Tuesday, December 26, 2017

KTP 057

Alhamdulillah
Hari ini Allah beri peluang utk saya membantu org
Allah telah pilih dia utk dibantu
Allah telah pilih saya utk membantu

kenapa
Sebab saya amat2  perlukan
bantuan dari Allah
bagi meneruskan hidup ini..

Jangan mudah marah

Gosok hati dgn kesabaran dan ketenangan
Sebab cepat marah itu adalah sia sia

Tak sama
Kenapa tak sama

*TAZKIRAH IMAN*

Kita selalu berdoa agar dijauhkan dari segala ujian, tapi Wali-wali Allah berdoa agar dikukuhkan iman ketika diberi ujian,

Kita sering meminta Untuk menjadi kaya, tapi Wali-wali Allah meminta agar sentiasa diberi kecukupan,

Kita sering menangis kerana tidak dapat sesuatu yang kita inginkan, tapi Wali Allah menangis kerana merasakan dosa punca dia tidak perolehi apa yang dihajati.

😢

Kesabaran itu menjadikan tindakan kita cantik

Tugas kita ialah
Yakin bahawa janji Allah itu benar
Allah akan memberi balasan yg baik bg orang yg berbuat baik


Jangan buat zalim
Bimbang kita tidak diberi hidayah

Setiap ciptaan Allah ada gunanya
Tidak sia sia
Cuma kita saja yg tidak tahu

Solat itu mengandungi nikmat dan kerehatan

Namun tidak ramai yg 
Dapat merasainya

Ada masanya tindakan kita tersilap
Apakan daya kita manusia biasa

Namun kita tetap kita
Cuba baiki di lain masa


Kegagalan yg pertama ialah
Tidak berani mencuba


Bila kita berazam..maka bertawakallah pada Allah..itulah cara kerja org Islam


kena lihat org berjaya jgn lihat org yg gagal..gagal urusan Allah bukan urusan kita..urusan kita ialah berusaha..


"Hal yang paling mudah itu adalah mencari-cari kesalahan orang. Namun, yang paling sulit adalah mengakui kesalahan sendiri."

- Habib Umar bin Hafidz -

@هجرة ڤندوسا


Kalau nak urusan hidup kita daripada payah kepada mudah, selalukan lah Istighfar.

Bukan tunggu lepas Solat je baru nak istighfar.

- Saudara ibnu Ubaidillah -
@هجرة ڤندوسا

Jangan pernah hilang HARAPAN...
Hidup akan sentiasa bermasalah...
Hidup tanpa masalah bukanlah kehidupan...

Jika kita tidak tahu apa yang mahu di minta...Mintalah Allah berikan kita PETUNJUK 
di setiap waktu!..

Nikmat Rahmat yang diberikan Allah kepada KITA adalah bila engkau merasai keimanan dan ketaqwaan dalam jiwa...

Nikmat ini lah hadiah yang paling besar yang diberikan Allah pada manusia


Benar hidayah itu hanya milik Allah. Allah boleh bagi kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Ingat,

Seburuk mana pun kisah jahiliah kita yang lalu, ia sebenarnya nikmat. 
Kerana tanpa jahiliah kita takkan rasa nikmatnya berhijrah.

Yang lepas biarkan lepas,

Ambil lah ibrah (pengajaran) daripada kisah-kisah silam kita yang terdahulu, supaya kita menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang.

@هجرة ڤندوسا


Siapa kata kita tak mampu nak ubah diri kita ke arah kebaikan ??🤔
Dosa lama jangan diingati
Dan jangan cuba diulangi.
Latih diri kita jadi HAMBA ALLAH .🌸
bukan latih diri kita jadi HAMBA SYAITON ..🙅
INGAT .!
Tiada yang lebih berkuasa melainkan the power of ALLAH .💕
Percaya pada naluri and hati sendiri , tak salah .
Tapi ingat .!
Hati kita banyak dosa , 
Tak bersih ..
Sentiasa dikotori dengan hasutan syaitan .
Masihkah kita nak ikutkan kata hati lagi , Time kita dalam keadaan tidak berubah ? 
So , ubah diri kita dulu ke arah KEKASIH ALLAH ,💞
biar jadi SCANDAL ALLAH ,
dari jadi SCANDAL MANUSIA YG BELUM PASTI ..🙏
Bila HATI suci ,
Barulah setiap kata hati kita adalah benar dan sentiasa di sokong ALLAH .In shaa Allah ❤
@هجرة ڤندوسا


Dalam hidup ni, 
Usia akan berakhir. 

Tetapi, 
Biarlah pahala kita terus mengalir.

Lakukan sesuatu itu kerana mengharapkan redha Allah.

In shaa Allah dipermudahkan. 

@sindiransigadis


Ada ketikanya
Hidup ini sangat payah
Maka berdoalah
Agar Allah permudahkan

Kerana Dia lah
Pencipta kehidupan


nilai manusia bukan pada umur panjang

khalifah umar abd aziz
hidup hanya 40 tahun sahaja

pemerintahan 2 tahun setengah sahaja
tapi pemerintahan yang terbaik


orag hebat itu yg berjaya

amat minat ilmu
kuat solat


Kerja kita hanya ajak kepada kebaikan
ajak untuk ibadat pada Allah
ajak untuk kenal Allah

bukan kerja kita nak paksa supaya mereka
jadi baik
suka ibadat
selalu ingat pada Allah

jangan buat kerja bukan bidang kita
bidang kita hanya hamba Allah


Kita rasa sangat letih untuk beribadat
sehingga kita terlupa pada satu nasihat

di kubur nanti kita berlihat lah


Ada ketikanya hidup ini
Sangat meletihkan

Namun teruskan lah dgn sabar
Kerana hidup itu adalah kita


Keinsafan bila dia datang
Maka ambilah dia
Masukkan ke dalam poket kehidupanmu

Kerana ia bukan selalu datang
Dalam hidupmu.


Jangan terlalu mengharap ada orang bersama kita sewaktu kita sedih

Kerana jika tiada kita akan makin sedih
Mengadulah pada Allah
di samping mencari kekuatan
Dibalik kesedihan itu


Bertasbih lah
Memuji Allah
Bersama dgn malaikat
Yg berada di arasy


Dalam hati biar ada keyakinan
Betapa benarnya
Ayat ayat yg telah di bawa
Oleh rasulullah.


Bila amal soleh kita gugur
Tercicir
Maka jadilah kita 
Org yang rugi


Ada masanya azab itu datang secara mengejut
Jestru sentiasalah bersama al Quran
Sbg panduan


Jangan sombong bila kita
Dapat satu kelebihan

Bukan hak mutlak kita pun
Boleh lenyap sekelip mata..


Kpd Allah lah kita akan kembali nanti
Ingat lah Allah selalu
Waktu senang
Waktu susah


masa kita hidup ini lah kena buat baik banyak2..bila sudah pergi..tiada peluang lagi


*Jadilah seorang yang baik, dan carilah kebaikan walau kaya atau miskin.*

Kebaikan adalah suatu anugerah ilahi, kebaikan tidak akan diperolehi kecuali melalui jalan Takwa. Oleh yang demikian percayalah, kita tidak akan tertarik dengan seseorang kerana hartanya yang banyak, pangkat atau kecantikannya atau namanya akan tetapi kita akan tertarik kerana dia seorang yang baik. 

Maka jelaslah bahawa pangkat dan status itu bukan suatu ukuran untuk kita menilai diri seseorang. Sebaliknya yang dinilai ialah kebaikkan yang ada padanya, semuanya akan terpancar hasil dari istiqamah dirinya beramal mendekatkan hati kpd Allah SWT, ukurannya ialah kekuatan rohani (jiwa) seseorang bukan hanya ilmu yg tinggi semata-mata.

Allah, DIA-lah Tuhan yg menggengam hati kita, agar nurani, jiwa dan sanubari kita, hanya mengingati-Nya. Tidak ada perkara yg berlaku di luar (kita memiliki rumah besar, pangkat, anak ramai) kecuali dengan izin Allah. Tidak ada satu benda atau satu perkara pun di luar sana, yang boleh menentukan untung nasib dalam hidup kita. 

Oleh itu, carilah kekayaan ataupun kesenangan, atau kita berada pada tahap kita skrg dan yang pasti kita inginkan kebahagian dalam hidup, bahagia tidak semestinya kita kaya atau kita miskin, kebahagian ialah ketenangan, ketenangan dlm segala urusan hidup, ketenangan dalam ibadah kpd Allah, manisnya ibadah bila kita tenang.

Jika kita tidak melaksanakan tugas sebagai hamba Allah, kita tidak akan tenang,.... 

Sebagai khalifah Allah, jika kita tidak mengimarahkan dunia mengikut hukum Allah, hingga kita sentiasa berada dlm kemurkaan Allah, kita juga berada dalam keadaan gelisah dan tidak tenang....

Marilah kita cuba memperbetulkan niat, cuba memperbaiki diri untuk menjadi Hamba Allah yg bersyukur... Seterusnya mendapat ketenangan dan kebaikan di dunia dan kebaikan di negeri Akhirat...



Saya nak habaq ni, cara dapat PAHALA YANG SANGAT BESAR tanpa beramal dan ia pasti!, pasti! DAN pasti! DAN ia mampu mempercepatkan perjalanan kita ke Syurga. 

1) Berfikir dan kenang sapa yang ada buat salah pada kita dan niat di hati kita maafkan kesalahannya..
Apabila kita telah memaafkan maka, berbahagialah dengan keadaan seperti yg disebut di atas. Ramai orang yang TIDAK DAPAT mengutip pahala percuma ini apabila ia rasa dendam dengan apa yang dibuat oleh orang lain terhadapnya, tidak memaafkan, gelisah, tidak redho dan sebagainya.

2) Jangan ambil hati jika ada orang kutuk, hina atau orang kata kat kita. Relax dan sabar.....Dengan 2 perkara ini ia akan membuatkan kita BAHAGIA di mahsyar kelak......

Nabi s.a.w menasihati untuk menjaga istiqomah, maka jagalah lidah. Jaga perkara wajib, jauhi larangan Allah. Insyaa Allah, Insyaa Allah, Insyaa Allah....

~Jum lazimi Zikir / Istighfar


manusia suka buat dosa
Sebab tak ada apa2

Tapi akhirat siaplah
Azab siap menanti


Masa paling berharga adalah bersama keluarga, 

Masa yang paling mulia adalah ketika menghadap ILAHI, 

Masa yang paling bermakna adalah ketika bersama teman-teman,

Masa yang paling bertuah adalah pada ketika kita berusaha untuk mencapai kejayaan, 

Hargailah setiap masa yang anda ada, supaya hidup anda sentiasa tenang ."☺

Tuesday, December 12, 2017

KTP 056

Jangan lah kita salah kan
diri sendiri
Remukkan hati kita sendiri
Bukan mudah memadam rasa bersalah
Ingatlah kita kan
Manusia biasa
Bila rasa itu mari
Maka buatlah muhasabah
Di sana ada butir2 hikmah
pengajaran.


Tapi bila kita sihat jgn pula lupa utk bersyukur..kita akan menyesal bila sihat itu pergi...


Antara sakit dan sihat dua2 tetap akan datang jua. Ada kebaikannya bg org beriman. Sbb implikasinya sabar dan syukur..cuma kita org biasa2 lebih baik syukur..sbb ujian sabar sgt memenatkan.


Kita memang ada kelemahan sbb kita manusia biasa dan kita perlu sedar kelemahan itu
Sila berhati hati
Syaitan sedang
Mengambil peluang atas
Kelemahan itu


Kita sering memberi alasan sibuk untuk membuat sesuatu
Mungkin kita memang sibuk
Tapi jangan jadikan alasan ini untuk kita tidak beribadat dan menghampiri Pencipta




Seandainya kita mau merenung dan sedikit berfikir, sungguh di setiap apa yang telah Allah takdirkan untuk hamba-hamba-Nya, di dalamnya terdapat hikmah dan maslahat tertentu, baik ketika itu kita telah mengetahui hikmah tersebut ataupun tidak. Demikian juga ketika Allah Ta’ala menimpakan musibah kepada kita, maka kita wajib berprasangka baik kepada-Nya. Sudah sepantasnya kita meyakini bahwa yang kita alami tersebut akan membawa kebaikan bagi kita, baik untuk dunia kita maupun akhirat kita. Minimal dengan musibah tersebut, sebagian dosa kita diampuni oleh Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Oleh karena itu, maka lihatlah takdir ini dengan kacamata nikmat dan rahmat, dan bahwasanya Allah Ta’ala bisa jadi memberikan kita nikmat ini karena memang Dia sayang kepada kita.


Terkadang seseorang tertimpa takdir yang menyakitkan yang tidak disukai oleh dirinya, kemudian dia tidak bersabar, merasa sedih dan mengira bahwa takdir tersebut adalah sebuah pukulan yang akan memusnahkan setiap harapan hidup dan cita-citanya. Akan tetapi, sering kali kita melihat dibalik keterputus-asaannya ternyata Allah memberikan kebaikan kepadanya dari arah yang tidak pernah ia sangka-sangka.
Sebaliknya, berapa banyak pula kita melihat seseorang yang berusaha dalam sesuatu yang kelihatannya baik, berjuang mati-matian untuk mendapatkannya, tetapi yang terjadi adalah kebalikan dari apa yang dia inginkan.



Ya Allah..
Terima kasih atas kesempatan untuk aku bangun dan hidup dari subuh hingga ke malam hari ini..
Menghela nafas menghirup udaramu.
Terima kasih kerana aku masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diriku untuk menjadi lebih baik dari semalam...
Terima kasih atas rezeki yang kau limpahi
Walaupun tidak mewah tapi sangat mencukupi untuk diriku dan dikongsikan dengan orang lain...
Aku mohon padaMu
Jadikanlah aku orang yang bersederhana
Tidak membebankan orang lain
Tidak riak dengan apa yang Kau kurniakan
Tidak memandang rendah atas kekurangan orang lain
Jadikanlah aku orang yang sentiasa bersyukur
Jauhkanlah aku dari sifat mengungkit ungkit budi ku terhadap orang lain
Sesungguhnya aku sedar segala yang aku lakukan samada pemberian atau pertolongan ku kepada semua orang adalah atas izinMu.. Dan adalah hakMu dimana aku hanyalah perantara saja.
Berilah aku dan keluargaku rezeki yang halal.....
Matikanlah aku dan keluargaku dalam khusnul khatimah...
Jika masih panjang umurku...
Aku hanya ingin mencari redhaMu sebelum ajal menjemputku...
*Jika aku masih punya kesempatan untuk esok, bangunkanlah aku dengan penuh kesyukuran...*
Aamiin.....


“Aku menulis dan aku yakin pada saat aku menulisnya
Tanganku kan lenyap, namun tulisan tanganku kan abadi
Bila tanganku menulis kebaikan, kan diganjar setimpal
Jika tanganku menulis kejelekan, tinggal menunggu balasan.”


urusan orang hidup ini tak selesai-selesai
namun adakah kita wakafkan sedikit masa kita untuk
beribadat kepada Allah
jangan hanyut dengan urusan dunia


Lindungi lah diri daripada api neraka
“Berlindunglah kalian dari api neraka walaupun dengan separuh kurma” (Muttafaq ‘Alaih)


jadilah org beriman agar setiap tindakan kita bermanafaat
Lalu kita jadi senang hati
tidak mudah sedih
dgn kerenah kehidupan


Jangan bersedih
Sebab tidak semua yg kita nak akan kita dapat
Semuanya dalam ketentuan Allah
Redha lah
Dengan sabar dan syukur.


Jangan rasa hebat dengan amalan kita
Belum tentu selamat dengan
Godaan
Dalaman dan luaran.


Ada masa baca lah
Quran
Sebab itu surat kiriman
Dari tuhanmu
Ruangkan masa walaupun
5 minit utk bersama Al Quran
Srbelum kita kehilangan masa buat selama lamanya.


Jangan pernah nak hina masa silam orang. Sedangkan air hujan yang jernih datang dari awan yang gelap.
@takenote


Indahnya agama ini di sebabkan tegur menegur dan saling nasihat menasihati, tika kita menasihati itu belajarlah untuk membetulkan diri kita sama agar menjadi hamba yang ikhlas kepadaNya, kerana biasanya saat kita menasihati itu syaitan akan menjalari di segenap pelusuk jiwa kita agar datang penyakit sombong dan riak kepada diri yang memberi nasihat itu, ketika itulah hilangnya keikhlasan untuk di sampaikan, akhirnya para pendengar nasihat kita akan mensia siakan kata keluar dari bibir kita.. penat sahaja yang dapatnya!! rugikan?.. #saatmenasihatidiri
#dikotamadinaturrasul
#menjelangsubuh
~Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani~
@HijrahPendosa


Wanita bila berkahwin awal usia, rezekinya berbakti kepada anak dan suami. Allah sediakan ganjaran yang tinggi
Wanita yang jodohnya lambat , rezekinya menjaga kedua ibubapa, dipermudahkan urusan ibadahnya tanpa anak kecil
Wanita berkahwin tapi lambat dapat anak rezekinya Allah bagi masa panjang untuk berkongsi cinta dengan suaminya
Wanita berkahwin dapat anak ramai Allah bagi rezekinya melalui rezeki anak anaknya
Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi. Kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Syukur itu menjadikan kita bahagia.



🍁 DOA QUNUT NAZILAH 🍁
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا , ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ , وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ , و شَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ
يَاقهار يَا جبار يَا مُنْتَقِمَ
اللّهُمّ يَا مُنْزِلَ الكتَابِ , وَيَامُجْرِي السَّحَابِ , وَيَاحَازِمَ الْاحْزَابِ
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْناعَلَيْهِمْ
Maksudnya :
Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka
Ya Allah yang Maha memaksa Ya Allah yang Maha perkasa
Ya Allah yang Maha membalas Ya Allahu Ya Allahu Ya Allah
Yang turunkan kitab Yang gerakkan awan Yang tewaskan tentera ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Dan kemenangan untuk kami. ..


Setiap org ada jalan hidup masing2..namun matlamat hidup tetap satu iaitu ibadat kpd Allah


Jiwa yang penuh kasih sayang akan selalu merasa tenang kerana pengasih dan penyayang itu adalah sifat Allah yang sangat hebat..


Dalam Kehidupan Insan, Tidak Ada Yang Lebih Bernilai Melainkan Apabila Seorang Hamba Merasakan Dirinya Ini Hamba.
~Solat Di Awal Waktu Zohor. Usaha ruangkan masa untuk solat tepat pada masanya , meninggalkan urusan dunia kerana mengutamakan untuk menghadap Allah maka Allah akan mencintai insan ini di dunia dan akhirat.
Wallahi!


Takutlah berbuat zalim..kerana zalim itu adalah kegelapan pada hari akhirat.



Tuesday, December 05, 2017

KTP 055

Ya Allah jauhkan aku ahli keluargaku dan sahabat ku daripada neraka.
Sesungguhnya aku tak mampu berhadapan dgn penjaga neraka bengis,ganas dan kasar..kekuatan nya dapat mengalahkan seluruh manusia.
ya Allah takutnya.
rujuk surah attahrim ayat 6


Sahabat, ingatlah apabila menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran. Sabda Nabi s.a.w., "Apabila hari sudah senja, tahanlah anak-anak kamu dari keluar rumah kerana syaitan-syaitan berkeliaran ketika itu. Apabila sudah berlalu sebahagian daripada malam, maka biarkanlah mereka tetapi kuncilah pintu dan sebutkan nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak mampu membuka pintu yang dikunci pintu yg telah disebut nama Allah . Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bekasmu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya..."~(Riwayat Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.a.)''
~ZIKIR/ STANDBY MAGHRIB


Jangan bersedih sahabatku
Bila Allah menguji kita, maka jauhkan hati dari keluhan dan tingkatkan iman dalam setiap langkah


Jangan resah bila ada yang membencimu kerana masih banyak yang mencintaimu di dunia ini. Tetapi resahlah bila Allah membencimu kerana tak ada lagi yang mencintaimu di akhirat



Semakin kita mengenal Allah maka semakin luas kasih sayang Nya


Perelokan kata-kata kita
kerana ia juga
satu sumbangan ketenangan untuk sahabat kita


Kenapa cinta harus kerana Allah.
Kerana itu lah
jalan Bahagia


alangkah indahnya jika setiap kerja kita ingat pada Allah..maka terasa setiap detik itu menjadi ibadat yang tak putus-putus.
di mana Allah dalam hatimu..


Seteruk mana pun 
perjalanan hidup kita
jangan berhenti teruskan
berjalan


orang boleh menghina kita
namun kita berhak untuk tidak rasa terhina
sebab hati itu milik kita
dan kita boleh isikan dengan
bahagia dan ketenangan
pesanan ini khas untuk org beriman


Jangan tunggu hujan berhenti
teruskan perjalanan mu
kerana di tangan mu ada payung


jangan terlalu ingin kan penghargaan
Tidak semua orang menhargai 
kebaikan yg kita buat
sebab ramai yang buta
kebaikan itu tetap diteruskan
Allah lebih mengenali hambaNYA

Nasihat untuk orang baik baik
jangan takut untuk berkata TIDAK
bila memang kita perlu berkata TIDAK
kerana ia boleh makan diri sendiri
dengan rasa bersalah yang tak tahu punca


anda tersalah redha
bila redha itu menyakitkan
hati jadi sempit
sepatutnya redha itu hadir bersama
ketenangan dan kebahagian
sebab redha dengan ikhlas


jika kita rasa sakit
maka lepaskan genggaman itu
kerana ada ketikanya tanganmu
tidak kuat...


Baik atau buruknya perangai kita turut dipengaruhi bagaimana persekitaran kita.
Kalau kita punya kawan yang baik, inshaa Allah, kita juga turut baik.Jika sebaliknya, maka seperti itulah kita.
Pilihlah kawan-kawan yang sentiasa ingatkan kita kepada Allah.
Andai kita dah ada kawan seperti itu, jangan sekali berjauhan dengannya.


Hujan itu sedang berzikir kpd Allah..lalu berzikirlah bersama sama hujan.


Bahagia bersama orang tersayang adalah nikmat yang indah menyentuh hati dan rasa dengan seribu erti, tanda kasih Allah yg perlu disyukuri.


Jangan terlalu kedekut..sbb duit tak boleh dimakan
Derma lah sbb duit itu boleh jadi pembantu di akhirat nanti.


Pastikan anak anak berada di rumah sebelum maghrib.kalau tidak anak kita jadi kawan syaitan atau syaitan manusia..dan dia tak jadi manusia lagi...


Nasihat lah anak supaya gi sekolah jadi org baik..bukan setakat jadi pandai..


Tolong lah
Hari ini kita tolong org
Lepas ni Allah tolong kita pula
Apa susah...


Saudara mara nak lupa pada kita..tak apa
Jangan kita lupa pada saudara mara
Rugi besar
Pahala besar org yg sambung silaturahim pada saudara nya yg putuskannya..



Buat amalan adalah utk mendapat redha Allah
Bukan untuk menunjuk2 pada manusia


Cara menyembuhan penyakit hati 
Antaranya
Ialah dengan
Ilmu dan amal


Sekiranya kita takut pada Allah
maka keluarkan lah kotoran yg ada dalam
Hati kita iaitu
pemusuhan
Pembohongan
Dan kedengkian.


Tuhan menghantarkan harapan ketika keadaan desakan yang paling kuat. Jangan lupa, hujan yang paling lebat datang daripada awan yang paling gelap.
Rumi


Kita selalu mengeluh bila berdepan dengan masalah, bila diuji dengan kesusahan. Namun, tidak pernahkah terlintas di fikiran bahawa masih ada lagi insan yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat. Andai Allah tahu kita tak mampu hadapinya, sudah tentu Allah tidak akan menguji kita dengan ujian-ujian tersebut. Percayalah, kerana kasih sayanglah Allah menguji dan tidak Allah datangkan ujian itu tanpa jalan keluarnya. Janji Allah itu pasti! Setiap yang tersimpul, pasti akan terungkai dan setiap yang sukar pasti ada hikmahnya. Jadi, tak salah juga kalau kita cuba renungi keluhan-keluhan di bawah agar hati yang lemah diuji kembali mendapat kekuatan.




.

Tuesday, November 21, 2017

Bersama Ustaz Pahro Muhamad Joi

Masa itu makhluk Allah. Antara tugasnya ialah mematangkan kita menghadapi kesedihan dan kemarahan.
Sabarlah, biarkan saja masa berlalu... kerana itulah cara Allah mendidik kita menerusi makhluknya yang bernama masa!


Kejayaan itu bukan kesempurnaan tetapi melakukan lebih baik daripada kebiasaan.
Jadilah orang baik dengan memberi kebaikan yang lebih baik daripada kebiasaan.


Soalan yang paling banyak ditanyakan kepada saya selepas seminar, program latihan dan kuliah ialah, "mengapa ustaz tidak menulis lagi dalam majalah Solusi?"
Saya selalu menjawab dengan diam dan senyum.
"Mengapa ustaz menjawab dengan senyum dan diam?"
Saya menjawab, "kerana kini Solusi berada di tangan yang lebih baik."
"Lebih baik tulisannya?"
"Yang lebih baik amalannya," jawab saya pasti.


Berdoa bukan tanda lemah, doa itu tanda gagah. Orang yang paling kuat ialah orang paling kuat hatinya. Dan hati yang paling kuat ialah hati yang mampu berdoa.
Mengapa masih ramai yang tidak mampu berdoa? Ketahuilah Allah mencipta hati buat semua manusia...tetapi ada hati yang lebih kuat berbanding hati yang lain.


Tanpa disedari adakalanya kita hendak Islam ikut kita, bukan kita ikut Islam. Dengan mentafsirkan apa yang Allah kata mengikut apa yang kita kata!


Mengaku sahajalah wahai diri bukankah kau selalu rasa begini? Kau boleh menipu orang lain....tapi mampukah kau menipu diri mu sendiri?


Kesedihan akan melanda apabila kita kurang memberi. Justeru, memberilah, InsyaAllah kegembiraan akan kembali menyinari hati kita.
Memberi bukan hanya dengan harta tetapi juga dengan kata-kata yang baik, kemaafan, dengan masa, tenaga, senyuman ataupun doa.
Jangan tunggu menjadi orang yang baik untuk memberi kebaikan tetapi berilah kebaikan untuk menjadi orang yang baik.


Jika datang tanpa dipinta kenapa kembali harus ada nestapa?
Innalillah wa inna ilaihirajiun...
Hidup sebenar ialah hidup selepas mati.


Wahai para suami..
“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita.
Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’
“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’
Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’
“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’
Mereka menjawab: ‘Benar.’
Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’
Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)
# Oleh sebab itu, setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini.
Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati.
Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka.
Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga.
Bersedekahlah kerana cinta !
~ ust Pahrol Muhamad Juoi


Kita sama sahaja
Sama alpa sama berdosa
Jangan kutuk anak orang merokok
Kalau tudung anak sendiri...
masih menunjuk lekuk dan bentuk
Ghairah mengata orang musyabbihah
Kita sendiri masih kental..
kabel dan rasuah
Kita sama sahaja
Sama alpa sama berdosa
Sangat anti hadis daif dan bid'ah
Tapi di hati sendiri bersarang...
sifat mazmumah
Ada yang begitu rajin bersolat
Tapi masih tega mengumpat
Pergi haji dan umrah berkali-kali...
Tapi susah kerabat sendiri tidak peduli
Kita sama sahaja
Sama alpa sama berdosa
Sebaiknya jangan menuding jari...
Tetapi sama-sama memperbaiki diri!


Tanda sebuah organisasi sedang bermasalah:
1. Tidak ada kesetiaan kepada atasan.
2. Penggantian pekerja kerap berlaku.
3. Pelanggan tidak puas hati.
4. Keuntungan merosot.
5. Kurang motivasi kerja di kalangan anggota.
6. Kualiti dan produktiviti kerja rendah.
Punca utama organisasi bermasalah ialah pemimpin yang tidak punya integriti. Cakap dan sikapnya tidak sejajar.
Katanya, dia mementingkan pekerja tetapi sikapnya mementingkan diri dan keluarga. Dia hanya mengarah dari jauh tetapi tidak mengajak dari dekat.
Dia sering 'absent' di lapangan, lalu dia akhirnya hilang dari hati dan perasaan bawahannya.
Dia sering membuat janji ketika gembira dan membuat keputusan ketika marah. Akhirnya, janjinya tidak ditepati. Keputusannya sentiasa salah.


Apa yang mengganggu hati mu dalam solat itulah juga yang akan mengganggu mu ketika Sakaratul Maut...kerana bagaimana keadaan mu ketika bertemu Allah di dalam solat itulah bayangan dirimu ketika bertemu Allah ketika kembali kepadaNya.


Bila semua yang disentuh tidak menjadi. Bila yang diusaha semua tak kena. Jangan dicari jauh-jauh apakah puncanya...itu semua kerana dosa mu!
Ingat itu wahai diri.


KTP 054

SAHABAT SURGA KU❤*
*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.*
*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*
*Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,*
*Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,*
*ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.*
*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*
*menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.*
*Kuteringat satu kata-kata;*
*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*
*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."*
*Saidina Umar Al-Khattab*
*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*
*Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*
*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*
*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.*
*Buang segala sifat tercela di hati.*
*Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*
Moga bermanfaat .. Aamiin 33


Bila cinta pada Allah penuh di hati. Maka hati tidak akan tertipu dengan harta dunia
Ya Allah anugerahkan cinta itu pada hati kami.


*DOA UNTUK KAMU*
〰🍃🌺🌸🍃〰
Ya ALLAH,
Bila saat ini ada yang berduka,
Kau hiburkanlah mereka.
Bila saat ini ada yang sedang menangis,
Kau hapuskanlah air mata mereka.
〰🍃🌺🌸🍃〰
Bila saat ini ada yang sedang sakit,
Kau sembuhkanlah mereka.
Bila saat ini ada yang keliru,
Kau tunjukkanlah jalan baginya.
〰🍃🌺🌸🍃〰
Jika saat ini ada yang kesusahan,
Kau permudahkanlah urusannya.
Jika saat ini ada yang gelisah,
Kau anugerahkanlah sebuah ketenangan.
〰🍃🌺🌸🍃〰
Jika saat ini ada yang Kau 'jemput' pulang,
Hadiahkanlah mereka Syurga.
*Aamiin Yaa Robbal 'alaamin*〰🍃🍃🌺🍃🍃〰



Ya Allah terasa lah diri ini kerdil
Tidak ada apa2
Selain dari rahmat dan kasih sayangMu


Carilah sahabat yg baik beriman
Kerana dia boleh membantu kita ke syurga
Indahnya persahabatan itu kerana Allah.


Tak payah lah kita nak menunjuk nunjuk diri kita hebat.
Orang suka/sayang pada kita tidak perlu pada sikap itu.
Lagi pun hanya sementara je..


Kesabaran itu boleh membuatkan orang lupa
Kepedihan sakit.


Hadiah hari ini:
Untuk sahabat.
Aku tidak menghadiahkan kepada sahabat-sahabatku Matahari dan Bulan kerana keduanya akan hilang (dengan pergantian Siang dan Malam)..
Aku tidak menghadiahkan kepadamu lilin dan ais, kerana keduanya akan meleleh.
Aku tidak menghadiahkan kepadamu Bunga dan Mawar kerana keduanya akan layu.
Namun aku menghadiahkan untukmu :
سبحان الله
والحمدلله
ولا إله إلا الله
والله أكبر
Kerana hadiah itu kekal untukmu di timbangan (Akhirat)
Aku memohon kepada Allah yg Maha Agung untuk diriku dan dirimu:
Agar menjauhkan dari kita semua 3 perkara..
Kefakiran
Kesempitan
Kekeliruan
Dan menjaga untuk kita 3 perkara..
Diri kita
Keluarga kita dan
Agama kita
Dan membahagiakan kita dengan 3 perkara..
Luasnya Rezeki
Syukur Nikmat
Panjang Umur..
Dan memalingkan kita dari 3 perkara.
😪Neraka Jahannam,
Mata yang Dengki,
Bara Kebencian
Dan membantu kita kepada 3 perkara
MengingatNya
MensyukuriNya
Ibadah kpdNya
Semoga Allah membahagiakan waktu waktu kita dengan segala kebaikan dan Vitamin (ص) iaitu :
- Shoum
- Sholat
- Shodaqoh
- Shobar
- Shilaturrahim
- Shiddiq
- Shahabat Sholih/ah
Bacalah doa ini di dalam sujud.
(Dalil Al Qur'an):
"Maka kami qabulkan doanya dan Kami selamatkan dia daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.
( Qs Al anbiya' 88 )*
🌀Jangan tinggalkan UBAT ini hanya di hp......bahagi-bahagikan secara percuma. Sebarkan sebagai ladang ibadah kita...In shaa Allah.



Apabila seorang hamba merasa dirinya berada di bawah titik paling rendah dalam kadar hitungan imannya, hendaklah ia melihat kepada ketinggian iman orang lain di sekelilingnya. Perhatikanlah hamba-hamba Allah yang khusyuk berdoa sambil menangis, walaupun hati ini keras tak tembus dengan tangisan tetapi sekurang-kurangnya kita mahu menangisi diri sendiri kerana tidak boleh menangis. Betapa malunya membandingkan kejahilan diri kita dengan para ulama, kemalasan kita dengan orang yang ihsan, riya' yang terpalit di hati ini bandingkanlah dengan sifat ikhlas yang menghiasi jiwa orang lain. Orang kaya yang bersedekah satu gantang berasa malu melihat orang miskin boleh bersedekah sepuluh kali ganda daripadanya. Semua orang mukmin yang mulia akhlak dan kuat ibadatnya serta luas kefahaman ilmunya menjadi teladan untuk kita. Pandanglah mereka dengan penghormatan dan kemuliaan dan segera bandingkan dengan diri sendiri, di manakah silapnya diri kita yang tidak setaraf iman dengan mereka. Jika mereka umpama bintang-gemilang kita pula hanya lilin kerdil yang kerjanya hanya membakar diri saja. Di antara orang yang malu dengan yang tak tahu malu, amat jauh beza pada pandangan manusia apatah lagi jika Allah yang memandangnya.
MUHASABAH!


*Cerita Dunia*
Hidup ini jangan di sia siakan
Tua Muda datang sekali..
Jangan fikir hari esok ada lagi
Berbuatlah kebaikan ditiap ruang
Dunia yang dicari-cari..
Makin dicari makin melari..
Bila buang ketepi..
Datangnya berlari-lari..
Insan…
bila kita mencermin diri,
adalah sebaliknya
seminit dengan mendalam
engkau menatap
engkau tanya satu soalan
kepada insan dicermin
untuk siapakah engkau
sememangnya…
sukar…….
hidup seribu insan
namun pasti ada suratan
Pasrah akan menyahut
biarpun pahit namun
tetap akan ditelan
kerana hidup sukar
dimengertikan
ibarat mimpi dalam khayalan.
Jangan terpedaya......
Dunia yg penuh janji
Melainkan engkau jadikann
Jambatan kehidupan abadi.
Tuhan pasti telah memperhitungkan
Amal dan dosa yang telah kita perbuat
Kemanakah lagi kita kan sembunyi
Hanya kepadaNya kita kembali
Tak ada yang bakal bisa menjawab
Taat rukuk dan sujudlah padaNya
Itulah cerita dunia yang sebenarnya
Sesungguhnya sebesar besar
Pengharapan adalah REDHA
RAHMAT ILAHI.
TUHAN…
Janganlah ENGKAU berikan nikmat
Yang tidak bisa aku mensyukurinya
Hingga ENGKAU kecewa padaku
Berilah aku kesempatan untuk
membuktikan cintaku ini
Pada Mu
Dengan terus mengabdi
Pada MU
Sepanjang hidupku
Rabbana Taqabbal Minna
Innaka Antas Sami'ul 'Alim .



Ketika Muaz bin Jabal ra. berjumpa dgn Nabi saw.,dia tanya satu soalan yg simple,
" Ya rasulullah,tunjukkan aku satu amalan yg boleh membawa aku masuk syurga".
Tuan2,inilah satu soalan yg patut ada didepan kita,bukan macammana saya nak jadi jutawan,macammana saya nak kaya,macammana nak anak saya dapat 9A.
Itu bukan soalan yg penting.
Macammana saya nak masuk syurga dgn isteri saya sekali,dgn anak2 saya sekali....macammana saya nak kesyurga!
Sebab itu kata Nabi saw.,soalan ini besar,soalan ini berat sebenarnya,tetapi ada org yg ALLAH permudahkannya.
Tuan2 lihat org yg ALLAH permudahkan,dia mudah bertaubat.
Org lain tak nampak lagi nak bertaubat,bila dah kena bala berpuluh kali baru nak bertaubat.
Tapi tuan2 ada org yg ALLAH mudahkan dia bertaubat....lepas taubat ALLAH mudahkan dia buat amal soleh....lepastu ALLAH mudahkan...mudahkan.
Itulah tanda dia ahli syurga.
Demikian juga ada org dari awal dia lahir ALLAH jadikan dia taat pada ALLAH sampaikan umurnya 80 tahun,90 tahun, kekal dia istiqomah dlm agama.Inilah org yg ALLAH permudahkan dan sebab itu kita bersyukur bila kita berada dijalan ALLAH.
Dan kita nampak,
"saya kemasjid mudahlah",
Tengok org lain susah nya.
Kita tanya dia,
" awak tak kemasjid?,"
dia jawab,
" tak dan....tak dan",
Lihat susahnya dia,maknanya susahnya dia nak masuk syurga.
Kita,ALLAH bagi senang,nak sedekah senang,tak payah fikir 10 kali,nak tahajud senang,....kadang2 tak payah kunci jam,terus bangun je kita,mudahnya bangun,....nak menuntut ilmu mudah,....org lain nak menuntut ilmu punyalah susah,...suruh belajar taknak belajar.
Kita tanya,
" belajarlah sikit,kita ni takda ilmu".... taknak juga,tak belajar sampai kemati,....dia mati dlm keadaan jahil.
Tetapi bila ALLAH nak pilih org itu ahli syurga,semuanya mudah,....belajar mudah,buat ibadah mudah.
Maka, tuan2 bersyukurlah pd ALLAH bila ALLAH lorongkan kita dlm hal agama mudah.
#UstazMatEsa
#SyarahKitabAlAzkar



Bila kita buat baik maka jangan harap orang membalas kebaikan kita
Tapi kita mengharap Allah lah yg akan membalasnya.


Suami yang baik itu
Selalu bertimbang rasa terhadap isteri dan
Dan penyayang pada anak2
Selalu utamakan kemaafan.


Akhlak mulia
Bila ada orang buat salah pada kita
Jangan marah
Jangan kata apa apa
Cuma beri kemaafan.


Ziarah lah orang sakit
Tanpa ada syarat
Kerana di situ ada kasih sayang bersulam keimanan
Cuma mmg beratlah
Untuk memulakan langkah yg pertama.


Pesan ustaz, "Berhati-hatilah jika jiwa kita malas beristighfar malah menunda-nundanya. Sebahagian Salafusoleh berkata, "Allah swt tidak mengilhamkan istighfar kepada seseorang kerana Dia ingin menyeksanya."
#zon kuLiah


Pasakkan kesungguhan hati berkehendak kepada keampunan dan redhaNya..


Ucapkanlah Alhamdulilah sentiasa agar kita tidak ada waktu untuk mengeluh.
Alhamdulilah.


Barangsiapa yang menganiaya nescaya akan dianiaya.
Setiap sesuatu ada pembalasan.


Ketenangan itu ada dalam sabar.


TANDA SUSAHNYA MENCAPAI HAKIKAT KEROHANIAN
1. Di dalam sembahyang, ketika zahir kita berdiri, rukuk dan sujud, mulut kita memuji Allah swt. Adakah hati kita turut sama untuk menghayati apa yang kita baca itu? Adakah hati kita juga menghadap Allah swt khusyuk, tawadhuk, rasa hina diri depan Allah dan rasa malu apabila berdepan dengan Zat yang Maha Mulia?
2. Pernahkan kita rasa indah dapat bersendirian di tempat yang sunyi kerana mengingati Allah dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Allah, mengenang dosa-dosa dan berazam untuk membanyakkan amal bakti kepada Allah swt.?
3. Kalau ada umat Islam yang menderita, adakah kita rasa sensitif?
4. Adakah kita sentiasa mengingati bahawa mati itu boleh datang secara tiba-tiba dan kita bersiap sedia menghadapi kedatangannya?
5. Pernahkah kita menghitung berapa banyak harta kita, duit kita, rumah kita, kereta kita, pinggan mangkuk, perabut; baju, kasut dan sebagainya yang akan dihisap di akhirat kelak?
6. Pernahkan pula kita menghitung dosa-dosa zahir dan rohani sambil menangis kerana istighfar kita terlalu sedikit berbanding dengan dosa kita yang menyebabkan kita menjadi bahan bakaran api neraka?
7. Pernahkah kita fikirkan orang yang pernah kita umpati, kasari dan hina disertai dengan meminta maaf daripada mereka yang pernah kita aniayai?
8. Apakah kita rasa sabar dengan ujian sakit yang Allah timpakan kepada kita?
9. Adakah kita redha dengan segala takdir dan pemberian daripadaNya?
10. Adakah pernah kita bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita seperti nikmat mata, tangan, akal, kaki, kesihatan dan sebagainya?
11. Kalau kita miskin, adakah kita bahagia dengan kemiskinan kita kerana tidak payah mentadbir nikmat Allah yang akan dihisab diakhirat kelak?
12. Kalau kita kaya, adakah kita bersyukur dan membatu mereka yang kurang mampu?
13. Adakah hati kita rasa tenang apabila dicerca dan bimbang dipuji, kerana dengan cercaan itu kita akan tambah berhati-hati dengan dosa dan apabila dipuji ia akan merosakkan hati dengan ujub dan bangga diri?
14. Adakah kita sentiasa meminta maaf di atas kesalahan kita?
15. Kalau orang lain mendapat kesenangan dan kejayaan, dapatkah kita merasa gembira dan turut bersyukur dibatas nikmat Allah ke atasnya tanpa hasad dan dengki?
16. Setiap kali orang bersalah, adakah kita menasihatinya dengan penuh kasih sayang dan tidak menghina dan mencercanya?
17. Adakah hati kita terhindar daripada jahat sangka dan prasangka pada orang lain?
18. Adakah kita sanggup bertolak ansur dengan orang lain diwaktu kita juga didalam kesusahahan?
19. Adakah kita merasa cukup dan puas dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa yang tiada?
Petikan dari buku Huraian Ihsan dan Ilmu Tasawwuf.


WANITA HITAM PENGHUNI SYURGA
Atha’ bin Abu Rabah berkata: Ibn ‘Abbas radiallahu ‘anhuma berkata kepada: Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang wanita daripada kalangan penghuni syurga. Aku menjawab: Sudah pasti ! Ibn ‘Abbas berkata: Inilah perempuan kulit hitam yang datang berjumpa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, lalu dia berkata kepada baginda: Sesungguhnya aku menghidapi penyakit sawan (lalu apabila sawan ku datang), aurat aku akan terbuka. Doalah kepada Allah untuk diri ku.
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Jika engkau mahu, engkau boleh bersabar, dan untuk engkau syurga. Jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau. Allah akan menyembuhkan engkau. Wanita itu berkata: Aku akan bersabar, tetapi aku sering terbuka aurat (bila penyakit sawan datang). Berdoalah kepada Allah agar aurat aku tidak akan terbuka. Maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mendoakan beliau.
Atho’ bin Abu Rabih memberitahu Ibn Juraih bahawa dia melihat Ummu Zufar (wanita di atas) yang tinggi lampai dan berkulit gelap di sisi Kaabah.
[Sahih al-Bukhari, (كتاب المرضى) Kitab Pesakit, (باب فَضْلِ مَنْ يُصْرَعُ مِنَ الرِّيحِ) Bab Kelebihan Orang Menghidap Penyakit Sawan, hadis no : 5220]
Siapakah wanita kulit hitam penghuni syurga ini?
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah menyebutkan dalam Fathul Bari bahawa nama wanita ini adalah Su’airah al-Asadiyyah (سعيرة الأسدية).[1] Beliau merupakan tukang sikat kepada isteri baginda, Khadijah bte Khuwailid radiallahu ‘anha.[2]
Kisah Ummu Zufar yang ringkas ini wajar menjadi teladan kepada Muslimah khususnya. Siapakah di antara kita yang berdoa agar dia menjadi muslimah solehah? Ya, ramai daripada kita berdoa untuk diberikan kebaikan dunia dan akhirat, dijadikan anak yang soleh/solehah, dimurahkan rezeki, diberikan suami yang soleh, tetapi adakah siapa di antara kita pernah meminta doa sebagaimana yang diminta oleh Ummu Zufar?
Dia sedar auratnya terbuka ketika diserang penyakit sawan, tetapi dia mahukan syurga, tetapi dia juga mahu maruahnya terjaga.
Bagaimana pula dengan keadaan kaum Muslimah kini, khususnya di Malaysia. Adakah masih wujud alasan untuk membuka aurat sedangkan wanita kulit hitam penghuni syurga ini pun masih berusaha menjaga auratnya walau ketika diserang penyakit sawan.
Wahai saudari ku,
Kita semua insan yang tidak sempurna. Berdoalah agar kita menjadi insan yang solehah, berdoalah agar aurat kita tertutup sentiasa, berdoalah agar kita menjadi insan yang bermaruah sebagaimana bermaruahnya Su’airah al-Asadiyyah !
Rujukan:
Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari
Al-Isobah Fi Tamyiz as-Sahabah



BINTIK HITAM DIKERTAS PUTIH
Suatu hari seorang profesor masuk ke dalam kelasnya dan meminta murid-muridnya untuk bersiap-siap kerana akan ada ujian peperiksaan. Profesor lalu membahagi-bahagikan kertas ujian , dengan teks yang menghadap ke bawah sama seperti biasa.
Setelah selesai menyerahkannya, ia meminta murid-muridnya untuk membalikkan kertas soalan. Namun semua murid terkejut kerana tidak ada pertanyaan sama sekali, yang ada hanyalah titik hitam tepat di tengah halaman. Profesor melihat di wajah semua muridnya, dan berkata kepada mereka, "Saya ingin Anda menulis apa yang Anda lihat di sana."
Para pelajar bingung, bagaimana caranya untuk menjelaskan tugas itu.
Pada akhir jam kelas, profesor mengambil semua kertas jawapan dan mulai membaca setiap hasil jawapan dengan keras di depan semua pelajar. Ternyata semua murid tanpa pengecualian hanya menjelaskan tentang bintik hitam, dan mencuba untuk menjelaskan posisinya di tengah-tengah lembar, dll.
Setelah semua kertas jawapan telah dibaca, seisi kelas menjadi diam, profesor lalu mulai menjelaskan, "Saya tidak akan mengambil nilai markah dari ujian ini, saya hanya ingin memberikan sesuatu kepada Anda semua untuk direnungkan. Tidak ada satupun yang menulis tentang bahagian putih dari kertas. Semua orang hanya terfokus pada titik hitam, dan hal yang sama terjadi dalam hidup kita. Kita memiliki kertas putih untuk dilihat dan dinikmati, tapi kita selalu fokus pada titik-titik hitam. Hidup kita adalah kurnia yang diberikan Tuhan kepada kita dengan penuh cinta dan perhatian dan kita memiliki alasan untuk selalu bersyukur.
Namun kita sentiasa berfokus hanya pada bintik-bintik gelap seperti masalah kesihatan yang mengganggu kita, masalah kewangan, hubungan yang rumit dengan anggota keluarga, kekecewaan dengan teman, dll.
Titik-titik hitam sangatlah kecil bila dibandingkan dengan segala sesuatu yang kita miliki dalam hidup kita, tetapi titik-titik hitam selalu mencemari fikiran kita.
Jauhkan pandangan Anda dari titik hitam dalam hidup Anda. Bersyukurlah untuk setiap nikmat yang kita terima, setiap detik masa yang diberikan kehidupan kepada Anda.
Berbahagialah dan jalani hidup ini dengan fikiran yang positif dan penuh kesyukuran.
Jangan jadikan titik hitam menutupi bahagian putih yang banyak. Jangan jadikan kelemahan sedikit saja menutupi ribuan kebaikan yang ada padamu.









TANDA MEMILIKI HATI YANG BERSIH
Hati yang bersih akan menjadikan kita orang yang baik, menghargai orang lain mengeluarkan lisan yang baik dan perbuatan perbuatan yang baik, akan tetapi sebaliknya kalau hati yang kotor.
Tanda tanda hati yang bersih menurut islam
Rasulullah bersabda
“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada segumpal darah (hati), apabila hati itu baik maka baik pula seluruh diri dan amal perbutan manusia dan apabila hati itu rusak maka rusaklah seluruh diri (amal perbuatan manusia tersebut). Ingatlah,ia adalah hati”.
(Shahih Bukhari dan Shahih Muslim dari Nu’man IbnBasyir ra).
Saudaraku disayangi Allah SWT,
Meskipun tidak seorangpun yang mengetahui isi hati orang lain kecuali Allah SWT dan dirinya sendiri, hati yang bersih mempunyai tanda2 yang nampak dizahirnya. Sebab hati yg baik dan suci akan melahirkan amal ibadah yang soleh dan tindak tanduk yang baik.
Tanda-tanda hati yang suci sebagaimana disebut dalam Al-Qur’an boleh disebutkan sebagai berikut:
MERASA TENTERAM APABILA ZIKIR/MENGINGATI ALLAH
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AR-RAD : 28, yang berbunyi :
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram”.
MERASA GEMENTAR HATI BILA INGAT ALLAH
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-ANFAL : 2, yang berbunyi :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal”.
dan Surat AL-HAJJ : 34-35, yang berbunyi :
“…..Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka”.
BERLUMBA LUMBA DALAM KEBAIKAN
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-MU’MINUN : 60-61, yang berbunyi :
“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka, mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehnya”.
MENGAGUNGKAN SYIAR-SYIAR ISLAM
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-HAJJ : 32, yang berbunyi :
“…..Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati”.
TIDAK MENCINTAI DAN TIDAK SETIA KEPADA PENENTANG ALLAH DAN RASULNYA
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-MUJADILAH : 22, yang berbunyi :
“Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat) Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung”.
TIDAK MERASA DENGKI KEPADA SAUDARA SEISLAM
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-HASYR : 10, yang berbunyi :
“….”Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.
Dan Surat AL-HIJR : 47, yang berbunyi :
“Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara….”.
TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-HASYR : 9, yang berbunyi :
“Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung”.
KEIMANAN SENTIASA BERTAMBAH
seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AL-FATH:4 yang berbunyi :
“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)….”.
SENANG MENGIKUTI PETUNJUK AL-QUR’AN
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat AZ-ZUMAR:22-23, yang berbunyi :
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya . Dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya”.
Dan surat AL-‘ANKABUT:49, yang berbunyi :
“Sebenarnya, Al Qur’an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim”.
HIDAYAH SEMAKIN BERTAMBAH
Seperti dijelaskan Allah dalam Al-Qur’an surat MUHAMMAD:16-17, yang berbunyi :
“Dan di antara mereka ada orang yang mendengarkan perkataanmu sehingga apabila mereka keluar dari sisimu mereka berkata kepada orang yang telah diberi ilmu pengetahuan (sahabat-sahaba t Nabi): “Apakah yang dikatakannya tadi?” Mereka itulah orang-orang yang dikunci mati hati mereka oleh Allah dan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan orang-orang yang mendapat petunjuk Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya”.
Dan Allah hanya menerima hati yang bersih yaitu hati yang selamat (qalbun salim)… seperti di firmankan Allah dlm Al Qur’an surat Al-Fajr 27-30, yang artinya :
“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku”.
Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya…
Semoga Bermanfaat Untuk Diri Sendiri dan Terima Kasih kepada yang telah menulisnya.
Saya cuma menyalin kembali dan memgumpulnya.
Oleh : Ahmad Amzad Hashim