Saturday, March 10, 2012

Percikan Cahaya


Diriwayatkan dalam satu Hadis Nabi saw. Bahawa Allah telah menciptakan makhluk dalam kegelapan. Kemudian Dia memercikkan kepada mereka sebahagian cahaya-Nya.

Istilah memercikkan digunakan ndan tidak menuangkan. Seandainya menuangkan makapastilah cahaya itu akan terkena pada semua makhluk. Oleh kerana hnaya percikkan cahaya sahaja, maka ada yang dapat cahaya dan ada yang tak dapat. Allah lebih megetahui siapa yang akan terkena percikan tersebut. Percikan itulah yang akan menjadi takdir yang ditentukan untuk hambaNya.

Alangkah bahagianya jika kita terkena percikkan cahaya Allah itu. Namun percikan itu tak akan kena pada kita jika kita tak layak untuknya.

Untuk melayakan kita mendapat percikan itu maka amal kita haruslah baik dan indah. Baik dan indah itu berpunca daripada hati yang bersih dan tiada keinginan nafsu, serta menyerahkan segala keinginan kita pada kehendak Allah dalam segala urusan. Jika terus menerus melawan keinginan nafsu maka kita akan menemui kemanisan kehendak Allah. Maka akan menjadikan kehendak Allah itulah pujaan hati kita. Apabila kehendak Allah meliputi diri kita maka waktu itu kita akan bebas daripada keinginan nafsu. Kerana ia sudah mati. Pada waktu itu hati tidak akan nak pada sesuatu kecuali apa yang diingini oleh Allah. Dan ia sedar pada keagongan Zat Allah.

Percikan cahaya itu akan menerangi hati namun sucikan dulu hati dari kotoran syawat dan debu nafsu.

No comments: