.


Jika semua kebaikan ditunjukkan kepada manusia, apa lagi yang ditinggalkan untuk ALLAH.

Hanya amalan yang ikhlas diterima ALLAH.


"Tanda-tanda seseorang itu MENCINTAI ALLAH ialah lidahnya sentiasa basah dengan ISTIGHFAR & TAUBAT."
|| Al Imam Ibnul Qayyim Al Jauziyah ll



“Dakwah Itu Mengajak Bukan Mengejek. Dakwah Itu Menyejukkan, Bukan Memojok. Dakwah Itu Mengajar, Bukan Menghajar” – Prof. Dr. HAMKA-
.
.
Kata-kata ini sebenarnya didasarkan oleh Firman Allah;
“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikut mu), dan kalaulah egkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu.” [Ali `Imran :159] .
.
Usaha membawa diri dan orang lain kepada Allah itulah TUGAS DAKWAH yang paling ASAS dan TERAS. AL-QURAN bukan sahaja menentukan tujuan, bahkan telah menunjukkan jalan untuk memikul MISI BESAR ini.
.
.
DAKWAH mesti dilaksanakan dengan PELBAGAI KAEDAH selaras dengan kepelbagaian WATAK, KEADAAN dan REALITI yang sedang dihadapi manusia
.
.
Namun PRINSIP asasnya tetap tidak berubah yakni KASIH SAYANG. Justeru KASIH SAYANG itu ialah BUAH KEPADA IMAN. Maka MENYERU KEPADA IMAN, HARUS DENGAN IMAN jua. Bukan dengan cara lain.
.
.
KASIH SAYANG itu diterjemah melalui tiga kaedah dalam berdakwah iaitu,
1- Hikmah
2- Pengajaran Yang Baik
3- Berdebat dengan cara yang baik
.
Pada golongan yang BIJAK, harus dihadapi dengan HIKMAH
.
Pada golongan SEDERHANA, mesti dihadapi dengan PENGAJARAN-PENGAJARAN YANG BAIK
.
Manakala pada golongan yang DEGIL, harus dihadapi dengan DEBAT YANG BAIK
.
.
Namun berdakwah dengan DIALOG adalah kaedah yang PALING BERKESAN untuk MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS dan menundukkan FIKIRAN YANG DEGIL.
.
.
Dengan dialog, PENGAJARAN-PENGAJARAN YANG BAIK mampu disampaikan DENGAN LEMBUT DAN PENUH KASIH SAYANG.
.
Dengan DIALOG juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat DILEMBUTKAN dan DILURUSKAN semula.
.
Kita pelajari DIALOG dalam kisah Musa AS dengan Firaun…
Allah swt ada berpesan tentang cara pertuturan yag perlu dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang sangat derhaka itu. Bahkan, ketika Firaun mengungkit soal-soal peribadi, sedikit pun Nabi Musa AS tidak terpancing untuk ‘menyerang’ kembali dengan penuh emosi.
.
.
Kita pelajari DIALOG dalam kisah Nabi Ibrahim AS dengan Namrud…
Jelas nilai-nilai Tauhid yang disuntik Nabi Ibrahim dalam hujahnya gagal dipatahkan oleh Namrud. Penghinaan tidak dibalas penghinaan, sebaliknya telah dibalas dengan penjelasan yang tegas dan penuh hikmah.
.
.

Setiap hari didiklah diri untuk merasai...
Orang lain lebih baik dari diri kita.
Dunia ini hanya laluan dan kita cuma musafir.
Kesusahan dan kesempitan cuma sementara, akan datang kemudahan dan kelapangan.
Mati boleh datang tiba-tiba, istighfar dan taubatlah sentiasa.
Keampunan Allah itulah yang penting, jadi maafkan kesalahan orang lain kepada kita.
Nikmat yang diberikan Allah sudah terlalu banyak, jika masih terasa kurang itu petanda dirilah yang kurang bersyukur.
Kebanyakan kesusahan hati dan derita jiwa hanya disebabkan keinginan yang tinggi dan bujukan hawa nafsu, jadi bersederhanalah, diri akan merasa lebih tenang dan bahagia.
Lepaskan....dengan tawakal. Hadapi... dengan sabar. Genggamlah...dengan qanaah. Terimalah...dengan syukur. Hiduplah dengan... zikrullah.
Kita hamba Tuhan dan Tuhan tidak akan mengecewakan!


Selagi materialisme dan hedonisme mengatasi rasa tauhid di dalam hati dan akal, maka selagi itulah umat ini akan berpindah dari satu kemungkaran ke satu kemungkaran.
'Berhala' baru ciptaan dan sembahan manusia moden ialah kuasa pemasaran dan dunia hiburan!

Ya Allah, syukur kerana Kau masih izinkan kami memuji Mu dengan lidah kami yang bergelumang dengan dosa. Masih Kau ingatkan kami tentang sikap kami yang sering melupakan Mu. Masih Kau beri rasa ingin kembali kepada Mu walaupun kami masih tega berdosa...
Tuhan, Kaulah yang tidak pernah melupakan walaupun kami sering lalai dan alpa. Kaulah yang terbaik dan terus bersabar dengan kederhakaan kami. Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan rahmat. Jangan tinggalkan kami ya Allah....
Amin.


"Jika kamu tak pandai berdakwah, maka zahirkanlah akhlak yang baik kepada orang lain hatta dengan senyuman."
- Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari -



Kita mungkin menyangka seseorang itu TIDAK SABAR kerana dia marah atau melenting dalam keadaan tertentu. Namun, hakikatnya mungkin dia sudah sabar sebanyak 2000 kali, hanya yang kali ke 2001 dia terlepas marah, kemudian beribu- kali selepas itu dia sabar juga. Hanya kerana 1 kali tidak sabar kita lupakan beribu kali sabarnya?.
Mungkin kita terlalu banyak mengandai-andai dalam hidup sewaktu menghukum orang secara negatif.
#DrZaharuddinAbdRahman


Bagi seorang mukminah solehah, fesyen pakaiannya BUKAN hal penting yang perlukan perhatian yang TERLALU banyak, masa dan wang, sehingga obses.
- Yang penting baginya adalah KUALITI diri, ilmu yang padat & minda segar.
- Pakaiannya cukup sekadar yang kemas bergosok dan rapi dengan warna sederhana.
- Keyakinan dirinya TIDAK terletak pada ranggi pakaiannya.
- Dia juga BUKAN hamba kepada fesyen dan kecantikan pakaian.
- Dia Hamba Allah dan hatinya sentiasa ditumpu untuk diisi dan dibersihkan mencapai redha Allah.
- Justeru fesyen tudung, jubah, blaus, kain etc BUKAN bicara hidupnya & prioriti, itu semuanya sampingan sama sekali.
Namun tidak dinafikan ada muslimah yang belum jinak dengan agamanya (ISLAM), lalu diakui sebahagiannya MEMERLUKAN fesyen sebagai 'jambatan' ke alam hakiki & tulen, meninggalkan alam pura-pura yang terlebih fokus kepada 'bungkusan' sehingga melupakan isi.
Justeru bagi wanita seperti mereka, berfesyen masih BOLEH diterima JIKA
- menepati syarat penutupan aurat
- serta digayakan semata sebagai 'jambatan' untuk menuju yang sifat mukminah sebenar,
- dan BUKAN untuk terus MENETAP di atas 'jambatan' tersebut selamanya, kerana ia BUKAN MATLAMAT & objektif kehidupan ini.
(Petikan perkongsian Ceramah saya bertajuk Fesyen & Aurat Wanita, 21 Dis 14, Masjid Rahimah)
#DrZaharuddinAbdRahman


Kalau ada orang yang terlalu sibuk sehingga TIDAK SEMPAT lalu MENINGGALKAN solat..itu ERTINYA dia SUDAH MELAMPAUI had kesibukan yang dikehendaki oleh Allah swt dan tidak lagi diredhaiNya
#DrZaharuddinAbdRahman


"Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah akan sentiasa belajar cari kebaikan orang."
[Ustaz Ebit Lew]


Wanita itu sangat indah dengan sifat malunya, jika sifat itu sudah hilang, hilang pula keindahannya."
[Habib Ali Zainal Abidin]


Jangan disebabkan satu kesalahan kita hina dia dan lupa akan kebaikan yg dia lakukan.


Ustaz, sebanyak mana saya perlu memaafkan seseorang?
"Sebanyak mana kamu ingin Allah memaafkan diri kamu."


"Aku lebih menghargai orang yang beradab, daripada orang yang berilmu. Kalau hanya berilmu, iblis pun lebih tinggi ilmunya daripada manusia". -Syekh Abdul Qadir Al Jailani.


Sahabatku,ubat bagi kesedihan bila kita banyakkan sujud pada Allah.Terasa dekat dengan air mata mengalir ketika berdoa-ebitlew


Dah berhari menangis fikir keadaan anak muda,gelandangan & kekeluargaan.Semoga program saya terlaksana sebelum saya mati-ebitlew


Sahabatku,ingin apa sahaja solat 2 rakaat insyaAllah selesai semua masalah. Allah maha kuasa. Mahkluk langsung takde kuasa-ebitlew


Sahabatku,tidurlah dengan lena dan bangunlah Tahajud kerana ada rahsia dan ubat bagi segala duka dan ujian kehidupan-ebitlew


Sahabatku,jangan bergantung kepada selain Allah kerana kitakan kecewa. Berharaplah hanya pada Allah pasti kita bahagia-ebitlew


Sahabatku,kita tidak hidup untuk pujian atau penghormatan orang.Kita hidup untuk Allah sayang-ebitlew


No comments: