Tuesday, March 06, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 065

Apa yg kita dapat cukup..rasa cukup..maka kita akan bahagia


*JANJI ALLAH*
Allah janji di hujung setiap kesusahan akan ada kemudahan.
*"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran di sertai kemudahan. (Sekali lagi di tegaskan): bahawa sesungguhnya tiap tiap kesukaran di sertai kemudahan."*
*(Surah al Insyirah 94: ayat 5-6)*


Apabila hati tidak tenang, itu petanda dosa kian membelenggu hati. Maka bebaskan hati itu kembali dengan taubat.*


KETENANGAN itu akan hadir
bila diri kamu dekat kepada ALLAH..
dan KERESAHAN itu akan hadir
jika diri kamu jauh daripada ALLAH...
Kata nasihat agama dan syair:
Kekuatan manusia itu ada pada hatinya,
Dan hati manusia itu milik Allah.
Bilamana ada Allah di hatinya,
Maka itu adalah kekuatan dariNya...

KEMURUNGAN/KESEDIHAN YG MELAMPAU?
Tutupilah kesedihan/duka dengan berbuat sesuatu yang bermanfaat. Mulakan usaha ini dengan mengatur masa yang baik. Buatlah jadual aktiviti seharian dengan teratur, kerana masa begitu bernilai. Jangan rehatkan diri terlalu lama kerana ingatan kepada kesedihan kita akan kembali lagi. Ingatlah bahawa yg menciptakan sedih itu adalah Allah SWT dan kembalilah kepada Allah mudah2an Allah tukar kesedihan itu kepada yang lebih baik....
Justeru, seseorang yang telah mencapai tahap iman yang baik, ia akan merasakan segala bentuk musibah yang menimpa dirinya samada dalam bentuk kesedihan, kesusahan atau kesakitan adalah satu nikmat. Ia yakin bahawa musibah ini adalah ujian Allah untuk menguji ketaqwaan hambanya, sebaliknya ia akan merasa takut dan bimbang dengan kesenangan yang berterusan....
Sesekali Agama itu tidak menyusahkan TETAPI masalah kesusahan itu hadir apabila Agama tidak di ikuti...begitu juga dgn gembira, ia akan dikecapi apabila agama dilaksanakan dan kesedihan itu akan hadir apabila Agama dijauhi.
Jangan banyak murung, mengeluh banyak sangat, tension keterlaluan....
Penawar kesemua itu adalah dgn BERISTiGHFAR.
“Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.”(Hadis riwayat Abu Daud)
Yakinilah sabda dgn sabdaan Nabi-Mu.....Baginda tidak berkata dgn hawa nafsu sebaliknya kata2 beliau adalah 100% BENAR dan berdasarkan Wahyu Allah yang Agung..
~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI,
Jangan tinggal SAYYIDUL ISTIGHFAR


KENANGLAH DOSA
BUKAN KEBAIKAN...
Setiap hari kiralah dosa-dosa kita
Setidak-tidaknya mengingatinya,
Janganlah kenang kebaikan yang.
dilakukan, anggap sahajalah tidak
ada kebaikan yang kita lakukan
Ingatlah apabila Allah anugerah
kepada kita umur yang panjang ia
merupakan satu kelebihan yang mesti dimanfaatkan.
Jika kita orang yang soleh memberi
peluang untuk menggandakan amalan supaya menjadi bekalan yang berharga di akhirat nanti.
Jika kita orang yang banyak dosa memberi peluang kepada kita untuk
bertaubat dan memohon keampunan
kepada Allah...
Sungguh waktu kita didunia ini tidak lama,
Ulamak menasihati bahawa didunia ini ibarat mimpi dan kita sedang dialam tidur.
Bila kita akan dibangunkan?
Sewaktu kita mati nanti.
Wahai teman, masih punya waktu
untuk berubah.
Jangan takut berubah, takutlah maksiat, talkutlah diri jauh dengan Allah.
Takutlah jika kita tidak bersama
dengan Allah.
Andai terimbas dosa-dosa kita,
Kenanglah ia dengan penuh hina
Usah merasa sudah selesa
Kita semua adalah pendosa
Kembalilah sebelum dijemputnya
Semua tahu akibat mengingkarinya
"Sesungguhnya apabila seorang mukmin berbuat dosa, maka akan ada titik hitam di dalam hatinya, jika ia bertaubat, meninggalkannya serta meminta ampun maka hatinya akan kembali putih, namun jika ia menambah (dosanya) maka akan bertambah (titik hitam), maka itulah penutup (hati) yang di sebutkan dalam firman Allah dalam kitab-Nya; "Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka." (QS Al Muthafifin; 14 (HR. Ibnu Majah: 4234)
Kata Imam Ghazali Ra '"
“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:” Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”.
Mudah-mudahan kita mendapat taufiq sehingga kita bisa di golongkan dengan orang-orang soleh...
Aamiin ya Allah


DOA BUAT ANDA
Bismillahi Rahmanirrahim ...
1. Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu*
2. Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini.*
3. Lapangkanlah hatinya, tentramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya.*
4. Bahagiakan keluarganya.. jadikan anak anaknya Soleh/solehah*
5. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang.*
7. Mudahkanlah segala urusannya* ,
8. Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya*
9. Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, perkataan kasar dan*
10. Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta*
11. Terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.*
12. Jadikanlah dia penghuni SyurgaMu*


Salaam jumaat buat semua. Semoga Kita niatkan semua kerja Kita kerana Allah. Semua ujian Dan dugaan dapat dihadapi dgn baik. Bersyukurlah dgn setiap pemberian Allah swt.


Lakukan perubahan sedikit demi sedikit setiap hari demi mencari redha Allah dan mencapai TAQWA yang berquality.
Tekadlah hari ini kita usaha tinggalkan muzik ,nyanyian,movie serta gajet games. Kenapa? Ia menyebabkan hati menjadi keras, dengannya kurang nikmat untuk melakukan ibadah, merasa malas untuk beramal dan semakin jauh dengan QURAN. Dengannya juga ia merugikan masa yang amat bermakna yang ditagihi oleh jenazah di dalam kubur andai diberi peluang untuk bangkit semula bagi melakukan amal soleh sebanyaknya.
Masa semakin cepat berlalu dan hakikatnya ia semakin mendekatkan kita dengan tarikh kematian yang telah ditetapkan yang tidak dipinda ke tarikh yang baru. Justeru kita perlu sentiasa bermuhasabah memikirkan tentang kematian kerana keadaan selepas kematian itu adalah sesuatu yang amat mengerikan bagi orang2 yang tidak mempersiapkan diri dengan amal dan taqwa sebelum menghadapinya.
~Bertaqwalah dengan sebenar2nya_taqwa..


Sesungguhnya Allah itu Maha Adil,
Maha Mengetahui, Maha Mendengar.
Juga segala kesempurnaan milik Dia.
Kita sebagai hamba tidak boleh tidak, semestinya akan terikat, semestinya diuji untuk menjadikan kita sebagai seorang insan yang lebih tinggi darjatnya.
Cuba kau bayangkan, Allah sengaja tidak memberi ujian, mehnah dalam hidup. Apakah kau rasa, sayang dan cinta Allah itu masih ada?
Allah memberi ujian, untuk kita sentiasa beringat yang hidup berTuhan.
Allah memberi ujian, untuk kita rasai betapa Allah sangat penting disisi.
Allah memberi ujian juga untuk kita tahu, Allah sayang kita, sebagai hamba Dia.
Dia yang layak disembah, hanya kepada Dia lah kita berharap dan meminta.
Apa kau sudah lupa janji Allah, selepas kesulitan pasti ada kesenangan?
bangkitlah wahai diri,
bangkitlah wahai hati !
Sucikanlah hati mu, bersihkan
Rohani dan Jasmani
Takutlah kamu pada Tuhan
Kau tiada kekal hidup di dunia
Akhirat juga akhir tempat kamu
Tak dapat dikau, tak dapat elakkan,.
Janganlah kau mengotori Rohani InsanTidakkah kau takut nanti, roh mu tak
mengenal jasadmu
Istighfar, ingatlah bahawa Allah selalu
di sisi, selagi mana kita taat dan dekat.
In shaa Allah,
Alhamdulillah,
Astaghfirullah.


Bila Allah cepat makbulkan doamu,
maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu
Bila Dia tak makbulkan doamu,
maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Bersangka baiklah pada Allah dalam
apa jua keadaan.
Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya.-


Jika jasad perlukan makan minum, akal perlukan ilmu, maka hati pula memerlukan iman (keyakinan). Iman sangat penting dalam hidup kerana ia memberi arah tuju kepada segala aktiviti manusia dibimbing dan dipermudahkan oleh Allah.
Hakikatnya sebagai manusia, kita sering melakukan kesilapan, sering berdosa, kurang beramal, lagho serta gagal menjaga Istiqomah.
Maka kerana itu kita perlu sentiasa bermuhasabah, terus usaha perbaiki diri, jangan meletakkan diri kita sebagai insan yang paling teruk atau tak berguna akibat ulangan dosa yang berkali2. Hakikatnya insan yang paling teruk adalah dia putus asa dari rahmat Allah. Justeru teruslah berusaha memperbaiki diri dan apabila masih ada rasa ketidakselesaan dihatimu dari perbuatan dosa, maka itu tanda kamu masih ada iman dan Allah masih menyayangimu.
UNTUK BERADA DI TEMPAT PALING TINGGI,
LETAKKAN DIRI DI TEMPAT PALING RENDAH...


Perkara yang penting di dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang muslim adalah JAGA SOLAT. Dalam masa 5 minit itu macam2 perkara boleh berlaku tanpa kita sangka, maka didiklah diri kita agar kita sentiasa dapat melaksanakan solat di awal waktu..


Tarbiah bermaksud BERUBAH.
Jika kita ikut tarbiah, tapi tak berusaha untuk berubah, bermakna, kita masih belum ikut tarbiah.
Nak tinggalkan jahiliah memang bukan sesuatu yang mudah. Siapa yang pernah terjebak, dia akan tahu betapa perit dan pedihnya nak tinggalkan dosa dan maksiat.
Namun..
Harga syurga adalah pengorbanan.
Harga syurga adalah kesusahan.
Harga syurga adalah ketabahan.
Harga syurga adalah kesabaran.
Harga syurga adalah keperitan.
Harga syurga adalah tangisan.
Harga syurga adalah rintihan.
Syurga bukan untuk orang yang bersenang-lenang di dunia, hanyut tenggelam "bergembira" dengan nafsu dosa noda.
Kerana, harta dagangan Allah itu mahal. Dan ketahuilah, harta dagangan Allah itu adalah syurga, dan harganya adalah pengorbanan.
Ya Allah.
Berilah kami semua kekuatan untuk tinggalkan maksiat. Kami tak tahan ya Allah. Kami terseksa dengan dosa. Ampunkan kami.
Bebaskan kami..pertemukanlah kami dalam syurga-Mu.
Aamiin...


Orang Islam kena sihat dan contohi kesihatan fizikal Rasulullah S.A.W Baginda terima wahyu ketika umur 40 di Mekah...buat dakwah siang malam berhadapan masyarakat Quraisy Mekah selama 13 tahun...maksudnya umur Rasulullah S.A.W 53 tahun mula hijrah ke Madinah...mula susun strategi secara serius utk melawan kafir Quraisy...dalam usia 50an juga Rasulullah S.A.W terlibat dgn banyak peperangan sudah pasti memerlukan kekuatan dan ketahanan fizikal.
Oleh sbb itu orang Islam x boleh lembik...x boleh lemah...kena kuat dan kena sihat ... banyak orang Islam yg umur 50an skrg ni dah datang macam2 penyakit sbb kita tidak menghayati cara hidup Rasulullah S.A.W...dari segi makan minum, waktu tidur, ibadat...aktiviti harian dan kebersihan diri.
Renung2lah..



Ya Allah, syukur kerana Kau masih izinkan kami memuji Mu dengan lidah kami yang bergelumang dengan dosa. Masih Kau ingatkan kami tentang sikap kami yang sering melupakan Mu. Masih Kau beri rasa ingin kembali kepada Mu walaupun kami masih tega berdosa...
Tuhan, Kaulah yang tidak pernah melupakan walaupun kami sering lalai dan alpa. Kaulah yang terbaik dan terus bersabar dengan kederhakaan kami. Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan rahmat. Jangan tinggalkan kami ya Allah....
Amin.



Orang miskin jadi kaya lalu bersyukur... itu biasa. Orang kaya jatuh miskin lalu bersyukur...itu yang luar biasa.
Ketika ditanya, "mengapa setelah jatuh miskin dia masih bersyukur?" Dia menjawab, "aku bersyukur kerana pernah kaya!"
Lihatlah, bukan sahaja kepada nikmat yang masih ada tetapi juga kepada nikmat yang pernah ada. Itulah bahagia!
Itulah 'mazhab' nabi Ayub AS dalam mencari erti bahagia...

Kepedihan dan kesedihan itu bukan penderaan sebaliknya satu didikan. Allah sedang mendidik kita supaya sabar.
Sabar itu pahalanya tanpa hisab dan menyelamatkan kita daripada azab.
Wahai diri...sabarlah semasa diuji. Dan syukurlah selepas diuji!

Antara DOSA SIBER yang meriah hari ini adalah screen capture facebook orang yang sedang mengata, mengumpat dan mengutuk seorang yang lain, kemudian diberikan screen capture itu kepada yang dikutuk agar bertindak balas atau kononnya 'membantu' mangsa. Itu sebenarnya namanya 'Nammam' atau juga 'Qattaat' iaitu pengadu domba yang dosa. Nabi sebut ( لا يدخل الجنة نمام) ertinya "Tidak masuk syurga orang yang mengadu domba". (Hadis sohih riwayat Muslim)
Moral : Jika sekadar seorang umpat, kutuk dan mengata. JANGAN sebarkannya khususnya kepada mangsa. Nasihatlah pengumpat & pengutuk, itu cukup. Selanjutnya balasan kelak nanti di barzakh & akhirat.
Namun jika seorang memfitnah atau mencipta cerita bohong terhadap seseorang, itu barulah boleh 'screen capture' dan diserahkan kepada mangsa untuk tindakan lanjut yang sesuai seperti saman.
#DrZaharuddinAbdRahman


"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah keberkatannya."
- Saidina Ali Bin Abi Talib -


Jadilah seorang yang baik, dan carilah kebaikan walau kaya atau miskin.
Kebaikan adalah suatu anugerah Allah, kebaikan tidak akan diperolehi kecuali melalui jalan Takwa. Oleh yang demikian percayalah, kita tidak akan tertarik dengan seseorang kerana hartanya yang banyak, pangkat atau kecantikannya atau namanya akan tetapi kita akan tertarik kerana dia seorang yang baik.
Maka jelaslah bahawa pangkat dan status itu bukan suatu ukuran untuk kita menilai diri seseorang. Sebaliknya yang dinilai ialah kebaikan yang ada padanya, semuanya akan terpancar hasil dari istiqamah dirinya beramal mendekatkan hati kepada Allah SWT, ukurannya ialah kekuatan rohani (jiwa) seseorang bukan hanya ilmu yang tinggi semata-mata.
Allah, DIA-lah Tuhan yang menggengam hati kita, agar nurani, jiwa dan sanubari kita, hanya mengingati-Nya. Tidak ada perkara yang berlaku di luar (kita memiliki rumah besar, pangkat, anak ramai) kecuali dengan izin Allah. Tidak ada satu benda atau satu perkara pun di luar sana, yang boleh menentukan untung nasib dalam hidup kita.
Oleh itu, carilah kekayaan ataupun kesenangan, atau kita berada pada tahap kita sekarang dan yang pasti kita inginkan kebahagian dalam hidup, bahagia tidak semestinya kita kaya atau kita miskin, kebahagian ialah ketenangan, ketenangan dlm segala urusan hidup, ketenangan dalam ibadah kepada Allah, manisnya ibadah bila kita tenang.
Jika kita tidak melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, kita tidak akan tenang.
Sebagai khalifah Allah, jika kita tidak mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah, hingga kita sentiasa berada dalam kemurkaan Allah, kita juga berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang.
Marilah kita cuba memperbetulkan niat, cuba memperbaiki diri untuk menjadi Hamba Allah yang bersyukur. Seterusnya mendapat ketenangan dan kebaikan di dunia dan kebaikan di negeri Akhirat.


CEMBURUNYA WANITA SOLEHAH
Saya tak cemburu melihat wanita-wanita lain yang lebih cantik berbanding diri saya.. tapi saya sangat cemburu melihat wanita-wanita lain yang lebih solehah berbanding diri saya..
Saya tak cemburu melihat wanita-wanita lain dapat suami yang kaya dan bergaya.. tapi saya sangat cemburu melihat wanita-wanita lain yang dapat suami yang soleh dan bertaqwa...
Saya tak cemburu melihat wanita-wanita lain menjadi pujaan dan pujian para lelaki.. tapi saya sangat cemburu melihat wanita-wanita solehah yang menjadi pilihan para lelaki soleh lagi beriman..
Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..


Ada orang rumah besar.
Sayang sekali tidak ada satu ruang pun yang dia gunakan untuk sujud.
Ada orang ada kereta banyak.
Sayang sekali tidak ada satu pun yang jejak parking masjid untuk solat berjemaah di masjid.
Ada orang ada duit beribu dalam bank.
Sayang sekali tidak ada satu sen pun yang masuk ke dalam tabung derma.
Tetapi orang ini hidup senang.
Tak pernah sakit.
Duit tak pernah sikit.
Enjoy setiap hari.
Kenapa?
Itulah namanya istidraj.
Dia semakin bertambah nikmat tetapi hakikatnya itu adalah hukuman. Semakin jauh...dan jauh daripada Allah.
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj daripada Allah" -Riwayat Ahmad-


 S T I D R A J
Apa itu istidraj?
Istidraj itu adalah :
Ketika Allah tetap memberikan kita :
1. Harta yang berlimpah; padahal tidak pernah bersedekah.
2. Rezeki berlipat-lipat; padahal jarang solat dan terus berbuat maksiat.
3. Dikagumi, dihormat, padahal berakhlak bejat @ buruk.
4. Diikuti, diteladani dan diidolakan; padahal mendedah aurat dalam berpakaian.
5. Sangat jarang diuji sakit; padahal dosa-dosa menggunung dan membukit.
6. Tidak pernah diberikan musibah; padahal hidup sombong angkuh dan bedebah.
7. Anak-anak sihat-sihat, cerdas-cerdas; padahal diberikan makan dari harta hasil yang diragui halal haramnya.
8. Hidup bahagia penuh keriangan; padahal banyak orang kerananya ternoda dan terluka.
9. Kerjayanya terus meningkat; padahal banyak orang yang dipijak-pijak.
10. Semakin tua semakin makmur; padahal berkubang dosa sepanjang umur.
Hati-hati kerana itulah yang dinamakan ISTIDRAJ.!!
Renungan ayat al-Quran ini:
Maksudnya: "Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)." [Qs. Al-An’am: 44]
Maka jangan silau dengan kemegahan yang ditampilkan seseorang; boleh jadi dia sedang mengalami istidraj..
Dan pada saatnya nanti Allah tiba-tiba akan mencabut semua kenikmatan itu, tanpa dia sedari.
Sebagai orang beriman yang dikasihi Allah,
maka Allah akan selalu menjaga kita dari segala kemaksiatan, tidak dibiarkan dalam kesesatan.
Jadi kalau kita sudah beramal soleh, namun kita masih diberi ujian/ cobaan, maka itulah tanda kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya, berupa keringanan dosa-dosa dan menuju keampunan-Nya.
SEMOGA KITA SELAMAT DARI ISTIDRAJ..
AMIN YA RABBAL A'LAMIN




satu kuliah Ustaz Mohd Rifqi Myiddin, beliau berpesan, "Dengan sebab kita berkawan dengan kawan2 kita yang soleh dan baik2 ini maka kita berdoalah agar ALLAH Taala akan menjadikan kita semua ini dapat bersama2 di dalam Syurga ALLAH nanti."
Kemudian al Fadhil ustaz kisahkan satu peristiwa di saat beliau bersama beberapa orang asatizah termasuk Ustaz Zahazan Mohamed dijemput menjamu nasi arab di rumah almarhum Ustaz Anuar Husin al Jabali.
Ketika itu Ustaz Zahazan diminta memberikan sedikit tazkirah. Lalu kata Ustaz Zahazan dalam pengisiannya waktu itu, "Guru2 kami di Syria dan Jordan selalu mengungkapkan perkataan ini..."
Usai menghabiskan kalam yang selalu didoakankan itu Ustaz Zahazan menangis sekitar beberapa minit hingga mencetus sebak di hati mereka yang berada di situ.
Maksud kalam yang diungkapkan oleh Ustaz Zahazan itu ialah, "Barangsiapa di kalangan kamu yang selamat daripada azab neraka maka jangan lupa tarik tanganku untuk bersama kalian."
Itulah kebimbangan orang2 soleh. Yang sepatutnya menjadi kebimbangan kita2 juga. Di sini kita makan bersama, berbual mesra dan bergurau senda. Apakah pengakhiran kita esok nanti di akhirat juga adalah sama2 di syurga?
Atau akan ada diantara kita yang bakal tersungkur ke neraka?
Allahurabbi...

Bila Allah tutup aib kita, itu suatu rahmat Allah yang sangat besar. Bila orang tak tahu aib kita, gunakan peluang itu untuk bertaubat kepada-Nya. Jangan membuka aib sendiri.
Maafkan kami ya Allah.


Siapa sangka rahmat di sebalik segala musibah. Jangan pernah pandang rendah pada anak-anak kita.
Siapa tahu kegembiraan yang Allah sediakan sebalik kesedihan.
Anak paling degil esok-esok menjadi anak paling berjaya dan yang menjaga orang tua ketika hari tua dan sakit.
Anak yang aktif bakal menjadi pendakwah di seluruh dunia..
Lambat dapat anak rupanya Allah ingin beri anak hebat dan Daie....atau tiada anak tetapi seperti ada ribuan anak dalam dunia..
Lambat kahwin rupanya,Allah ingin beri yang terbaik dan bahagia sampai syurga..
Selalu sakit dan diuji kerana Allah ingin beri syurga paling tinggi..
Rasulullah saw paling susah tetapi menjadi asbab hidayah seluruh alam.
Usahlah risau kerana semuanya kerana Allah sayang. Laluilah semuanya dengan kembali kepadaNya.

No comments: