Indahkan hati, tenangkan jiwa dalam rahmat kasih sayangNya ALLAH..*_๐๐น
_*"Ya Allah,*_
_*Jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku,*_
_*Berilah aku keyakinan bahawa takdirmu adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. ..*_
_*Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirMU..*_
_*kerana aku yakin dan percaya perancangan Mu yang terbaik dan terindah untuk diriku."*_`
_*Aamiin Ya Rabbal aalamiin*_
Kita jangan hanya lihat org yg bahagia berbanding kita
Lihat juga org yg derita berbanding kita
Agar kita tahu erti syukur
Serumit manapun masalah.. Itulah kehidupan.. Sabar dan tabahlah menghadapinya
Beristighfar
Sebaik sahaja sedar kita ditimpa ujian, beristighfarlah dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya dengan beristighfar dapat menenangkan sedikit hati yang sedang lara.
Tidak dinafikan, berat sekali mulut kita untuk beristighfar ketika ditimpa ujian, malah mulut kita lebih ringan untuk mengungkap kata-kata kesat bagi melepaskan tekanan yang dihadapi.
Cubalah yang terbaik untuk beristighfar. Andai kata terlalu sukar, mulakanlah dengan menyebut nama Allah setiap kali kita ditimpa masalah.
Biasakan diri berbuat begitu sehinggalah diri kita sudah terbiasa. Yakinlah bahawa setiap masalah yang kita hadapi itu ada penyelesaiannya.
Allah inginkan kita untuk berusaha demi menyelesaikan permasalahan tersebut. Setiap usaha yang kita jalankan juga telah dijanjikan pahala oleh Allah.
Renungan hari ini
Hati yang dekat dengan Allah tidak mudah terguris dan terluka dengan kata kata dan perangai manusia.
Jika hati kita mudah terluka dengan kata kata dan sikap manusia ini menunjukkan hati kita masih jauh dengan Allah.
Tanda Allah Cintakan Seseorang, Hajat Orang Lain Ditunaikan Melalui Dirinya.
Dua perkara yang menyedihkan:
1: Seorang lelaki yang tidak pernah masuk masjid kecuali jenazahnya.
2: Seorang wanita yang tidak pernah menutupi auratnya kecuali ketika dikafani.
Demi ALLAH..
Bangkitlah!
Jalankan tanggungjawabmu sebagai khalifah ALLAH.
Usahakan setiap hari melakukan satu kebaikan.
In Shaa ALLAH.
Ya ALLAH...
Teguhkanlah hatiku pada agamaMu.
Aamiin.
Bertaubatlah agar dirimu diberi taufiq untuk melakukan ketaatan kepadaNya.
In Shaa ALLAH
Airmata yang mengalir dari matamu untuk siapa?
Berjayalah jika ianya kerana ALLAH.
Semakin banyak berzikir semakin banyak tabung akhiratmu & semakin tenang hatimu.
In Shaa ALLAH.
#Salam maghrib
Tiada gunanya mengeluh dan bersangka-sangka.
*" Apabila anda melihat , pintu-pintu bumi telah tertutup rapat di hadapan anda ,*
ini bermakna , anda harus faham bahawa , sesungguh nya ALLAH , telah Menutup bagi anda pintu bumi dan DIA bersedia Membuka untuk anda pintu langit , agar anda berpaut kepada NYA , dan merujuk kepangkuan NYA serta , bertawakkal kepada NYA . Sesungguh nya DIA Mahu mendengar suara rintihan anda ! .
*Di sisi do'a dan rintihan anda itu :*
*Menjadikan kedhaifan anda itu , satu kekuatan .*
*Kebingungan anda itu , ada petunjuk .*
*Daripada kefakiran anda , menjadi kaya .*
*Dan , daripada ketakutan anda kembali menjadi aman dan tenteram ".*
( DR. RATIB AN-NABULSI ุญูุธู ุงููู )
Pemikir dan Pendakwah .
Apabila kita semakin lupa untuk berselawat kepada Nabi SAW, maka semakin tidak beradablah kita.
Jika ALLAH tidak menginginkan kebaikan pada diri kita, maka tiadalah kebaikan yang dapat kita lakukan, maka tiada kebaikan kita.
Mendapat harta, kuasa dan pangkat tidak membuktikan Allah sayang.
Justeru, harta, kuasa dan pangkat juga Allah berikan kepada orang yang Allah benci.
Sayidina Abdul Rahman bin Auf RA diberi harta, tetapi harta juga diberi kepada Qarun yang Allah benci.
Nabi Sulaiman AS diberi kuasa, namun Firaun dan Namrud
laknatullah juga dikurniakan kuasa.
Tanda Allah sayang seorang ialah apabila dia diberi hati yang ikhlas. Itulah kurniaan Allah yang hakiki dan sejati.
Setiap kepedihan adalah utusan. Hanya hati yang remuk redam mampu memahaminya.
Allah s.w.t. menyatakan dalam sebuah hadis qudsi: "Aku bersama orang-orang yang hatinya hancur."
Mari ku bisikkan kepada mu kawan, "masalah di situ bukan kerana tidak gigih, bukan juga kerana tidak bijak, tetapi kerana tidak jujur...tidak telus."
Betulkan hati, insya-Allah sayap mu akan terbang kembali!
Bila orang kumpulan kita ditimpa musibah kita kata itu mehnah dan peningkatan derjat. Tapi bila orang kumpulan lain ditimpa musibah kita kata itu bala dan penghinaan.
Ya Allah, berikanlah kami hidayah dan taufik untuk membezakan antara apa yang Kau kata dengan apa yang manusia kata tentang apa yang Kau kata. Amin.
Wallahua'lam.
I can't stand this...
Sdra dan sdriku, tak sanggup untuk berdiri di hadapan Allah dan menyaksikan segala amalan sendiri punah menjadi debu. Sedang diri tak berdaya melakukan apa-apa, air mata dan doa tidak bermakna lagi di waktu itu. Maafkan sesama kita dan maafkan diri ini banyak kesilapan dan kesakitan dari kekurangan diri ini yang mungkin melukakan hati kalian semua. Sungguh! Saya tidak tahu antara kita siapa yang pergi dulu dan sungguh saya juga tidak tahu antara kalian siapa yang istimewa di sisi Allah.
Maafkan saya.
Masya-Allah, Ajaib malam dan tidur yang diaturkan Allah s.w.t.
Sebelum tidur,
emosimu penat..
Jasadmu lelah..
Emosi mu jatuh..
Namun keesokan paginya, kamu dibangunkan dengan kesegaran jasad dan kepulihan emosi.
Lihat, Allah tidak pernah berkira dalam memberi bahagia.
Apa itu ikhlas??
Ikhlas itu ketika menyembunyikan amal soleh,, sebagaimana menutup rapat keburukan..
Ikhlas itu ketika meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH,, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman..
Ikhlas itu ketika dapat menolong sesama,, namun tidak mengharap balasan..
Ikhlas itu ketika mampu berbagi rezeki,, meskipun dalam keadaan terhimpit..
Ikhlas itu ketika rela mengalah dan merendahkan ego peribadi,, agar tidak terjadi pertelingkahan..
Ikhlas itu ketika tersenyum melihat orang lain bahagia,, walaupun kita sedang berduka..
Ikhlas itu ketika harus melepaskan sesuatu demi kebaikkan bersama,, sekalipun kita yang terluka..
Ikhlas itu ketika dihujani kata kata yang menyakitkan,, tapi malah membanjirinya dengan doa kebaikan..
Ikhlas itu ketika mampu memaafkan,, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian..
Ikhlas itu ketika membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..
Ikhlas itu ketika menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH,, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..
Ye... Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.. Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya,, tidak terlihat,, tidak tergambarkan,, tidak terdengar,, tidak terdefinisi,, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..
Semoga ALLAH memberi kita banyak kemudahan untuk menguasai salah satu ilmu tersulit dalam kehidupan,, iaitu KEIKHLASAN
Wallahu a'lam
Di sebalik tabir ada senyuman,
diukir untuk suami beriman,
yang menemani kehidupan
Di sebalik tabir ada tangisan,
airmata dititiskan demi cinta tuhan,
disebalik tabir ada amalan,
yang bertunjangkan keimanan,
mewarnai wajah kehidupan,
menuju kebahagiaan
wanita solehah akhir zaman,
selawat menjadi dendangan,
Al-Quran menjadi hiburan
membantu perjuangan
disebalik tabir kini bersinar,
cahaya indah tidakkan pudar,
yang menyinari kehidupan..
Di sebalik tabir dahulunya terpancar,
garis kelukaan ,
datanglah sunnah dan al-Quran memberi ketenangan..
Wanita solehah akhir zaman,
dunia bukannya idaman,
cintanya hanya pada Ar-Rahman,
menuju ketaqwaan..
"Orang yang memiliki hati yang sihat adalah mereka yang senang hati melihat kebaikan orang lain seperti kita melihat bunga ditaman bunga. Sebaliknya orang yang hatinya sakit tidak senang melihat kebaikan orang lain".
Jika kita boleh ikut waktu makan untuk jaga kesihatan badan, begitu juga kita kena ikut waktu solat untuk jaga kesihatan iman.
Tanda seseorang tu dapat keberkatan masa ialah bila dia mampu untuk solat berjemaah tepat pada waktunya.
Tak menangguh-nangguh dalam urusan, mampu menyelesaikan tugasan yang banyak tepat pada masa dan masih lagi ada masa kosong yang boleh dimanfaatkan.
Manakala seseorang yang tak memperolehi keberkatan masa ialah bila dia suka menangguh-nagguhkan solatnya.
Dia suka menangguh-nangguhkan kerja untuk perkara yang tak berfaedah lalu dia mengeluh tak cukup masa nak siapkan sekian banyak tugasan yang ada sehinggalah waktu solat tidak lagi jadi keutamaan setiap kali tiba waktu solat.
R E N U N G A N
Teruslah
Berbuat baik…
Berkata baik…
WALAU tak banyak orang yang Mengenali kebaikan kita, tapi KEBAIKAN yang kita lakukan adalah KEBAHAGIAAN dimana perbuatan BAIK kita akan terus dikenang oleh mereka yg kelak kita tinggalkan....
Jadilah seperti AKAR yang TIDAK TERLIHAT, tapi tetap MENYOKONG KEHIDUPAN...
Jadilah seperti JANTUNG yang TIDAK TERLIHAT, tapi terus BERDENYUT setiap saat TANPA HENTI;
Hingga membuat kita TERUS HIDUP, sampai BATAS WAKTUNYA untuk BERHENTI..
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...
KITA menilai DIRI SENDIRI berdasarkan apa yang kita MAMPU buat, ORANG lain menilai berdasarkan apa yang TELAH kita buat.
Namun, ALLAH menilai berdasarkan KEIKHLASAN dan ISTIQAMAH kita pada amalan walaupun hanya sekelumit.
Tanda anda kuat jiwa:
1. Mampu senyum dikala kedukaan dan kesedihan.
2. Mampu memaafkan dikala disakiti.
3. Mampu menerima teguran dikala hati terluka.
4. Mampu mengalah dikala ketegangan.
5. Mampu memberi dikala tiada.
6. Mampu solat dikala sakit.
Manusia mana yang tak pernah buat silap, dari kesilapan tu lah kita boleh belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik.
"Ramai orang yang sibuk memikirkan hidup yang senang tapi lupa memikirkan cara mati yang senang (Husnul Khatimah)"
" Simpan cinta Allah dalam hati dan genggam cinta manusia di tanganmu "
"Agar nanti kalau kau terluka, lukanya hanya di jari, tapi bukan di hati"
"Cinta yang hakiki adalah cinta Allah"
"Ramai yang menjaga muka kerana ia tempat pandangan manusia tetapi sikit yang menjaga hati sedangkan ianya tempat pandangan Allah"
" Janganlah jadi seperti mata lalat yg selalu melihat keburukan org lain tetapi jadilah seperti mata lebah ๐ yg selalu melihat kecantikan ๐ป & kebaikan org lain "
๐ทmotivasi pagi ๐ท
Ada orang bangun pagi, dia terus mandi2 ready nak solat Subuh.
Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Update dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.
Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
Ada orang subuh memang tak bangun.
Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.
Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.
Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.
Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi
Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.
Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar je, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.
Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member.
Ada orang, hari dah siang baru celik melihat alam.
Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.
Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ketengah malam. Bahkan sampai kepagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.
Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.
Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..
Bila ajal menjemput secara mengejut...
Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang yg akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang yg akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.
Dan ada orang yg mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.
Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad endingkah, atau happy ending?
Ternyata, semuanya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.
Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.
Ingat, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up! Kita dah habiskan semua waktu yg Allah peruntukkan untuk kita ke syurga.
Dari itu tuan2, MANFAATKAN LAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..
Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat..amin..
Wallahua'lam..muhasabah diri
Bila ada iman dan taqwa, Allah akan aturkan rezeki, keselamatan untuk kita. Jangan risaulah..” pesan berguna dan gelak tawa yang pasti akan dirindui. Semoga Allah tempatkan Allahyarham Haji Azmil Mustapha bersama para Anbiya Syuhada dan Solehin di Syurga
Setiap ganjaran yang besar, ada ujian yang besar. Hatta tercucuk duri pun boleh gugurkan dosa, apalagi ujian-ujian yang lebih besar..
Sahabatku,semoga semuanya bahagia dan sedang diluaskan rezeki oleh Allah dengan melimpah ruah dalam rahmatNya-ebitlew
Sahabatku,Allah tahan rezeki atau doa kita supaya kita hargai dulu apa yang kita ada. Melihatlah dengan hati-ebitlew
Ya Allah pilihlah kami solat Tahajud, Solat Subuh berjemaah dan jadikan esok ialah hari segala doa kami dikabulkan-ebitlew
Ya Allah jadikan ucapan dan akhlak kami asbab hidayah,hancurnya kebathilan dan luaskan rezeki kami-ebitlew
Sahabatku,di hari jumaat sangat makbul doa. Semoga hari ini saat makbulnya segala doa dan cita-cita sahabat semua-ebitlew
Sahabatku,setiap kali jumpa suami/isteri/anak berilah pelukan,ciuman,lafazkan sayang,doakan mereka. Lihatlah rezekiMu tiba-ebitlew
Tengah rindu mak...nak berlari dalam syurga terus peluk mak. Dukung mak. Cium mak dekat dahi. Cium tangan. Cium kaki mak. Nak dakap rapat-rapat..ya Allah tuhanku..
Sebaik turun kenderaan. Anak-anak semua lari ke kubur dan terus berlari pegang dan bersandar di kubur mak saya. Assalamualaikum nenek. Kami semua rindu nenek. Nenek tunggu kami semua yer. Nanti nak cium nenek dalam syurga. Mereka cakap macam mak saya masih ada lagi. Saya sebak. Nenek apa khabar di sana? Rindu nenek..seorang anak kata, kakak pakai tudung, sebab ayah kata kalau nak jumpa nenek semula kena pakai tudung. Supaya Allah sayang.
Anak-anak semua sandar di kubur dan pegang batu-batu kecil di kubur. Ayah nanti nak jumpa nenek lagi yer? Boleh wahai anakku. Jaga solat. Jaga agama. InsyaAllah. Dulu nenek suka nasihat keluarga dan saudara mara. Katanya jagalah solat. Bila solat,Allah sayang kita. Jadi hamba Allah yang bersyukur. InsyaAllah ayah. Nanti kami jaga solat. Nak jumpa nenek.
Mak, ebit datang lagi mak. Assalamualaikum mak. InsyaAllah tak lama, ebit dan kami semua akan menuruti jalan yang sama mak lalui. Kita akan dikumpulkan kembali bersama.
Mak, dulu masa hidup Allah jadikan, maklah penawar dan segalanya buat ebit. Nikmat Allah paling besar. Hari ini kubur mak jadi penawar segalanya. Disinilah ubat bagi hati ini. Walau apa pun musibah atau sedih berada di sisi kubur mak buat semuanya lapang. Itulah ciptaan Allah paling indah seorang ibu. Sepanjang hidup tak berehat membahagiakan anak-anak dengan kehendak Allah. Saat baring di dalam kubur juga menjadi ubat bagi anak-anak. Ya Allah. Terima kaseh ya Allah tuhan kami kerana pinjamkan kami ibu ini di dunia. Dan ibu kami selamanya dalam syurga kerajaanMu yang kekal selamanya. Saidina Usman ra selalu menangis di kubur melebihi di tempat lain. Bila ditanya inilah tempat pertama, jika selamat, selamatlah di tempat lain. Jika disini kita gagal, gagal lah di tempat lain.
Buat sesiapa yang bersedih ada masalah keluarga. Banyaklah ziarah kubur orang tua kita. Jika ada masalah berniaga. Masalah hidup. Terasa begitu sempit dunia ini. Ia membuat hati menjadi lembut. Air mata deras. Hilang segala sombong. Hilang permusuhan, hilang sedih, hilang masalah. Kerana masalah sebenarnya ialah di dalam kubur. Jika tidak bawa iman dan amal yang betul. Ingat mati adalah penawar paling mujarab bagi segalanya. Penasihat yang diam tak bersuara tetapi kesannya ke dalam hati paling dalam. Dekat dengan kubur buat kita dekat dengan akhirat.
Selepas itu saya ziarah kubur abang yang meninggal masa umur 10 tahun. Saya kata ditepi kuburnya, ya Allah terima kaseh ambil abang saya supaya menunggu mak ayah saya di sana. Menanti dengan janji syurga buat orang tuanya yang bersabar. Ya Allah kami beriman dengan janjiMu dan kasih sayangMu yang maha luas-ebit lew
No comments:
Post a Comment