Semoga menjadi amalan harian kita dalam kesibukan urusan keperluan dapat kita menjaga fikir zikir syukur dan sabar. Banyak sangka baik dan tundukan pandangan
Aamiin Ya Rab
*Apa bukti Allah dekat dengan kita?*
❣ *Tak payah pening.. jantung kita berdegup, tu tanda Allah dekat dengan kita..*
❣ *Sebab jantung tu bukan kita yang punya... 24 jam ia berdegup, bermakna 24 jam Allah dekat dengan kita..*
❣ *walaupun kita sedang tidur di malam hari..*
*Walaupun kita tak pernah doa pun kat Allah minta jantung tu berdegup..Tapi ia tetap berdegup..*
❣ *Motivasi Dakwah*❣
Sesiapa yang ingin Allah buka dan terangi hatinya, maka jauhilah ucapan yang tidak berguna. Tinggalkan dosa dan maksiat serta hendaklah ia memiliki ibadah tersembunyi antara dirinya dengan Allah S.w.t . "
🍃Imam syafie🍃
HAKIKAT KECANTIKAN..::
CANTIK itu,,
Bukanlah yang memiliki mata yang indah,,
Melainkan mereka yang selalu menjaga pandangan matanya..
CANTIK itu,,
Bukanlah yang memiliki senyum yang menawan,,
Melainkan mereka yang selalu tersenyum karena ibadah..
CANTIK itu,,
Bukanlah yang memiliki bibir yang terindah,,
Melainkan mereka yang memiliki bibir untuk selalu berdzikir...
CANTIK itu,,
Bukanlah yang selalu menggunakan make up yang mahal di wajahnya,,
Melainkan mereka yang selalu membasuh wajahnya dengan air wudhu..
CANTIK itu,,
Bukanlah yang selalu menolong,,
Melainkan ketulusan hatinya saat ia menolong..
CANTIK itu,,
Pasti ada pada hati yang tercantik,,
Kerana kecantikan hati akan memancarkan cahaya di wajah..
Ya ALLAH..
Bukakanlah pintu hati kami sentiasa ingat padaMu. Aamiin.
Hati yang ikhlas akan mengerti setiap situasi.
In Shaa ALLAH.
Jadilah seorang pemaaf kerana itulah akhlaknya Baginda Nabi SAW.
#Follow sunnah dirimu menuju kejayaan.
#Ingat mati.
Berdoa dengan penuh rasa pengharapan dan penuh rasa kasih sayang.
Semoga dengan kasih sayangNya ALLAH perkenankan doa. Aamiin.
Hati yang sentiasa bersyukur itulah hati yang bahagia.
Alhamdulilah.
Dalam apa jua situasi yang ALLAH takdirkan sebenarnya ada kebaikan untuk kita.
In Shaa ALLAH.
" Berhati-hatilah jangan sampai usiamu telah berakhir dan kamu bertemu Allah membawa Iman yang lemah. Kerana penyesalan menjelang kematian dan setelahnya tidak berguna sama sekali selama-lamanya. Hanya saja penyesalan manusia itu berguna bila terjadi semasa hidupnya di permukaan bumi. "
[ Al-Allamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz
AWAS! 60 TAHUN SHALAT TIDAK DITERIMA ]
Ada seorang yang shalat selama 60 tahun, tidak diterima. Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam bersabda,
إنَّ الرجلَ ليُصلِّي ستِّينَ سنةً و ما تُقبَلُ له صلاةٌ ، لعله يتمُّ الركوعَ ، ولا يتمُّ السُّجودَ ، ويتمُّ السجودَ ولا يتمُّ الركوعَ
"Sesungguhnya ada orang yang shalat selama 60 tahun lamanya tidak diterima, terkadang rukuknya sempurna, namun sujudnya tidak. Terkadang sujudnya sempurna, rukuknya tidak" (Hadits hasan, lihat Shahih At Targhib no 529)
Oleh karena itu wajib hukumnya untuk belajar fiqh shalat, rukun-rukunnya, syarat wajibnya, syarat sahnya shalat, demikian juga fiqh wudhu, agar shalat yang kita kerjakan sempurna dan diterima Allah Ta'ala.
SUCI HATI DENGAN CAHAYA ILAHI
Hati pewaris sejati Nabi Muhammad akan selalu bergantung pada Allah. Abu al-Abbas al-Mursi rahimahullah pernah berkata:”Jikalau saja Rasulullah Saw. hilang dariku sekejap mata saja, -beliau melihat Rasulullah dalam keadaan terjaga- maka aku tidak menganggap lagi diriku sebagai orang Islam.” Kerana hatinya selalu bergantung pada Allah.
Dari sini, mereka (para salik) menemukan kerajaan (al-mulk) di dalam perjalanannya menuju Allah. Kerajaan ini dapat dilihat oleh manusia, baik dia melihatnya atau tidak. dan juga mereka menemukan kekuasaan (malakut) yang tidak dapat dilihat oleh manusia, dia tak kelihatan. Dan disana terdapat banyak rahsia (asraar) dan cahaya (anwaar). Jadi disana terdapat cahaya bagi al-Mulk dan cahaya bagi al-Malakut. Cahaya al-mulk berupa letrik, Bulan, Matahari, Bintang, dan sinar cahaya. Asraar al-mulk dan asraar al-malakut ada empat: Anwaar li al- mulk, anwaar li al-malakut, asraar li al-mulk, asraar li al-malakut. Semua ini termasuk bagian dari sesuatu yang menyilaukan yang tanpa di dalam perjalanan, siapa saja yang menoleh kepadanya maka ia tak akan sampai.
Walaupun sesuatu yang menyilaukan tersebut termasuk dari asraar al-malakut; kerana memang tujuannya berangkat dari asraar al-malakut dan mengetahuinya supaya menambah ketetapan hati manusia, semakin beradab kepada Allah, dan melakukannya secara berterusan.
Adapun jika asraar al-malakut tersebut dijadikannya untuk sebuah kebanggaan, maka ia tidak akan membuatnya sampai kepada Allah. Mereka (Para Sufi) mengatakan:”Kita malu pada karamah (sesuatu yang luar biasa yang terjadi pada wali Allah)” dia telah mengalami yang namanya karamah lalu ia merasa malu, dan tidak menjadikannya sebagai sebuah kebanggaan. Yang membuat karamah itu terjadi ialah ketetapan hati. dan karamah itu tidak akan terjadi kecuali kepada orang yang yang masih di awal perjalanan, maka barang siapa yang tingkatannya sudah tinggi maka akan sedikit karamahnya.
Oleh kerana itu, para wali al-Qutb (yaitu orang-orang yang telah Allah ridhai di dunia) tidak akan mengalami karamah, akan tetapi semuanya berjalan sesuai dengan keinginan Allah. Dengan kata lain mereka –para wali al-Qutb- telah sampai pada tingkatan al-Ridha (diridhai Allah) dan penyerahan diri yang sempurna kepada tuhan seluruh alam. Sekiranya sesuatu yang terjadi dengan cepat kerananya, itu adalah keinginannya. Maka sempurnalah ia. Tidak ada sesuatu apapun yang terjadi melainkan dengan kehendak Allah, Dia sungguh meridhai atas segala sesuatu yang telah terjadi, baik itu berupa kematian, kehidupan, menggenggam (rezeki), (menahannya), atau menghulurkannya, kekuatan dan kelemahan.
Maka menoleh kepada al-mulk (kerajaan) , al-malakut (kekuasaan), anwaar (cahaya-cahaya) , atau asraar (rahsia-rahsia) tidak boleh (dilakukan oleh salik, kerana ia akan menjadi penghalang atau rintangan untuk sampai kepada Allah).
Lalu apa gunanya tulisan ini, gunanya adalah belajar adab bersama Allah, dan selalu sentiasa berada di jalan-Nya.
○ Maulana Syaikh Ali Jum’ah
Saya terbaca pasal kelab malam terbesar zouk..perasmian tudung...dan paling sedih ramai orang Islam di dalamnya..ya Allah ampunkan diriku ini..Ini semua salah saya tak buat dakwah.Ampunkan semua dosaku ini....yaAllah beri hidayah pada semua orang Islam terutama anak muda untuk sedar dan ya Allah biarlah kelab ini semua tutup. Dakwahlah dengan kasih sayang dan doakan hidayah.
Kerap juga saya dakwah kerana rasa sayang di club malam di jalan dorasamy, club di jalan pramlee dan juga zouk. Sebesar-besar kelab malam..saya pergi berdua atau beberapa orang.sambil sebarkan salam dan terus cerita harga iman dan jaga solat serta jaga mak ayah..
Paling sedih bila anak muda remaja Islam beratur panjang-panjang macam nak pergi mana entah. Pakaian semuanya terlalu sedih melihatnya..hilang suasana Islam dan nilai adab...lelaki perempuan. Ya Allah..hati ini sayang mereka tapi sedih. Saya pergi betul-betul dekat dengan pintu kelab. Bila beri salam ada yang lari. Ada yang dengar..kadang-kadang jalan semua tutup. Ada orang besar atau orang kaya datang. Atau mungkin orang luar negara nak pergi kelab. Jadi ditutup pada orang lain..
Ada sekali pukul 3 pagi. Terlihat 8 anak muda 20an ke 30an baru keluar kelab melintas jalan mabuk sambil menjerit-jerit... Semua bertatu. Berantai. Saya beri salam. Adik boleh abang minta masa sikit nak berbual-bual..
Eh,boleh abang. Takde hal. Apa cerita abang..
Begini adik semua baik. Allah sayang. Ahli syurga...Allah sayang adik semua..
Ish takler ustaz. Kami ahli neraka. Kami syaitan..
Saya terus cakap adik jaga solat nanti Allah jaga kita tau.
Kami tak boleh solat. Kami main judi. Kami kotor. Main perempuan. Tak mandi wajib. Tuhan tak ampunkan kami.
Cuba adik ikut ini. Mereka tiba-tiba ikut. Terus saya rasa sebak. Sebab semua ikut sama-sama. Ya ALLAH kami minta ampun. Kami bertaubat. Opss ustaz taubat takleh bawa main-main..kena betul-betul..
Betul-betul ler adik. Mana tahu bila-bila.mati datang. Jom kita selalu cakap ya Allah kami minta ampun. Kami bertaubat..
Ada 2 orang menangis. Dia peluk saya. Terima kaseh ustaz..
Baru ini mereka mesej saya dan tak tak pergi kelab-kelab arak dan tempat maksiat macam tu..
Ya Allah ubahlah hati anak muda kami. Dari suka kelab malam kepada suka masjid. Hidupkanlah masjid 24jam dengan dakwah walau 1 pagi. Majlis ilmu walau 4 pagi. Melayan orang masuk Islam atau nak belajar walau tengah malam. Solat berjemaah 100 peratus datang..masjid sumber rahmat dan penyelesaian masalah semua orang. Masjid menjadi tempat perbincangan ketua-ketua masyarakat..Ya Allah hancurkan semua kebathilan. Tutuplah semua kelab malam yang merosakkan dan menghancurkan-ebitlew
JIKA ada orang Islam yang terbuka dan bangga serta terus mempromosi kesalahan khususnya ke tahap merosakkan kesucian dan reputasi Islam contohnya
A. Tudung dari jenis potongan dan fesyen yang tidak menurut syara’,
B. Dilancarkan di tempat maksiat
C. Pelancaran dengan cara maksiat juga, D. Kemudian apabila dinasihat dan ditegur, dijawab ‘I don’t care’
Maka WAJIBLAH kita berusaha menjadikan dia ‘care’ dengan cara yang berkesan & hikmah. Samada doa, nasihat padu ataupun boikot produknya.
Jawapan ‘i dont care’ itu seperti suatu kesombongan mungkin akibat secebis ‘kejayaan’ dalam bisnes & sokongannya. Nabi bersabda apabila ditanya apakah erti kesombongan, jawab baginda : “Apabila ditolak hal yang benar dan memperlekeh manusia”
JIKA ia berterusan & pertahankan kesalahan dan promosi maksiat itu tetapi kemudiannya KELIHATAN semakin pula berganda untung bisnesnya, itu pula dibimbangi suatu istidraj, sebagaimana hadis Nabi
إذا رأيتَ اللَّهَ يعطي العبدَ منَ الدُّنيا علَى معاصيهِ ما يحبُّ ، فإنَّما هوَ استدراجٌ
ertinya “ apabila engkau MELIHAT Allah swt terus memberi nikmat dunia kepada pelaku maksiat yang berterusan dalam maksiat sesungguhnya itulah istidraj” ( Riwayat Ahmad)
Allah swt mengingatkan hal ini dalam surah al-an’am : 44 ertinya
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ
Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.
Iaitu nikmat melimpah ruah diberi kpd pelaku maksiat sebagai hukuman awal bagi menipiskan lagi peluang rahmat kepada pelaku terbabit.
Semoga kita semua dapat mengambil pelajaran, bukan hanya dituju kepada sesuatu kes yang khusus tetapi terpakai kepada semua keadaan yang serupa.
#DrZaharuddinAbdRahman
Di saat bersedeqah JANGAN difikirkan & diandai-diandaikan apa yang boleh dibeli dengan jumlah wang & harta yang diberi, hati lebih tenang & fahamilah bahawa wang itu sedang disimpan untuk akhirat kita.
#DrZaharuddinAbdRahman
Apabila orang kecil cuba menonjolkan dirinya besar, dia jadi semakin kecil....
Apabila orang besar bersikap seperti orang kecil, dia kelihatan semakin besar..."
Apabila bukan 'specialist' bercakap dalam satu ilmu yang bukan bidangnya, dia sedang mendedahkan amatur, longgar ilmunya & dirinya boleh mengelirukan serta tersalah dengan mudah.
Apabila seorang pemegang PhD atau 'Professor' menulis, darinya tahulah kita dia 'Professor berilmu cetek' atau yang benar-benar berilmu sebenar.
Apabila seorang berpakaian persis ulama' hebat berkata-kata, maka boleh terbuka aib dirinya bukan ulama apabila kata-katanya tiada sandaran kukuh dari displin ilmu yang diterima atau menyimpang dari realiti, apatah lagi jika ditambah dengan suka mencerca, hanya pakaiannya sahaja mempersonakan.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa sedar dimana duduknya kita dan bertindak dalam tindakan yang terbaik.
(MUHASABAH BUAT DIRI SENDIRI & YANG SUDI AMBIL NASIHAT)
#DrZaharuddinAbdRahman
Aduh menangis hari ini..Sebak rasa hari ini. Bila jumpa dengan ksu kementerian belia dan sukan. Mula-mula mesyuarat bersama bahagian latihan. Tiba-tiba seorang kata, ksu nak jumpa ustaz..ustaz ada masa ke?
Saya kata boleh jer. Memang masa saya untuk anak muda dan belia kita...tiba-tiba KSU Datuk Lokman datang turun ajak saya ke bilik mesyuarat bersamanya. Sebaik turun wajah beliau sebak. Kami berpelukan dengan keadaan sebak.Macam dah lama kenal...Hairan juga kenapa..rupanya Allah beri risau dan rasa yang sama..Katanya ustaz besar tanggungjawab kami nanti Allah tanya di akhirat. Beliau dekat dengan saya. Subhanallah bila kami berbual keadaan masyarakat dan anak muda. Rasa kerdil diri. Di matanya bergenang air mata..
Tawaduknya subhanallah. Rendah diri sangat ksu ini. Beliau nak bimbing setiap kakitangannya supaya biasakan diri mendekati remaja terbiar, mendekati gelandangan, turun pergi setiap lorong selamatkan belia kita. Beliau ambil no phone saya katanya nak bersama-sama pergi lorong-lorong. Dia dah tak sanggup. Takut nanti Allah tanya di akhirat. Ya Allah..
Beginilah Jalan Nabi saw,Abu bakr ra,Umar ra,Uthman ra,Ali ra. Semuanya berjalan waktu malam. Bergerak sendiri ke tempat yang kita tak sangka. Beliau menangis.
Saya jadi sebak bila seorang ksu kementerian belia dan sukan berkata begitu. Dan beliau ada niat untuk pastikan setiap anak muda terbela nasib hidup mereka..masa mesyuarat dengan pegawai pun boleh tahan soalan-soalannya..pening menjawab. Rupanya bila ada fikrah yang sama. Mudah jadinya..benarlah risau ini anugerah dari Allah..
Setiap tahun memang staf kerajaan ada kursus. Kali ini saya kata kita buat teambuilding bawa kepada dunia sebenar. Suasana iman. Suasana solat malam. Suasana berkasih sayang di jalanan. Suasana kasih sayang bersama orang asli. Jumpa orang tidur bawah jambatan. Biar kita sama-sama rasai. Manusia boleh berubah dengan 3 perkara utama. Belajar ilmu dengan kesusahan. Kedua dengan nasihat menasihati dan ketiga menangis di depan Allah waktu malam..kalau tidur kat masjid pun takper. Jimat duit. Tidur asrama jer. Yang penting mereka kena duduk 3 hari. Mula-mula tak selasa. Tapi sekali cinta masuk dalam hati. Bermulalah bahagia. InsyaAllah mereka akan jadi daie..
Beliau layan saya dengan baik. Malu rasa. Saya bukan sesiapa. Kata beliau kami akan beri seluas-luas ruang untuk ustaz bersama dalam membangunkan staf kami supaya kita sama-sama mengubah dan bantu masyarakat terutama belia kita..
Tengok dekat bilik mesyuarat. Ada gambar Khairy Jamaludin. Cuma tulis encik Khairy Jamaludin. Sebak tengok. Berbeza rupanya...biasa panjang-panjang gelaran.
Datuk Lokman hantar saya sampai ke kereta. Kami berpelukan beberapa kali. Kami cuma ingin belia kita dapat dibantu. Ya Allah mudahkanlah dan jadikanlah kesemua program yang dicadangkan. Doakan ada 10 program 3hari 2malam dirancang.Dan Program-program lain...Doakan Allah terima. Penerimaan Allah paling penting..bila Allah terima. Baru ia jadi asbab hidayah.
Bila kami berbual pasal keluarga. Beliau sangat mencintai isteri dan sayangkan anak-anaknya.Benarlah doa seorang ibu. Doa seorang isteri. Hargailah isteri dan anak-anak..-ebitlew
Sebak hari ini bersama dengan anak remaja yang baik-baik ini.
Jom abang nak belanja beli baju dan makan nak tak?
Nak abang? Katner..saya sampai jer dekat mereka. Terus mereka naik kereta. Jom ustaz bawa kami pusing-pusing kl. Jomm beli baju. Sampai kedai pertama sebab baju rock-rock. Dia tengok ada amek gambar dengan phone. Terus takleh masuk. Terus dia suruh balik..hehe..lawak gak kali pertama rasa kena halau dari kedai baju...kalau nak buat hal pergi tempat lain. Katanya..di times square. Diaorang pun cerita orang kata itu ini. Orang halau. Sebab mereka budak nakal dan selalu gelak-gelak. Kadang tak beli pun..hari tu kena halau dari hotel. Saya terasa gak. Tapi takperlah..tak penting pun apa orang nak kata. Biar apa orang nak. Biar apa orang nak pandang. Yang penting Allah sayang..
Sebak saya dengar. Saya dulu selalu kena halau gak. Sebab dakwah. Kena halau dari masjid. Kena halau dari sekolah. Kena halau masa cakap agama..
Kami terus ke pertama kompleks. Sepanjang dalam kereta. Cerita iman. Banyak soalan mereka. Mereka anak yang baik. Seronok sangat dengar kisah mereka. Malam ni tidur mana. Tidur bawah jambatan jer ustaz. Ada juga yang ada mak bapak. Tapi mereka ini ingin cari bebas di luar sana. Sanggup ke sana sini..
Sampai di Pertama compleks. Kami solat Maghrib berjemaah. Ramai orang tengok kami atas ke bawah. Yerlah anak ini ada yang dahi berpin besar. Hidung ada pin besar. Telinga ada pin. Yang perempuan ada pakai seluar pendek. Tapi Alhamdulillah mereka senang di ajak solat. Solat berjemaah dengan sempurna. Subhanallah. Menitis air mata solat dengan mereka hari ini..
Selepas solat bawa pergi kedai beli baju.Saya pun bayarkan baju mereka. Minat mereka baju begitu takperlah. Seorang tu cium baju. Alhamdulillah ada baju baru ustaz. Ada baju nak salin. Saya jadi sebak..tak berhenti mereka cakap terima kaseh. Rasanya sepanjang jalan cakap terima kaseh. Saya balas terima kaseh juga.Allah bagi..lepas diaorang kata tengok ustaz. Suka cakap terima kaseh juga..yerlah sebab semua ni kan Allah yang bagi. Ustaz, terima kaseh kat Allah..
Kami terus pergi makan dekat kedai kg baru. Ramai orang. Mereka nak kedai takde orang. Malas nak orang tengok mereka sangat. Tapi ramai gak kedai tu. Ustaz,saya nak siakap 3 rasa leh..saya jadi sebak lak..yerlah dulu pernah saya masuk kedai begini. Saya keluar semula bila tengok harga atau menu. Mereka buat saya ingat mak bawa balik nasi goreng pataya. Kami share makanan tu. Ya Allah sedihnya..
Mereka tanya ustaz nak solat Isya kat mana lak. Saya makin sedih sebab mereka ini baik. Semoga Allah beri kekuatan..ramai dan sangat ramai anak yang hidup begini di kl ini. Ibubapa mereka diuji. Mereka diuji. Dan kita juga diuji. Mereka semua dahaga kasih sayang dan bimbingan yang baik..
Mana-mana anak remaja kita dahagakan kasih sayang. Mereka suka buat amal. Tapi nak sama-sama buat dengan mak ayah mereka. Mereka dahaga kasih sayang dan pelukan. Setiap kali mereka pakai tali kasut. Mesti kawan mereka tolong pasangkan. Saya pun belajar tolong pakaikan tali kasut. Masa makan pun, mesti sendukkan lauk buat kawan-kawan. Mereka ada kasih sayang yang dalam. Sedihnya...ya Allah...
Bantulah dan kuatkanlah kami semua. Berilah setiap kami orang Islam mula beri masa untuk dakwah ini. Sayangilah dan hargailah anak-anak kita semua..
Doakan cita-cita saya nak beri motivasi 3hari 2malam pada semua remaja seluruh Malaysia yang memerlukan. Dan beri motivasi pada setiap remaja di seluruh Malaysia-ebitlew
Tengah tengok ada 3 remaja tidur di depan bangunan. Saya panggil mereka. Dan kata adik ustaz nak belanja makan. Pergi panggil semua kawan-kawan lain. Datang ramai gak. Semua baju nampak kotor dan wajah nampak penat. Mungkin ke sana sini.
Boleh ker tidur sini adik. Boleh ustaz. Kalau ada orang ambil kesempatan kami belasah diaorang. Tapi kadang-kadang datang pihak berkuasa mereka sepak kami. Aduh sakit sebab tengah lena.
Ustaz, kami rambut perang boleh solat? Kalau kami bertindik tak boleh jadi imam jenazah yer ustaz? Kami mabuk 40 hari tuhan tak terima yer?
Allah baik adik. Jaga solat dulu. Nanti Allah sayang. Boleh solat jer..
Betul ke ustaz boleh solat. Boleh adik. Yang tak boleh jangan tinggal solat..
Lepas minum arak boleh solat? Boleh. Yang tak boleh minum arak. Solat boleh..
Nanti jaga solat. Belajar solat. Perlahan-lahan ubah yang lain..
Paling sebak mereka cakap. Sebab tu kami dah lama tak solat. Tak solat langsung. Sebab ingat kami kotor Allah tak terima kami.
Adik suci bersih. Allah sayang. Siapa mulut jahat kata awak kotor tu. Maafkan dia. Dia tak faham agama. Dalam diri adik ada iman. Adik Allah sayang..
Siapa nak jaga solat. Mereka semua angkat tangan. Kami nak mula solat lah. Malam ni gak.
Jom kita gi makan sekarang. Order sedap-sedap tau. Pergi panggil yang lain-lain ajak makan. Ustaz belanja. Makin ramai datang..
Ustaz belanja beli selipar boleh. Saya takde selipar. Boleh adik. Takde hal. Nanti kita g kita gi beli selipar. Kawan dia menyampuk Ish kau ni ustaz dah nak belanja makan pun dah banyak sangat. Kau minta selipar bagai lak..
Ish takper adik. Adik ni mulia. Ustaz sayang semua kerana Allah. Cuma nak adik semua jaga solat. Kerana Allah jaga orang jaga solat. Adik bersih suci mulia.
Bila nak balik mereka peluk saya. Ustaz, kami terhutang budi dengan ustaz. Nanti ustaz cari kami lagi yer. Kami ada ramai nak buat anak angkat bagai tapi ramai nak ambil kesempatan. Dan kami tak suka ada yang kongkong. Ustaz baik. Kami sayang ustaz kerana Allah-ebitlew
Sebak rasa dihati ini. Tengah malam jumpa anak ini yang baik-baik.. Ajak mereka solat selepas makan. Ramai kata badan kotor tak boleh solat. Saya kata jomler kita cari tempat mandi dan solat. Alhamdulillah syukur mudahan sekali ini jadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew
Sebak dan menangis melihat chinese girl yang baik ini mengucap syahadah..
Tengah 1 pagi pusing kat dataran merdeka selepas habis ceramah.. Jumpa satu kumpulan budak motor. Ramai juga. Adik boleh minta masa sikit. Allah sayang adik semua..rupa macam nak lari sekali mereka tak lari..mereka dengar. Cerita jaga solat dan jaga mak ayah..
Selepas itu tiba-tiba nampak ada beberapa orang duduk disatu tempat. Saya fikir dua tiga kali nak tegur. Hee..takut juga mengganggu atau kena marah. Rambut merah tu buat saya kata takper ke..dia ok ke..Saya beri salam. Ada melayu,cina, india. Saya bercerita kita semua sebuah keluarga. Kita semua Allah sayang. Allah sayang adik semua.
Tak sampai 5 minit bercerita.Tiba-tiba seorang chinese girl tu kata ustaz. Saya nak masuk Islam boleh. Saya terus rasa sebak dan syukur sangat. Terima kaseh Allah..Boleh adik. Saya terus duduk di depannya. Allah sayang. Ada seorang lelaki yang baik. Beliau ialah Nabi Muhammad saw. Sebelum meninggal/wafat pesan pada saya supaya pesan pada adik. Sebenarnya cuma ada satu tuhan. Nama tuhan itu ialah Allah. Dia jadikan saya dan adik. Dia yang temukan kita malam. Dia sayang kita. Jaga kita dari dulu sampai hari ini. Saya terus semakin dekat dengannya. Dia rasa tenang. Dia nak belajar Islam. Susah tak masuk Islam. Senang jer adik. Sedar bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw ialah pesuruh Allah..
Dia tengok saya. Dia kata saya percaya cerita abang. Abang cina. Saya pun cina..dia pun nak mengucap dengan ikhlas tanpa paksaan. Bila dia mengucap syahadah dari matanya nampak bergenang. Baik sangat wajahnya. Nampak ketenangan pada wajahnya. Saya rasa sebak nak menangis..
Dia mula tanya soalan pasal solat dan lain-lain. Balik jer dia terus update dekat insta. Bahagianya di tengah malam di dataran merdeka Allah hadiahkan kenal Allah. Kini beliau tengah belajar solat.
Allah maha kaya. Maha berkuasa. Semua orang dahaga dan inginkan kebaikan dan hidayah. Sepanjang balik saya menangis bahagia. Bagi saya yang pertama ialah kalimah setelah itu kita belajar yang lain perlahan-lahan..-ebitlew
AJARKAN HATI INI AGAR SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ORANG LAIN KERANA ITU LEBIH BAIK
"Barangsiapa yang menginginkan husnul khotimah, hendaklah dia selalu bersangka baik dengan manusia."
[lmam Syafi'e]
Untuk
membina
HATI
yang
CANTIK
Harus
selalu
bersangka
BAIK
Ya Allah, sentuhkanlah hati sahabatku di kala dia jauh dari-Mu agar bertambah imannya untuk lebih dekat kepada-Mu..
Teguhkanlah hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih dari-Mu agar tidak hilang kasih sayang-Mu..
Peliharalah dirinya agar redha-Mu menjadi miliknya selalu....amin..💕
....Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan.
Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit.
Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi.
Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?”......
- Mufti WP -
>>>Surat Terbuka Mufti Wilayah Persekutuan<<<
Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.
Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur.
Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.
Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.
Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.
Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impi, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?
Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.
Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.
Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.
Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.
Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Halawah Jiwa -
Wahai muslimah,
Tudung yang kalian pakai tu..bukan hanya untuk menutup kepala. Tetapi ia adalah untuk menutup aurat.
Aurat adalah maruah kalian.
Kalian wajib menjaga aurat supaya ia tidak terdedah kerana ia maruah kalian. Kemuliaan kalian.
Muslimah yang hanya ‘menutup kepala’, mereka tidak akan takut untuk melakukan dosa. Dan muslimah yang ‘menutup aurat’, mereka akan semakin rajin mengejar pahala, lalu berusaha meninggalkan lagha dan dosa.
Kredit: Mohd Nizar Mohd Nadzir
Tutuplah aurat.. bukan balut aurat..
Hijab adalah pelindung, bukan penghias.
Hijab sepatutnya melindungi kita dari bahaya dunia, bukan mengajak dunia untuk melihat betapa 'kreatifnya' perhiasan kita.
Tudung pelindung. Helmet pun pelindung tetapi masih ramai yang eksiden mati memakai helmet. Setakat pakai helmet tapi tali tak ikat, helmet cap ayam, bawak pun laju, konfem tak selamat. Samalah dengan pakai tudung jika tak ikut syariat. ~ Ustaz Pahrol ~
Tiga ciri menurut Imam Ghazali, tanda orang mendapat hidayah Allah :
Pertama, senang beribadah. Walau sibuk macam mana pun kita masih sempat dan mengutamakan ibadah, contoh solat seawal waktu.
Kedua, payah melakukan kejahatan. Kalau ada niat hendak melakukan kejahatan, ada sahaja halangan.
Ketiga, sibuk dengan keaiban diri. Maknanya sibuk periksa diri dari segi amalan dengan Allah dan perbuatan dengan sesama manusia, hingga tiada masa hendak melihat keaiban orang.
Jom audit diri, adakah kita memiliki ciri-ciri tersebut?
REZEKI YANG BERKAT
Antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.
1. Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.
2. Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.
* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.
3. Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang
4. Sentiasa merasa cukup dan syukur
3 TANDA SYUKUR
1. Syukur dengan hati
- Hati sentiasa ingat kepada Allah diatas segala kurnian nikmat-Nya
2. Syukur dengan lidah
- Berzikir memuji Allah SWT
3. Syukur dengan perbuatan
- Bersedekah dan melakukan amal soleh
No comments:
Post a Comment