ilmu itu cahaya
Puji dan syukur itu hanyalah untuk Allah yang telah member kekuatan pada kita untuk berbakti kepada masyarakat. Berbuat baik pun adalah atas izin dan kehendakNya. Walaupun kita rasa nak buat namun brerapa kali jua kita tidak membuatnya. Dan kearapkali kebaikan yang kita buat hanya bersifat sementara. Esoknya kita sudah tidak berminat lagi untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Pada masa itu minat kita sudah ditarik balik oleh Allah.
Kemudian, kitapun berselawat pada Rasulullah SAW, sebagai tanda kasih dan cinta yang ditujukan khas utuk insan pilihan, yang telah mem,bawa cahaya menerangi kehidupan ummah. Cahaya yang telah dibawanya itu bersinar daripada dulu hingga kini. Namun kadang-kadang pada pandangan kita cahaya itu menjadi malap, hanya kerana jauhnya kita daripada Rasulullah SAW dan jauh lah kita daripada Allah. Tak tergambar betapa payahnya Rasul memabawa cahaya itu. Hanya untuk kita ummatnya, yang dia tak kenali, namun kerana cintanya pada kita, cahaya kasih saying Rasulullah SAW itu masih terasa hangat.
langkah yang seterusnya kita haruslah cuba menacari sinar ilmu pengetahuan. Yang semakin hari semakin suram dalam diri kita. Susah memang susah kerana ilmu itu hanya diperolehi dengan usaha yang gigih, bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Jesteru, untuk menerimanya hati mesti bersiah dan pemikiran mesti jernih. Agar cahayanya dapat memenuhi dan tersebar laus selurus anggota dan kalbu kita.
Satu daripada jalan untuk meraih ilmu itu ialah dengan membaca. Lalu berapa kalikah kita membaca atau berapa banyak kah kita membaca. Dunia yang semankin segara ini menyebabkan kita kerapkali terlupa untuk membaca. Tanpa disedari jua ilmu sedikit demi sedikit meninggalkan kita. Pada satu alas an bahawa kita bukanlah seorang pembaca, tiada dalam pemikiran dan bukan satu inspirasi, jauh sekali daripada membentuk budaya ilmu.
Terakhirnya, terimalah sebuah teguran, akauilah satu nasihat. bahawa kita harus membaca. Kerana di sebalik ilmu itu ada mutiara keberkatan. Yang pada mata kita tak kelihatan. Usaha ini harus berterusan demi mencapai keredhaan Allah.
1 comment:
Ilmu memang cahaya.
"Ilmu adalah cahaya dan cahaya tidak akan ada pada orang yang berbuat maksiat."
Setiap yang ingin kita buat mestilah dengan ilmu barulah mendapat hasil yang mantap"
http://www.videobuatblog.com/index.php?ref=NoorAriza
Post a Comment