Saturday, March 10, 2012

Jangan Marah


Ketika kita berjumpa derngan keadaan yang kita tak suka atau benci, maka kita perlu ingat bahawa semua itu adalah tidak terlepas daripada rububiyyahNya. Ciptaan Allah meliputi segala-galanya. Jika kita melihat sesuatu itu, tanpa ingat pada Allah, maka kita telah buat satu kesalahan. Orang yang arif tidak akan memarahi orang yang membuatkan dia marah kerana itu adalah satu kesalahan.Baginya jika marah maka itu bererti marah pada hukum Allah. Jika kita fikir segala sesuatu itu bukan kehendak dan hukum Allah , maka kita telah merosakan dan mengotori makrifat. Sedangkan makrifat itu adalah sumber kepada cahaya. Bila sumber cahaya telah rosak maka yang lain pun akan turut rosak sama.

Kalau lah kita masih berfikir bahawa segala sesuatu itu bukanya datang dari Allah. Maka wajarlah untuk kita bertaubat, seperti taubatnya orang yang meyembah berhala. Perlu bertaubat segera, jika tidak dibimbangi kita tidak akan bertaubat selama-lamanya.

Kita juga perlu memohon kepada Allah pertolongan untuk mengalahkan nafsu. Kenapa? Kearana Allah lah yang menghembuskan, menggerakkan dan merendam jiwa agar jadi redha, marah, dendam, atau berbuat jahat. ( Sumber : Al-Hakim al-Tarmizi daripada buku mata air kearifan)

No comments: