Biar mulut rancak bermadah
Namun jiwa dan hati sentiasa zikir kalimah Allah
Biar rumah kita kecil sederhana
Namun didalamnya penuh kasih sayang dan cinta
Biar lincah setiap gerak geri
Namun tingkah tetap berbudi pekerti
Biar tampak peramah dan mesra
Namun ikut batasannya
Biar nampak diri bersahaja
Namun diam-diam banyak menderma
Biar nampak diri aktif bersosial
Namun dalam hati penuh keimanan
Kita manusia tiada yang sempurna
Bila kita berbudi biarlah hanya Allah yang Mengetahui
Syurga neraka
Dosa pahala
Itu bukan urusan kita
Janganlah sesekali kita menghakimi kerana kadangkala apa yang terlihat
berbeza dengan apa yang tersirat.
Tawadduk & Sangka Baik
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini...
Diperbanyakkan rezeki
Diberi kesihatan yang baik
Sihat dan ceria selalu
Apa yang mengganggu mu ketika Solat, itulah yang akan
mengganggu mu ketika Sakarat.
Jika masalah yang sama berulang datang, sedarlah, itu kerana dosa yang sama kita lakukan berulang-ulang.
Jika perkahwinan itu umpama sebuah kebun; untuk memiliki sebuah kebun adalah lebih mudah berbanding menjaganya.
Justeru, untuk memiliki rasa cinta sebelum berkahwin adalah lebih mudah berbanding menjaga perasaan cinta itu selepas berkahwin.
Apa yang penting, jagalah perasaan sendiri agar selalu ceria dan positif. Insya-Allah, itu akan memudahkan kita menjaga perasaan pasangan kita.
Orang yang gembira selalunya akan dapat menggembirakan orang lain. Buanglah rasa benci, marah, kecewa, sayu dan putus asa di dalam hati.
Namun, jika rasa-rasa negatif itu timbul jua, bermujahadahlah untuk memeranginya. Jangan sekali-kali dibiarkan menetap lama di hati kita. Ia umpama serangga perosak yang boleh memusnahkan kebun cinta kita.
Perasaan marah, kecewa, sedih dan lain-lain boleh “dineutralkan” dengan banyak beristighfar, bersedekah, berselawat dan memperbanyakkan solat sunat.
Ada masanya ujian datang hanya untuk membolehkan hati kita berbisik, "Allah kan ada..."
BILA YANG DILIHAT, DIRASA, DIBUAT, DIDENGAR... SEMUA TAK KENA, ITU BUKAN SALAH MATA, TANGAN, KAKI ATAU TELINGA,
TAPI SALAH HATI.
SUBUH LEWAT & TAHAJJUD
Subuh masuk lewat ketika ini (iaitu jam 6:03 ketika status ini ditulis - waktu Putrajaya), nescaya jika kita terbangun dari tidur pada jam 5:50 pagi hatta jam 6 am sekalipun, kita masih berpeluang mendirikan solat tahajjud dua rakaat dan ditutup dengan 3 atau 1 rakaat solat witir (kecuali jika telah witir sebelum tidur - tidak perlu witir lagi kerana Nabi sebut tiada dua witir dalam satu malam)
Waktu solat TAHAJJUD bermula selepas isyak, kemudian tidur dan mujahadah bangun sebelum subuh untuk solat menurut majoriti ulama berdasar athar sahabat nabi bernama Hajjaj Bin al- Amru yang hasan sanadnya menurut Ibn Hajar dalam Talkhis al-Habir.
Tamat waktunya adalah ketika masuk waktu Subuh atau fajar sebagaimana hadis :-
إن الله أمدكم بصلاة هي خير لكم من حمر النعم ، وهي الوتر فجعلها الله لكم فيما بين العشاء إلى طلوع الفجر
Ertinya : Sesungguhnya Allah mengurniakan bagimu solat yang lebih baik dari unta merah (barang paling berharga di dunia) iaitulah solat witir dan dijadikan baginya waktu selepas solat Isyak sehingga naik Fajar. (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi)
Justeru, ambillah peluang mendirikan solat tahajjud yang ditutup dengan witir sebagai mujahadah diri dan jiwa. Allah swt menjanjikan kemulian kedudukan (di akhirat) bagi mereka yang melaziminya. JANGAN niat solat Tahajjud untuk kononnya muka bercahayalah, putih, untuk kaya dan lain-lain sebab dunia, jadikan ia khas untuk menghampirkan diri kepada Allah swt & redhanNya. Insha Allah.
JANGAN juga pandang rendah jika hanya mampu laksana DUA rakaat Tahajjud sahaja, asalkan konsisten kerana ibadah yang konsisten lebih dicintai Allah swt berbanding yang banyak tetapi terputus.
Tahajjud dua rakaat yang tidak melahirkan bongkak dan ujub JAUH LEBIH MULIA dari berbelas rakaat tetapi ujub, bongkak dan memandang rendah ibadah orang lain.
#DrZaharuddinAbdRahman
No comments:
Post a Comment