“Diantara tanda berpalingnya Allah dari seorang hamba adalah Dia akan menjadikan hamba tersebut sibuk dalam perkara yang tidak bermanfaat sebagai bentuk penghinaan baginya.” (Jami’ul Ulum wal Hikam: 1/294)
Sabar itu adalah perbendaharaan syurga
Beruntunglah siapa yg dapat.
Ada ulama berkata
Gabungan yg terbaik ialah
Ilmu dan sabar.
Jika hari ini terlepas peluang berbuat baik
InsyaAllah
Cuba esok pula..
Walau sesibuk mana pun
Hargai lah orang tua kita
Tanya khabar mereka
Ingat
Kita juga akan tua...
Ego dapat dikesan
Apabila kita
Payah menerima teguran.
Hati akan menjadi damai
Jika kita boleh meminta maaf
Dan
Sanggup memaafkan orang
Berdoalah kepada Allah
Sewaktu kita sujud
Allah sgt dekat
Jangan jadikan diri kita suka berdebat dan berbalah kerana ia akan menghilang kan cahaya ilmu dari hati..dan hati jadi keras..penuh kedengkian.
Carilah sahabat yg rapat dgn Allah. Kerana itu sahabat yg dapat membantu kita di dunia dan akhirat...
Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal.
Kena ingat
Syaitan itu musuh yg nyata..dia telah bersumpah akan menyesatkan kita dgn apa cara sekali pun.
Jangan hairan jika org yg baik terlibat dgn maksiat.
Oleh tingkatkan keikhlasan dan taqwa..sentiasa lah ingat pada Allah.
Dengan namaMu ya Allah menghidup dan mematikan diriku.. Engakau lah Tuhanku.
Bila kita ingin mulakan mesyuarat selesaikan isu.maka ingatlah pada Allah..mohon bantu agar Allah permudahkan kita cari jalan penyelesaian.
kita tak perlu jadi orang lain..kita perlu menjadi diri sendiri..bukan syarat untuk mendekati Allah maka kita perlu menjadi orang lain..
Apakah sifat buruk yg ada pada diri kita...maka cuba kenalpasti dan rawatlah ia..mohon bantuan Allah utk kita rawatinya...
Riya’ (menunjuk-nunjuk)
Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia.
‘Ujub (bangga diri)
Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
Hubbud dunya (kasihkan dunia)
Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.
Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
Bakhil (kedekut)
Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
Hasad (dengki)
Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
Ghadhab (pemarah)
Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
Syarrul kalam (banyak bercakap)
Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
Syarrut ta‘am (banyak makan)
Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
Taubat
1. Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil – Ayat 20 )
3. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :
Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
5. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.
6. Beberapa faedah dan hikmah taubat iaitu:
Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
Meningkatkan ketaqwaan diri.
Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat.
Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat ( Dipetik daripada – Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus M / S 269 – 273
Ikhlas
1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.
Tawakkal
Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.
Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.
Syukur
Iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.
Khauf
1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Redha Dengan Qada’ :
Redha dengan qada’ iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
” Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan “.
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
” Segala puji bagi Allah atas segala perkara “.
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
” Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” . (Riwayat Muslim)
Dalam kehidupan, kita tiada pilihan melainkan menjadi seorang yang kuat.
Belajar pujuk diri sendiri.
Trust in Allah timing.
Rely on His promises. Wait for His answers.
Enjoy His blessings. Relax in His remembrance.
Bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung tiba..♡
~Motivasi Dakwah
BERSANGKA BURUK;
"Jangan kamu memandang kepada mana-mana pendosa, ahli maksiat, dan kepada mereka yang tidakb menutup aurat itu, dengan pandangan yang rendah jijik, dengan pandangan yang hina. Jangan kamu memandang bahkan hatta seekor anjing kurap sekali pun, dengan pandang yang rendah sebegitu."
"Jangan kamu merasakan diri kamu itu lebih mulia daripada mereka. Jangan kamu menyangka kamu sudah melakukan ketaatan, kamu sudah dijamin syurga. Kerana kamu tidak tahu sama ada penghujung kamu itu khusnul khatimah, atau su'ul khatimah."
"Tarbiah lah mereka itu dengan akhlak dan kasih sayang. Tarbiahlah mereka dengan kelembutan. Kerana untuk berubah itu, seseorang perlukan masa. Perlukan kepada peringkat demi peringkat, setiap orang berhak di beri masa dan peluang, walaupun perubahan itu mengambil masa yang panjang."
"Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada mereka? Sedangkan kita dituntut untuk bersangka baik dengan setiap makhluk Allah سبحانه وتعالى. Kamu juga mempunyai aib. masing-masing ada keaiban diri masing masing. Masing-masing ada zaman kegelapan "darkside" masing-masing yang orang lain tidak tahu."
"Akan Tetapi Allah سبحانه وتعالى masih tutup lagi keaiban itu, kegelapan itu daripada mata orang lain, daripada pengetahuan orang lain. Bagaimana kamu boleh bersangka buruk kepada orang lain? Mereka juga bukan Nabi, bukan Rasul, bukan Malaikat."
Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
Rebah tidak bermaksud MENGALAH, walau sakit tetap bertahan untuk BANGKIT. Biar lelah menempuh MEHNAH. Demi menemukan noktah TERINDAH.
Penuhi HIDUP dengan apa yang ALLAH redha.
Raihlah PAHALA pada semua perkara..
Ia pasti BERNILAI saat mata terpejam SELAMANYA.....
~JAGA TAHJUD, WITIR/ FAJAR
🍃🌼🍃
Sekiranya kita sedih kerana doa kita tidak dimakbulkan, bergembiralah dengan nikmat yang datang tanpa didoa.*
*Syukur selalu
"Antara Kunci Untuk Membuka Pintu Syurga Adalah Menyemaikan Kasih Sayang Sesama Manusia. Jadi, Jika Kita Membenci Sesama Sendiri,Bermakna Kita Sendiri Membuang Kunci Itu Jauh-Jauh."
Muhasabah Hati ...
Disuatu ketika ,
Ada yang berusaha kamu tutupi.
Ada yang ingin kamu jauhi.
Ada yang bermati-matian kamu relakan.
Ada yang bersungguh-sungguh kamu ikhlaskan.
_Sedang dalam dasar hatimu, kamu sebenarnya enggan. Jelas tidak jujur, saat merintih kepastian.._
_Kamu memerlukan sokongan namun bibirmu hanya terkatup diam._
_Kamu tidak mampu jujur, saat kamu meregam tangisan._
_Kamu memerlukan sandaran, tapi kamu enggan mencari tumpuan._
_Kadang senaif itu untuk hanya sekadar menuntaskan kata berpura-pura.._
_Kamu hanya pandai berkata, meski sulit merasa._
_Yang terungkap hanyalah sepi memadu pada tabir yang kamu buat sendiri._
_Kamu ikut tertawa, meski sebenarnya terluka._
_Kamu turut tersenyum meski hatimu merenung._
_Menunggu waktu untuk jujur pada dirimu sendiri. Sedang kamu lupa, bahwa waktu sebenarnya akan cepat berlalu pergi.._
Memang ,
Disebalik segala rasa kekhuatiran yang kamu sembunyikan sendiri, ada ketakutan yang baiknya kamu simpan sendiri.
Cukuplah , kamu cukup terlihat baik-baik sahaja di hadapan siapapun, kamu berhak terlihat manis dengan wajah meneduhkan.
Kerana, kamu berhak untuk terus belajar mendidik diri cukup mengadukan semua hanya pada Pemilik Hati.
Hanya Allah yang mampu menghuraikan disetiap kesulitan.
Kerana disemua jawapan atas begitu banyak persoalanmu, hanya Allah yang Maha Tahu.
_Sungguh , ada banyak hal dalam duniya yang sulit untuk kita mengerti dan fahami bahkan hati kita sendiri..._
_Namun, kesulitanlah yang selalu mengajar dan menyedarkan, untuk lebih menghargai hari hari yang pergi._
La Tahzan.
sebenarnya Kita berada dalam kenikmatan tiada tara dan
kesempumaan tubuh, tetapi kita tidak menyedarinya. kita tetap merasa resah, suntuk, sedih, dan gelisash, meskipun kita masih mempunyai nasi hangat untuk disantap, air segar untuk diteguk, waktu yang tenang untuk dinikmati, dan kesihatan untuk terus kecapi.
Anda acapkali memikirkan sesuatu yang tidak ada, sehingga Anda pun lupa mensyukuri yang sudah ada.
🌹jangan sombong
Orang sombong itu umpama dia berdiri di atas gunung.
Dia melihat orang lain kecil. Padahal dia tak sedar orang lain juga melihatnya kecil.
No comments:
Post a Comment