Wednesday, October 11, 2017

KTP 045

Kebahagian itu ada bersama kesulitan kesusahan
Persoalannya sama ada jumpa atau tidak
Paling bahagia..bila kita menjumpainya.


Terlalu kerdilnya diri
Menerima pemberian Allah
Yg mencurah curah
Jangan berhenti
Utk mengucapkan Alhamdulillah
Jika Allah minta bayaran
Tak terbayar kita...


Sifat ramah tamah
Allah itu maha peramah..dan kita adalah hambaNya..


Bersih kan hatimu
Baru lah kau mampu
Sentuh hati insan lain


Masukkan rasa bahagia ke dalam hati sahabatmu
Ringankan lah penderitaannya.


Allah telah muliakan kita
Namun nafsu telah hinakan kita
Jangan bersama kehinaan.


Cinta pada manusia
Mungkin akan sakit
Atau disakiti
Namun cinta pada Allah
Abadi..nan indah


Cinta pada Allah
Akan mengurangkan rasa sakit
Dan luka di hati.


Jangan sakiti orang
Kerana perjalanan kita
Ke syurga
Bersama redha Allah.



Kagumilah manusia setakat
Kelebihan yg Allah beri padanya
Kerana segala galanya milik Allah


Jika hati bersama Allah
Maka pandangan akan menjadi indah.


Hati akan resah gelisah
Jika tidak yakin dengan kekuasaan Allah.
Hati akan resah gelisah
Jika ikut campur dalam hal yg telah ditentukan Tuhan.
Hati akan resah gelisah
Tidak redha dgn ujian yg datang
Hati akan resah gelisah
Jika anggap Tuhan yg maha adil
Tidak adil.


Ya Allah
Hiasi umur kami dgn keberkatan
Hiasi umur kami dengan kebaikan
Jadikan
Umur kami mutiara manafaat
Buat umat.


Ya Allah bangkitkan kami bersama dgn Rasulullah yang amat kami cintai.


Dalam hidup ada kehilangam
Dalam hidup ada kesepian
Apabila kedua dua bersatu
Maka kita amat2 perlu mengadu pada Allah.


Jaga apa yg ada pada tangan kita
Tak perlu kejar apa ada pada tangan manusia.
Jika kita tak dapat apa yg kita suka
Maka suka apa yg kita ada
(kan cantik kalau macam tu)


Cinta yg suci itu
Milik orang yang
Ada
Harapan
Percaya
Yakin
Berani
Dan tabah
Sebab
Dia pernah dikianiti
Dia pernah kecewa
Dia pernah disakiti
Cintanya tetap seperti itu


Cinta itu harus diberi
Tidak boleh disimpan
Bila memberi cinta jangan mengharap balasan
Cukup diikat dengan doa


Kalau benar jgn terlalu berani
Kalau takut jangan terlalu takut
Sedang2 saja..


Hati yg sakit boleh
Disuburkan kembali
Jika kesabaran dibenarkan masuk
Masalah..kesabaran sering dipersoalkan..malah ada yg tidak bagi peluang.



Bina kebaikan
Jangan diroboh kebaikan
Kerana keburukan
Sedang bersiap sedia untuk menggantikannya.



Kalau sedih menangislah
Tak ada masalah
Kerana kau manusia.


Jangan berputus asa
Jangan menyerah kalah
Jangan kecewa
Kerana sakitnya akan bertambah.


Ada org kata
Sahabat sejati itu akan memimpin anda
Dan menyentuh hati anda.
Payah juga nak cari org yg boleh sentuh hati


Jangan lukakan hati
Lutut luka mudah sembuh
Tapi hati luka..kesannya amat dalam...


Seseorang itu akan menjadi kaya. Jika dia bersama Allah dalam hidupnya...hidup kerana Allah.


Kita akan jadi miskin jika ikut syaitan.
Kerja syaitan menjanjikan ketakutan dan kebimbangan
Jika bersedekah kita akan miskin


Jangan mudah menghukum nasib orang lain.
Nasib sendiripun kita tak tahu.
Hudup sbg hamba Allah.


Sedarlah diri itu siapa..hanya menumpang dibumi Allah.
Maka beradab lah pada pemiliknya.
Jangan nak memandai-mandai


Baik hati itu indah
kesan umum menggunakan hati sebagai cerminan personaliti seseorang. Ketika orang menyebut seseorang berhati baik, maka kesan yang muncul dalam fikiran adalah keseluruhan aspek keperibadian seseorang menjadi terkesan baik. Tidak demikian jika orang menyatakan seseorang cerdas, maka sebutan itu kesannya hanyalah sebagian dari personaliti orang yang dimaksudkan.


Sedekahilah kepada orang yang miskin susah , tolonglah orang-orang yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang terkena musibah, niscaya Anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua
sisi kehidupan Anda!


INGATKAN AKU TENTANG 5 PERKARA, SAHABAT*
*Sepertimana Imam As-Syafie ada berpesan:*
_“Jika engkau memiliki sahabat (yang membantumu ke arah ketaatan), maka eratkan pegangan tanganmu kepadanya. Kerana mendapat sahabat sedemikian adalah sukar, dan berpisah darinya adalah sangat mudah.”_
*Sahabat Dan Lima Perkara*
Dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang ingat *lima perkara sebelum lima perkara.*
Maka, persahabatan ini akan lebih bermakna jika sahabat kita sama saling boleh membantu kita dalam mengingati lima perkara yang dituntut oleh Rasululllah S.A.W ini.
*#1 – Sihat Sebelum Sakit*
Sahabat,
Jika aku tidak rehat, terkejar-kejar menyiapkan tugasan dunia, ingatkan aku bahawa tubuhku mempunyai hak ke atasku untuk melepaskan lelah seketika.
Ingatkanku juga tentang kesihatan yang harus aku jaga demi untuk terus beribadat kepada-Nya.
*#2 – Muda Sebelum Tua*
Sahabat,
Benar masa muda hanya sekali, tetapi ajal juga akan menjemputku sebanyak sekali. Tegur aku tatkala dikau melihat aku hanyut dalam usia mudaku.
Di usia muda inilah seharusnya aku memperbanyakkan lagi amal ibadahku, takut bila tua nanti aku sudah tidak mampu untuk melakukannya.
*#3 – Kaya Sebelum Miskin*
Sahabat,
Bawalah aku untuk bersedekah bersamamu.
Berilah aku peluang untuk meraih pahala dalam membantu orang lain. Jauhkan aku dari amalan pembaziran yang tidak pernah disukai oleh Allah.
*#4 – Lapang Sebelum Sempit*
Sahabat,
Jika aku asyik dengan gadget, sibuk dengan dunia online, ingatkan aku untuk offline sebentar dan berpijak di dunia sebenar.
Jika aku lewat menunaikan solat, ingatkan aku bahawa Allah sedang menungguku untuk aku menjalankan tanggungjawabku kepada-Nya.
*#5 – Hidup Sebelum Mati*
Sahabat, Ingatkanku agar tidak menangguhkan untuk berbuat kebaikan, kerana ajal tidak pernah lewat walau sesaat.
Dan jika aku berasa duka di atas ujian Allah, ingatkan aku bahawa Allah sangat menyayangi hamba-Nya yang sabar.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
*_“Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak buat baik kepada sahabatnya.”_*
(Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)


Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang ia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk biarlah ia yang menanggungnya.


Ada sepuluh hal yang Allah sangat benci yang tidak seharusnya kita terjerat di dalam perangkapnya :
Kikirnya orang-orang kaya
Takabburnya orang-orang miskin
Rakusnya para ulama
Minimnya rasa malu para wanita
Suka dunia orang-orang yang sudah tua renta
Malasnya para pemuda
Kejinya para penguasa
Pengecutnya para tentara perang
Ujubnya para zahid
Riya’nya para ahli ibadah


Life is not easy‘, memang hidup itu akan terasa berat jika kita tidak pernah tahu apa tujuan hidup ini. Ibarat orang berjalan di tengah gurun yang terik tanpa pernah tahu kea rah mana tujuannya, sejauh mata memandang hanya hamparan pasir yang ada. Terik sinar matahari makin menampakkan betapa tidak bersahabatnya kehidupan diluar sana dengan diri kita. Hingga hidup seperti hanya sekedar untuk mengejar oase-oase fatamorgana yang tampak rindang dan sejuk tapi hilang seketika kita sampai di sana. Mata air-mata air palsu bualan penglihatan manusia tak mampu menebus dahaga yang ada.
Tapi kami punya tujuan hidup. Beribadah, that’s all. Hanya karena alasan itu kenapa kami diciptakan di dunia ini dan hanya karena alasan itu pulalah sehingga kami masih ada di dunia saat ini. Hingga kami harus senantiasa bersyukur ketika diri ini masih dimampukan untuk beribadah kepada-Nya. Seorang telah banyak mengingatkan kami akan hal ini, pada masa-masa yang tidak cukup mudah bagi kami saat ini. Saat segala keterbatasan melingkupi kehidupan kami, meski kami tak akan pernah mengatakan bahwa saat ini kami sedang mengalami ‘kekurangan’. Sungguh Allah SWT telah mencukupi rizqi untuk kami meskipun bagi sebagian orang kondisi kami berkekurangan. Rabb kami pasti memiliki rencana besar di balik semua ini, Dia pasti telah memiliki rasio dan rumusan yang pasti benar atas ‘jatah’ rizqi kami di dunia ini. Jikapun suatu saat telah habis, maka itulah giliran kami menghadap-Nya untuk mengharap bentuk cinta-Nya yang lain di akhirat nanti.



Janganlah keji atau hina mana-mana orang. Kita semua sama belum tahu nasib akhir hidup kita. Jangan pernah pandang rendah pada sesiapapun. Sayangilah semua orang. Nabi saw sayang semua manusia. Hanya ingin semua orang bahagia dan masuk syurga. Walau apa orang kata atau keji. Kita hidup untuk Allah sayang. Sambung kerja dakwah Nabi saw.-ebit lew


buat apapun niat utama kita nak bawa manusia yang lain kepada Allah. Bukan kepada diri kita. Walaupun difitnah, diumpat, dibalas buruk usahlah dilayan. Kita tak hidup untuk orang. Kita hidup untuk Allah. Allah punya semua. Sebarkan salam, beri makan, sebarkan senyuman. Beri nasihat. Barulah Allah bantu kita. Kalau seseorang jadi orang seseorang bila dia susah dia dibantu oleh orang itu. Bila kita jadi orang Allah. Bila kita susah Allah bantu kita..
Ebit lew


Org yg berhati lembut
Tidak sama dgn
Orang yg berhati keras
Maka jangan sama kan



Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan, cemuhan dan hinaan mereka.
jadilah seketul batu yg sangat keras...

No comments: