Jgn bandingkan nikmat yg kita dapat dengan nikmat yg diperolehi oleh jutawan kosmetik/produk kesihatan.
Bandingkan nikmat kita dengan orang yg kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Agar kita jadi org yg pandai bersyukur
Duhai Sahabat syurgaku
"Jangan kau sangka kawanmu yang sering
menegurmu itu adalah orang yang paling
bertaqwa. . .
Jangan kau fikir kawanmu yang sering
menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. . .
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas
beragama itu adalah manusia yang
sempurna. . .
Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan
dirinya jua. . .
Dia menasihatimu untuk dirinya turut
berjaga-jaga. . .
Dan dia bertegas dalam hal-hal
agama kerana risaukan bahang api neraka. . .
Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. . . Dia juga
MANUSIA. . .
Bersangka baiklah, dia sebenarnya
mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-
sama . . .
"Orang berjuang sering menangis lemah di sisi
Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia. . .
Berjuanglah kerana Allah dan berbahagialah hati
walaupun payah kerana itulah jalan ke jannah. . .
Saya sayang kmu
kmu juga sayang saya,
Biar doa kita bersatu,
biar kasih kita beradu. . .
biar ukhwah kita berpadu. . .
in shaa Allah di syurga kita bertemu. . . .
Waullahu'alam
Aseef jiddan jida tersalah mohon di tegur ea sodiQi² semua. . .
Yang baik datangnya dari Allah. . .
Yang buruk juga datangnya dari Allah atas kedhoif diri saya. . .
Jangan lihat siapa yang menyampaikan
Tapi lihat la apa yang di sampai kan. . .
Sampaikan la walau sepotong ayat. . .
Jangan keras kepala. rasa diri betul. tak ingin terima pendapat.
hati-hati
inilah ciri-ciri ahli neraka
inilah manusia yang rugi
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Wahai ‘Abdullah, Janganlah kamu menjadi seperti si fulan itu, dahulu dia sentiasa sembahyang malam, tapi kini dia tidak sembahyang malam.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
beramal itu biarlah sedikit asalkan berterusan. Beramal itu ikut tahap iman kita..bukan ikut rasa nak buat banyak2...
Tanamkan dalam hati rasa syukur Alhamdulillah apabila Allah hadiahkan insan2 baik yang sentiasa beri nasihat dalam hidup kita...Sanggup luangkan masa walaupun dirinya sibuk dengan urusan sendiri...
~ muhasabah diri
~ jangan pentingkan diri sendiri
~ hargai pergorbanan dan kebaikan org pada kita
~ sentiasa Husnuzon 🌹
Hati hati
Dunia fb dan whatsapp
Kita seronok menyebar
Kesalahan orang
Termasuk tersalah cakap
sebagai bahan ketawa
Ini termasuk membuka aib seseorang
Adakah kita sempurna tanpa
Sebarang kesalahan
Mungkin kita ingin supaya orang juga sebarkan kesilapan dan keburukan kita
Dan menjadi bahan ketawa.
Jika tidak maka hati hati lah.
Satu ibadat yang baik
Yang kita selalu abaikan
Ialah
Berbaik sangka kepada Alllah.
Lidah yang kotor seperti tong sampah memang tiada orang yg suka
Bau busuk pula tu..
Apakan yang peting
Yang perlu diberi oleh
Ibu bapa kepada anaknya
Iaitu
Pendidikan akhlak mulia
Orang yang tidak mudah marah
Akan disukai..
Bercakap baik atau diam
Adalah tanda keimanan.
yang suka mengecam,
yang suka melaknat
yang suka bercakap kufur
yang suka mencarut
Adalah tanda iman yg tidak sempurna.
Penghalang seseorang itu untuk dia masuk ke Syurga adalah AKHLAK YANG BURUK meskipun dia membawa amal yang setinggi gunung tatkala akhlaklah yang merupakan pemberat amal yang paling utama di Neraca Mizan. Justeru di dalam kita usaha mempertingkatkan amal soleh maka iringilah ia dengan akhak yang baik. Beramal itu mudah dan mampu dilakukan oleh sapa2 sahaja NAMUN berakhlak baik itu amatlah sukar kerana ia memerlukan MUJAHADAH yang kuat. Manfaat ilmu yang paling baik itu adalah ia memberi kesan pada diri. 2 akhlak yang paling ringan yang amat ditekan oleh Nabi s.a.w yang mesti kita hadam sungguh2 kerana walaupun ia ringan tetapi melakukannya agar sukar dan ia adalah punca menyebabkan seseorang itu bermasalah di akhirat.
2 perkara itu adalah DIAM & MENAHAN MARAH. Walaupun ia nampak simple tetapi impactnya sangatlah besar , justeru 2 hal ini di bicarakan oleh Nabi s.a.w dan sering disebut berulang kali kepada beberapa para sahabat.
Semoga kita usaha memperbaiki akhlak, jangan berkata pada perkara2 yang sia2 dan tidak manfaat, jangan mengumpat, jangan hina orang, jangan tuduh orang, jangan sakiti orang lain. Jika terasa marah maka TAHANLAH sekuat2nya kerana itulah bukti kekuatan kita yang sebenar.
💌~Muhasabah Diri.
Ketahuilah bahawa akhlak yang baik itu sentiasa menyumbang pahala yang besar hatta diam, menahan marah dari tercetusnya perbalahan juga merupakan asbab yang memasukkan seseorang itu ke dalam Syurga.
Justeru sama2lah kita sentiasa hormati sesama muslim, berbicaralah dengan bahasa yang menyenangkan, jadikan ucapan salam dan terima kasih sebagai perhiasan diri kita. Jangan meninggikan suara, bertolerensi dan bersabarlah kerana ia adalah pekerti yang tinggi. Janganlah mudah berburuk sangka dan jadilah insan yang mudah memaafkan orang lain kerana dengannya kita akan dekat dengan keampunan dan rahmat Allah SWT. Berkatalah benar meskipun perit dan jujurlah di dalam apa jua tindakan. Ringankanlah tangan membantu insan lain tanpa disuruh serta DOAKAN sahabat2 kita yang kesusahan atau yang tidak mendapat petunjuk.
💌🌸🍃
Bila Hati Mengungkap Erti Cinta.
⚜ Perlu disedari bahawa hakikat cinta kepada manusia hanyalah alat untuk manusia mendambakan cinta kepada Allah SWT.
⚜ Cinta yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita adalah satu anugerah yang sangat berharga... dan kita perlu menghargainya.
⚜ Namun sedarlah bahawa cinta umpama hadiah, kita tentu gembira dan suka apabila menerima hadiah.
Tapi wajarkah hadiah lebih dicintai daripada pemberi hadiah?
Jawapannya adalah tentulah pemberi hadiah lebih kita cintai berbanding hadiah itu.
⚜ Ini bererti menyintai Allah SWT adalah segala-galanya.
⚜ Namun malangnya, dalam realiti kehidupan ini, cinta kepada manusia selalunya dinobatkan sebagai cinta utama dan ada yang keterlaluan dalam mengecapinya. Padahal cinta yang dipuja puji itu akhrinya suram setelah diuji.
⚜ Cinta kepada makhluk adalah cinta yang kecil, namun ia akan menjadi besar dan bernilai apabila didasarkan kepada cinta Allah SWT.
⚜ Cinta bukan dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati naik ke mata. Itulah cinta yang benar.
⚜ Itulah cinta yang dikhususkan buat manusia yang beriman sesuai dengan martabatnya sebagai hamba ALLAH SWT dan khalifahnya dimuka bumi yang sementara ini.
Wanita itu sememangnya hebat..
Perkara terindah dari seorang wanita,bukan
Pada saat ia tersenyum bahagia...
Tapi disaat butiran AIRMATA jatuh dalam DOA.
Bukan kerana kata-kata yang rindu..
Tetapi saat dia diam dalam zikir..
Bukan kerana kecantikannya yang mempersona
Tetapi rukuk dan SUJUDNYA yang tiada henti..
Maka dialah PERMATA yang di rindui..
EMBUN yang dinanti..
Bahkan BIDADARI SYURGA pun cemburu padanya.
Nak jadi baik memang kadang-kadang Allah bagi ujian.
Sama juga nak kaya berjaya atau bahagia, apa-apa juga yg indah biasanya Allah bagi dulu dugaan utk lihat sejauh mana kita ikhlas dalam usaha dan doa kepada Dia.
Tak mudah nak istiqomah.
Kita rasa kita kuat utk berubah. Tapi bila dijentik musibah kita bercakap dgn penuh hasutan syaitan.
Kita lupa kita adalah hamba Tuhan yg tidak akan diberhentikan ujiannya sehingga kita betul-betul nampak jalan.
Ya, kadang Allah sentak hati kita.
Dengan ujian.
Untuk kita sedar,
Dia sentiasa ada.
Betapa indahnya bicara bila ianya dimaniskan dengan ilmu, Betapa indahnya akhlak bila ia dimaniskan dengan iman,
Betapa manisnya hidup bila ia dimaniskan dengan takwa.
Justeru ilmu, iman dan takwa adalah 3 rangkaian yang tidak boleh putus dalam sebuah kehidupan insan Muslimin dan Muslimat..!!!
Kenapa kita perlu berjabat tangan..bersalaman
Sebab kita nak dosa kita gugur..
Berlebih lebihan dalam makan akan merosakan tubuh badan
Tambah lagi tambah lagi
Jawablah terima kasih sudah kenyang
Gembiralah..dengan taubat
Kawallah diri sewaktu kita nak marah..jangan ikut emosi ..itu tandanya kita seorang yang kuat.
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berbuat baik dengan jiran besar pahalanya. dan sangat dituntut. Cuma masalah jika jiran tak buat baik dengan kita. Maka bersabarlah. jangan balas keburukan dengan keburukan..teruskan berbuat baik, urusan hati yang sakit serahkan kepada Allah..pandailah Allah ( Allah Maha Bijaksana lagi Maha Tahu)
Berbaik dengan Jiran
Daripada ibnu Umar dan Aishah RA, kedua-duanya berkata, sabda Rasulullah SAW, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum pusaka antara sesama jiran."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Selagi kita bergantung pada Allah , kita tidak akan jumpa perkataan 'kecewa' dalam kamus hidup kita.
Yang penting adalah 'KEYAKINAN'....
Jangan sesekali berputus asa.. Rahmat Allah itu luas
Singgah di sebuah kedai makan..minta nasi ayam..sgt mengecewakan..semua tak kena..namun apakan daya..islam larang komen makanan. Hanya ada dua pilihan makan atau tak makan..
aidatina Aisyah pernah di tanya: "Siapakah orang yang buruk? dijawab olehnya, iaitu orang yang merasa dirinya baik. Beliau ditanya lagi Siapakah orang yang baik?, maka dijawab iaitu orang yang merasa dirinya buruk".
Kata-kata beliau ini bersandar kepada Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah An-Najm ayat 32:-
"...........Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa"
JANGAN PERNAH MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN, Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah SWT.
JUSTERU letakkan diri kita dalam keadaan :
"Akulah tidak sempurna dan mungkin yang paling buruk dikalangan insan yang lain,NAMUN aku tidak akan putus asa untuk perbaiki diriku dan usaha untuk bantu orang lain agar menjadi lebih baik"..
Keikhlasan kita mungkin tidak dapat kita rasa manisnya hari ini..tapi selepas ini..sewaktu kita memerlukannya.
Seseorang pernah pesan kepada saya:
Ramai followers tak semestinya masuk syurga,
Firaun yang ramai pengikut pun masuk neraka.
Terdiam.
Amat benar.
Tudung labuh, handsock dan stokin wajib pakai ehh"
"Wajib bagi perempuan yang menganggap maruah lebih penting dari fesyen"
Semua orang akan mengalami ujian..cuma orang2 tertentu sahaja akan menerima ujian yg besar dan berat.
Adakah anda yg menerima ujian yg besar itu?
Adakah kita buat amalan sambil lewa saja..tidak berkualiti..jgn macam tu nanti kita rugi
Kita tidak ada banyak masa di dunia ini..jadi kumpulkan pahala sebanyak2..jangan tambah dosa sehingga bertimbun.
_🌿Nasihat Hati❤🌿_*
_"Orang Hebat Bukanlah Yang_
_Lebih Dari Teman-Temannya_
_Orang Hebat Adalah Yang Hari ini , Lebih Baik Dari Kelmarin"_
*©Habib Ali Zaenal Abidin*
Semakin jauh perjalanan..
Semakin dekat kematian..
Semakin bertambah bebanan.
Semakin kurang keupayaan.
Hanya Iman dan keyakinan.
Mampu mengayuh perahu kehidupan..
Penuh ketenangan menempuh ujian..
Tuluslah dengan Tuhan..
Teluslah sama insan..
Semoga ibadah diterima..
Rezeki diberkati..
Umur dirahmati..
Dosa diampuni..
Aamiin.. insyaa ALLAH..
Salam ukhuwah fillah
KETENANGAN itu akan hadir bila diri kamu dekat dengan ALLAH
KERESAHAN itu akan hadir jika diri kamu jauh dengan ALLAH..!!!
"Perkahwinan bukan sahaja menagih kebijaksanaan memanfaatkan PERSAMAAN tetapi memerlukan kesabaran menguruskan PERBEZAAN.
Apabila cinta 'demam', tanggungjawablah yang akan menjaga perkahwinan sehingga cinta pulih semula!
Perkahwinan diserikan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab." -
Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Bukan dunia ini yang sempit,
TAPI hati kita yg kurang lapang.
Bukan rezeki yang sedikit,
TAPI diri kita yg kurang bersyukur. ..
Dunia ini umpama lautan, kita bebas berenang. ..
Tapi apabila dunia masuk dalam hati,
Kita akan *lemas* di akhirat nanti....
Allahuakbar. ...
Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan ,*
*💔Tapi akhirnya tiada apa yang kita dapat*
*🌹Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu pada ALLAH*
- Ustaz Ebit Lew -
YG DITEGUR VS YG MENEGUR..
Wahai diri
Jika kau adalah antara yang ditegur
Terimalah teguran dgn hati yg berlapang dada redha. senyum ucapkanlah terima kasih pada yg menegur usah terasa lantas membls dgn nada sinis
Wahai diri
Jika kau adalah antara yg menegur
Tegurlah dgn hikmah. Tegurlah secara persendirian. Gunakanlah kata kata yg tidak menyakitkan namun masuk ke jiwa yg ditegur usah lupa doakan yg ditegur
Allah telah menyediakan sabar untuk hamba2Nya agar jangan kecewa dan berputus asa..yg penting teruskan berbaik sangka dgn Allah.
Ku beri hatiku pada DUNIA...🌏*
*🌏Dunia menipu, mempersenda, melemparkan aku di lembah kehinaan.*
*❤Ku beri hatiku pada MANUSIA...😍*
*😔Manusia memperguna, menghancurkan dan memfitnahku...*
*❤Ku beri hatiku pada ALLAH...👆🏼*
*❤Hatiku dibelai, disayangi, dilindungi, lembut, syahdu dan mengasyikkan...*
*❤SubhanAllah aku Cinta Allah.
No comments:
Post a Comment