Monday, September 04, 2017

KTP 038


DIAM ITU EMAS*
Diamlah...
1. Ketika dalam bara kemarahan.
2. Bila kamu tiada semua fakta.
3. Bila kamu belum mengesahkan periwayatan.
4. Jika tutur mu bakal menyinggung orang yang lebih lemah.
5. Bila ia waktu kamu untuk mendengar.
6. Bila kamu cenderung meringankan syariat.
7. Bila kamu cenderung untuk berseloroh perihal dosa.
8. Jika kamu mungkin malu dengan perkataan mu di kemudian hari.
9. Jika tutur kata mu mungkin memberikan maksud yang salah.
10. Jika isu itu bukan urusan mu.
11. Bila kamu cenderung untuk berkata dusta.
12. Jika tutur mu bakal mengaib seseorang.
13. Jika tutur mu akan memusnahkan satu persahabatan.
14. Bila kamu sedang di landa sifat kritis.
15. Jika kamu tidak boleh menyatakannya tanpa meninggi suara.
16. Jika perkataan mu mempamerkan keburukan diri mu, sahabat dan keluarga mu.
17. Jika nanti kamu terpaksa jilat balik tutur kata mu.
18. Jika kamu telah menyatakan lebih dari sekali.
19. Bila kamu cenderung untuk memuji seseorang yang zalim.
20. Bila kamu sepatutnya sedang bekerja.
21. Bila tutur kata mu tidak mendatangkan kebaikan kepada sesiapa, termasuk diri mu.
SESIAPA YANG MEMELIHARA LIDAHNYA,
Artinya ⁉
DIA MENGAWAL JIWA NYA DARI MASALAH.



Pagi ini hati agak tersentap sedikit apabila mendengar ucapan ummi, muhasabah diri untuk seketika;
"Kita melakukan dosa, berbelas-belas, berpuluh-puluh tahun tetapi taubat hanya sekali. Kita masih bertanya, kenapa kita tidak tenang? Itulah kesilapannya, hati yang berkarat perlu terus dicuci. Baju yang kotor diberus berulang-ulang kali, begitu juga hati, perlu sentiasa diberus dengan istighfar dan solat taubat."
Buatlah solat taubat walaupun air matamu tidak keluar. Hati itu perlu dilembutkan. Apabila hati lembut bukan sahaja ketika solat taubat tetapi mendengar ayat suci al-Quran tentang azab Allah pun akan menitis kerana takut. Mendengar tentang Syurga pun akan menitis kerana merindui. Jika nak berubah, berusahalah, jangan mencipta alasan. Allah menilai setiap usaha kita....


Jika berniqab sekadar ingin dipandang cantik, tajdid kembali niat.
Jika berniqab sekadar ingin mencari jodoh yang solehah, tajdid kembali niat.
Jika berniqab sekadar ingin mengejar followers, tajdid kembali niat.
Jika berniqab sekadar ingin dipandang solehah, tajdid kembali niat.
Niqab bukan agensi mencari jodoh.
Niqab bukan platform menjadi popular.
Niqab bukan syarat untuk menjadi solehah.
Niqab adalah pelindung.
Niqab adalah penyelamat.
Pakailah niqab kerana Allah. Usah menjadikannya fitnah.
Moga Allah redha.


Jangan pernah berhenti mendengar nasihat kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat..!!!


Bismillah
Awan yang mendung ☁️ tidak selalunya akan hujan, Kadang2 disebalik awan yang mendung itu ada pelangi yang indah.. 🌈
Begitu juga dengan manusia, jangan selalu kecewa 🤒 dengan setiap ujian yang menimpa, tetapi carilah hikmah disebalik ujian tersebut.❤️
Jika kau rasa sedih 😭, pandanglah ke langit.. Kau akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu..
Jika kau rasa kecewa, pandanglah ke sungai, air nya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang..


Engkau berdakwah ni., diri kau dah sempurnakah?? bagi betul diri dulu baru nak betulkan org lain..
Hmmmp manusia kan., camtu lah sifatnya
Jika menunggu diri sempurna serta bersih dari dosa dan kesilapan..
tak tahu lah bila agaknya..
Sehingga hujung nafas pun diri kita tak akan pernah sempurna!
Jadi teruskan berdakwah sahabat²..walau apa jua ujian dan dugaannya..
Sambil² usaha perbaiki diri..kita ajaklah orang lain juga..



Muhasabah Hati ...
_Tangiskanlah air matamu hanya kerana Allah, janganlah alirkan air matamu pada mereka yang tidak patut ditangisi._
_Menangislah kerana takut akan azab neraka jahannam, apabila api neraka membutakan mata dan besi panas memukul badan hingga hancur isi dan tulang._
_Menangislah kerana keadaan di padang mahsyar kelak, apabila diperlihatkan amalan-amalan mereka dalam keadaan telanjang, melalui perjalanan beribu tahun lamanya._
_Menangislah kerana keadaan di dalam kubur kelak, apabila tujuh langkah berlalu Munkar dan nankir datang menyeru._
Sediakah kita dengan jawapannya?
_Menangislah mengenangkan keadaan kita sekarang, leka dengan arus duniyawi. Tenggelam dibuai dosa dan zina..._
_Menangislah kerana mengharapkan keampunan Allah_
_Menangislah kerana cinta dan rindu yang menggunung padaNya_
Menangislah wahai sahabat ,
Kerana mata yang tidak menangis adalah mata bagi orang-orang yang hitam hatinya.
Sedang , manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.
❤ "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah mnciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yg lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
( Ar-Rum ayat 30 ).
_Sahabat ,_
_Biarkan rintik hujan membasahi lorong lorong sunyi disudut hati , menguntai pelangi tasbih dipalung rindumu._
_Menyapa kembara cinta yang dulu pernah tiada hanyut terbawa pusaran angin malam yang membeku_
_Danau danau senja penuhi kelopak matamu , sungai sungai rindu penuhi kilau bintangmu_
_Mengepak tanpa henti meski perih menyayatmu, tenggelam dalam deru deru sendu putik jiwamu dan hanyut dalam telaga disudut matamu_
_Pelangi tasbih biar dipalung rindumu lalu menyentuh damai kalbu dan menggetarkan Arsy Cinta dilangit ke tujuh..._
# Warkah Waraqah


“Hargailah kebaikannya sekadar yang mampu..”
“Menghargai tidak semestinya kita mesti terima dia untuk diri kita. Tapi kita menggelakkan diri dari membuatkan dia rasa terhina..”
Ya, hargailah kebaikannya sekadar yang kita mampu. Bersyukurlah kita kerana dia memberikan kebaikannya dan bukannya berbuat jahat kepada kita. Menghargainya bukan bermaksud kita mesti terima dia untuk diri kita kerana kita harus memilih untuk itu. Tetapi jangan sesekali kita menghinanya kerana hanya atas alasan kita tidak suka dia ataupun dia bukan pilihan kita.
Pernahkah kita meletakkan diri kita di tempatnya? Kita tidak akan faham selagi mana kita hanya mahu menjadi diri kita. Yang pastinya, tidak semua orang mampu berbuat baik kepada kita di luar jangkaan kita. Justeru, hargailah kebaikannya itu. Kita tidak tahu bila lagi kita akan berjumpa dengan insan yang baik sepertinya sekalipun masih ramai tapi belum tentu terjamin kebaikan insan-insan itu buat kita. Hakikatnya, mampukah diri kita jadi dia atau jadi seperti dia? Cuba tanya diri kita.
Tidak mudah bukan?


Jangan pernah lupa untuk doakan sahabat-sahabat kita yang sedang 'struggle' melawan nafsu untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Kadang-kadang kita doa, bukan sahaja kita mahukan rakan kita tu berjaya berhijrah, tapi kita juga mengharapkan agar doa-doa yang dititipkan tadi, kembali kepada kita untuk melawan hawa nafsu yang menggila.
Mungkin hari ini ujian yang mereka hadapi tu kita rasa simple sahaja, tapi kita tidak tahu bagaimana dia yang menanggung. Serupa juga kepada kita bila ditimpa ujian. Muhasabah.
Berdoalah! Allah pasti makbulkan.
"Apabila kau memiliki sahabat yang membantu kau dalam ketaatan, genggam eratlah tangannya,
Kerana untuk mendapatkan sahabat seperti itu amat sukar, sedangkan berpisah darinya amat mudah."..
~[Imam Syafi'e]


Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan.
Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati.
Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.



"Mati jasad lebih baik dari Hati yang Mati."
"Kenapa..."
"Kerana apabila jasad mati kita akan meninggalkan dunia.Tapi kalau hati yang mati,kita akan meninggalkan Allah dan Akhirat."


Hidup ini jika kerana manusia dan dunia semata-mata, maka hati kita akan menjadi resah dan gelisah..Hidup terasa sangat letih dan sempit. Ibarat pengejar bayang-bayang yang tiada kesudahannya..
Namun, jika hidup ini kita sandarkan cuma kerana Allah SWT, maka hati kita akan menjadi tenang dan lapang..Tiada apa yang mampu menggusarkan hati kita kerana dalam hati kita cuma punyai Allah yang paling UTAMA..


Berat mana pun beban yang ditanggung,
besar mana pun masalah yang dihadapi,
sedih mana pun sekeping hati,
jauh mana pun kau tenggelam dalam emosi sendiri,
pilihlah untuk AKHIRNYA tersenyum dan CUBA untuk happy.
PAKSA diri untuk happy.
Kerana pada sebuah senyuman,
ada harapan-harapan yang berdatangan...
Tidak DIA menguji untuk mengejami,
melainkan menzahir KASIH yang unik dan tersendiri.
Bukankah DIA Maha berhak sesuka hati?
Yakini DIA selalu...



Kebanyakkan manusia beranggapan bahawa amalan2 kecil di dalam ibadah itu sebagai perkara yg remeh dan kecil sedangkan tidak ada perkara yg kecil di dalam usaha mendekatkan diri kpd taqwa melainkan kesemuanya besar disisi Allah. Peluang amal hanya sekali iaitu sewaktu kita hidup di dunia , justeru setiap kebaikan2 yg ditinggalkan akan mengundang penyelesalan yg tak terhingga dan tak berguna lagi di akhirat.
~Maka beramal ikut kemampuan kita, buat kadar yg mampu dan ISTIQOMAH dgn kemampuan itu.


Pesan pada hati ❤:
"Allah bagi peluang hidup hari ini bukan untuk ulang dosa semalam..
tapi Allah bagi peluang hidup lagi hari ini adalah untuk kita *bertaubat* dari dosa semalam."


 3 perkara yang perlu dijaga sedang kita sibuk berjalan raya ziarah menziarahi. 🌸
1. Jaga percakapan kita. Jangan bertanya soalan yang sensitif dan jangan bergurau sampai sakitkan perasaan orang.
2. Jaga adab kita di rumah orang. Masuk dengan beri salam, makan apa yang dihidangkan, dan jangan buat macam rumah sendiri.
3. Jaga solat kita. Walaupun pakaian, perhiasan dan solekan kita dah cantik, jangan sampai ia menjadi sebab untuk kita tinggalkan solat. Kalau segan nak minta izin tuan rumah, sebelum sampai singgah masjid dahulu.
@Dakwah_Itu_Cinta 🌹



Kerana Lidah
Adik beradik bergaduh,
kerana lidah
sahabat menjadi musuh,
Kerana lidah
boleh berdusta,
kerana lidah
badan binasa,
Kerana lidah
juga kita berdkwah,
kerana lidah
kita bercakap benar,
Kerana lidah
kita berukhwah,
kerana lidah
kita memuji Allah,
Lidah walaupun lembut tidak bertulang,
peranannya hebat sekali...
boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan..
boleh mempesona dan boleh meliarkan..
boleh menghasut dan boleh memujuk..
maka gunakan lidah dengan sebaik-baiknya..
____________________________________
Renungan
Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong,
Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan,
langkah kedua belah kaki dan
pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.


Andai rasa sedih,
Pandang langit.
Ingatlah Allah masih ada.
.
Andai rasa resah,
Renung dasar hati.
Yakinlah Allah pemilik hati.
.
Andai rasa putus asa,
Banyang sungai yang mengalir.
Walaupun dihalang bebatu keras.
.
Andai rasa kecewa,
Lihat hakikat alam.
Percaya Allah Maha Berkuasa.
.
Andai rasa tersisih,
Lihatlah purnama dimalam sepi.
Yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.


Sebaik-baik ucapan adalah yang pendek dan memberi faham.


Mengucapkan alhamdulillah juga adalah satu nikmat pemberian yang Allah berikan kepada kita. Yang tidak diberikan kepada semua makhlukNya. Tidak semua makhluk mengucapkan alhamdulillah. Orang kafir langsung tidak cakap alhamdulillah. Orang Islam pun, kalau mereka bukan jenis yang belajar, jenis yang halus hatinya, pun tidak mengucapkan alhamdulillah atas setiap nikmat yang mereka terima. Mungkin kadang-kadang sahaja dia mengucapkannya. Kita pun, kadang-kadang terlupa hendak mengucapkan alhamdulillah. Mungkin kerana kita terlupa, kita tidak sedar atau sebagainya. Bayangkan, Allah beri nikmat kepada semua makhlu, tapi tidak semua makhluk mengucapkan perkataan yang mulia ini.


Pernahkah kita berjumpa dgn seseorang yg kita rasa seronok untuk berbual dengannya
Itulah salah satu kebahagiaan yg kita harus syukuri
Bila rasa susah hati..berjumpalah dengannya..
Itu sebab teman yg baik bila bersamanya..kita akan ingat pada Allah.


Cuba ingat semula kejadian indah yg kita alami hari
Iringilah ia dgn bersyukur..



Sebetulnya mengapa memberikan kebahagiaan dan kesedihan kepada kita?
Sebetulnya mengapa Allah SWT menciptakan kekayaan, kepintaran, kecantikan, ketampanan kepada kita? Mungkin kita sering berpikir demikian. Tanpa kita sadari kita mendidik diri kita untuk berpikir maksud dari penciptaan diri kita sendiri.
Dalam salah satu surat, disebutkan bahwa tujuan kita ada disini (bumi) hanyalah untuk beribadah kepadaNYA. Bahwa dunia ini hanya sementara dan yang kekal adalah kehidupan di masa yang akan datang. Namun, semakin bertambahnya usia bumi ini. Tolak ukur kebahagiaan menjadi semakin abstrak. Bahkan banyak orang di luar sana melakukan segala macam cara untuk memperoleh kebahagiaan.
Karena sebetulnya orang tersebut memandang kebahagiaan sebagai suatu HASIL. Bukan sebagai sebuah PROSES. Sedangkan, yang dikatakan sebagai hasil, pasti yang kita inginkan adalah sebuah keberhasilan. Maka, sebagian dari kita hanya akan bersyukur saat mengalami kebahagiaan. Sedangkan, saat diberikan sebuah ujian, kesedihan, kekecewaan dan hal yang tidak kita harapkan. Kita lupa untuk BERSYUKUR.
Kita sampai melupakan maksud Allah SWT dibalik rencananya tersebut. Dan kita melupakan suatu hal. Bahwa bukan karena kita bahagia, lantas kita BERSYUKUR. Namun, BERSYUKUR akan selalu membuat kita bahagia.


Kemarahan boleh mengurangkan kebahagiaan
Siapa suruh marah?


Sewaktu mencari kebahagian
Berbahagilah kasih sayang kepada
Orang sekitar kita
Agar kebahagiaan itu lebih bermakna...



Apabila kita dapat buat kebaikan
Maka senangkan lah hati kita
Dengan syukur.
Bukan mudah melakukan kebaikan yg benar2 ikhlas..


Bagi orang yg berdosa air mata itu boleh menghidupkan hati.
Namun mata ini tidak juga menangis..mungkin hati menjadi seperti batu..


Ketawa dan menangis ada resepi kehidupan..antara banyak dan sedikit sahaja..ada masa tidak salah jika terlebih tagis jika itulah keinsafan dan makin dekat dgn Allah..dan ketawa masih dalam lingkungan syukur.


Tiada semua yg kita nak akan dipenuhi..jadi buat apa nak marah..berfikirlah antara syukur dan sabar.
Hidup perlukan pengorbanan.



"Bang, cuci cermin?" Ujar pam attendan Petronas pada aku.
"Oh ok."
"Nama siapa?" Tanyaku.
"Ibrahim."
"Sedap nama awak. Macam nama nabi Ibrahim."
Dia senyum.
"Dulu saya lahir waktu hari raya korban, sebab tu mak saya bagi nama Ibrahim."
"Abang ada korban ini tahun?"
"Ada."
"Abang bagus."
"Kamu?" Tanyaku.
"Ada bang. Tiap tiap tahun."
"Wahhh ... hebat. Banyak duit kamu?"
"Duit tak banyak bang. Makan pun tak cukup. Tapi saya simpan tiap tiap bulan."
"Alhamdulillah."
"Saya sayang nabi. Sebab nabi bagi saya agama."
Terkedu. Aku diam. Insaf.
Aku tenung wajahnya dalam dalam, saat dia menghabiskan mencuci cermin keretaku.Terlihat aku kejernihan. Kesungguhan dan kesolehan yang lekat diwajah nya.
Seorang yang bergaji rm900 mencintai nabinya! Kita?
Aku letak pam. Hulur rm5.
Terima kasih. Kerana cuci cermin saya dan cuci hati saya.
Dalam kereta, tak sedar aku titiskan jua airmata lelaki ku yang jauh tersembunyi dalam kolam ruh nya yang hampir kering.


Allah menguji dgn Kepayahan dan cabaran..namun Allah beri juga kesabaran dan ketenangan.
Indah sungguh..


Walaupun jasad tak bermaya.. Namun iman perlu kuat..


Carilah pahala disebalik majlis kenduri yg kita hadiri.. Dan hindarkan dosa...


Hapuskan dosa kita dgn 3 perkara
1. Merata air wuduk
2. Memperbanyakan langkah ke masjid.
3. Menunggu solat setelah solat.


Selalu lah berwudhuk.. Kerana dosa akan mengalir keluar bersama titisan terakhir..
Kitakan selalu berdosa..


KATEGORI WANITA ISLAM*🌸🍃🌸🍃🍃🍃
*WANITA MUSLIMAH*
Memikirkan hal duniawi, seperti fesyen baju, fesyen niqab, fesyen tudung dan makeup terkini.
Muatnaik gambar (walaupun menutup aurat).
Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu agama dan menceritakan amalan baik yg dilakukannya.
*WANITA MUKMINAH*
Memikirkan cara utk memperbaiki diri tanpa perlu menghebahkan kpd orang lain.
Sibuk menghadiri majlis-majlis ilmu agama tanpa ada niat utk menunjuk-nunjuk.
Memikirkan cara berpakaian yg tidak tabarruj supaya lebih berhati-hati di hadapan ajnabi.
*WANITA MUTTAQIN*
Memikirkan sepenuhnya kpd akhirat, mencari redha Allah dlm setiap perbuatan yg dilakukannya.
..Menyibukkan diri utk bekalan di akhirat kelak dan memikirkan tentang keadaan umat Islam dan sentiasa mendoakan umat mendapat hidayah dan beroleh syurga Allah.
Saidatina Aisyah RA berpesan, "Sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang dan tidak dipandang."
Muliakanlah dirimu dgn taqwa, jagalah kehormatanmu dan perhiasilah keperibadianmu dgn cahaya drp Allah SWT.
Jangan rasa bangga dgn kecantikanmu. Sesungguhnya itu bukan *KEMULIAAN* bagimu sebaliknya *KEMURAHAN* dirimu.


Assalamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai semua.Diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagian dunia akhirat dijauhkan Allah azab nerakaNya dikurniakan syurga FirdausNya
💙Hidup di dunia jadi mudah mungkin kerana keikhlasan doa orang lain:
💛 Anak-anak bahagia kerana doa ibubapa tidak pernah putus.
💚Suami isteri mudah dalam berurusan kerana doa pasangan yang Ikhlas.
❤ Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh.
💜 Pelajar berjaya berkat doa guru yang tidak pernah jemu mendoakan
💖 Sahabat rasa bahagia kerana doa sahabat lain yang tulus ikhlas
💙 Negara kita selamat dari bencana besar mungkin kerana doa ikhlas dari ulama.
Oleh itu, jangan sekadar berdoa untuk diri sendiri saja. Doakan juga kesejahteraan untuk orang lain.kerana setiap doa yg didoakan tanpa pengetahuan sahabatnya akan diAmiinkan oleh para malaikat dan para melaikat akan mendoakan org yg mendoakan itu jua dengan kebaikan.Insya Allah. *Hidup Biarlah ada Timbal Balas*


ya Rabb.....
"Aku hilang arah,
Tanpa hadirMu..."
ya Rabb.....
tetapkanlah hatiku pada Mu...
aku selalu lalai dalam mengingatiMu...
ya Allah.....
ampunilah dosa-dosaku...
aku resah ya Allah......
aku takut ya Allah......
aku tidak mahu berpaling dari Mu...
YA ALLAH...
kadang-kadang sedikit dugaanMu membuatkan aku lemah...
kuatkan aku ya ALLAH....
bantulah aku ya ALLAH
aku hambaMu yang lemah ...
dan penuh dengan dosa...
Ya ALLAH..
tetapkanlah imanku agar tetap taat kepadaMu..
insafkanlah aku ya ALLAH...
kadang-kadang aku hilang arah..
aku tahu ..ENGKAU selalu disisiku...
ya ALLAH betapa aku mencintaiMu...
aku takut ya ALLAH jika KAU tidak redha dengan kehidupanku....
ampunkan dosa ku...
Ya ALLAH..
jika aku mati hari ini..
aku ingin mati dalam keredhaanMu ya ALLAH...
aku ingin mati syahid dijalanMu ya ALLAH...
tidak dapatku bayangkan hidupku tanpaMu ya ALLAH...
aku sentiasa memerlukanMu disisiku
amat..amat...amat memerlukanMu YA ALLAH...
YA ALLAH TERIMALAH AKU...
REDHAILAH KEHIDUPANKU DI DUNIA DAN DI AKHTIRAT...
RAHMATILAH KEHIDUPANKU, KELUARGAKU DAN SELURUH UMAT ISLAM...
Aamiin Ya Rabbal Alamin...
_________________________
BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH


Antara sunnah yg dianjurkan ketika maghrib, tutupilah tingkap dan pintu rumah kita dengan menyebut "Bismillah" kerana Syaitan yg berkeliaran tidak akan masuk ke rumah kita dengan perbuatan sedemikian. Perintahkanlah anak kecil kita masuk ke rumah. Amal lah membaca 2 ayat terakhir surah Al Baqarah dirumah kita selepas maghrib. Insyaa Allah rumah kita akan terpelihara dari dimasuki jin/toyol/hantu.
~MAGHRIB



KITA ISTERI YANG SERING ALPA
Dari:
Fauziah Hashim:
Tajuk: SYURGA SEORANG ISTERI
Dugaan paling besar adalah bersabar.
Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.
Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.
** copy & paste dari sharing di grup usroh. Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yer.Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..
Moga kita semua tergolong dalam golongan para isteri yg Allah Redho,suami redho kita sebagai isterinya...amiin..


Nasihat diri
Lihat diri sendiri. Ukur kemampuan diri.. Kita belum sampai tahap org alim..mereka sudah melalui mujahadah yg banyak berbanding kita..



Dah ketentuan Allah macam tu.. Buat apa kita nak sedih.



Jangan terlalu bersandar pada manusia.. Kemuliaan itu ialah tawakal kpd Allah


Cukuplah apa yg ada jgn rakus dgn hak org lain.. Kerja keras utk mendapat hak sendiri.. Cuma ingat salalu semuanya hak Allah


SAHABAT SURGA KU❤*
*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya,diratib demi Redha-Nya.*
*Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*
*Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya,*
*Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat,*
*ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya adalah penyayang.*
*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*
*menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah*
*kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.*
*Kuteringat satu kata-kata;*
*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*
*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.."*
*Saidina Umar Al-Khattab*
*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*
*Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*
*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*
*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.*
*Buang segala sifat tercela di hati.*
*Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*


EA:
Ibu tua: Hello.. Ni samad ke?
Samad: Ye mak, ni samad. Sorry mak, semalam balik lambat. Balik terus tertidur. Kenapa mak?
Ibu tua: Mak nak tanya sikit.
Samad: Tanya apa tu?
Ibu tua: Berapa gaji ko sehari nak?
Samad: Emm.. Boleh la mak. Dalam RM100 sehari. Tu pun tak berapa nak cukup kalau duduk kat bandar ni.
Ibu tua: Kalau macam tu, mak ada duit sikit nak kasi ko. Buat belanja ko kat sana.
Samad: La ye ke? Susah-susah je mak. Mak simpan duit tu untuk belanja rumah dah la. Kat sini tau la samad cari duit.
Ibu tua: Kau balik la rumah sehari dua nak. Nanti mak bayar gaji RM200. Mak rindu kat kau nak.
Kadang-kadang kita terlupa..
Betapa pentingnya kita buat mereka..
RENUNGKANLAH!

Bila kita redha akan sesuatu yg mengecewakan hati kita, percayala Allah akan menggantikan kekecewaan tu dgn sesuatu yg tidak dijangka.


Jika datang orang menghadiahkan air mata, Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar
Belajar untuk sabar setiap kali ada yang menduga


"Seorang ibu yang cinta dan rindu kepada anaknya mengingati anaknya setiap detik walaupun mulut tidak menyebutnya. Begitulah hamba yang kasih dan rindu kepada tuhannya akan mengingati Allah walaupun mulut tidak menyebutkannya."
Tn Guru Haji Nasir asy-Syazuli ~


PARA ALIM ULAMA MENGARISKAN CARA MENJALANI UMUR YANG SUDAH MENCAPAI 50 TAHUN
1 - Jangan berlebihan berhias, bersolek dan berpakaian
2 - Jangan berlebihan makan/minum dan berbelanja barang yang kurang diperlukan
3 - Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambahkan iman, ilmu dan amal
4 - Jangan suka berkeluh kesah atau kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar, syukur dan redha
5 - Perbanyakkan doa mengharapkan keredhaan-Nya dan mohon agar Husnul Khatimah dan dijauhi dari Su'ul Khatimah
6 - Tambahkan ilmu agama @ menghadiri majlis-majlis ilmu, belajar balik Al-Quran @ mengaji dan selalu ingat mati
7 - Hubungkan kembali tali siraturrahim yang renggang sebelumnya dan minta maaf pada pihak yang pernah dizalimi. Maafkan kesalahan orang walau seberat apa pun kesalahannya kepadamu
8 - Tingkat amal jariah seperti bersedekah dan Wakaf yang mana dapat memberikan pahala dan syafa'at setelah mati
9 - Bayar semua hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

Kalaulah hidayah itu milik manusia, sudah tentu ramai yang baik kerana nafsu ingin jadi yang terbaik. Tapi sayang, hidayah itu milik Allah dan Dia hanya berikan kepada mereka yang Dia cintai supaya manusia tahu betapa hidayah itu sangat berharga untuk dikecapi.
Bukan kerana Allah manusia jadi jahat tapi kerana kesalahan manusia untuk membuat pilihan. Sebab itu Allah ciptakan akal yang taat kepada Allah dan nafsu yang sombong kepada penciptanya.
Hidayah lebih mahal daripada harta dunia. Tetapi harta dunia sedikitpun langsung tidak dapat untuk membeli hidayahNya.



Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.


Seseorang yang telah Allah terima taubatnya tentu akan memiliki beberapa ciri dimana ciri tersebut menunjukkan sesuatu yang mengarah kepada kebaikan dan menjurus pada keridhaan Allah. Berikut adalah tanda-tandanya.💟
1💎Hidup Akan Jauh Dari Perbuatan Maksiat💎
Benarlah firman Allah yang mengatakan bahwa Ia akan menggantikan keburukan dengan kebaikan jika hamba tersebut mau bertaubat. Ketika kita telah melakukan taubat dan menyesali perbuatan dosa tersebut, hati ini akan Allah giring ke arah kebaikan dan dijauhkan dari hal yang berupa maksiat.
Hari-harinya akan lebih tenang dan damai karena selalu dilindungi oleh Allah dari perbuatan yang membangkang perintahNya.
2💎Perasaan Bahagia Dan Selalu Ingin Dekat💎
Bagi orang yang telah Allah terima taubatnya, maka hatinya akan merasakan sebuah kebahagiaan ketika melakukan sebuah ibadah ataupun amal kebaikan lainnya. Ia pun akan selalu ingin berada berdua dengan Allah dalam setiap shalat dan dzikirnya.
Sehingga jangan heran ketika melihat orang yang telah Allah terima taubatnya karena ia akan senang berlama-lama dalam dzikir dan shalatnya. Alhasil tutur kata dan perilakunya akan jauh berbeda ketika ia sedang melaksanakan maksiat kepada Allah.
3💎Dekat Dengan Orang Sholeh💎
Orang yang telah melakukan taubatan nasuha dan diterima taubatnya, akan mendapatkan petunjuk Allah lewat dijauhkan dari para ahli maksiat.
Ia pun akan Allah tunjukkan sahabat-sahabat baru yang sama-sama taat dan menjalankan ibadah dengan penuh kesungguhan
4💎Selalu Kurang Puas Dalam Beramal💎
Seseorang yang telah mendapatkan tiket keridhaan Allah atas taubatnya akan merasakan bahwa harta yang diperoleh sudah lebih dari cukup. Justru ia akan merasa kurang puas terhadap amalan sholeh setiap harinya. Ia selalu berpikir bahwa untuk akhirat, ia harus mengumpulkan amal sholeh sebanyak-banyaknya.
5💎Sibuk Dengan Urusan Akhirat💎
Orang yang dikatakan telah menerima pengampunan dari Allah akan memiliki hati dan pikiran yang selalu dipenuhi dengan perbuatan yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.
Setiap langkahnya hari demi hari selalu berlandaskan niat karena Allah. Ibadah yang sebelumnya tidak pernah dilakukan pun akan dilakukannya dengan penuh kesungguhan. Tak heran jika hari-harinya selalu diisi dengan kegiatan untuk kampung akhirat.
6💎 Lisan Yang Terjaga💎
Menyesali perbuatan dan tidak akan melakukannya lagi merupakan ciri orang telah melakukan taubat yang sebenar-benarnya. Ia pun akan menjaga setiap perkataan agar tidak mengembalikannya kepada kesalahan dan kemaksiatan.
Jiwa yang telah dilingkupi dengan rasa bersalah dan merasa hina akan membuat lidahnya tak akan pernah kering dari melafadzkan ampunan serta mengagungkan Allah. Sehingga ia pun akan lebih banyak diam dari berkata yang sia-sia dan lebih memilih untuk berkhalwat dengan Allah dalam dzikir dan ibadahnya.
Semoga ciri-ciri diterimanya taubat oleh Allah tersebut bisa terjadi pula kepada kita yang kini tengah berusaha memperbaiki diri dan memohon ampun atas dosa yang telah dilakukan. Dan yakinlah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.



Kata Imam Malik, "Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 benda ini, kenderaan yang pantas, rumah yang lapang, pakaian yang cantik, lampu yang terang."
Maka, ada orang bertanya kepada Imam Malik, apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas? Maka Imam Malik menjawab, "Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijak."
Ada orang bertanya lagi, apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang? Imam Malik menjawab, "Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi."
Kata Imam Malik lagi, "Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik." Akhir sekali, lampu yang terang kata Imam Malik maknanya, "Ilmu yang menerangi

No comments: