Wednesday, February 07, 2018

KTP 061

Bukan Allah tak tahu remuknya hati, bukannya Dia tidak peduli pedihnya diuji. Dia tahu, kita mampu hadapi.’

rasa sedih, lemah dan menangis kecewa itu lumrah. Moga kita tidak berlama-lama dalam kesedihan dan putus asa itu.
Bangkit dan terus melangkah


tinggalkan segalanya selagi punya waktu, pantas bertaubat jangan malu. Tuhan sudah lama menunggumu. Berhijrahlah kepada Allah yang satu, kerana penghijrahan itu adalah pengakhiran masa lalu dan permulaan kehidupan baru.”


Setiap insan di atas muka bumi ini diberi satu sahaja peluang untuk menjalani kehidupan. Setiap orang menjalani kehidupan yang berbeza di gelanggang kehidupan.”


Semua yang berlaku adalah kerana izin daripada Allah. Jangan terlalu bergantung kepada kebolehan tanpa meletakkan tawakal dalam usaha dan kerana apabila gagal, kita rasakan spt manusia yang paling bodoh. Kita lupa tiada apa yang berlaku di dunia ini tanpa izin Allah.

Bahawa Tuhan itu menilai usaha lelahmu, lebih dari hasil yang kau dapat. Boleh jadi, satu hari nanti, kau akan berterima kasih dengan Tuhan, untuk hadiah dari sebuah kegagalan.


hadiah sebuah kegagalan ini membuatkan diri kembali mencari makna menjadi hamba. Dan dengan kegagalan juga buat kau jadi beringat, agar kau hargai setiap detik, ruang dan peluang yang ada


Beranilah untuk menghadapi hari depan. Berserah itu perintah Allah. Berusaha juga perintah Allah.
Dia memang telah menyediakan rezeki untuk kita semua, namun kita semua perlu berusaha untuk mendapatkannya.



Janganlah menangisi sesuatu yang hanya dipinjamkan Tuhan. Belajarlah bersyukur pada apa yang masih ada
Kau akan fahami erti bahagia.


jika Allah menetapkan sesuatu itu milik seseorang, cara apa sekalipun ia akan tetap sampai pada pemiliknya.


jiwa manusia yang paling tenang. Manusia yang meletakkan setinggi-tinggi tawakal pada Allah.


“Kerana aku yakin pada Tuhanku. Jika rezeki ini memang sudah ditetapkan Tuhan untukku maka tiada siapa yang mampu mengambilnya daripada aku.”


Berikan kami cintaMu, ya Allah dan cinta orang-orang yang mencintaiMu. Dan perbuatan yang mendekatkan kami kepada cintaMu


sentiasa mencari mutiara di dalam debu bumi ini. memandang daripada sudut yang positif.


Tak apa
hakikat kehidupan harus diterima
Susah atau senang


Terlihat hujan turun, ingat Allah. Dia yang berkuasa menurunkan.
Terasa terkena hujan, ingat Allah. Dia yang berkuasa memberi rasa.
Basah badan dan pakaian, ingat Allah. Dia yang berkuasa membuatkan basah.
Pabila basah terasa sejuk, ingat Allah. Dia yang berkuasa membuatkan sejuk.
Setelah sejuk datanglah demam, ingat Allah. Dia yang berkuasa membuatkan demam.
Makan ubat hilang pula demam, ingat Allah.
Dia yang berkuasa menyembuhkan, bukannya ubat.


Sebahagian manusia minta dipuji dan bangga dipuji, namun hakikatnya segala pujian itu hanyalah milik Allah.
DIALAH yang berhak dan selayaknya untuk dipuji tatkala setiap hambaNYA hanya memiliki sesuatu yang sementara dariNYA.

Hati manusia adalah terlalu unik, berbolak-balik, liar dan sifatnya. tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati. hati itu milik Tuhan bukan milik tuan. dan hanya Allah sahaja yang mampu menguasai hati manusia.. belajarlah ikhlas dalam setiap amalan yang dikerjakan kerana ia merupakan satu usaha untuk merawat penyakit hati.



Jangan biarkan iman, cinta dan doa terbias oleh peralihan waktu..
Sentiasalah setia dalam meyakini Allah SWT.
Kerana waktu adalah penguji yang paling menakutkan.
Dalam sekelip mata, semuanya boleh berubah..sekejap mata memandang orang boleh menghilang, sekejap hati mengingat rasa boleh pudar.. sekejap hati alpa.. iman boleh menjunam..


Jangan asyik berfikiran negatif dan terlalu merendah diri, namun jangan pula merendah-rendahkan orang lain.
Lakukan yang terbaik untuk diri kita mengikut kemampuan. Jaga baik-baik hubungan kita dengan Allah dan semua ciptaan-Nya.
Kita semua sama, yang membezakan kita adalah taqwa. Sentiasalah merasa syukur dan menyayangi diri kita ini.


Kita perlu bersifat malu untuk berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Apabila seseorang menjaga tutur katanya secara tidak langsung dia menjaga hubungan baiknya dengan orang lain.
Bahkan, dirinya akan dihormati kerana kesantunannnya.
“Yang dibawa dalam ini (hati), akan kekal ke akhir zaman, namun apa yang ada di luar ini (jasad), sampai ajal akan dikebumikan.” – Ustazah Norhafizah Musa.


Semua yang Allah jadikan itu indah dan ada kelebihan tersendiri.


Penat dekat dunia. Dekat akhirat nanti kita rehatlah

Apa pun yang kita buat kalau diniatkan kerana Allah insyaAllah tak rasa penat tak rasa letih. Allah akan hadirkan rasa seronok dalam hati kita. Tapi pastikan apa yang kita buat tu bukan apa yang Allah tak suka. Bila Allah redha apa pun yang datang susah macam mana pun kita diduga kita tak rasa nak marah-marah. Kita boleh lalui dengan tenang je


Sabar untuk beribadah tu cukup payah dan macammana nak didik diri kita?
Sentiasalah bermuhasabah untuk memikirkan bahawa kita akan mati dan memikirkan bahawa untuk hidup diakhirat kita sangat memerlukan pahala amal. Tamsilannya apabila kita melancung dinegara lain kita sangat memerlukan dana. Hakikatnya kita akan ke Syurga dan dana di Syurga itu adalah amal soleh yang kita usahakan. Apakah kita sanggup untuk melancung dengan memiliki dana yang sedikit..



Tazkirah
Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil, maka kita cemburukan gaji dan elaun kawan kita yang bekerja di tempat lain yang dilihat lebih besar. Kita rasa resah melihat orang lain Rezeki itu bukan sahaja di slip gaji. Kekadang kita lupa..
Dapat bos di tempat kerja yang baik pun rezeki...
Dapat kawan tempat kerja yang baik pun rezeki...
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki...
Kerja tak pressure pun rezeki...
Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki...
Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya. Jom fikir luasnya rezeki. Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki...
Alhamdulillah...


Bertaubatlah agar dirimu diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepadaNya.
In Shaa ALLAH


Airmata yang mengalir dari matamu untuk siapa?
Berjayalah jika ianya kerana ALLAH.


Semakin banyak berzikir semakin banyak tabung akhiratmu & semakin tenang hatimu.
In Shaa ALLAH.
#Salam maghrib


Tiada gunanya mengeluh dan bersangka-sangka.


Apabila kita semakin lupa untuk berselawat kepada Nabi SAW, maka semakin tidak beradablah kita.


Jika ALLAH tidak menginginkan kebaikan pada diri kita, maka tiadalah kebaikan yang dapat kita lakukan, maka tiada kebaikan kita.



IRAMA CINTA
Sinar cahaya Nabi berkilauan di Madinah, semerbak haruman mewangi sejak zaman-berzaman
Lihatlah Madinah dan ciumlah bau harumnya, biarkan air matamu mengalir bercucuran
Arahkan anak panah kerinduan tepat kepada sasaran, alunkan irama-irama cinta sebagai hiburan
Perbaharuilah janji cintamu untuk bersama kekasih, Ucapkan selamat tinggal kepada perpisahan
Renungilah setiap tempat singgahan baginda, berulang alik ke hulu hilir, menyeru manusia
Baginda adalah nikmat agung hadiah buat manusia, sebagai penyelamat, walaupun musuh tetap menghina
Karya Syeikh Abdullah Bin Bayyah


DUHAI PERINDU الله
Hilangkanlah kesengsaraan yang membelenggu jiwamu dengan engkau bebaskan kejahatan nafsu Ammarah dalam dirimu, sesungguhnya kerasukan dikuasai oleh Nafsu Ammarah lebih merbahaya dari kerasukan jin atau Syaitan jelmaan.
Sesungguhnya nafsu Ammarah terlebih lagi utk dirawati dan dikeluarkan dari batin mu, jika dia dibiarkan nescaya di akn menguasai pemerintahan kerajaan diri mu,apabila ia menguasai hati maka dengan sendiri kerajaan tubuhmu akan mengikuti segala titahnya.
Maka disitulah ia menjadi gelap dan jauh dari pantulan cahaya محمد yang padanya bergemilang pantulan الله,maka disitulah seluruh kerajaan diri dan kehidupannya menderita.
Perhatikan duhai para perindu الله apabila sebuah kerajaan dunia hari ini ditadbir oleh pemuka-pemuka yang zalim,sudah pasti rakyatnya menderita, begitu juga apabila penguasa Ammarah yang menguasai kerajaan hati yang dibantu oleh syaitan,nescaya akan membawa penderitaan pada kerajaan rakyat diri insan..
Ramai insan yg hidupnya dilihat penuh cabaran dan kesempitan namun mereka adalah orang yang bahagia lantaran jiwanya tiada milki kegelapan ammarah, cahaya syuhudiah terpancar pada jiwanya hingga terpandanglah keberadaan الله pd dirinya dan keberadaan الله pd segala takdir kehidupan,ia telah milik kebahgiaan lantran ditarik الله agar hanya memandang wajahNya dlm apa jua keadaan hingga segala bentuk-bentuk kelakuan makhluk fana dalam pandangannya..
Pencarian insan pada kebahagiaan hakiki tidak akn tercapai selagi ia belum benar-benar bersih drpd dikuasai penguasa Ammarah, maka para Sultan,para menteri2,para Datuk2,para jutawangjutawan,para aiim ulama,para ahli abid,para orang - orang bawahan semua berada dalam penderitaan selagi raja ammarah menguasainya kerana bagaikan dibakar oleh neraka..,baunya yang busuk hingga membawa ketidak tenteraman pada alam.
Lihat para Sultan-sultan yang rajanya adalah ammarah menderita kerana ketidak puasan hati mereka dengan istana yang mereka milki
Lihat pula bagaimana sirakyat yang beraja Mutmainnah,mereka bahgia dengan rumah kecil yang dimiliki.
Lihat orang politik yang dikusai ammarah menderita kebimbangan hilang pengaruh
Lihat pula para alim ulama yg beraja ammarah menderita apabila ada yang lebih alim dan hebat pengaruh darinya, sedangkan sang alim mutmainnah bahagia melihat orang yang alim lebih drpdnya dan tersebar kebaikannya
Lihatlah para jutawan ammarah yg menderita takut kehilangan harta yang dimilki sedangkan sang jutawan mutmainnah bahagia dengan qanaah dan syukur apa yang ada.
Maka berdampinglah duhai para perindu الله dgn pemilik kebahgiaan yang benar dan hakiki,nama-nama mereka sudah tertulis dipintu-pintu syurga sebagai ahlinya, bukan berdamping dengan para pemilik kebahgiaan yang palsu,mereka tak lebih seperti fatamorgana sahaja dilihat adanya kebahgiaan hakiki padahal hakikatnya mereka tidak miliki.
Walid al-Malik


Kawalan kemarahan memerlukan latihan keras mental dan spiritual. Kemarahan kerap yang tidak bertempat bakal menyusahkan diri sendiri, malah merosak kesihatan & menyempitkan dunia seseorang.
Akibat kemarahan boleh mendorong pembunuhan, kecederaan berat di dalam rumahtangga, tempat kerja & di atas jalanraya khususnya. Juga sangat berpotensi memutus persaudaraan, mencetus pergaduhan, permusuhan dan akhirnya penyesalan,
#DrZaharuddinAbdRahman


Hari JUMAAT, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab.
Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat.
Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)
Berdoalah dengan adab-adab menurut sunnah seperti berikut :-
1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan boleh menyapu muka di akhir doa.( sapu wajah selepas doa ada khilaf ulama kerana hadisnya diperdebat kerana dikategorikan sbg dhoif, namun Al-Hafidz Ibn Hajar dalam kitab Bulughul Maram berijtihad bahawa hadis-hadisnya saling mengukuh maka boleh diamalkan, bagi yang nak tinggalkan juga boleh. Namun ulama mazhab as-Syafie seperti Izzudin Abd Salam menolak amalan sapu muka lepas doa, demikian nukilan Al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj,1/370)
2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang)
3. Hadir hati, Khusyu' dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
4. Datangkan rasa 'confirm' doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.
6. Membuka doa dengan 'Majami' al-Hamd' (induk dan penghulu lafaz pujian kepada Allah swt - tahukah kalian bacaannya? selawat ke atas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemikian.
7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
8. Memahami doa yang dipinta.
SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib.
#DrZaharuddinAbdRahman


Monday dan Sunday Blues ? Keluarkan diri dari monday blues. Kerja itu adalah untuk DIRI KITA sendiri, bermanfaat sewaktu di dunia dan bekalan untuk akhirat. Turut memberi kebaikan kepada MINDA, TUBUH, dan RUH kita.
Justeru, JANGAN lagi bosan, malas ataupun moody pada hari pertama selepas cuti hujung minggu, sama ada Ahad atau Isnin..dan ketahuilah nanti akan ada lagi cuti mendatang...
#DrZaharuddinAbdRahman


Sebahagian orang merasa amat mudah mencari wang, sebahagian lagi sekadar mudah, yang lain sukar manakala sebahagian yang lain amat sukar dan derita. Ya Allah dikaulah yang melebihkan sebahagiannya atas yang lain.
Terlebih wang adalah ujian, sekadar cukup juga ujian, terlalu kurang juga ujian. Dunia tempat ujian bukan ganjaran. Firman Allah
( والله فضل بعضكم على بعض في الرزق)
Ertinya: Allah yang melebihkan kepada kamu atas yang lain dalam pemberian rezeki. ( An-Nahl: 71)
#DrZaharuddinAbdRahman


Hasil godaan syaitan, manusia tidak terlepas dari dosa, namun selepas itu, kita perlu pastikan Syaitan bersedih dengan kegelinciran dosa kita tadi. Iaitu dengan menjadikan dosa lalu sebagai punca keinsafan lalu bermotivasi dengan mengganda amal & merendah diri.
Sesungguhnya, menyedari diri berdosa mampu mengelak diri dari penyakit hati riya’, ‘ujub, sum’ah, takbur dan sifat munafiq. Wahai diri, usahalah agar syaitan berdukacita. Nescaya iman kita bergembira.
#DrZaharuddinAbdRahman


Untuk jadi yang terbaik cukup hanya dengan memberi kebaikan yang terbaik.
Dan kebaikan yang terbaik itu bila ada ikhlas dan itqan.



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu
(Pahrol Mohamad Juoi)



Apabila hati mu semakin keras dan diri mu semakin malas dalam melaksanakan ketaatan, itu akibat daripada panjang angan-angan mu terhadap hal-hal dunia dan harapan mu yang tinggi terhadap keredhaan manusia.


Adakalanya yang tinggal di hati hanya cita-cita dan harapan.
Justeru dalam pertarungan melawan nafsu dan syaitan, sentiasa berakhir dengan kekalahan.
Tapi, lebih baik kalah dalam bermujahadah daripada putus asa dan menyerah!


Ya Allah pilihlah kami dapat Solat Tahajud, BacaAlQuran, Solat Subuh berjemaah. YaAllah bahagiakanlah kami dengan RahmatMu-ebitlew


Ya Allah buat sahabatku
sakit sembuhkanlah, sedih bahagiakan,
nak jodoh temukanlah, yang ingin zuriat berilah-ebitlew

Ya Allah bahagiakanlah hati ahli keluarga kami,berkatkan dan luaskan rezeki kami, kuatkan iman dan perbaiki akhlak kami-ebitlew

Sahabatku,jika tak nampak saya dalam syurga carilah saya.Saya dengar seorang masuk syurga krn ingatan sahabatnya yg baik-ebitlew








Sebak dengan perkongsian Datuk Rosyam Nor hari ini. Katanya, dekat setengah abad tak pandai baca Al-Quran. Bila majlis baca yasin buat-buat baca. 3 ayat pertama jer tahu..satu hari bila ayah saya meninggal. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak baca Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayang ayah dan mak saya. Kami orang susah dulu tinggal dekat estet ladang..orang susah dan tak pandai..
Saya mula belajar iqra. Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 saya khatam masa 10 hari akhir Ramadhan..ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun khatam Al-Quran..
Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh. Beliau menangis cerita mak sempat pergi haji. Boleh mengaji. Keluarga semuanya berhijrah..
Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya beliau pesan. Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik. Kasih sayangnya memimpin isterinya semua..
Subhanallah..katanya rahsia semua ini doa ibu ayah. Saya dah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya..
Saya hadiahkkannya buku isteriku Bidadari. Kata beliau, ustaz saya dah baca buku ini..saya dah ada buku ini lama dah..banyak saya dah amalkan....saya selalu tengok video ustaz dakwah punk. Dakwah depan club orang mabuk. Saya tersentuh ustaz puji dan hargai mereka...saya tak mampu katanya..saya kata kalau TaiLong turun satu kl turun dengar ceramah..
Subhanallah..Rosyam Nor real lah..memang baik sangat.subhanallah..
Sebak malam ini dengan perkongsian Imam Muda Asyraf dan Datuk Rosyam Nor-ebitlew



Ya Allah,saya maafkan semua orang dalam dunia.Ya Allah buatlah semua orang dalam dunia memaafkan saya. Maafkan saya yer-ebitlew


Sahabatku,Allah merahmati dan mencintai suami/isteri yang kejut pasangannya bangun Tahajud. Ucapkan 'i luv u till jannah'-ebitlew


Sedih kena marah lagi...ada rahmat nanti nak datang..
Semalam saya pergi presentation di sebuah syarikat orang Islam. Mereka ingin membuat program motivasi 3hari 2malam. Setiap tahun mereka buat. Ramai yang datang membuat pembentangan..
95 peratus syarikatnya pekerja Islam. Saya letakkan dalam jadual solat berjemaah dan setiap pagi kena bangun 5 pagi ada qiamulail.
Dia marah saya. Katanya ini kursus solat. Kami nak kursus komunikasi dan kepimpinan. Keluarkan dari jadual semua ini solat. Solat ini masing-masing. Panjang lebar dia bebel saya..dia kata mesti dalam jadual awak asyik celah ceramah Islam dan pasal Nabi Muhammad..tak tercapailah tujuan program. Diaorang gelakkan saya..lepas tu boss besar muka makin marah..
Saya jawab padanya. Allah sayang tuan puan boss semua. Dari malam tadi saya doa ya Allah jadikanlah hari esok ini baik buat saya. Allah ketemukan kita..saya yakin ada rahmat buat kita semua..Tuan puan boss semua, saya buat program teambuilding, kursus macam ni semenjak 2008 sampai sekarang. Dah ribu orang bukan Islam saya ceramah. Biasanya mereka ok jer. Tapi yang kurang yakin dengan Islam ialah orang Islam sendiri..saya cina tapi saya yakin dengan Islam ini. Ramai keluarga yang saya sayang tak Islam tapi saya hormat mereka. Mereka hormat saya. Mereka siapkan tempat solat dan makanan halal buat saya.
Memang inilah kerja saya buat training..
Saya boleh keluarkan jadual solat itu. Cuma solat itu takkan berpisah dari percakapan,hidup dan amalan saya. Tepi jalan pun saya ajak orang solat. Mana-mana saya pergi saya ajak orang solat. Kerana saya yakin orang jaga solat Allah akan jaga dia..sempurna solat sempurnalah kehidupan kita..
Jawab salah seorang boss tu, encik ebit sebab tu kami malas buat dengan orang melayu Islam. Setiap tahun kami buat dengan orang luar negara atau bukan Islam..
Sebenarnya bukan salah orang melayu ke. Salah Islam ke. Ini semua salah hati tuan sendiri yang tak yakin dengan amalan Islam. Tadi tuan cerita masalah di syarikat ini tak selesai-selesai dari dulu. Macam-macam berlaku tidak amanah. Walau setiap tahun buat program motivasi dari luar negara. Apa kata kita cuba buat program ini. Kita isi dalaman dengan merasai Allah maha melihat. Maha mendengar. Maha mengetahui. Sunnah dalam pekerjaan dan sunnah dalam keluarga. Sebab kita bukan robot. Kita masing-masing ada keluarga. Dengan solat dan kasih sayang keluarga bahagia. InsyaAllah tempat kerja bahagia..
Seorang boss mencelah. Terus terang saya tak percaya semua ini. Tapi saya berjaya dalam kerja saya. Saya tepati masa, kerja saya bagus. Saya capai cita-cita saya tanpa semua itu..
Saya pandangnya dan kata. Dulu keluarga saya pun begitu juga kaya dan hebat. Tapi hari paling bahagia dalam hidup kami semua. Bila keluarga kami menuju pada Allah. Jaga solat..
Dia senyap dan katanya saya pun memang ada masalah keluarga. Macam-macam jadi. Dia diam terus..
Takperlah saya dah serah proposal tadi. Saya terus terang saya terlalu gembira jumpa semua. Dan terlalu gembira jumpa ramai orang dekat sini di luar tadi. Saya datang bukan sebab nak program. Tapi saya cuma niat silaturrahim dan dakwah..
Begitulah keadaan banyak organisasi di Malaysia. Ramai orang Islam ketuanya. Tapi memang takut dengan agama sendiri. Organisasi besar-besar negara yang pemegang saham orang Islam pun semua import orang putih jadi ceo. Tahniah semua. Berjuta baik orang Islam yang buruknya kita nampak. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada daging. Carilah kebaikan dalam diri semua orang. Dahsyatnya memandang bangsa atau agama sendiri begitu. Dulu mak ayah kita orang kampung, kita jadi orang hebat. Berhentilah pandang rendah pada bangsa atau agama sendiri. Kita anak hebat-hebat juga tapi bersalam pun tak pandai. Adab dengan orang pun tak pandai. Malam masuk club dan tak solat..Kita semua sama yang bezakan cuma takwa.
Mereka memang tak risau pekerja tak solat. Mereka belum melihat keajaiban solat. Mereka faham kerja jadi baik cuma hantar mereka melompat-lompat dan berseronok. Tak salah. Tapi salah kalau bila hati dah tak yakin dengan Al-Quran dan amalan Islam..
Mereka semua baik-baik. Dunia hari ini dan keadaan tulisan di media sosial atau kefahaman umat Islam menunjukkan betapa lemahnya saya buat dakwah. Semuanya salah saya. Ya Allah aku mengadu lemah dan dhaif ya dalam dakwah ini. Ampunkan semua dosa-dosaku-ebit lew


Punca utama keluarga tak bahagia bila ketua keluarga tak jaga solat. Bagaimana boleh bahagia tanpa solat-ebitlew


Hari tangisan. Hari air mata. Paling menangis bila tengok muka anak yang kecil sekali suasana iman pakai tudung. Seorang ayah Islam bawa 3 anak masuk Islam. Kini mahkamah batalkan Islam mereka..yang saya fikir dan risau sangat yang bongsu. Semoga Allah selamatkan imannya...anak macam kain putih ibubapa yang mencorakkannya..
Ya Allah apakah musibah yang telah menimpa kita semua orang Malaysia. Ya Allah ini semua salah diriku. Lepas tahu saya dah tak boleh tidur. Hilang rasa nak tidur. Saya doakan anak yang kecil itu diselamatkan imannya. Jika kita tahu nilai iman.
Ini semua salah saya. Kita semua pasti akan ditanya Allah. Ketua negara kena tanya oleh Allah. Hakim kena tanya oleh Allah. Setiap orang Islam akan ditanya Allah. Ya Ahkamul Hakimin..kami serahkan segalanya kepadaMu... Ya Allah ampunkanlah diriku. Kami semua bertaubat padaMu-ebitlew


Sahabatku,ada hadiah teramat istimewa yang Allah berikan buat mereka yang dirikan Tahajud walau 2 rakaat-ebitlew

Sahabatku,Jagalah Solat Tahajud dan Solat Subuh berjemaah,lihatlah bagaimana keberkatan dan kebahagiaan beratur menemuimu-ebitlew


Sukar untuk mencapai kejayaan tanpa displin (istiqomah) yang tinggi.Kejayaan tidak akan hadir dengan bergolek tanpa usaha dan pengorbanan

No comments: