Hidup ini Banyak Makna, Namun tanpa iman dan Taqwa jadi Tak Bermakna
Wednesday, October 09, 2019
Koleksi Tazkirah Pilihan 112
Serahkan urusan pada.
Kuasa Allah.
Agar tak pening memikirnya.
Kerana kita
Hanya lah hamba
Diri ini biarlah selalu.
Ingin ke masjid.
Untuk solat jamaah.
Bila dimasjid masukan duit.
Ke tabung.
Walaupun seringgit
Jangan diundang dosa.
Dalam hidupmu.
Kerana ia akan menambah kegelapan hati.
Dan
Mengurangkan sinar iman.
Kata para bijaksana: 30% baik kepada mu, 60% biasa-biasa sahaja,10% yang tidak menyukai mu. Justeru, syukur, redha dan tabah... terus melangkah!
Musibah itu kecil selagi belum melibatkan dosa. Melakukan dosa adalah musibah terbesar selagi belum bertaubat.
Mati datang tiba-tiba...ungkapan yang mudah difahami tetapi tidak mudah disedari!
Minta dulu apa yang Allah suruh kita pinta. Justeru, kita sendiri tidak tahu apa yang terbaik untuk kita. Doa kita pun masih daripada ilmu kita yang terbatas... sedangkan ilmu Allah Maha Luas!
Tiga tragedi ini kerap menimpa orang yang hendak menjadi baik. Justeru, syaitan itu kreatif, jika kita hendak berjalan, ditahannya. Tetapi jika kita terus berjalan, maka ditipunya dengan berjalan terlalu laju... sehingga kita jatuh atau terbabas.
Tiga tragedi orang yang hendak jadi baik itu ialah:
1. Sudah pulang sebelum pergi.
Apabila dilihatnya begitu sukar untuk melalui jalan untuk jadi manusia yang baik, lalu dia berputus asa sejak awal lagi. Dia pun berhenti, sebelum bermula.
2. Berhenti di pertengahan jalan.
Dia merasai pedih dan peritnya mujahadah melawan keinginan hawa nafsu, lalu dia berhenti di tengah jalan. Sering kalah dalam mujadah menyebabkan dia mengalah, lalu berhenti di pertengahan jalan.
3. Berasa dirinya sudah baik.
Ramai yang dulunya pendosa, setelah menerima ketukan hati untuk berubah, maka dia pun berubah. Baru sahaja berubah, disangka dia sudah jadi manusia yang baik.
Lalu dia jadi sombong dengan perubahannya dengan menghina orang yang berbeza pandangan dengannya. Guru, kumpulan dan kaedahnyalah satu-satu yang terbaik, lalu menuduh semua orang salah. Terlupa, dia sendiri pun belum istiqamah dan ikhlas berubah.
Dan kegelisahan mu apabila kehilangan sesuatu selain Allah adalah bukti kau belum sampai kepadaNya. Gelisah mu terhadap manusia dan dunia telah membawa kau semakin jauh dari Allah!
Sakit akibat dosa atau sakit menghapuskan dosa? Boleh jadi kedua-duanya...kerana di situ ada rasa takut dan harap kepada Allah.
Tafakur, muraqabah, zikir, muhasabah dan lain-lain kaedah pembersihan rohani, semuanya sudah dijelaskan oleh para ulama salafussoleh yang sanad dan amalannya bersambung kepada Rasulullah SAW. Itu generasi yang terbaik. Yakni ulama yang hidup sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرَ أُمَّتِـي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ
“Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 3650)
Jalan menuju Allah itu bermula dengan ilmu, taubat, mujahadah, mehnah... yang antaranya telah dijelaskan oleh Imam Ghazali rhm dalam minhajul abidin. Begitu juga manhaj ulama-ulama yang lain. Sekiranya kita ingin melakukan inovatif dan kreatif, tetaplah dalam lingkungan itu. Itulah batasan dan sempadannya.
Manusia yang paling kuat ialah yang menyerah sepenuh dan seluruh kepada Allah BUKAN pada kekuatan dirinya. Dan tujuan kita mendekati kepada Allah ialah keredhaanNya... bukan kerana kekayaan, kekuatan dll. Allah itu TUJUAN bukan jalan, dan bukan 'alat' untuk mencapai matlamat diri.
Justeru, dalam Al Quran dan hadis sudah ada doa2 yang terbaik untuk diamalkan. Allah telah beri panduan dan prinsipnya. Al Hadis telah memperincikan jalan dan kaedahnya. Justeru, jika tidak sedemikian, kita akan minta sesuatu yang tidak tepat dengan cara yang tersasar. Doa kita pun hakikatnya dari hati dan minda kita yang terbatas.
Kita tidak tahu apa yang terbaik untuk kita. Ilmu Allah jualah yang Maha Luas. Allah telah menunjukkan tujuan dan jalan menujuNya.
Wallahua'lam.
Burulah ketenangan, InsyaAllah kegembiraan dan keseronokan akan juga menjadi milik mu.
Laluilah jalan menuju Allah dengan rasa tidak pernah sampai...agar kita terus berjalan!
SAHABAT,
Seringkali kita lemah dalam istiqamah, dan sungguh payah untuk ingat Allah saat senang, lapang, kaya dan berjaya. Lalu kita mula melalaikan Zikrullah dan Solat dalam keadaan lalai. Maka Allah ya Rahman ya Rahim tidak membiarkan kita berterusan jauh daripadaNya, lalu ujian dikirim dengan cintaNya ya Wadud.
Perhatikan Hadis Nabi ini,
Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya (dosanya)."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641)
~Ya Rahman ya Rahim ya wadud~
Yang Maha Pengasih, Penyayang dan Pencinta.
Asma' binti Harun
Berubah menuju Allah itu memang susah,
Tapi ingatlah, selalu ada Allah itu indah.
Hidup kita ni sangat perlu teguran dan nasihat.
Apa yang kita buat di dunia ini untuk dibawa jauh hingga Akhirat.
SALAH SANGKA
Seorang pembantu rumah, selalu dimarah oleh tuannya, seorang IBUK yang sibuk.
Menyapu kurang bersih,
Mop lantai tak habis,
Gosok baju tak lendik,
Lap meja tak licin,
Basuh pinggan tak putih,
Ada-ada sahaja tak kena.
2 tahun,
IBUK asyik marah².
2 tahun,
BIBIK diam tak menjawab.
Satu hari, dua hari, tiga hari,
BIBIK sakit kepala tak berhenti.
Tak boleh bangun dan berdiri.
Dibawalah ke klinik, Dr. kata ok sahaja.
Balik rumah, makan ubat, masih sakit jua.
Hinggalah BIBIK bersuara,
Mungkin kerana spek matanya,
Dah 10 tahun lebih katanya.
Si IBUK bawalah ke kedai spek.
Tunggu apa kata penjual spek.
"Puan, matanya sebelah kanan memang tak nampak apa² seperti buta, dah lama ni. Sebelah kiri pula sangat tinggi power naik seribu lebih, spek mata lama hanya 600 lebih".
Diam terduduk si IBUK lalu dipeluk si BIBIK.
Disangka si BIBIK malas, disangka buat kerja sambil lewa, disangka tidak ikhlas bekerja.
Kenapa, kenapa, kenapa tidak lebih awal dia tahu. Kerana dia tidak cuba bertanya dengan baik untuk faham lebih baik. Begitulah jua kita, banyaknya bersangka².
*Adaptasi daripada kisah benar.
Asma' binti Harun.
a
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment