Tuesday, September 12, 2017

KTP 040

Sesungguhnya sangat rugi orang yang melakukan dosa.


Lahirkan hati merasa cukup hanya kepada Pemberi tidak hanya kepada pemberianNya,
dan merasa berhajat kepada Pencipta alam ini, tidak hanya kepada isi alamNya.
In Shaa ALLAH.


Alhamdulilah.. ALLAH masih hidupkan kita pagi ini..
Semoga kita lalui dengan penuh rasa bahagia dengan kasih sayangNya. Aamiin.
Pagi ini melimpah dengan rasa syukur padaMu ya ALLAH menikmati perasaan kasih seorang anak.
Terima kasih wahai anakku Nur Aliya Shafiqah (11tahun).
Pembelajaran yang dapat diperolehi pagi ini
dari sekecil-kecil tindakan jika ianya ikhlas dapat melimpahi doa yang telus dari hati orang lain. In Shaa ALLAH.


Apabila ALLAH di hati, berada dalam musibah pun dia merasa bahagia.
In Shaa ALLAH.
#Iman itu manis.


Kebencian itu menyeksa diri dan orang lain
#Sebarkan kasih sayang.


Renungan bersama..
Akhirat itu sangat banyak.
Sedangkan yang memburunya tidak ramai, Oleh itu perjuangan mencari akhirat akan tenang.
Dunia itu sedikit. Sedangkan yang merebutnya ramai, kerana itu mereka kecoh dan berbalah.


..🌺🌺🌺
Baik atau jahat diri kita, jangan lepaskan peluang berkongsi akan perkara kebaikan.
Sentiasa Perbaharui Niat, Taubat & Ketaatan Kepada ALLAH.


Besarnya pahala memaafkan orang.
In Shaa ALLAH.
Maafkanlah dia...
Senyum lebih indah dari marah


Wahai sahabatku..
Bawa diriku bersamamu kembali kepadaNya.

Barangsiapa yang ingin mencari teman tanpa cacat, pasti ia tidak akan menemukannya dan akan hidup tanpa teman


Tetaplah berusaha untuk jadi lebih baik hatta semalam terpelit dengan dosa.


Waktu itu tidak akan kembali walaupun hanya sesaat.
#Hargai waktu.


يمِ
Pesanan guru...🌺🌺🌺
Walaupun apapun halangan dan dugaan. Orang mukmin akan berusaha menjadi orang yang kuat kerana sifat kehambaanlah yang menjadi keringanan bagi hamba yang kenal ALLAH.
Usaha menjadi seorang mukmin yang sejati.
Hamba yang mengabdikan diri kepada ALLAH.
In Shaa ALLAH.
Sentiasa Perbaharui Niat, Taubat & Ketaatan Kepada ALLAH.



Yakinlah..
ALLAH telah merencanakan sesuatu yang lebih indah untukmu.


Tujuan kita bukan ke syurga atau ke neraka tapi untuk kembali kepadaNya.
Subhanallah...


🌺
Setiap kesulitan hanya akan indah bila ada kesabaran.
atau
Setiap kesulitan akan bertambah buruk bila hilang kesabaran.
Sentiasa Perbaharui Niat, Taubat & Ketaatan Kepada ALLAH.



Berkata Imam al-Ghazali
"Ilmu yang sedikit membawa ketakwaan adalah lebih baik daripada ilmu yang banyak
tapi tiada ketakwaan"


Walau di mana jua kita berada, kita kena tahu apa yang Allah سبحانه وتعالى kehendaki daripada kita. Dan kita kena tunaikan kehendak Allah سبحا نه وتعالى itu mengikut cara Nabi Muhammad صلی اللہ علیہ وسلم , itulah hakikat kehambaan."
~ Syaikh Maulānā Ahmad La'āt an-Nadwī حفظہ اللہ ~


Keseronokkan kita apabila adanya waktu bersama ALLAH.


Bila ALLAH dihati terasa kita memiliki segalanya.
Subhanallah...


Yang menemani kita kelak hanya amal sholeh kita.
Itulah yang perlu difikirkan dan dilakukan sungguh-sunguh ketika hidup.


Redha, bukan tanda kita lemah.
Tapi untuk ajar diri kita erti kesabaran dan belajar terima takdir yang Allah dah tetapkan.


Menerima pujian memang manis, manakala menerima teguran sangat pahit. Yang pahit tak semestinya buruk, yang manis tak semestinya baik.
Andai teguran yang diberi dapat mendekatkan lagi dirimu dengan-Nya, maka terimalah teguran itu walaupun pahit untuk ditelan. Tetapi perlu di ingat...
..memuji jangan sampai memuja, menasihati jangan sampai menghina


Ada masanya berdiam diri memerlukan lebih keberanian dan pengorbanan daripada berkata-kata. Rela dipersalahkan dan dinilai bodoh adakalanya diperlukan untuk meredakan satu perselisihan..
- Ustaz Pahrol Md Juoi -
Adakalanya atas asbab kita merendah diri dan mengalah terselamatlah yang lain dari kebinasaan.
- Kalam ulama' -


Nasihat dari seorang ulama', "Setiap yang tidak dikorbankan akan mengalami kepupusan, singa yang garang dan hebat di Afrika pun mengalami kepupusan sedangkan kambing dan unta terus membiak kerana dikorbankan... harimau dan mergastua di hutan2 Asia pun mengalami kepupusan kerana tidak dikorbankan sedangkan lembu kerbau dan kambing terus membiak kerana dikorbankan... begitulah harta kita, tidak akan membiak jika tidak dikorbankan, begitu juga agama tidak akan membiak jika tiada pengorbanan... Masya-Allah..


Kita ini lemah dalam menguruskan ibadah, iman ini terkadang naik dan ada masanya berada dibawah. Makanya berdoalah semoga Allah membantu dan memberi kekuatan kepada kita.

No comments: