Jangan simpan banyak wang. Belanjakan ke jalan akhirat. Itulah simpanan yg betul. Allah SWT memberi melalui sifat al Rahman Dia semua kenikmatan, kemewahan, kesenangan dan semua yg dinikmati oleh semua makhlok di dunia ini termasuk org kafir baru 1% nilaian sahaja dan 99% lagi diberi di akhirat melalui sifat al Rahim cuma kepada ahli Syurga.
*Cara Sunnah minum air adalah :*
1. Minumlah dengan
tangan kanan.
2. Minum air dengan
duduk.
3. Mulailah minum air
dengan mengucapkan
Bismillah.
4. Lihat air sebelum
minum.
5. Minumlah air dalam 3
teguk.
6. Setelah selesai setiap
tegukan, katakanlah
Alhamdulillah
7. Setelah 3 teguk air
minum, katakan
akhirnya Alhamdulillahi
Wasshukru lillaah.
MANFAAT SUNNAH AIR MINUM dengan duduk dgn 3 teguk2:
1. Ginjal tidak pernah
gagal.
2. Lutut selalu berfungsi.
3. Tulang punggung
selalu kuat.
4. Katup Jantung tidak
pernah berhenti.
5. Fikiran selalu aktif.
Subhanallah, bahagikan manfaat ini kpd semua orang.
*Tiap2 sunnah pasti ada kebaikan yg tersirat..*
Tersentap tapi bermakna.
● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.
Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
● Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik...
● Hanya kau dan amal mu.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
● Jika anda ingat mati.. anda org yg bijaksana.
Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yg Sebenar.
● Buat baik dgn org tak semestinya org akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat.
● Hormat org tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yg mulia.
● Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya org akan balas dgn baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orgnya, tetapi keranaNYA.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita org baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yg baik._
-🕌SHARE pada Keluarga, teman & saudara mara, semoga bermanfaat.
Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.
Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A'dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.
Pertama : Rahsiakan Umurmu. Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.
Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.
Ketiga : Rahsiakan tentang HARTA kita. Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.
Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.
لكل نعمة حسود
Tetapi umat mutaakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.
Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama startegi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala.
Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan hilang berkat dan kebaikannya.
Semoga kita semua diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.
Isteri Yang Solehah
"Sweet yang sebenar itu, bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana-sini. Akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu juga. Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri isteri yang solehah."
"Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya.
"Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau pon Masyaikhnya. Akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah, berkhidmat kepada suaminya, itulah khidmat yg paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri."
Daripada
Syeikh Nazrul Nasir Al-Azhari.
SEMPURNAKAN SOLAT DIRIMU
“Kalau solat seseorang itu bermasalah, maka terjejaslah amalan dirinya yang lain. Mungkin khusyu’nya kurang, adabnya kurang..
Lalu Allah akan berfirman dan mengarahkan malaikat untuk melihat sama ada dia mendirikan solat sunat Qabliyah & Ba’diyah atau tidak. Jika ya, ia akan menyempurnakan solat fardhu tersebut.
Maka janganlah tinggalkan solat-solat sunat tersebut.”
• Suntingan daripada penyampaian Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid di #darulmurtadza | 18 January 2019.
“Manusia itu ada 4 kategori iaitu orang yang alim lagi berilmu, orang yang berilmu tetapi tidak menyebarkannya, orang yang jahil & mengetahui dirinya jahil dan orang yang tidak tahu tetapi tidak mengetahui dirinya tidak tahu.” - [Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid]
#jumaat | 08/02/19 | 9:30pm | Masjid Muadz Jabal Setiawangsa KL
No comments:
Post a Comment