Wednesday, February 21, 2018

KTP 063

Jadikan merancang kematian itu ibarat merancang majlis perkahwinan. Semua orang nak yg cantik-cantik & yg terbaik. Makanan, pelamin & hantaran yg terbaik.
Begitu juga dengan kematian. Sediakan amalan & ibadah yg terbaik.
Semoga Syurga Allah milik kita.


Jangan lupa!
Akan bahagia orang yang lembaran amalnya banyak berisi istighfar.
Rasulullah Shallallahu'alaihi Wasallam bersabda:
مَن أحَبَّ أنْ تسُرَّه صحيفتُه فلْيُكثِرْ فيها مِن الاستغفارِ
"Barangsiapa yang ingin berbahagia ketika melihat lembaran catatan amalnya, maka perbanyaklah istighfar"
(HR. Ath tabrani)
Jum perbanyakkan ISTIGHFAR



Taubat hanya.. Didunia.. Buat sekarang.. Di akhirat sudah tiada taubat

Setiap manusia pasti mengimpikan Syurga. Namun, adakah kita mengamalkan segala yang diperintah Allah? Adakah kita betul-betul patuh dan taat pada-Nya? Adakah Syurga akan menerima kita? Layakkah kita untuk menghuni Syurga yang barakah?


Kebaikan itu daripada Allah. Kita cuma menumpang.. Kalau dikirakan.. Tidak sepadan dgn dosa2 yg dilakukan. Betapa Allah itu maha memberi..


cantik kan hati kita dengan akhlak yang mulia



Dunia hanyalah tempat persinggahan. Kesenangan yang kita nikmati takkan bertahan lama. Jangan sampai kita terbuai dan menganggap dunia sebagai satu-satunya kehidupan


Hidup ini begitu singkat, jangan pernah bersikap sombong. Karena tidak ada yang layak kita sombongi. Sebagai manusia, kita hanyalah makhluk yang berasal dari tanah (bumi) dan akan kembali ke sana juga.

Allah menyediakan waktu yang terbaik untuk menikmati doa doa kita


Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya sendiri dengan orang yang hidup untuk Tuhannya. Dunia yang indah dengan fatamorgana. Siapa yang tak tergoda dengan kenikmatan yang diperoleh di dalamnya? Harta, pangkat, darjat dan wanita. Kita pasti hanyut! Kecuali orang-orang yang hati dan jiwanya dekat dengan petunjuk dan hidayah serta nur Allah. Beruntunglah! Semoga kita termasuk golongan insan-insan yang beruntung di hari akhirat kelak. Amin…


Kadangkala kita semacam terlupa munafik itu lebih berbahaya daripada kafir sekalipun kafir harbi.
Al Baqarah menjelaskan lebih banyak ciri munafikin berbanding ciri muttaqin dan kafirin.
Munafik itu bermuka-muka dengan Islam. Di hadapan dia seolah-olah memperjuangkan Islam, di belakang yakni bila kembali ke kelompoknya dia menzahirkan penentangannya terhadap Islam.
Curigai diri mu akan sifat munafik itu tetapi sentiasa bersiap siaga agar tidak ditipu oleh munafik itu walaupun sekali apatah lagi berkali-kali!

"Masih susah meskipun rajin bersedekah, mengapa?" hati itu bertanya.
Jawabnya, "supaya diri mu dapat mengamalkan ayat Quran ini: Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.” (At Thalaq : 7)

Apabila orang kecil cuba menonjolkan dirinya besar, dia jadi semakin kecil....
Apabila orang besar bersikap seperti orang kecil, dia kelihatan semakin besar..."
Apabila bukan 'specialist' bercakap dalam satu ilmu yang bukan bidangnya, dia sedang mendedahkan amatur, longgar ilmunya & dirinya boleh mengelirukan serta tersalah dengan mudah.
Apabila seorang pemegang PhD atau 'Professor' menulis, darinya tahulah kita dia 'Professor berilmu cetek' atau yang benar-benar berilmu sebenar.
Apabila seorang berpakaian persis ulama' hebat berkata-kata, maka boleh terbuka aib dirinya bukan ulama apabila kata-katanya tiada sandaran kukuh dari displin ilmu yang diterima atau menyimpang dari realiti, apatah lagi jika ditambah dengan suka mencerca, hanya pakaiannya sahaja mempersonakan.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa sedar dimana duduknya kita dan bertindak dalam tindakan yang terbaik.
(MUHASABAH BUAT DIRI SENDIRI & YANG SUDI AMBIL NASIHAT)



Terkejut sangat. Seorang anak muda peluk saya..ustaz, saya rindu nak jumpa ustaz. Saya datang sini khuruj 3 hari jalan Allah kali pertama bila saya tahu ustaz akan hadir. Ya Allah hati saya berdebar. Allah makbulkan doa saya..
Saya bukan sesiapa adik. Tapi saya sayang awak kerana Allah. Kerana Allah yang temukan kita asbab doa awak...
Ustaz,saya tak percaya tentang ustaz kata isteri akan jadi baik bila kita jadi hamba Allah yang baik dan bawa sunnah Nabi saw dalam keluarga..tapi betul ustaz. Saya hari-hari doa menangis supaya isteri saya jadi baik. Isteri saya tak solat. Tak tutup aurat. Kuat lawan saya. Hari-hari marah mengamuk..
Saya mula beri dia hadiah bunga. Saya tolong kerja-kerja rumah. Saya cium peluk dia sebelum dan balik kerja. Saya pergi masjid. Saya buat Taklim rumah. Saya mula bersama jemaah dakwah di masjid. Bila dakwah orang makin rindu pada isteri dan anak di rumah..saya sebelum ni kasar. Garang. Kuat marah. Tak pandai ambil hati isteri dan anak-anak..
Tak sangka ustaz. Allah ubah segalanya. Berkat amal yang ustaz share dekat fb dan youtube. Hati saya tenang dengar nama ALLAH. 3hari kali ini buat saya menangis. Saya tak sabar nak balik nak peluk isteri dan anak-anak. Isteri saya baik ustaz. Cian dia ustaz. Penat sangat uruskan rumahtangga saya..
Saya peluk dia lagi sekali. Tadi abang peluk saya. Meh saya peluk abang. Sambil peluk saya kata Tahniah kerana jadi suami yang baik. Tahniah kerana menjadi menjadi ayah yang baik. Tahniah kerana mula sambung kerja dakwah Nabi saw..
Sebenarnya wanita ini yang boleh lembutkan hati mereka ialah Allah. Jalannya kita kena mula tarik rahmat Allah dalam rumahtangga dengan kelembutan, dengan kasih sayang,hargai mereka dan bimbing mereka berjuang di jalan ALLAH..
Tahniah KYB UMW Malaysia berhad buat program begini di pejabat. Subhanallah. 800 orang pekerja diwajibkan hadiri kursus Motivasi Kerja Ikhlas...ya Allah seronok sangat dapat ceramah di Kyb Umw Shah Alam. Masa mula sampai, ada seorang kata ustaz nanti tolong yer jangan sentuh isu agama atau bangsa. Sebab heboh kata ustaz nak Islamkan diaorang. Diaorang dah salah faham..Hehe..saya jawab,saya pun cina. Keturunan cina. Dont worry. Saya beri motivasi supaya mereka sedar kerja dengan ikhlas. Bangsa atau agama apa pun kita ada tanggungjawab dan hidup harmoni sesama kita hidup dengan suasana kasih sayang dan saling menghormati..Semasa ceramah semua cina,india dan non Muslim enjoy dan mereka ada yang sebak menangis. Ada boss India peluk saya kata well done. U really motivate us. Saya benar-benar belajar sesuatu hari ini...-ebitlew


Sahabatku,solat Tahajud 2 rakaat kemudian doa ya Allah jadikanlah hari ini makbulnya segala doa kami selama ini-ebitlew



Saya tanya anak saya apa paling best cny ini? Dia kata dapat angpow banyak..hehe..aduhai anak ebit lew..moga jadi daie...
Saya nak tanya sahabatku semua yang dikasihi. Apa perkara paling best dalam hidup ini..Bagi saya, tahu tak apa paling best dalam hidup ini? Bila kita saling mendoakan satu sama lain. Hadiah paling istimewa ialah mendoakan buat ahli keluarga kita..berkasih sayang dan memaafkan..dan paling utama mendoakan setiap orang bahagia...waktu semua orang tidur kita berbisik-bisik berdoa menyebut nama semua ahli keluarga kita..doa ini mendekatkan hati kita. Cuba amalkan sesiapa yang rasa jauh..
Saat bertemu terasa begitu dekat walau jarang berjumpa. Ada yang setahun sekali masa cny nie..
2 perkara menjadi asbab rezeki terbesar yang ramai orang lupakan. Silaturrahim hubungan kekeluargaan. Kedua sedekah atau pertolongan kita buat semua orang..
Rasa rindu semua....
Happy CNY.......Gong Xi Fa Cai..Bersama keluarga tercinta CNY -ebitlew


apakah yang dimaksudkan dengan 'amalan anak yang salih diterima oleh kedua ibubapanya' ?
Segala amal kebajikan yang dilakukan oleh seseorang dapat dikatakan sebagai amalan anak yang soleh kerana setiap kita mempunyai ayah dan ibu.Samada kita kirim secara khusus doa untuk orang tua atau kita beramal untuk diri kita sendiri,maka segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan itu merupakan ibadah anak yang soleh.Anak yang soleh akan mendoakan kedua ibu bapa dengan doa yang khusus seperti yang tercantum dalam ayat Al Quran dan diamalkan oleh setiap orang selesai mengerjakan solat.


No comments: