Wednesday, January 02, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 091

Kalau beli t-shirt, baju apa jenis, tudung apa pun jenis, kain apa pun jenis, ELAKKAN dari adanya lukisan makhluk bernyawa. Ketahuilah dalil menjelaskan Allah melaknat sipelukis gambar, namun hasil lukisan itu juga tetap dimurkai oleh Allah. Justeru tak kiralah gambar rama2, gambar kartun, gambar kumpulan rock dan sebagainya maka jangan dibeli dan jangan dipakai terutamanya ketika solat kerna dibimbangi Allah SWT menolak solat kalian.
Juga elakkan pakai baju yg ada tulisan di belakang kerana jamaah dibelakangmu akan terganggu membaca tulisan itu ketika qiam.

Orang munafik mencari kesalahan orang lain tapi orang beriman mencari cara membantu orang lain dan mendoakan yang baik-baik.

Diantara sebab terbesar dapat istiqomah dan dapat selamatnya hati adalah banyak membaca Al Quran.
In Shaa ALLAH.


Ya Allah jangan golongakan hamba dan keluarga dengan umat-Mu yang kufur nikmat, yang penuh rasa iri hati dan kedengkian serta dendam didalam hatinya, jangan jadikan hamba pribadi yang sombong, Ya Allah jauhkan lah hamba dari kemarahan dan perbuatan yang berakibat buruk, jauhkanlah hamba dari godaan syetan yang terkutuk….Jadikanllah hamba dan keluarga pribadi yang selalu penuh rasa syukur, penuh rasa kasih sayang dan pribadi yang penuh iman, ….hmm saya menyadari perjalanan mencari iman, kembali kepada fitrahnya tidak mudah,



Sedarlah di dalamnya lebah🐝ada racun, dan percaya lah di-dalamnya juga ada penawar. Yakin lah juga setiap racun itu ada penawarnya Macam itu juga dalam hidup,Istiqamah dan percaya lah di dalam kesukaran itu ada kesenangan dan di dalam kesenangan itu ada ujian2nya . Kedua2 nya juga adalah nikmat hidup yang perlu diterima dengan Sabar*
*Menyediakan berkalan kematian jauh lebih penting dari menyiapkan berkalan hari tua, kerana kita belum tentu hidup hingga ke umur Tua*
*Akhlak yang baik akan membuat kan kita disenangi, Walaupun seandainya kita tidak pandai atau terkenal seperti mana bunga ⚘yang cantik akan disukai, walaupun ia nya tidak wangi*



Maafkanlah kerana api kemarahan itu lebih membakar diri mu berbanding orang yang kau marahkan. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri mu sendiri!

Jangan berterusan salahkan musuh.
Sebaliknya, baiki aib kita yang dijaja oleh musuh dan belajar daripada kekuatan mereka.

Mampukah kamu maafkan musuh mu untuk mendapat keampunan Allah? Jika difahamkan itulah TAQWA

CARA MENJAUHI MAKSIAT : KHUSUS UNTUK MEREKA YANG SERIOUS INGIN BERUBAH
1) Kuatkan hubungan dengan Allah
2) Tanamkan rasa cinta buat baik
3) Cari kawan yang soleh
4) Azam untuk berubah yang kuat
5) Sibukkan diri dengan ilmu
6) Ajak orang lain buat baik bersama-sama
7) Tetapkan denda jika terbuat maksiat
8) Doa, doa dan doa

Ketidakpastian. Hidup ni penuh dengan ketidakpastian. Hari ini ada manusia yang baru dilahirkan, esok entah siapa pula yang akan mati. Hari ni kalau kita gembira dan bercinta, esok mungkin kita berduka dan berpisah. Saat ini kitalah yang paling teguh imannya, esok agaknya kita lebih hina daripada haiwan. Tiada siapa boleh jamin hari ini pasti sama seperti esok. Hari ini kita dah lalui, tapi esok, esok Tuhan punya. Persoalannya, macam mana kita nak menghadapi sesuatu yang tak pasti itu?
Saya rasa lepas ni kena sederhana dalam semua perkara. Kita hidup hari ni, jangan ingat esok kita akan hidup juga. Jadi kena beringatlah. Sepanjang masa kena cari cara untuk buat baik. Tambah dan perbaikkan amal ibadah. Mana tahu hari ni hari terakhir kita hidup? Dalam berperasaan pun begitu. Jangan melebih sangat dalam berperasaan sebelum kita betul-betul pasti kita akan bersama dengan seseorang yang kita cintai tu. Dan hal yang lain-lain lagilah. Pokoknya, kita tak boleh terlalu pasti dengan semua benda sebab kita belum pasti akan dijanjikan hari esok."
- sederhanaindah

Yang lama walau cuba dilupakan tetap ada, kenanglah sebagai pengajaran. Yang baru jangan terus diterima, belajar untuk tidak terlalu mudah percaya. Yang dah ada jangan diendahkan, kelak hilang dari pandangan.
Tetap setia pada Dia. Minta ditunjukkan, jalan mana yang paling lurus.
- sederhanaindah



Solat sunat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya
Solat sunat sebelum subuh boleh menjadi penerang kepada kita pada hari kiamat nanti
Inshaallah


"Aku rasa aku rapuh sangat."
"Rapuh?"
"Bersedih untuk hal-hal yang tak sepatutnya. Sedih pasal cinta. Pasal patah hati. Haih."
"Manusia memang diciptakan dengan emosi dan perasaan. Kenapa pula bersedih tu dikira sebagai kerapuhan? Kehilangan memang menyedihkan pun. Disakiti, dilukakan, dikecewakan, itu semua akan buat kita sedih. Kenapa tak boleh nak sedih pula?"
Allah is with us in our pain and it's okay to be sad. Sadness is a horrible thing but someday it will be dealt with.
- sederhanaindah


Terimalah apa yang terjadi, itu takdir. Menangislah bila dilukakan, itu lumrah. Berdoalah seikhlasnya, itu kekuatan. Melangkahlah ke hadapan, sebab tak ada undur masa dalam kehidupan. Senyumlah semanisnya, untuk mensyukuri kehidupan. Redhakan hatimu, moga bahagia kan tiba.
Sebab selalu ada pagi sesudah malam. Selalu ada matahari sesudah bulan. Selalu ada pelangi sesudah hujan. Selalu ada bahagia sesudah pedih. Selagi kita selalu percaya pada Allah.
- sederhanaindah

"Kau selalu berdoa supaya Tuhan berikan yang terbaik, tunjukkan jalan yang terbaik, kan? Dan suatu hari, orang yang kau cintai beralih arah. Kau jangan pandang perkara tu sebagai musibah atau balasan atau hukuman. Pandang hal tu sebagai hikmah. Mungkin Tuhan jauhkan kau dari dia, supaya kau tak terluka lebih dalam. Bayangkan kau masih bersama dia hingga kahwin nanti. Dan lepas kahwin, dah elok-elok bahagia, ada anak, tiba-tiba dia ada orang lain. Lagi kau pedih nanti. Sekarang baru bercinta saja, kalau dia berlalu dari hidup kau, anggaplah dia bukan yang terbaik yang Tuhan pilihkan untuk kau."
- sederhanaindah

Untuk meredhai ujian hanya memerlukan hati..
Hati yang tunduknya memerhati tanah,
Saat tahu yang berhadapannya juga turut dari tanah..


Peringatan dan teladan tentang iman. Tentang hati yang berbolak-balik. Tentang kesombongan. Tentang merendahkan. Tentang berkata-kata yang tidak baik. Moga Allah ampuni dosa kita semua dan menjaga hati serta iman kita.
- sederhanaindah

Banyakkanlah berbaik sangka dengan apa yang berlaku dalam kehidupan.

Hidup adalah penerimaan.
Sekuat manapun kamu membantah dan selama pun kamu bersedih, itu takkan mengubah hakikat yang sesuatu telah terjadi.
Accept and move on.
Acceptance is a cure. Movement is a healing 😊💪












HUTANG DENGAN ALLAH WAJIB LANGSAIKAN
Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke 2.
Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat?
Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja.
Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu. Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat.
Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah.
Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan.
Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.
Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa. Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat.
Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)
Cara Niat Qada Bagi Solat Fardhu Lima Waktu Pula Ialah :
1. Solat Maghrib
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
3. Solat Subuh
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
4. Solat Zuhur
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
5. Solat Asar
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala
Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?
Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.
Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?
Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.
Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

No comments: