Tuesday, September 12, 2017

KTP 041

MAAFKAN SAUDARAMU..
Pada suatu hari, Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam sedang berkumpul dengan para sahabatnya. Di tengah para sahabatnya, tiba-tiba Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam tertawa ringan sampai-sampai terlihat gigi depannya. Umar radliallahu 'anhu yang berada di situ, berkata, ‘Demi engkau, ayah dan ibuku sebagai tebusannya, apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?’
Rasulullah saw menjawab, ‘Aku diberitahu bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala mereka di hadapan Allah. Salah satunya mengadu kepada Allah sambil berkata, ‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku karena dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku’.
Allah Subhanahu wa Ta'aala berkata, ‘Bagaimana mungkin saudaramu ini bisa melakukan itu, karena tidak ada kebaikan di dalam dirinya?’
Orang itu berkata, ‘Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya’.
Sampai di sini, mata Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam berkaca-kaca. Beliau sallallaahu 'alaihi wa sallam tidak mampu menahan tetesan airmatanya. Beliau menangis. Lalu, beliau sallallaahu 'alaihi wa sallam berkata, ‘Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosanya’.
Rasulullah sallallaahu 'alaihi wa sallam melanjutkan kisahnya.
Lalu Allah Subhaanahu wa Ta'aala berkata kepada orang yang mengadu tadi, ‘Angkat kepalamu!' Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata, ‘Ya Rabb, aku melihat di depanku ada tempat yang terbuat dari emas dan istana-istana yang terbuat dari emas dan perak bertatahkan intan permata. Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb? Untuk orang jujur yang mana, ya Rabb? Untuk syahid yang mana, ya Rabb?’
Allah berkata, ‘Istana-istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya’.
Orang itu berkata, ‘Siapakah yang bakal mampu membayar harganya, ya Rabb?’
Allah berkata, ‘Engkau mampu membayar harganya.’
Orang itu terheran-heran, sambil berkata, ‘Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?’
Allah berkata: 'Caranya engkau maafkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.
Orang itu berkata, ‘Ya Rabb, kini aku memaafkannya’
Allah berkata: 'Kalau begitu, ambil tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu.’
Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah saw. berkata: 'Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian saling berdamai, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin.’
Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.
Pekerjaan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan.
Semoga Allah Subhaanahu wa Ta'aala menganugerahkan kepada kita kelembutan hati, agar kita dapat menjadi insan pemaaf..aamiin
Semoga bermanfaat


SEMAKIN BERTAMBAH USIA....
💧Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta Dunia.
(Qs.Hud:15-16)
💧 Semakin bertambah usia semakin kabur Matanya... Kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
(Qs.Al Isra:72)
💧 Semakin bertambah usia semakin Sensitif.... kerana Allah sedang mengajar.. bahwa pautan Hati dengan makhluk sentiasa mengHampakan.. namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.
(Qs.Al Lukman :22)
💧 Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam Tanah selamanya.
Qs.Ali Imran:145)
💧 Semakin bertambah usia semakin ditarik Nikmat kekuatan Tulang & Sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahwa tak lama lagi nyawanya akan di ambil...
(Qs.An Nisa:78)
💧 Semakin bertambah usia semakin Rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kafan yang Putih.
(Qs.Ali Imran:185)
💧 Begitu juga Hati...semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia...
(Qs.Al-An'am:32)


KEBERKATAN PAGI
Sayyidina SAKHR bin Wadaahal-Ghamidi seorang sahabat Nabi SAW. Pada masa baginda hidup, Sakhr merupakan seorang peniaga. Beliau tinggal di negeri Taif.
Sakhr pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah, berkatilah umatku pada masa pagi mereka.”
Sakhr turut memperhatikan, setiap kali Rasulullah SAW mengutus pasukan, baginda mengutusnya pada pagi hari.
Sakhr lalu mengamalkan sunnah ini dalam perniagaannya. Beliau memulakan aktiviti perniagaannya pada pagi hari dan apabila hendak mengutus pegawainya untuk satu tugasan, beliau akan mengutuskannya pada pagi hari.
Kesannya, perniagaan Sakhr berkembang pesat. Beliau mendapatkan keuntungan yang banyak sehingga hartanya melimpah-ruah. (riwayat Abu Dawud)
Imam al-Bukhari menyebutkan dalam al-Tarikh al-Kabir: “Sakhr lalu menjadi orang kaya. Hartanya sangat berlimpah sehingga ia tidak tahu di mana hendak menyimpannya?”
Kebiasaan orang soleh
Bangun di awal pagi mengandungi kebaikan yang sangat banyak. Udara pada saat itu masih segar, minda masih jernih dan tenaga masih kuat. Masa ini sangat sesuai untuk digunakan bagi perkara-perkara yang penting.
Bangun pagi ialah kebiasaan Nabi SAW dan para sahabat. Mereka memulakan aktiviti harian beberapa jam sebelum terbit fajar. Mereka bertahajud, beristighfar dan bermunajat.
Allah SWT memuji perbuatan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: Mereka mengambil sedikit sahaja masa malam untuk tidur. Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristighfar. (al-Zariyat: 17-18)
Apabila azan Subuh berkumandang, mereka mendirikan solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu, mereka melakukan pelbagai aktiviti sama ada ibadah, bekerja atau sebagainya.
Jabir bin Samurah berkata: Rasululah tidak bangkit dari tempat beliau mengerjakan solat Subuh sehingga terbit matahari. Apabila matahari telah terbit, baginda bangkit dari tempat itu. (riwayat Muslim)
Ramai daripada kalangan sahabat yang tidak menyukai tidur selepas Subuh. Melainkan bagi seseorang yang bekerja di waktu malam dan tidak memiliki masa tidur melainkan selepas Subuh.
Zubeir bin Awwam (seorang sahabat Nabi SAW) sangat melarang anak-anaknya daripada tidur selepas Subuh. Beliau berkata: “Setiap kali melihat seseorang tidur selepas Subuh, maka aku tidak menyukainya.” (Ibnu AbiSyaibah dalam Musannaf)
Sebuah kajian semasa turut menyokong kebaikan bangun awal pagi. Kajian itu mendapati bahawa individu yang suka bangun awal secara amnya terbukti lebih sihat, lebih bahagia dan lebih proaktif.
Ramai daripada kalangan tokoh cemerlang dan berjaya masa kini yang mengamalkan budaya bangun awal dan memulakan aktiviti mereka pada awal pagi. Umat Islam lebih patut mengamalkan budaya ini. Ini kerana ia sebahagian daripada sunnah Nabi dan kebiasaan orang-orang soleh. Wallahua’lam.


JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.
Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.
Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.
Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.
Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.
Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.
Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..
Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua ahli keluarga..jiran & sahabat
Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....
Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, kadang-kadang ada yang buruk turut ikut sama..
Tapi Ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta..
Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.
Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.
Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.
Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...sedar lah diri segala yg kt miliki termasuk diri kt milik ALLAH SWT

No comments: