Wednesday, October 16, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 113





Pahrol Mohamad Juoi
Yesterday at 09:23 ·
Buatlah kerana cinta. Justeru dengan cinta kau tidak akan berasa sedih dan letih. Tetapi ingat... cinta itu ialah CINTA ALLAH.

Pahrol Mohamad Juoi
Yesterday at 07:59 ·
Kebanyakan kita tidak gembira...
kerana tidak berusaha menggembirakan orang lain. Mulakan awal pagi untuk memberi.


Pahrol Mohamad Juoi
8 October at 09:02 ·
Selain mengadu dengan suara yang lirih dan perlahan, para Rasul sering memulakan doa mereka dengan mengaku kelemahan diri.


Pahrol Mohamad Juoi
4 October at 09:24 ·
Percakapan hati membentuk fikiran. Fikiran akan mempengaruhi emosi. Emosi akan melahirkan perbuatan. Tetapi semuanya boleh dikawal oleh zikir. Zikir perlu banyak.


Ustazah Asma' Harun
1 hr ·


Jika orang yang disayangi selalu mengecewakan kita,

Allah sentiasa ada untuk kita tidak kecewa. Baca AlQuran, disitu ada cinta.


Ustazah Asma' Harun
2 hrs ·
Sedikit renungan,
Komunikasi sangat penting, walau hanya 3 patah perkataan ia boleh mengubah hidup kita,
Saya sayang awak, saya perlukan awak, saya rindu awak...❤ lalu memancarlah cahaya bahagia.
Atau
Saya benci awak, saya dah bosan, atau..
Saya lepaskan awak ! 😰 terus gelap hidup. Nauzubillahi min zalik.
Sebelum mata tertutup, lidah menjadi kaku, ucapkan satu perkataan yang terbaik kepada insan tersayang. Ucap dengan senyum dari hati dan tenung matanya.
Mohon maaf itu walau kita tidak silap, akan menambahkan kemuliaan. Bahkan merasa diri tidak salah itulah satu kesalahan. Mana ada manusia tak buat salah.
Sila bayangkan wajah Ibu Ayah, suami, Isteri, anak-anak dan kawan². Banyaknya dosa dan silap kita dengan mereka.
Silakan share. Moga manfaat Dunia Akhirat.
Asma' binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat


Ustazah Asma' Harun
5 October at 16:10 ·
Ramai yang sibuk mengintai kelebihan rezeki orang lain, hingga lupa nikmat yang dia ada.
Ramai yang sibuk mencela kesilapan dan maksiat orang lain, hingga lupa keaiban diri.
Ramai yang sibuk memuji memuja manusia, hingga lupa Allah yang Maha Terpuji.
Ramai yang sibuk menghitung kekurangan pasangan dan anak², hingga lupa bersyukur nikmat ada keluarga.
Ramai yang sibuk mengeluh kesusahan hingga lupa bersyukur akan kesenangan.
Ramai yang sibuk memberi dan mencari ilmu hingga lupa beramal.
Ramai yang sibuk beramal soleh hingga lupa membantu mereka yang memerlukan.
Ramai yang sibuk menikmati hidup hingga lupa persiapan akan kematian.
Ramai yang sibuk dengan perkara yang tak sepatutnya dia sibuk, akhirnya masa dan umurnya habis sia².
Manusia sentiasa sibuk, hingga saat kematian lalu dia terkejut. Barulah tersedar, dunia yang direbut² semuanya akan ditinggalkan.
Renungan Muhasabah Bersama.
Asma' binti Harun.
#UAHSahabatDuniaAkhirat


Akhlak yang Indah bukan jaminan Syurga, jika Aqidah ada masalah.

Hati² dengan pembatal Syahadah.


Ustazah Asma' Harun
4 October at 07:41 ·


Siapa yang redha akan ketetapan dan ujian Allah,

Maka InsyaAllah, dia mendapat Redha Allah.



Walaupun hidup di dunia.
Hati dan fikiran.
Harus sampai ke akhirat


Jangan muliakan.
Orang kaya.
Sehingga.
Menghina org miskin

“Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah S.W.T akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya.” Riwayat Abi Daud


Menurut para ulama, terdapat 10 tanda-tanda orang yang telah menerima hidayah Allah, iaitu :
1. Membenci perbuatan maksiat,
2. Membenci bercakap kosong,
3. Tidak meninggal solat fardu,
4. Sentiasa membaca Al-Quran,
5. Rajin bersolat Tahajjud,
6. Banyak berzikir,
7. Banyak berdoa,
8. Bersangka baik terhadap Allah S.W.T,
9. Perubahan akhlak menjadi baik,
10. Tiada mengeluh ketika bermasalah

Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan,
Tapi kadang-kadang terlalu penat dengan perangai orang,
Bila kita rasa tertekan, rasa penat Allah suruh bersabar kerana sifat sabar itu akan sentiasa membawa kita pada jalan kemudahan dan ketenangan jiwa.
Laila Sa'edah

Renungan..
"Hargailah sesiapa saja yang ada disamping kita walaupun jasanya tidak sebanyak mana kerana disaat mereka mula hilang dari hidup kita, barulah sedari dia yang hanya tersenyum ikhlas tanpa berkata² itu lebih membahagiakan.."
Amin..
Dakwahislamiah
*hijrahpendosa*
Senyum itu satu sedekah.


Hidup sebagai MUSLIM kita perlu sentiasa meletakkan Allah SWT di HATI. Maka kerana rutin kehidupan bagi setiap muslim itu ia akan sentiasa mendahului setiap perbuatannya dengan doa Agar hati akan dapat dihubungkan dengan Tuhan pada setiap masa. Justeru setiap kali makan, masuk tandas, nak tidur, bangun tidur, masuk rumah, keluar rumah, naik kenderaan kesemuanya ada doa2 yg diajarkan oleh Nabi s.a.w.
Tidak cukup dengan doa, zikir perlu juga diamalkan agar hati kita sentiasa disuburkan oleh iman yang murni. Tanpa solat, doa dan zikir maka kita tidak akan merasai ketenangan, kebahagiaan serta kelapangan di dalam kehidupan.
~ ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, DAHULUKAN DGN SAYYIDUL ISTIGHFAR.


No comments: