Tuesday, January 08, 2019

koleksi Tazkirah Pilihan 092

Orang yang rendah hati akan bahagia melihat orang lain bahagia dan sentiasa mahu menjadikan orang bersamanya bahagia. Suka melihat orang lain mendapat kebaikan, tidak ada rasa iri hati dan hasad dengki

Aku mintak dekat Tuhan supaya lembutkan hati aku untuk memaafkan sesiapa yang pernah sakitkan hati aku. Aku malas nak simpan rasa benci .. biar laa org benci dan busuk hatu dengan kita.. Allah maha adil..
#dakwahminda

*JANGAN LUPA BEKAL KITA:*
1. Baca Al-Quran setiap hari, tak dapat baca pada waktu siang, bacalah pada waktu malam. Belajarlah kalau tak tahu. Usah malu belajar beramai-ramai di masjid atau surau. Banyak orang yang warga emas yang baru nak mula talaqqi Al-Quran. Jangan tak baca, kita akan menyesal di alam barzakh 😭. *Penyesalan pada masa itu tak berguna.*
2. Istighfar yang disertai keinsafan dan penyesalan di dalam hati terhadap dosa dan keterlanjuran yang disengajakan atau tidak. Jangan tak baca, kita akan menyesal di alam barzakh 😭. *Penyesalan pada masa itu tak berguna.*
3. Amalkan Tahlil sekurang-kurangnya 100x sehari semalam untuk memperbaharui iman kita. Jangan tak buat, kita akan menyesal di alam barzakh 😭. *Penyesalan pada masa itu tak berguna.*
4. Bacalah Salawat nabi setiap hari sekurang-kurangnya 10x pagi dan 10x petang. Jangan tak baca, kita akan menyesal di alam barzakh 😭. *Penyesalan pada masa itu tak berguna.*
5. Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat. Jangan tak buat, kita akan menyesal di alam barzakh 😭. *Penyesalan pada masa itu tak berguna.*
6. Berilah sedekah setiap hari meskipun sedikit. Si mati akan melakukannya jika diberi peluang hidup semula. Jangan tak buat, kita akan menyesal di alam barzakh 😭. *Penyesalan pada masa itu tak berguna.*
*"Amalan yang lebih disukai oleh Allah adalah amalan yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit."*
Wallahu a'lam.
Ust. Dahim bin Jalal
*#silashare*

BILA ALLAH MENJEMPUT PULANG
Sepahit apapun kejadian, suatu hari nanti ia akan menjadi kenangan. Seindah apapun kehidupan, suatu hari nanti ia akan kita tinggalkan.
Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan...tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana...
Bila kita kumpul dunia banyak, hati akan jadi berat ingin meninggalkan dunia...sebab cinta dunia menjadi kuat. Tambahan pula bila nampak yang kita kumpul itu menimbun...blh menjadi faktor takutkan kematian...
Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak², tak sabar pula ingin pulang ke akhirat sebab harta dah dihantar banyak ke sana...tu yang mati tersenyum gembira.
Sama seperti kita kerja di perantauan tapi upah/gaji kita hantar ke kampung...rasa tak sabar ingin pulang ke kampung kerana upah/gaji yang telah di hantar ke sana dan telah digunakan untuk membangun rumah, beli tanah dan harta di sana..
Begitulah Akhirat..
Kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana...Mahligai pun telah tersedia...rasa tak sabar ingin pulang ke Akhirat...
Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...
Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...
Maka pilihlah untuk meninggalkan dunia sebelum kita meninggal dunia dan pilihlah untuk menyelamatkan akhirat sebelum kita pergi ke akhirat dalam keadaan yang tidak selamat.
Rasulullah ﷺ telah bersabda,
Akan datang waktunya umatku akan mencintai 5 dan lupa kepada yang 5
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada Al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada mahligai-mahligai mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
[ Imam Ghazali ]

5 TANDA ORANG BAIK DAN BIJAK
1 ] Wajhu Mumbasyar (wajah yang senantiasa menggembirakan)
Dia memiliki penampilan diri yang menyenangkan bila dipandang, murah senyum, hangat percakapan, dan kehadirannya senantiasa dirindukan.
2 ] Lisanun Na'imah (Tutur bahasa yang indah)
Dia memiliki bahasa yang indah meskipun sederhana, mudah difahami dan tidak membuat orang tersinggung.
3 ] Qolbur Rahmah (Hati yang menyenangkan)
Hati adalah cerminan sikap peribadi seseorang. Sikap dan perilakunya memberikan rahmat bagi sekitarnya. Kehadirannya memberi manfaat, kata-kata yang terucap berfaedah buat yang mendengarnya.
4 ] Shodrul Muftihah (lapang Dada)
Jiwanya terbuka, jujur, berterus-terang, dan bertoleransi. Arif menghadapi suasana gembira dan sedih, bijaksana dalam mengambil keputusan.
5 ] Yadul Muftihah (tangan yang senantiasa terbuka)
Dia senang membantu siapa saja, bahkan tanpa perlu dimintapun dia akan peka untuk membantu.
Semoga kita senantiasa diberikan jiwa dan hati seperti para salafus soleh dan alim ulama..
Jadikanlah .........
Yang indah itu budi
Yang lembut itu hati
Yang tipis itu benci
Yang tebal itu iman
Yang tajam itu akal
Yang baik itu sifat
Yang manis itu senyuman
Yang rapat itu persaudaraan

SELESA DI ALAM KUBUR
Baru baru ni ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.
Amalkan 3 perkara ni:
1. Baca Alquran sebelum subuh
Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.
2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam
Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.
3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat
Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?
Kawan kawan,
Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.



Syafaat Padang Mahsyar
1. Al-Quran
Bacalah al Quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al Quran akan datang sebagai pembawa syafaat kepada yang membacanya (HR Muslim)
– ramai antara kita yang telah meninggalkan bacaan Al-Quran dan beralih kepada Novel, Komik, Majalah Tabloid dan buku lucah (mangga, playboy, urtv dan lain-lain)
2. Puasa
Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat. (Hadis riwayat Imam Ahmad)
-ramai di antara kita yang puasanya hanya sia-sia iaitu menahan diri dari lapar dan minum, tetapi perkara yang membatalkan puasa dan memakruhkannya tidak ditegah tanpa disedari.
3. Malaikat
Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diredhai Allah (Surah Al-Anbiya: 28)
-ramai orang ahli maksiat, kaki judi, kaki arak, isteri yang derhaka, bapa yang tidak bertanggungjawab hanya membiarkan Malaikat melaknat dan mengutuk mereka.
4. Nabi Muhammad
Sesungguhnya syafaatku diperuntukkan buat umatku yang berbuat dosa besar. (HR. Tirmidzi)
– Ramai di antara kita secara tidak sedar telah menghina nabi, tidak percaya nabi dan ada yang memperlekehkan kata-kata nabi, perbuatan nabi, sunnah nabi, serban nabi, janggut nabi dan lain-lain. Tapi Nabi Muhammad yang bakal beri syafaat. Inilah bukti kecintaan nabi kita pada umatnya.
5. Para Syuhada
Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang di kalangan keluarganya. (HR Abu Darda)
– Masih ada lagi orang tidak mempercayai mati syahid malah gambar foto orang mati syahid dalam keadaan senyum pun menjadi persoalan besar. Mereka yang mempersoalkan hal inilah sebenarnya munafik!
6. Ulama
Dari Utsman bin Affan r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat tiga golongan, iaitu para Nabi, kemudian ulama, kemudian syuhada” (H.R. Ibnu Majah)
– zaman sekarang, ramai yang dah tunjuk hebat, kononnya mereka lebih berilmu dari ulama, lebih malang lagi mereka mencela ulama.
7. Para Hafiz Al-Quran
Barangsiapa membaca Al Quran dan mengamalkannya, menghalalkannya yang halal dan mengharamkan yang haram maka Allah memasukkannya ke dalam syurga dan dia boleh memberi syafaat 10 orang keluarganya yang sudah pasti masuk neraka. (Hadis Riwayat Tarmizi)
-Ramai manusia zaman sekarang beranggapan, hantar anak pergi sekolah Tahfiz akan menyebabkan anak mereka tak dapat cari makan bila anak mereka dewasa kelak. Mereka ini hanya beranggapan, tuhan bukan pemberi rezeki. Mereka dalam tidak sedar, melakukan syirik!
8. Syafaat kecil termasuk daripada para solehin dan shadiqin serta anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan.
– Solehin ialah orang yang soleh, iaitu orang yang taat pada Allah, Nabi Muhammad, agamanya, ibu bapanya, gurunya dan hormati jirannya dan masyarakat sekitar.
– Shadiqin ialah orang yang jujur dan benar bagi setiap perkara dalam urusan hidupnya sama ada perniagaan, pemerintahan dan lain-lain lagi.
– Anak yang meninggal dunia sebelum ditaklifkan hanya memberi syafaat kepada ibu bapanya.



8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’ Tetapi Ganjarannya Sangat Besar
Di dalam kesibukkan dunia hari ini, minit demi minit berlalu dengan cukup pantas. Sehinggakan timbul rasa menyesal di dalam diri kita kerana gagal mencari waktu dan masa untuk beribadah kepada Tuhan.
Kita selalu merasakan diri kitalah yang tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun, tahukah anda ada amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Ia boleh dilakukan ketika anda menunggu di lampu isyarat, menunggu bas atau teksi, berjalan menuju ke sesuatu tempat dan sebagainya. Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.
#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas
Di dalam masa satu minit, kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Ia adalah surah yang cukup mudah untuk dihafal dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat apabila kita mengejar masa. Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali, maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)
Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Inshaa allah kita akan memperolehi rumah di Syurga!
#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W
Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana bagi setiap selawat, Tuhan akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.
Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda. (Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali atau jika kita melafazkan selawat pendek ia boleh mencecah sehingga 100 kali.
#3 – Beristighfar Memohon Keampunan
Setiap kali kita beristighfar, Tuhan akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.
#4 – Bertanya Khabar Keluarga
Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.
Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)
#5 – Lafaz Tasbih
Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)
Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.
Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.
#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan
Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada bersabda;
Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)
Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga. Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.
#7 – Mendoakan Orang Lain
Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Inshaa Allah Tuhan juga akan memberikan doa yang sama buat kita.
Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah, maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Inshaa Allah kita juga akan turut dimurahkan rezeki!
Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;
Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya. (Hadis Riwayat al-Thabarani)
#8 – Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.
Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. (Hadis Riwayat Muslim)
Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda. Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat manfaatnya!
Kesimpulan
Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang ringan tetapi besar ganjarannya di atas.
Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan ini, Inshaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.
Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah untuk dipraktikkan.
KONGSIKAN ARTIKEL INI
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Inshaa Allah ramai yang akan mendapat manfaat.

Untuk membawa cinta mu ke syurga jangan hanya bergantung kepada cinta, tetapi laksanakanlah tanggung jawab kerana cinta tidak boleh terpisah daripada tanggung jawab.
Gabungan antara cinta dan tanggungjawab akan melahirkan rumah tangga yang bahagia.
Jika ada cinta tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat laun cinta akan luntur dan rumah tangga akan terkubur.
Sebaliknya, jika ada tanggungjawab tetapi tidak ada rasa cinta, maka hilanglah seri dan kemanisan dalam sebuah rumah tangga. Semuanya terasa kaku dan terlalu formal.
Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tanggungjawab untuk merawat cinta dalam sebuah perkahwinan.
Ketika itu rasa cinta mungkin sedikit terumbang-ambing atau seakan-akan mula tenggelam, tetapi rasa tanggungjawablah itulah yang akan mengikatnya dengan setia dan sabar.
 Ustaz Pahrol


2019:
TAHUN TANPA HASAD DAN MENGUMPAT. JIKA TERLINTAS DAN TERBUAT, CEPAT ISTIGHFAR DAN TAUBAT. INSYA-ALLAH.

Antara syarat untuk terbang ke daerah tinggi ialah melepaskan dunia dan manusia yang membelenggu sayap mu.

Jangkaan bagaimana orang sepatutnya melayan dan menghargai kita itulah yang kerap menimbulkan kekecewaan. Jangan mengharap apa-apa. Biasa-biasa sahaja. Itu lebih menenangkan dan membahagiakan.

Maafkanlah kerana api kemarahan itu lebih membakar diri mu berbanding orang yang kau marahkan. Memaafkan orang lain bererti memaafkan diri mu sendiri!

Jangan berterusan salahkan musuh.
Sebaliknya, baiki aib kita yang dijaja oleh musuh dan belajar daripada kekuatan mereka.


Terlalu bergantung kepada pelampung menyebabkan kita tidak pandai berenang.

Mengapa bangsa yang datang kemudian, boleh menjadi kaya dan maju berbanding tuan punya tanah bertuah ini?

Mampukah kamu maafkan musuh mu untuk mendapat keampunan Allah? Jika difahamkan itulah TAQWA

No comments: