“Janganlah kamu sekalian memperbanyak bicara selain berdzikir kepada Allah, sesungguhnya memperbanyak perkataan tanpa dzikir kepada Allah akan mengeraskan hati, dan sejauh-jauh manusia adalah yang hatinya keras.” 🌿
Jangan gatal mulut untuk terlibat dalam perkara yang tidak terkait, jangan gatal tangan untuk menghantam perkara yang tidak manfaat kepada kita. Gunakan tangan untuk mendatangkan manfaat kepada kita diakherat. Gunakan mulut untuk mendatangkan manfaat diakherat.
Karena orang boleh masuk surga dengan satu kalimat, sementara orang boleh juga masuk neraka dengan satu kalimat yang keluar dari lisan.
Habib ali zainal abidin alhamid
Hidayah itu Milik Allah,
Tapi nak dapat Hidayah Allah, kita kena Usaha.. dan usaha itu adalah pilihan Hati kita... Apa yang kamu usahakan di dunia itulah yang akan kamu tuai di akhirat kelak..
Benih Baik yang kamu tanam kat dunia ini, maka hasil tuaian yang Baik juga menanti di akhirat kelak...
Orang yg menangis, tidak selamanya dia akan menangis. Akan ada waktu, tangisannya itu Allah ganti dengan syurga, hingga suatu ketika ditanya, pernahkah engkau merasa susah di dunia, bahkan jawabnya aku sudah lupa jika aku pernah susah di dunia dahulu
Sabarlah duhai hati atas segala ujian & mohonlah dgn doa Nabi ,
" Ya Allah, lindungilah kami dari takdir yang buruk, dan janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang berat " Allahuma Aamiin
REDHA Lah dengan pembahagian ALLAH SWT,*
*☝🏼pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya..*
*Redhalah! 💌*
Kurangkan berfikir apa yang orang kata..🌹
❣Banyakkan berfikir apa yang Allah mahu daripada kita
Didiklah hati agar kita agar menjadikan solat sebagai sesuatu yang PALING UTAMA di dalam kehidupan. Menyegerakan Solat adalah tanda kita mencintai Allah SWT tatkala Allah SWT juga mencintai hamba2 yg Istiqomah.
Menjaga solat adalah langkah awal yang merupakan peringkat permulaan tatkala ia akan membuka jalan2 kebaikan yg lain dan seterusnya.
~ ISTIQOMAHLAH SOLAT DI AWAL WAKTU ASAR
BISMILLAH
Wahai manusia!
Kau selalu alpa,
kau sering leka!
Tatkala senang
kau lupa Dia
Apabila kau susah,
kau datang pada Nya
dengan rasa lemah
dan rendah
Sedang cecair memenuhi
kelopak matamu
Apakah kau lupa,
ketika kau bahagia
siapa yang memberikan?
Bila kau merasa sukar,
siapa yang meringankan?
Jikalau kuperingatkan
padamu,
Suatu hakikat yang
terang lagi pasti
Sungguh,
hidup dunia ini
hanya sementara
Bahkan ia hanya
sedetik cuma
Tepuk dada,
ingat pada Tuhan
Kalam Musafir
Umur kita pendek..jangan dipendekkan lagi amalan kosong.
Kalau tak tahu nak buat apa maka berzikir lah.
Umur pendek sebab satu hari di akhirat sama 1000 di dunia. Nisbah 60 tahun kita di dunia sama 1 jam setengah di akhirat.
*Wanita..*_
*_Sebelum kamu_* *_kahwin kamu_*
*_akan rasa betapa_* *_sakitnya_*
*_senggugut dan tulang_*
_*belakang apabila period.*_
_*Selepas kamu kahwin kamu akan rasa betapa sakitnya melahirkan.*_
_*Bahkan hati wanita*_
*_juga sering disakiti._*
_*Hidupmu tidak akan pernah*_
_*lepas dari rasa sakit.*_
*_Sabarlah sayang, Allah bagi kamu_* _*kesakitan ini kerana kamu mempunyai*_ *_kekuatan untuk bersabar dan melawannya._*
*_Mungkin kamu tidak kuat dari segi fizikal tetapi kamu begitu kuat_*
*_dari segi mental._*
*_Lelaki pun boleh kalah dengan kekuatan mental mu._*
_*Buktinya lelaki perlukan seseorang yang merawatnya ketika sakit akan tetapi wanita boleh bertahan dan menjalani kesakitan itu dengan seorang diri,*_
_*Kamu hebat wahai wanita, kekuatan mental mu*_
_*tiada siapa boleh lawan.*_
_*Hiasan Bicara*_
_*Sang🌈Pelangi*_
_*Di sebalik Mentari*_
_*Memukau Sang Bidadari*_
Hikmah yang mengagumkan*
Suatu hari seorang lelaki kaya memberikan sebuah bakul berisi makanan yang sudah basi kepada seorang fakir Lelaki fakir itu tersenyum, kemudian berlalu meninggalkan rumah mewah dengan membawa bakul berisi makanan basi itu. Sesampai di tempatnya, dia kosongkan bakul dari isinya dan dia bersihkan. Setelah itu dia isi dengan bunga yang cantik lalu dia kembali ke rumah mewah itu Dia memberikan bakul yang sudah berisi bunga itu kepada lelaki kaya tadi. Orang kaya itu hairan.... "Aku beri kamu bakul berisi makanan yang sudah basi tetapi mengapa kamu mengembalikannya berisi bunga?"Lelaki fakir menjawab: "Setiap orang memberikan apa yang ada di dalam hatinya".
Apakah bahagia yang paling nikmat?
🍏Jawabnya adalah kita rasa bahagia meninggalkan maksiat.
🍎Kerja2 apakah yang paling seronok?
🍏Jawabnya, kita luangkan masa untuk beribadah kepada Allah.
🍎Apakah yang menjadikan kita ceria dan disenangi?
🍏Jawabnya kita sentiasa berkata jujur dan menjaga akhlak.
🍎Ketenangan apakah yang paling menyeronokkan?
🍏Jawabnya kita bersiap sedia untuk mati pada bila2 masa dengan keadaan kita sentiasa menjaga TAQWA & ISTIQOMAH..
Bertambah tahun maka bertambah umur. Umur itu juga satu nikmat. Syukurilah nikmat umur. Allah berkuasa mematikan kita bila bila masa.
Berhijrahlah diri dari sikap yang buruk dan pengaruh jahiliyah kepada acuan Islam yang pastinya memandu kita mewujudkan Islam yang harmoni lagi cemerlang dan berpeganglah kepada al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk hidup kita. Kikislah minda yang tidak bersesuaian dengan agama agar hidup kita akan diredhai oleh Allah dan mendapat keampunan-Nya.
Setiap detik di dalam kehidupan itu amatlah bermakna dan setiap apa yang kita lakukan di dunia akan dijanjikan balasan samada baik atau buruk.
Adalah menjadi satu kepastian bahawa kita akan mengakhirkan kehidupan yang sementara ini dengan sebuah kematian yg amat menakutkan@mengembirakan tatkala Allah SWT tidak akan memungkiri janji untuk tidak akan diundurkan masa kematian itu walaupun sesaat.
Di dalam ayat yang mahsyur dan pendek yang menjadi surah yang paling kerap kita baca, iaitu Allah SWT memberi peringatan yang penting atas sumpahNya terhadap masa, DEMI MASA sesungguhnya manusia itu di dalam KERUGIAN, KECUALI MEREKA YANG MELAKUKAN AMAL SOLEH DAN BERPESAN2 KEPADA KEBENARAN & BERPESAN KEPADA KESABARAN. Dunia adalah kampung sementara kita dan akhiratlah kampung yang kekal abadi. Justeru dikampung yang sementara ini kita perlu menyediakan bekal yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan ke alam2 berikutnya agar kita mampu untuk sampai ke destinasi yg kekal abadi itu dengan jayanya. INGATLAH bahawa untuk mendapat sesuatu yang bernilai itu ia MESTI diusuli dengan usaha & pengorbanan,
~JAGA TAHJUD/WITIR / FAJAR. JADIKAN IA SEBAGAI RUTIN HARIAN BAGI MELATIH DIRI UNTUK ISTIQOMAH DI DALAM AMAL SOLEH...
Orang yang benar TAQWANYA adalah mereka yang apabila menerima satu teguran yang mungkin terkena dengan dirinya lalu ia mengakui di dalam hatinya dan menjadikan teguran itu sebagai peringatan buat dirinya untuk dia berubah kepada keadaan yang lebih baik.
Belum tentu sekiranya dia dikelilingi oleh orang yang terbaik lalu merasakan dirinya sempurna, kerana yang menjadikan dirinya terbaik itu bukan disebabkan oleh manusia tetapi keikhlasan serta tidak ada keegoaan dan kesombongan di dalam hati, lalu Allah meletakkan hidayah pada hatinya sebagai tanda Allah SWT menerimanya.
Baik pada diri seseorang itu bukan disebabkan oleh apa yg kamu rasa atau kamu ucap, tetapi penilaian yg terperinci dari Allah SWT atas apa yg kamu niat.
Menjadi seorang muslim yang mukminin, tidak boleh sesekali kita berkata dengan perkataan yang buruk. Jika mahu berkata yang baik maka teruskan jika tidak maka DIAM itu lebih baik, sebagaimana yang ditegaskan oleh Saidina Ali Bin Abi Talib "Fikirkan perkataanmu sebelum ia diucap, jika baik teruskan , jika tidak, diam itu lebih baik" Saranan beliau itu bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata dengan perkataan yang baik atau diam" ~(HR Bukhori/Muslim)
Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!
Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah ada yg menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.
Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.
Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.
Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu.
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari "fikiran" anda sendiri.
Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda.
Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya,
memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong
jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan
saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya
Kita perlu sentiasa menjaga maruah dan nama baik diri kita dan keluarga. Kerana jika sekali kita kehilangannya, amat sukar untuk kita memperolehinya sekali lagi.
Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu
Mungkin saat ini kita sedang mengalami penolakan, kekecewaan, patah hati, atau terluka kerana orang-orang di sekitar kamu cubalah utk tetap tersenyum dan tetap berjalan di lorong tersebut, dan sambil katakan di dalam hatimu..
"Airmataku diperhitungkan Tuhan.. dan penderitaanku ini akan mengubah diriku menjadi mutiara."
Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.
jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat
kita tidak mungkin memperoleh sebenar seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan sementara. Tidak mungkin akan terpenuhi segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..
Hidup ini adalah satu perjuangan yang tidak pernah ada penamatnya. Ia akan berhenti dengan sendiri apabila sampai saat kita di jemput Ilahi
kita sebenarnya lupa akan Allah, tetapi Allah tidak lupa akan kita. Hanya bila kita sakit atau susah barulah kita mengingatiNya sedangkan apabila kita hidup senang dan sihat kita lupa akan kewujudanNya. Renungkanlah seketika. Berapa banyak kalikah kita memujinya pada setiap hari? Dan berapa banyak kalikah kita memuji diri kita dan diri orang lain setiap hari? Dan apabila kita memuji Allah sesudah solat, adakah kita memujiNya dengan bersungguh-sungguh sepertimana kita memuji diri seseorang tokoh
Sikap dengki, cemburu dan irihati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih dari mereka dan mengharapkan mereka lebih dari orang lain. Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.
"Jangan selalu mengeluh atas*
*kehidupan ini kerana manusia*
*yang Allah berikan ia ujian,*
*tetapi dengan ujian tersebut ia*
*melahirkan betapa indahnya*
*kehidupan ini"*
Doa tidak semestinya dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi ia diganti oleh Allah dengan sesuatu yg jauh lebih baik dari yg diminta.
Allah Maha Mengetahui keperluan kita jika dibandingkan dengan diri kita sendiri.
Sebab tu, janganlah jemu berdoa, jangan sesekali mengeluh jugak, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan manusia tidak mengetahui” (Al Baqarah ayat 216).
“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Dia tidak menjawab doamu, Dia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.”
Semoga hari ini dan hari hari seterusnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahanNya.
Seorang telah berkata saya tidak menemui kebahagian dalam perkahwinan
Maka dikatakan kepadanya carilah sabar dan syukur kerana itu juga kebahagiaan
Tawakkal adalah sumber kebahagian bg org beriman
Hitunglah nikmat Allah yg telah kau terima...supaya subur rasa syukur dalam hatimu.
No comments:
Post a Comment