Wednesday, March 27, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 098

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya

Andai jatuh, bangkitlah semula. Tabahkan diri dengan segala mehnah dan tribulasi. Janganlah terus mengalah dan menyerah diri. Jadikan segala takdir yang telah tersurat ini sebagai penguat diri. Ingatlah, Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang bersabar.

Kalau umur itu bertambah.
Maka janganlah dosa turut bertambah

Jagalah lidah kita.
Jangan mudah mencaci.
Menfitnah.
Sbb itulah jalan mudah syaitan..mengoda kita

Kita semakin sibuk.
Org tua semakin bertambah usia.
Maka hubungilah mereka

Rumah terakhir kita sangat sempit..walaupun rumah sekarang sangat besar

Jangan sakitkan hati orang sebagaimana.
Kita tak ingin org sakiti kita


Jgn jadi batu api.
Takut lepas ini.
Jadi batu api neraka

Satu benda yang kita belajar dalam hidup kita ialah jangan pernah mengharap dan berharap.
Cubalah berdiri dengan kaki sendiri kerana jika kau mengharap pada manusia kau akan hampa tetapi jika kau berharap pada Allah SWT pasti kau akan menemui kejayaan, yang penting kau tekad/usaha/doa itu yang utama.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim*
*Ampunilah dosa² kami, dosa² pasangan kami, dosa² kedua ibu bapa kami, dosa anak² kami, dosa saudara² kami, dosa sahabat² kami dan dosa guru² kami.*
*Ya Allah, cukupkanlah rezeki kami dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan juga di akhirat..*

Jangan keterlaluan menyangka dan menjangka. Katakan pada hati, yang penting niat dan tindakan aku yang mesti tulus dan lurus. InsyaAllah, yang baik-baik bakal terjadi. Amin.

Dosa dan kejahilan masa lampau adalah penghapus rasa takbur masa kini. Taubatlah berterusan... di situlah letaknya keselamatan.


















Sebak bila setiap kali berbual-bual dengan anggota PDRM. Betapa susah dan pengorbanan mereka. Ya Allah. Bertugas tak kira dimana sahaja, bila-bila masa,apa sahaja demi agama,bangsa dan negara. Masa berbual dengan Tan Sri dan Boss yang lain mereka kagum dengan kerja dakwah yang dilakukan dan sangat khusuk masa dengar ceramah saya masa tu. Allahuakbar.
Pengorbanan isteri,pasangan dan anak-anak mereka. Selalu ayah atau suami mereka sayang tiada dirumah. Di mana bahaya atau masalah negara mereka pertaruhkan nyawa mereka kesana. Mereka tidak akan cakap tidak. Terima kaseh yer semua abang polis dan kakak polis yang berjuang demi agama, bangsa dan negara. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Berapa banyak yang syahid,meninggal dunia,kemalangan asbab tugas mereka. Semoga Allah terima semuanya dan balasi dengan sebesar-besar ganjaran.
Ayah mertua saya seorang polis. Pakcik saya polis. Saya lihat diwajahnya kepenatan letih tapi sentiasa ingin kebaikan buat orang lain. Mereka pejuang yang menjaga keselamatan negara. Selamat hari polis buat semua.
Ya Allah rahmatilah semua anggota polis Malaysia selama ini. Rahmatilah keluarga mereka. Jagakan mereka pejuang kami dan ahli keluarga mereka semuanya. Beri rahmat dan hidayah buat semuanya-ebitlew
#selamatHariPolis212

Sebak mengalir air mata tanpa sedar bila dengar jacindaardern perdana menteri New Zealand ini berucap dengan berselawat pada Nabi saw dan menerangkan Islam yang sebenarnya walau dia bukan Islam. Sebak tengok orang bukan Islam solat Jumaat bersama orang Islam dengar khutbah. Negara bukan Islam beri siaran solat jumaat pada semua stesen tv. Semua orang bukan Islam datang jaga masjid. Polis, masyarakat dan kumpulan motor gengster besar-besar. Jangan takut pergi masjid katanya. Ya Allah.
Artis bukan Islam dan wanita bukan Islam ramai-ramai pakai tudung memperjuangkan hak wanita Islam. Kata mereka selama ini orang Islam berhijab minoriti susah dan apa rasa mereka mengamalkan perintah Allah ini di tengah orang bukan Islam. Mereka mula faham kerana wanita memakai kerana paksaan tapi rasa cinta pada Allah. Terima kaseh Allah atas nikmat ini dalam hidup kami.
.
Ya Allah beri hidayah pada @jacindaardern dan seluruh new zealand. Berkat selawat dan memuliakan Nabi saw dalam perkataannya. Kasih sayang yang mereka tunjukkan. Semoga Allah hadiahkan negaranya Islam. Ramai-ramai mendapat Islam. Allah beri hidayah pada ketua negara dan seluruh rakyatnya. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar
.
Semoga setiap darah yang mengalir menjadi sebab syahid. Tangisan,kesabaran,dan akhlak ahli keluarga yang syahid menjadi asbab hidayah buat semua manusia dalam dunia. Allah terima anak muda yang hebat dari Malaysia syahid menjadi asbab hidayah buat seluruh alam. Kesabaran dan ketabahan didengar diseluruh dunia sehingga menyentuh hati orang bukan Islam. Allahuakbar. Allah Maha Kuasa. InsyaAllah tak lama dah hari kemenangan dan Fatah hidayah seluruh alam-ebitlew


Sebak berkat doa di NewZealand. Siapa tahu disini Allah beri hidayah Islam. Sebaik habis ceramah tadi 2 amoi cina cantik dan juga seorang pemuda hensem India ingin berjumpa saya.. Ada bukan Islam tadi dengar ceramah. Semasa ceramah saya kata siapa pelajar ingin tanya atau nak masuk Islam jumpa saya selepas ini. Saya sayang awak semua.
Tiba datang 3 orang masa saya makan. Ya Allah berdebar dan bahagia hati saya. Kami berbual sampai 1 pagi. Syukur dapat berkongsi Islam dengan mereka. 2 orang ucap syahadah. Seorang lagi percaya tapi ingin masa untuk belajar lagi. Walau hatinya sebenarnya sudah percaya dan sebenarnya dah Islam. Dia rasa cinta dan jatuh hati dengan Islam dari tingkatan 6. Cantik keduanya tak nak sesiapa tahu mereka datang dengar ceramah pakai tudung. Takde sesiapa tahu hati mereka ingin peluk Islam di universiti ini. Ya Allah sebaknya rasa. Bahagia sangat-sangat.
Saya doakan adik bertiga berjaya dalam hidup terus menjadi Islam yang baik dan menjaga mak ayah dengan baik. Menjadi contoh buat ahli keluarga yang lain. Semoga diberi kekuatan dan dibuka hati ibubapa untuk faham insyaAllah dan satu hari diberi hidayah pada semua ahli keluarga. Adik bertiga doa itu sangat ajaib. Allah Maha Kuasa
DoakanSabtu KeluargaSunnah di MatradekL dan Ahad Prokids di Penang-ebitlew

Terjumpa dekat airport dengan alif satar. Bergambar sekali. Baik sangat orangnya lemah lembut. Katanya selalu tengok dakwah ustaz. Kami berpelukan kerana Allah.
Semoga semua artis jadi asbab hidayah. Sebarkan Islam di mana sahaja.
Masa penerbangan balik, sebelah sit saya kosong. Bergilir-gilir orang duduk sebelah saya. Bergambar dan minta nasihat. Sebak sangat bila beberapa Pramugari juga beberapa orang bergilir duduk sebelah minta nasihat. Mereka rindu nak pakai tudung menutup aurat. Saya pesan cara solat atas kapal terbang. Jangan tinggal solat walau kemanapun. Ramai pramugari yang solat. Syukur pada Allah dapat berdakwah sepanjang atas flight.
Ada beberapa peramugari yang muda lagi mereka tak solat katanya. Mereka menangis bila dinasihati rindu nak solat. Terkesan bila ustaz bagi dakwah depan club ustaz kata Allah sayang. Ustaz suap budak-budak dijalanan makan dan beri nasihat. Selalu doa dapat jumpa ustaz. Syukur dapar jumpa ustaz.Katanya ini pun pilot kata nak jumpa ustaz. Tapi ustaz ada ceramah yer nak cepat yer..lain kalilah yer..
Baik-baik semuanya. Saya doakan kita semua walau dimana pun sentiasa jaga solat dan jaga Islam perintah Allah. Allah sayang kita semua
Pohon doa malam ni di UUM Sintok, Sabtu ini di Matrade kl keluargasunnah dan Ahad Prokids Remaja di USM Penang.Tak sabar nak jumpa semua. Jemput datang yer. Buat nak daftar keluargasunnah boleh wasap 0173666848 atau www.keluargasunnah.com -ebitlew




UJIAN YANG SEMAMPUMU

Ujian Berlandaskan Keistimewaan Kamu
Allah sentiasa memberi jalan keluar,
Walau sesulit mana keadaan kita,

Akan ada tangan-tangan yang membantu,
Akan ada manusia-manusia yang menguatkan.

Walau kita merasa jauh daripadaNya,
Tetaplah meminta pertolongan daripadaNya,
Walau kita sentiasamelupakanNya,
Tetaplah merayu kepadaNya.

Kerana Dia Yang Maha Baik,
Tidak akan pernah menolak,
Permintaan hambaNya yang meminta
Dengan khusyuk dan merendah diri.

Kita meminta diberi kekuatan,
Allah memberi lewat ujian,
Kerana hanya mereka yang kuat,
Mampu bertahan ujianNya.

Ujian Allah hanya untuk menguji,
Keimanan dan kesabaran kita,
Sampai masa yang ditetapkan,
Allah jua yang memberi jalannya.

 Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup, dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa batas.” (Al-imran: 26-27)

Allah adalah penjamin kehidupan kita. Justeru, jangan pernah merasa risau dan bimbang akan perihal rezeki kerana ia adalah urusan mutlak Allah.

Setiap urusan rezeki kita Allah telah tetapkan di luh mahfuz. Rezeki kita tidak pernah salah alamat dan tidak pernah tertukar. Minta dan terus meminta kepadaNya. Pasti Dia akan menolong hambanya kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

AZAN – HENTI – SOLAT

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah SWT dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu); yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah SWT, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).” (Surah Al-Jum’ah Ayat 9)

Pengajaran ayat 9,

Surah Al-Jumu’ah menceritakan tentang istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat yang lain.. Selain menjadi wadah pertemuan mingguan untuk umat Islam berkumpul mengeratkan silaturrahim, ianya menjadi wadah ilmu kerana adanya khutbah.

Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulama termasuk mazhab imam syafie r.a, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.

Namun sangat mendukacitakan kerana realitinya pada khutbah berkumandang ramai jamaah yang sibuk berjual beli, berkumpul di perkarangan masjid berbual kosong dan bermain dengan telefon pintar daripada menghayati khutbah yang mempunyai banyak peringatan dan pengajaran yang diambil. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah SWT.

Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah.

Kesimpulannya, sama ada penjual, pembeli dan para Jemaah muslimin perlu mengambil berat tentang kesedaran ini kerana ia melibatkan kesempurnaan solat jumaat seseorang..


Wahai Saudaraku,

Di saat dirimu diuji, pasti air matamu menjadi teman sepertiga malammu. Kehilangan tempat kau bersandar sehingga merasa lemahnya jiwa yang sedang menanggung ujian.

Bahkan dirimu tidak lagi mampu menebarkan sayap senyumanmu yang indah kerana galaunya hatimu menanggung derita RANGKAIAN UJIAN.

Namun, ketahuilah bahawa sebenarnya RANGKAIAN UJIAN itu bukanlah dicipta untuk melemahkan dan menjatuhkanmu.

Tetapi ia dirangka untuk mendidik hati dan jiwamu agar sentiasa KEMBALI TUNDUK DAN PATUH PADA YANG MAHA MENCIPTA. Insha ALLAH.

Kerana di dalam setiap ujian yang ALLAH hantarkan kepadamu ada pengajaran indah yang tidak mampu disingkap oleh hambaNya yang lain melainkan hanya dirimu. Insha ALLAH.

Ibarat kata pepatah, hanya yang minum akan merasa manisnya air dan hanya yang makan akan merasa lazatnya makanan.

Namun bagaimana mungkin mampu dicicipi sedap dan lazatnya sesuatu perkara andai tidak dirimu berjalan dan merasainya terlebih dahulu.

Maka setiap perkara harus kau lalui dan rasai agar kau mampu merasai keindahan menikmati nikmat yang telah ALLAH PINJAMKAN untukmu selama mana denyut nafasmu itu bersuara. Insha ALLAH.

Wahai Saudaraku,

Jalanmu untuk MENUJU ALLAH itu bukanlah jalan yang di hiasi dengan senyuman manis. Bukanlah jua di hiasi dengan taburan bunga mawar yang mekar nan indah.

Namun JALAN MENUJU ALLAH itu adalah jalan yang tidak semua insan mampu atau sanggup melaluinya melainkan mereka yang berjiwa hebat seperti DIRIMU. Insha ALLAH.

Maka bangunlah dan berjalanlah kamu menuju kepada ALLAH. Kerana pintu CINTA ALLAH harus kau ketuk sebelum kau mampu melanglah masuk. Insha ALLAH.

Untuk memiliki sesuatu hal yang MAHAL DAN TERHAD maka dirimu harus sanggup bekorban. Dan pengorbananmu itulah merupakan RANGKAIAN UJIAN dari yang MAHA AGUNG buat hambaNya yang lemah.

Kerana tidak akan bertemu dua muara di dalam satu sungai. Kata pepatah, tidak akan ada dua RAJA di dalam satu NEGARA dan tidak akan bersatu dua CINTA di dalam satu HATI.

Maka untuk memiliki CINTA ALLAH DAN RASULULLAH ﷺ, Haruslah dirimu dihancurkan selumatnya, jiwamu di toreh setajam dan sedalamnya, dan hatimu dihancurkan sehancurnya.

Agar menunduk jasadmu merendah diri di hadapan SANG MAHA PENCIPTA lalu sedarlah bahawa ENGKAU HANYA HAMBA YANG LEMAH dan hanya ALLAH YANG MAHA BERKUASA KE ATAS DIRIMU. Insha ALLAH.

Maka bilamana kamu di dalam RANGKAIAN UJIAN, maka ucapkanlah ALHAMDULILLAH. Kerana ALLAH sedang memandang dan mencurahkan KASIHNYA untukmu.





ALHAMDULILLAH YA ALLAH ATAS SEGALA UJIANMU KE ATAS DIRI KAMI. SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MENZALIMI DIRI KAMI SENDIRI..

Wahai Saudaraku,

Kesatlah airmatamu dan tersenyumlah di dalam RANGKAIAN UJIAN yang dikirimkan ALLAH untukmu.

Di dalam setiap denai ujianmu, maka pandanglah ALLAH yang mentakdirkan semuanya untukmu. Pandanglah RASULULLAH ﷺ sebagai ikutanmu. Separah mana pun jua hatimu, maka tersenyumlah bibirmu.

Wahai Saudaraku,

Untuk merasai lazatnya CINTA ALLAH dan RASULULLAH ﷺ, maka harus dihapuskan selain cinta ALLAH dan RASULULLAH ﷺ di dalam hatimu.

Agar ISTANA HATIMU dimiliki hanya oleh RAJA yang berhak iaitu SANG MAHA RAJA YANG AGUNG, IAITU ALLAH.

Maka untuk mematahkan hatimu pada selain daripada ALLAH, diciptakan ujian buatmu agar terhimpun banyaknya kekecewaan mu kepada selain ALLAH.

Lalu akan tunduk dan kembalilah kamu kepada ALLAH, yang MAHA MENCIPTA dirimu. Insha ALLAH.

Lihatlah saudaraku, begitu kasihnya ALLAH kepadamu. Dititipkan ujian bukanlah kerana marah atau murkanya tetapi hanyalah kerana SIFATNYA YANG BERSIFAT DENGAN AR RAHMAN DAN AR RAHIM.

Sebesar mana pun maksiat dan dosamu kepadaNya, masih jua ALLAH mencipta JALAN KEMBALI untukmu. Insha ALLAH.

REDHALAH KAMU ATAS LAKUAN ALLAH, MAKA ALLAH AKAN MEREDHAI KAMU SEBAGAI HAMBANYA. INSHA ALLAH.

Tersenyumlah dengan penuh keindahan, agar hatimu dibalut dengan bunga-bunga cinta yang kekal abadi. Sebagai hadiah istimewa dari KEKASIH (ALLAH) untuk KEKASIH (HAMBA). Insha ALLAH.

Hati yang tenang dan hati yang tenteram itu adalah HATI YANG DI DALAM ADA CINTA ALLAH DAN RASULULLAH ﷺ.

Wahai Saudaraku,

Maka aku berpesan akan perihal ini untuk diriku terlebih dahulunya dan buat pedoman kalian semua yang membacanya.

Semoga ia membawa manfaat keatasku dalam memperbaiki diri dan juga buat kalian semua. Insha ALLAH.

ﻭَٱللّٰهُ أَﻋْﻠَﻢُ بِٱﻟﺼَّﻮَٱﺏِ



Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Al Faqirah Qoba Qausain Au Adna.

Friday, March 22, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 097

Iya,☝✔Bila الله sembuhkan kita drp kesakitan melalui ikhtiar ubat yg kita ambil.. Kita nampak ubat..
Kita tak nampak الله.
Bila الله berjayakan kita dlm akademik melalui bijaknya kita dlm pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi kita pekerjaan yg selesa melalui cemerlangnya kita dlm bidang yg di ceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله kurniakan kita pasangan yg soleh/solehah serta keluarga yg bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*
Bila الله keluarkan kita drp masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tsbt.. Kita tak nampak الله.
Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.
Bila الله bagi segala jenis nikmat yg tak pernah mintak di bayar & tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .
Sungguh, mata hati kita masih buta & samar.. Dek keangkuhan seorg hamba @ kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta di sebalik kejadian.
Bukan senang utk didik diri & hati melihat الله dlm setiap langkah kita..
Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini..
Datang dr الله hidup utk الله & balik kpd الله...
Astaghfirullahal A'zim Allazi Lailaa Hailla Hual hayyul qayyum wa atubuu Ilaih..
Saling sama kita berbahagi dalam menata hati, selebihnya...ku menegur hati sendiri..
keep zikir☝✔
(DaisyHati)

Hidup di dunia ini tempat ujian.
Keputusannya.
Akhirat nanti

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita
.
Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
.
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
.
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga - Abu Hurairah.

Jika mampu jadilah orang yang bijak, tetapi jika tidak, cukuplah menjadi insan yang berakhlak.



pesan saya kepada diri sendiri dan suami isteri di luar sana..

1. Fokus Kebaikan Isteri

Isteri kita memang tak sempurna. Begitu juga dgn kita!
Kita menarik apa yang kita fokuskan. Fokus kebaikan, kita akan dapat kebaikan!

2. Perhatian Suami

Bagi isteri, hadiah yang paling didambakan adalah belaian dan perhatian suami. Bukan bag tangan, bukan emas permata.

Andai mampu, belikanlah.

Andai ada keperluan lain yang lebih utama, belaian dan kata-kata kasih kita sudah cukup membahagiakan hati seorang isteri.

3. Fokus Kebaikan Suami

Isteri juga begitu. Perlu fokus kepada kebaikan suami. Syukur masih ada suami, atau pernah bersuami.

Ada orang sangat berkeinginan, tapi tak diberikan peluang untuk memiliki cinta hati yang bernama suami.

Jadi untuk mereka yang dah ada suami, selalu doakan. Mudah-mudahan suami kita ini akan memimpin kita untuk melangkah ke Syurga yang kekal abadi!

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian (suami) adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”
(Hadis riwayat Ahmad)












Siapa Di Hatimu?

by  iLuvislam
5 days ago
678 Views
378
SHARES
Share
Tweet

Detik berganti detik, waktu bersilih ganti. Kerap kali dia muncul dalam ingatan. “Argh, susahnya untuk aku lupakan dia!”

Dia yang kau anggap permata, rupanya cuma kaca yang bila jatuhnya, hancur berkecai tanpa boleh dicantumkan semula.

Entah kenapa dia sering berada dalam bayangan. Mulut sahaja kata move on, tapi hati?

Berkali-kali tertipu dengan janji manis manusia, tapi tetap tidak serik lagi.

Jauh di sudut hati, kau masih mengharapkan dia kembali. Sedangkan kau tahu, tiada satu pun kekal abadi, semuanya milik Ilahi.

Diri ini juga tunggu masa untuk dipanggil “kembali”.

Di mana Allah di dalam hidupmu? Di hati atau sekadar menyebut di bibir sunyi? Kau harus bersangka baik dengan setiap takdirnya walaupun hatimu ada saatnya berasa kecewa.

Tak, Allah tak pernah kejam. Dia beri dan terus beri. Cuma kita yang tak pernah sedari dan bersyukur dengan nikmat yang diberi.

Kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita dapat, apa yang kita ada. Firman Allah S.W.T ;

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmat kepadamu…” (Surah Ibrahim : 7)

Sudah terang lagi bersuluh, jika kita mensyukuri apa yang kita ada, pasti Allah akan menambah lagi nikmat kepada kita.

Ujian dan musibah itu juga satu nikmat. Nikmat untuk kita lebih dekat dengan Dia.





Kita perlu menelusuri hikmah pada setiap yang berlaku. Pastinya ada sebab mengapa Allah uji kita sebegitu.

Ujian itu yang mengajar kita erti kekuatan, menjadi penyuntik semangat dalam hidup, untuk kita kembali pada Yang Satu.

Kenapa kau nak fikir lagi tentang si dia? Cuba redha dan ikhlaskan hati untuk terima takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Pastinya Allah tidak mengambil sesuatu daripada kita melainkan menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.

Letakkan Allah nombor satu di hati, pasti segalanya akan dipermudahkan nanti.

“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Surah Ar-Rad : 28)

Kembalilah kepada fitrah, dekatkan diri dengan pencipta kita. InshaAllah, hidup kita pasti akan lebih tenang dan bahagia.

Tanya hati, siapa di hatimu sekarang ini?



Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Idayu Nur Illyani Binti Daud




Sumayyah Yang Dicemburui

by  iLuvislam
3 days ago
127 Views
111
SHARES
Share
Tweet

Sumayyah adalah watak terpenting yang boleh menjadikan inspirasi kepada kita semua. Kisahnya telah memberikan tamparan hebat kepada diri kita yang mempunyai kelebihan lebih hebat berbanding beliau yang menjadi seorang hamba pada satu manusia.

Untuk mencari manusia sekental Sumayyah pada hari ini agak sukar dan susah. Kerana kita telah dikaburi oleh habuan harta dan pangkat. Ditaburkan dengan pengaruh dan kuasa. Dek kerana itu, kita menjadi lemah dan longlai. Masih berkira-kira tenaga, masa dan harta untuk menyambung kerja warisan para nabi dan rasul.

Kisah Sumayyah telah mengajarkan kita erti keberanian dan berkorban yang sangat besar dan teramat bernilai harganya. Pengorbanan nyawa adalah suatu tingkatan yang paling tinggi kedudukkannya.

Sewaktu itu, keluarga Yassir, yang terdiri daripada anaknya yang bernama Ammar dan isterinya bernama Sumayyah, diheret ke tengah padang pasir, diseksa dan dipukul hanya oleh kerana mereka mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW yakni agama Islam.

Ketika itu, di saat awal penyebaran Islam di Makkah, umat Islam masih belum mempunyai kekuatan yang utuh. Hampir lebih kurang 100 orang sahaja memeluk agama Islam.

Islam sewaktu itu masih belum mempunyai bala tenteranya. Belum mempunyai kuasa pemerintahan yang kukuh. Apatah lagi mahu diberi pertolongan kerana Islam ketika itu masih dalam keadaan minoriti.

Jika dibandingkan dengan zaman kita sekarang, jauh lebih hebat dari zaman dahulu. Kini, kita sudah mempunyai umat yang ramai. Malah menjadi majoriti di dunia. Dalam majoriti tersebut, kita sudah pun memiliki negara yang mempunyai pemerintahan Islam.

Berbeza pada zaman tersebut, mereka menjadi kaum minoriti, diseksa dan dipukul dengan penuh kebencian dan kezaliman. Paling menyedihkan, seorang wanita hamil yang juga merupakan isteri kepada Yassir dan ibu kepada Ammar, ditusuk dengan perlahan, dengan menggunakan tombak yang amat tajam matanya.

Dalam keadaan tersebut, Sumayyah tetap kental dan cekal, menahan segala seksaan ke atas dirinya, lantas tetap berpegang teguh kepada Islam, dengan keras hatinya beliau tetap pertahankan pendiriannya untuk kekal berterusan mentauhidkan Allah.

Pada masa yang sama, episod kekejaman tersebut tidak terhenti setakat itu, Yassir diikat di tengah padang pasir lalu diseksa dengan sekeras-kerasnya. Bertambah lagi duka derita, anak mereka iaitu Ammar, disalai diatas api yang sangat panas.

Mereka sekeluarga diseksa dengan tidak diberi makan, mereka berlapar dan dahaga diatas padang pasir yang panas dan kering-kontang keadaannya. Akhirnya, kerana mempertahankan Islam, Sumayyah dan Yassir menyahut seruan ilahi, mati syahid dengan disaksikan oleh anak mereka iaitu Ammar yang telah terselamat dengan izin Allah.

Demikian hebatnya mereka yang dikatakan sahabat Nabi, diseksa dan diuji kerana mempertahakan Islam.





Agama Islam yang datang kepada kita hari ini, telah disebarkan dengan nilai mahar nyawa dan titisan darah mereka yang terdahulu. Kerana pengorbanan mereka, kita pada hari ini dapat menikmati islam dengan aman, sejahtera dan damai.

Hasil dari titisan darah mereka, Islam tersebar luas tanpa perlu kita mengorbankan nyawa dan segalanya. Ketahuilah bahawasanya, berdirinya kita sebagai muslim pada hari ini, adalah kerana susah payah mereka yang terdahulu, yang sanggup mengorbankan nyawa, keluarga, harta dan segalanya demi menegakkan agama Islam yang tercinta.

Berbeza jauh dengan kita pada hari ini. Di saat dan ketikanya, kita mempunyai segala kekuatan, kemudahan dan kesenangan hidup, kita masih teragak-agak untuk mengikuti kerja dakwah.

Sebahagiannya ada yang masih berkira-kira dengan masa, tenaga dan harta, sedangkan Sumayyah, hanya seorang wanita biasa, yang kerjanya siang malam untuk memenuhi keperluan tuannya sahaja, namun iman di dadanya tetap utuh dan teguh.

Meskipun di ancam dengan tombak yang tajam, diugut dengan menyiksa suami dan anak tercinta. Kerana agama, biar tercabut kasih pada dunia, asalkan tidak hilang cinta pada Nya.

Inilah sikap yang semakin hari semakin hilang dalam dada umat Islam. Masing-masing mengejar kepentingan duniawi sehingga terlupa kehidupannya di akhirat sana.

Dalam perjalanan kembara hidup ini, untuk mencari seseorang yang sekental Sumayyah, amatlah sukar dan susah. Namun tidak dinafikan, pada zaman milinea ini, ada sebilangan daripada kita, ada yang sanggup mengorbankan masa cutinya untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.

Ada juga sebilangannya yang sanggup mengorbankan wang dan hartanya bagi menampung kos perjalanannya untuk berdakwah. Tidak kurang pula, ada yang sanggup meninggalkan anak isteri dan keluarga tercintanya, demi menyahut seruan pekerjaan warisan para Nabi ini.

Barangkali kesemua pengorbanan ini kelihatan sangat kecil dan tidak bernilai dikaca mata manusia, namun percayalah, ia amat besar dan bermakna di sisi Allah. Dakwah, bukanlah urusan pak ustaz semata-mata.

Tugas mempertahankan Islam bukanlah kuasa jabatan agama sahaja, malah menjadi tanggungjawab setiap muslim yang mentauhidkan Allah.



Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Muhammad Faidhi bin Azis













Hukum Dan Hikmah Berkahwin

by  iLuvislam
6 months ago
1.1k Views
150
SHARES
Share
Tweet

Pernikahan adalah ibadah serta penyatuan dua jiwa (serta dua keluarga) dan pasangan kita adalah amanah untuk kita.

Allah menjadikan institusi perkahwinan ini adalah untuk memenuhi tuntutan seksual manusia dan jalan mendapatkan zuriat.

Terdapat tiga jenis dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiyah al-Awlad fi al-Islam; iaitu perkahwinan adalah fitrah manusia, kepentingan dalam masyarakat dan perkahwinan juga penyucian dan pemilihan hati.

Hukum asal perkahwinan adalah harus mengikut Mazhab Syafii. Namun para fuqaha menjelaskan hukum berkahwin berbeza mengikut keadaan seseorang.

Hukum berkahwin boleh jatuh kepada haram, jika berkahwin hanya dengan niat untuk menzalimi pasangannya.

Jika sudah berkemampuan pula tetapi takut buat perkara mungkar, hukum berkahwinnya sudah sampai kepada tahap wajib.

Jika seseorang berkeinginan tetapi masih terpelihara daripada perkara keji jika tidak berkahwin, maka hukum untuk dia berkahwin adalah sunat.

Rasulullah SAW telah pun bersabda yang bermaksud,“”Wahai sekalian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di bawah ini saya titipkan sebahagian perkongsian tentang perkahwinan melalui Majalah Solusi dan al-Ustaz.

Apakah di sebalik makna pernikahan?

Nikah menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur.

Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Antara makna di sebalik pernikahan ini:

– Mendekatkan diri kepada Allah

Pasangan adalah cermin diri kita. Perlu saling minta dan memberi nasihat. Bertakwa dan berdoalah agar amanah dan cinta kita ini berlanjutan hingga ke akhirat.

– Melahirkan sakinah, mawaddah dan rahmah.

Sakinah adalah ketenangan di antara dua jiwa. Mawaddah pula adalah kasih, maddiah (berbentuk material), bukan beerti harus mewah, namun saling menghadiahkan dan menggembirakan dengan sesuatu yang disukai dan disenangi pasangan.

Manakala rahmah pula adalah rahmat, kurnia, kasih sayang seperti kepercayaan dan perhatian yang mendalam.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah ar-Ruum ayat 21)





Hikmah perkahwinan

– Sunnah para Nabi dan Rasul

Dalam kesungguhan beribadah dan kesibukan menguruskan umat dan negara, mereka tetap berkahwin dan dapat menjaga keluarga.

– Mewujudkan perasaan tenang dan tenteram

Dengan adanya ikatan kasih dan sayang, hidup berpasangan akan menjadikan diri kita aman dan tenteram.

– Memelihara iman (penghalang maksiat)

Dengan berkahwin, dapat menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan serta nafsu seseorang.

Perkahwinan mampu menjadi benteng kerana kita akan cuba menjauhi fitnah, mengawal nafsu diri dan menjaga hak pasangan kita.

– Mengikis rasa bimbang akan rezeki

Berkahwin tidak akan membuatkan kita miskin. Ada rezeki dan bahagian untuk pasangan dan anak-anak kita kelak.

Ini kerana wujud konsep tolong menolong dan saling berjimat di kalangan pasangan.

Perbaikilah ibadah (doa dan solat dhuha misalnya) serta usaha untuk lebih menambah rezeki.

– Mengembangkan keturunan

Untuk menambahkan lagi zuriat beriman yang akan memakmurkan bumi Allah.

– Mewujudkan displin

Perkahwinan akan mewujudkan displin dalam sesuatu rumah tangga itu. Tugas dan tanggungjawab akan diagihkan. Semuanya akan menjadi lebih teratur.

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.” (Surah an-Nisaa’ ayat 1)

Cabaran pasti saja ada, namun kefahaman dan perhatian terhadap pasangan harus ditambah dengan ilmu untuk melahirkan kasih sayang yang lebih beerti.

Moga keduanya akan saling hormat dan cinta hingga ke akhir hayat serta rumah tangga yang dibina akan disemarakkan lagi dengan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah.

Insya-Allah, Ameen.

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Anem Arnamee


Sesungguhnya Hidup Ini Amat Singkat

Hidup kita ini kadang-kadang seperti sebuah mimpi, tidurnya sekejap tetapi mimpinya lama. Begitu juga hidup kita di sini yang mana kita anggap ia kehidupan yang panjang tetapi hakikatnya ia seperti hembusan angin lalu sahaja.

Dan waktu yang singkat itu amatlah rugi kita perjudikannya demi memenuhi kehendak dunia kita semata-mata bahkan kita lupa tempat kita dikembalikan.

Kelak di sana apa yang kita impikan itu tidak diperolehi malah bala menanti. Firman Allah SWT apabila menanyakan soalan kepada manusia:

“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’ Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.’ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Surah al-Mu’minun: 112-15)

Sangatlah malang bagi manusia apabila mereka beranggapan kehidupan di dunia ni merupakan matlamat utama walhal ada kehidupan yang lain menanti di sana.

Mereka lebih gemar untuk bersusah payah menggembleng tenaga mereka semata-mata untuk menikmati kehidupan yang sementara ini sedangkan sepatutnya kekuatan yang dikuniakan itu lebih menjadi keutamaan untuk menghadapi dan menikmati kehidupan di sana kelak.

Hakikat ini diungkapkan oleh Allah SWT dalam firmanNya di Surah al-Insan ayat 27:

“Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia yang sementara dan mereka tidak mempedulikan hari yang berat.”

Kampung Halaman Yang Indah

Tempat pulang yang terbaik adalah syurga dan ia merupakan kampung halaman yang sangat indah. Keindahan yang tidak pernah dilihat, didengar bahkan tidak boleh dibayang oleh fikiran kita.

Manakala tempat pulang yang membinasakan adalah neraka kerana keadaannya sangat menakutkan bahkan jika kita membaca keadaannya, pasti menimbulkan rasa takut untuk menjadi penghuninya apatah lagi melihat keadaan neraka itu sendiri.

Kematian kita di dunia ini menandakan permulaan bagi kehidupan yang baru.

Bermula dari alam barzakh kemudian kita semua akan dihimpunkan di padang mahsyar dan akhirnya kita akan ditentukan sama ada menjadi penghuni syurga atau neraka.

Bagi penghuni syurga, detik kenikmatan mereka bermula apabila mereka akan disambut oleh para malaikat dengan ucapan:

“… Sejahteralah ke atas kamu, beruntunglah kamu, maka masuklah syurga ini, sedangkan kamu kekal di dalamnya.” (Surah Az-Zumaar: ayat 73)

Di syurga merupakan tempat yang terdapat teman yang baik akhlaknya lagi cantik rupanya, iaitu bidadari yang hanya tinggal di tempat masing-masing.

Bidadari ini cantik berseri-seri seperti delima dan marjan. Kulit mereka putih melepak, cantik matanya, malah mata pandangan tertumpu kepada mereka semata-mata.


Rupanya, Allah telah menggerakkan hati ibu dan ayahku untuk meninggalkan beberapa pesan untuk aku buat bekalan pada masa depan.

Hati aku luluh dan berderai. Walaupun semua ini telah lama berlaku, aku sudah belajar meredhai kepergian insan yang paling aku sayang.

Oh Ibu, Oh Ayah,

Doakan anakmu agar kuat untuk melayari pengembaraan walaupun hempedu yang patut anakmu telan. Rindu yang sukar dilafazkan. Hilangnya susuk tubuhmu dari penglihatan anakmu. Secebis doa dari kalian telah hilang buat anakmu. Anakmu rindu akan segala gelak tawamu.

“Ayah dan ibu anakmu di sini berjuang sendiri,
Tiada yang membantu anakmu berdiri,
Menghadapi dunia yang kejam akan cacian,
Terselok langkahku oleh duri rumput yang tajam.”

Belaian yang selama ini menyapa tubuh anakmu. Kadang-kadang melihat anak-anak lain meminta restu dari ayah dan ibunya. Berlinang mata anakmu. Hari-hari anakmu tidak seperti dahulu lagi.

Ampunkan anakmu ibu, Ampunkan anakmu Ayah,

Salah silap ketika kita bersama dahulu. Anakmu akan sentiasa berdoa agar kita berjumpa di Syurga nanti. InshaAllah.

“Doa-doaku mengiringi kebahagianmu di sana wahai ayah ibu,
Butiran tasbih mengelilingi nikmat pertolongan,
Lantunan ayat menerangi alam kubur yang gelap,
Tiada putus sujudku untuk menghantarkan sepucuk doa rindu.”

Melakukan amal soleh dengan menjauhi
diri dari melakukan kemaksiatan.

Menjaga silaturahim dengan keluarga dan
sahabat baik kedua ibu ayah.

Anak-anak perlulah sentiasa menziarahi pusara mereka
bagi yang sudah meninggal dunia.Bagi ibu bapa yang
masih hidup, anak-anak perlulah pulang kampung untuk
menziarah dan bertanya khabar.

Selesaikan hutang-hutang ibu ayah
yang sudah meninggal dunia.

Sayangilah ibu ayah kita semasa mereka masih hidup atau sewaktu mereka sudah meninggal dunia sekalipun.

Sesungguhnya sangat besar jasa mereka kepada kita sepanjang kehidupan mereka, dari waktu melahirkan sehinggalah mereka sudah tiada. Allah jua yang membalasnya nanti.

Al-Fatihah.

Wednesday, March 13, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 096

PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU
-------------------------------------------------------------
Satu kisah berlaku di zaman Syekh Abdul Qadir al-Jailani..
Ada seorang yang busuk hati nya ingin menfitnah Syekh Abdul Qadir..
lalu ia mencari jalan untuk menfitnahnya..
Maka ia menebuk lubang di dinding rumah Syekh Abdul Qadir dan mengintipnya..
Kebetulan ketika ia mengintip Syekh Abdul Qadir..
ia melihat Syekh Abdul Qadir sedang makan dengan muridnya..
Syekh Abdul Qadir suka makan ayam..
dan setiap kali ia makan ayam dan makanan yang lain..ia akan makan separuh sahaja..
lebihan makanan tersebut akan diberi kepada muridnya..
Maka orang tadi pergi kepada bapa murid Syekh Abdul Qadir tadi..
Pakcik ada anak namanya ini?
Jawab si bapa: ya ada..
Anak pak cik belajar dengan Syekh Abdul Qadir?
Jawab si bapa: ya.
Pakcik tahu, anak pakcik dilakukan oleh Syekh Abdul Qadir Jailani seperti seorang hamba dan kucing sahaja..
Syekh Abdul Qadir beri lebihan makanan pada anak pak cik..
Maka si bapa tidak puas hati lalu ke rumah Syekh Abdul Qadir..
Wahai tuan syekh, saya menghantar anak saya kepada tuan syekh bukan untuk jadi pembantu atau dilakukan seperti kucing..
Saya hantar kepada tuan syekh,supaya anak saya jadi alim ulama'..
Syekh Abdul Qadir hanya jawab ringkas sahaja..
Kalau begitu ambillah anakmu..
Maka si bapa tadi mengambil anaknya untuk pulang..
Ketika keluar dari rumah syekh menuju jalan pulang..
bapa tadi tanya pada anak nya beberapa soalan berkenaan ilmu hukum hakam..
ternyata kesemua soalannya di jawab dengan betul..
Maka bapa tadi bertukar fikiran untuk kembalikan anaknya kepada tuan Syekh Abdul Qadir..
Wahai tuan syekh terima lah anak saya untuk belajar dengan tuan semula..
tuan didik lah anak saya..
ternyata anak saya bukan seorang pembantu dan juga diperlakukan seperti kucing...
ku melihat ilmu anak ku sangat luar biasa bila bersamamu..
Maka jawab tuan Syekh Abdul Qadir..
bukan aku tidak mahu menerimanya kembali..
tapi ALLAH sudah menutup pintu hatinya untuk menerima ILMU..
ALLAH sudah menutup futuhnya untuk mendapat ilmu..
disebabkan seorang AYAH yang tidak beradab kepada GURU..
maka anak yang menjadi mangsa..
Begitulah ADAB dalam menutut ilmu..
Anak,mak,ayah dan siapa pun perlu menjaga adab kepada guru..
Betapa pentingnya adab dalam kehidupan seharian kita..
Kisah di atas menceritakan seorang ayah yang tiada adab pada guru..
Bagaimana kalau diri sendiri yang tiada adab,memaki dan mengaibkan gurunya..
Kata ulama: Satu perasangka buruk sahaja kepada guru mu..
maka Allah haramkan seluruh keberkatan yang ada pada gurumu kepadamu..
Semoga Allah jadikan kita orang yang beradab kepada makhluknya terlebih lagi kepada guru yang mengajarkan ilmu kepada kita...
Aamiin.

CARILAH GURU YANG MEMBAWA DIRI KEPADA HADRAT ALLAH SWT...
Semua guru agamamu mengajar yang Allah itu ada (wujud) akan tetapi carilah guru yang dapat memimpin kita kehadrat-Nya. “Lawlaa murobbi maa 'araftu robbi” (Tanpa Guruku, aku takkan mengenal Tuhanku).
Syeikh Abul Hasan Asy-Syadzili mengatakan lagi: “Siapa yang menunjukkan dirimu kepada dunia, maka ia akan menghancurkan dirimu. Siapa yang menunjukkan dirimu pada amal, ia akan memayahkan dirimu. Dan barangsiapa menunjukkan dirimu kepada Allah Swt. maka, ia pasti menjadi penasihatmu”.
Firman Allah dalam Hadis Qudsi: “Jadikanlah dirimu berserta Allah, jika engkau belum berserta Allah maka jadikanlah dirimu berserta dengan orang yang telah berserta Allah niscaya dialah yang akan membawamu kehadrat Allah.”
-- Nasihat dari Syeikh Abul Hasan Asy-Syadzili.

 Al-Imam Ahmad bin Hasan Al-Attas, semoga Allah memberi manfaat melaluinya, berkata:
"Manusia dalam sehari semalam bernafas sebanyak dua puluh empat ribu tarikan nafas. Di setiap jamnya sebanyak seribu tarikan nafas.
Jika dia berniat untuk taat kepada Allah dengan semua itu, maka semua amalnya akan menjadi amal baik.
Jika dia berniat untuk bermaksiat kepada Allah dengan semua itu, maka semua amalnya menjadi rusak."

Sedangkan anjing yang ikut duduk bersama orang yang baik dan soleh (Ashabul Kahfi) pun Allah rakamkan kisah perjuangannya menemani Ashabul Kahfi di dalam al-Quran. Sehinggakan apa yang dibuat anjing itu Allah ceritakan [ AlKahfi : 18 ]
Agaknya, kalau kita, manusia yang sebaik-baik penciptaan, duduk bersama orang soleh, adakah mungkin kita tidak dapatkan keberkatan dan rahmat dari-Nya?
Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid


"Jangan hitung orang berapa kali menyakiti dan meninggal kan kamu,tapi hitunglah berapa kali kamu menyakiti Allah,dan Allah tak pernah meninggalkan kamu".
(Alhabib Umar bin Hafidz).

Pelihara lidah dan jaga perbuatan terhadap tetangga dan sahabat, takut sia-sia amalan.
Suatu hari seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata, “Ya Rasulullah! Sungguh si fulanah itu terkenal banyak solat, puasa, dan sedekahnya. Akan tetapi juga terkenal jahat lidahnya terhadap jiran tetangganya.”. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepadanya, “Sungguh ia termasuk ahli neraka”.
Kemudian lelaki itu berkata lagi, “Kalau si fulanah yang satu lagi terkenal sedikit solat, puasa dan sedekahnya, akan tetapi ia tidak pernah menyakiti tetangganya.” Maka Rasulullah SAW berkata, “Sungguh ia termasuk ahli syurga.” (Hadis Riwayat Muslim).
Hj Jafri Abu Bakar Mahmoodi


Selamat hari wanita sedunia. Rasulullah saw setiap hari memuliakan dan menyayangi wanita. Mari kita hargai wanita kurnia Allah dalam hidup ini setiap hari dalam hidup kita.
Tadi terus call kedai bunga minta buatkan bunga paling cantik indah buat bidadari tercinta. Sampai rumah terus beri pada bidadari. I love u sayang.
Ya Allah abang. Kenapa susah-susah..i love u sayang..
Kata-kata isteri saya yang suka nak ingat dan amat saya hargai...ia membuat saya menangis dan jatuh cinta. Tiada wajah tercantik melainkan dari hati yang ikhlas. Tiada perkataan lebih indah dari ikhlasnya mencintai..
Saat saya sedih diuji dengan kesusahan dan tiada duit nak beli susu anak. Tiada apa pun harta. Hari pertama kehilangan pekerjaan. Isteri saya kata, abang kita kan ada Allah. Dia tak pernah tinggal kita. Dulu setiap hari abang pesan dan cakap. Kita ada Allah. InsyaAllah, bukan duit bagi rezeki. Bukan kerja bagi rezeki. Allah beri rezeki. Kita usaha, Allah buka jalan. Dalam keadaan air mata mengalir..
Saat lain waktu berduka ..Abang, hidup kita bukan kerana sesiapa. Bukan kerana pergantungan pada sesiapa. Tapi bila kita tak bergantung pada sesiapa. Bila kita bergantung pada Allah. Allah yang beri segalanya. Dia boleh beri. Dia boleh ambil..
Saat terlalu penat dengan wajah senyum dan sentiasa sembunyikan kesedihan atau kesusahannya demi suami, dia kata abang, saya cintakan dan sangat sayangkan abang kerana Allah...semua penat, hilang...
Saat hening malam...Abang bangunlah tahajud Allah rahmati keluarga kita. Nanti kita naik kuda tunggang bersama dalam syurga. Jom tahajud. Allah dah baik sangat pada kita.
Saat diberi rezeki lebih. Saya tanya, awak nak apa-apa ke sayang, apa jer abang nak beri dengan izin Allah.. 
Saya nak simpan duit nak ziarah Nabi saw dan kita cari orang susah sama-sama kita beri duit pada mereka. Kita simpan duit untuk berdakwah ke mana-mana..
Saat merindui ibu. Menangis dan berdoa sama-sama supaya dapat bersama dalam syurga. Menenangkan hati dan melaluinya bersama.
Wanita yang mula-mula kahwin dengan seorang lelaki yang tiada kereta, tiada rumah, tiada lesen kereta, tiada apa-apa. Mereka wanita yang yakin pada Allah dan lebih mensyukuri hidup ini....
Kecantikan yang sebenar ialah bila datang dari hati yang ikhlas dalam mencintai dan hanya semata-mata kerana Allah.
Syukur pada Allah ya Allah yang beri segalanya. Terima kaseh mak tercinta sebab mengajar kasih sayang ini. Wahai isteriku, Terima kasih sayang kerana sudi bersama lelaki ini yang tiada apa-apa. Memberi kepercayaan mengetuai rumahtangga ini. Terima kasih kerana memahami dan mendidik anak-anak. Ya Allah seperti mana kami bersama dalam dunia ini, berjauhan kerana agamaMu. Kau letakkanlah kami bersama dalam syurga indah suka tanpa perit dan duka lagi-ebit lew


Ya Allah hari ini berlari dalam airport macam jackie chan sikit lagi jadi ip man. Sebab jem tadi dari kl ke klia. Syukur sempat sampai nak ke Miri. Berpeluh-peluh takut tertinggal. Syukur akhirnya sempat. Terima kaseh Allah. Sorry beberapa orang tadi nak berbual dan bergambar tak sempat sahut. Maaf yer..polis dan imegresen terima kaseh yer bantu tadi. Allah sayang semua.
Tapikan dalam lif sempat berbual dengan lagi. Seorang kakak bawa 3 anak kecil. Berpeluh-peluh. Mana nak pegang barang. Mana nak pegang anak. Allahu. Ya Allah tuhanku. Teringat mak saya anak ramai bersusun-susun semua. Teringat bidadariku. Beliau kenal saya sempat bergambar. Sempat doakan supaya Allah rahmati dan beri bahagia kepadanya bersama suami dan anak semua jadi daie Allah soleh solehah.
Hebatkan wanita. Allah sebut wanita dalam Al-Quran. Kasih sayangnya. Benarlah kekuatan itu bermula dari cinta sayang. Hati yang mulia. Semoga Allah rahmati semua wanita dalam dunia..selamat hari wanita buat semua.
Pohon doa semua yer semoga jadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew

Sebak menangis saya dekat airport Miri bila dapat syahadah pada seorang wanita cina tenang orangnya 20an.. Dia sebak bila dapat ucap syahadah. Dia sebak bila saya kata adik dah Islam. Sebab dia ada hasrat dah beberapa bulan terfikir tentang Islam.
Tapi rasa tak tahu nak melangkah bagaimana. Dapat lihat dari wajahnya jernih dan betapa kuat semangatnya nak ucap syahadah. Allahuakbar. Dia kata saya kenal ustaz selalu viral benda baik-baik. Dia belanja saya kopi. Saya beri dia hadiah buku 11 amalan kaya dan sedikit hadiah lain. Dia gembira sangat.
Allahuakbar. Tahniah adik. Terima kaseh Allah. Perjalanan pulang dari Miri buat saya menangis. Tadi ceramah di sekolah kebangsaan Miri. Beberapa sahabat di Miri akan bantu beliau. Tahniah sahahatku sekalian dan keluarga yang suka bantu muallaf.. Terima kaseh pada sahabat baiknya yang sudi nak membimbing-ebitlew

Sebak bila pusing dekat dekat 12malam. Malam 1 Rejab di bukit bintang tengok tepi jalan ada makcik dengan anaknya ini sedang minta sedekah tepi jalan. Saya teringin nak tolong. Saya ajar kalimah doa pada ibunya dan amalan serta nasihat kata semangat. Saya ciumnya teringin nak peluk anak ini.
.
Duhai anak ini ujianMu kerana Allah sayang. Ujian saya yang melihatnya. Sedang tidur lena dalam aircond dan makan banyak ada orang tak upaya tidur terbaring tepi jalan minta bantuan. Malu rasanya di akhirat nanti. Maafkanlah diriku ya Allah. Bila anak ini terbaring tepi jalan. Hilang kata tengah malam. Semoga Allah bantu mereka. Saya beri sedikit hadiah padanya. Ya Allah tuhanku.
.
Semoga Allah beri kekuatan pada mereka dan semua ibubapa yang diuji begini. Allah sayang semua. Semoga Allah mudahkan semuanya. Semoga satu hari nanti diberi kekuatan untuk bantu semua yang dijalanan ini. Dia diuji kita juga diuji- ebitlew


Semalam rasa kurang sihat. Syukur Allah beri kekuatan dapat sampai ke PPUM jumpa dr zul hari ini. Baik orangnya tunggu dekat depan lagi. Ramai tunggu. Syukur pada Allah. Baiknya semua kakitangan PPUM membantu saya tadi.
Tadi jumpa seorang abang kena kanser. Baru lepas major operation. Mukanya ada balutan lagi. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Isterinya yang baik sedang menjaganya. Dia menangis kata ya Allah ustaz jumpa ustaz disini. Ustaz, idola saya. Hari-hari saya dengar dan baca apa ustaz tulis. Dah lama teringin nak jumpa ustaz. Allahuakbar. Oh ini salah satu hikmah sakit ini.
Abang tadi cepat sembuh yer. Ya Allah berat melihatnya. Allah sayang abang. Semoga keluarga abang tabah yer. Saya bisik padanya darjat abang sekarang sedang naik seperti Nabi -nabi. Allah sangat sayang pada abang.
Jumpa juga seorang adik telinga dah lama kurang dengar. Ayahnya nak bawa pergi umrah nak tanya dr boleh ke tidak. Allahu begitu sekali ujian anak kecil ini..Semoga semuanya cepat sembuh
Buat sahabat diluar sana yang sakit semoga cepat sihat yer. Yang dtimpa kanser, sakit jantung, lumpuh, dan semua sakit yang berat. Allah sayang bersabarlah yer semoga cepat sembuh-ebitlew


Menangis sedih bila jumpa mereka. Ramai juga lelaki perempuan. Ramai tak pernah jumpa lagi. Adik tidur mana malam ni. Tidur dekat jambatan ustaz. Ermm, dah solat ke. Belum lagi. Meh ustaz belanja tidur hotel. Ada yang dah lama tak balik rumah. Kuatnya anak ini di tepi jalan. Saya lah yang tak kuat melihatnya. Sedang duduk-duduk tidur lena makan sedap ada remaja tidur dijalanan. .
Soalan paling sedih ustaz kalau kami rindu ustaz macam mana. Ustaz lagi rindu pada kau orang. Setiap kali adik rasa rindu pada ustaz maknanya ustaz tengah doakan kau orang tau. Jaga diri baik-baik yer. Bila nak belajar ustaz sedia bayar yuran dan tolong hantarkan semua.
.
Lagi sedih bila dapat tahu ada 2 anak yang saya dah niat nak bawa masuk tahfiz. Dia dah nak. Lama pujuk. Sekali dapat tahu dah dita gkap bergaduh pukul orang dan masuk dalam ke sekolah juvana. Ya Allah sedihnya. Ustaz doakan disana kamu menjadi anak baik yer. Jadi daie besar. Mungkin itu jawapan doa ramai orang. Bukan sekolah jahat tapi sekolah supaya manusia jadi baik. Semua orang buat silap yang terbaik yang sentiasa minta ampun. Sedih lak. Nak meraung rasa. Salah saya lambat. Sebab diaorang takde phone. Kena g cari. Ya Allah tuhanku.
.
Semoga satu hari nanti Allah beri jalan pada saya untuk membantu semua remaja di seluruh Malaysia dan seluruh dunia.-ebitlew

Muhasabah Pertemuan Dan Perpisahan

by  iLuvislam
7 days ago
156 Views
86
SHARES
Share
Tweet

Keperluan hidup terkadang memaksa kita pergi berjauhan daripada insan-insan yang kita sayang, mendorong kita untuk melakukan pengorbanan yang tidak dapat kita paksakan untuk difahami oleh mereka yang kita tinggalkan.

Jika boleh kita tidak mahu berpisah barang sekelip mata daripada belahan-belahan jiwa yang sangat kita cinta.

Namun, perpisahan itu membawa kita memaknai erti rindu dan kasih yang lebih mendalam.

Terkadang kita tak dapat merasakan betapa besarnya nilai insan-insan di sekeliling kita, sehinggalah kita terpaksa pergi menjauh sejenak daripada mereka untuk sebuah keperluan hidup.

Lalu kita tersedar, merekalah keperluan hidup kita.

Boleh jadi juga kita memang sengaja ingin pergi berjauhan kerana tidak tahan hidup bersama insan-insan terdekat kita. Dengan harapan kita akan lebih tenang.

Namun, tidak juga kita bertemu dengan kebahagiaan.

Living with you is difficult. But living without you is more difficult. Barangkali itulah yang hati kita rasakan setelah kita mula sedar erti sebuah ikatan.



Hidup ini, begitulah. Sampai masa kita akan meninggal, atau ditinggalkan. Insan-insan yang hadir dalam kehidupan kita bukanlah sebuah kebetulan.

Ruang masa yang ada untuk kita bersama, janganlah dibiar kosong tanpa isi yang membina cinta dan kasih.


 
Biarlah kita berpisah sementara untuk nantinya kembali bertemu dengan pelukan yang lebih erat, tautan hati yang lebih kukuh, ungkapan yang lebih indah, dan cinta yang semakin subur.

Perit rasanya mendengar tangisan anak yang tidak ingin ditinggalkan di tadika, kerana kita pergi bekerja.

Namun, kita tetap harus terus melangkah. Keperitan itu akan terubat tatkala kita pulang disambut pelukan yang begitu erat dan senyuman yang penuh bahagia.

Suatu hari mereka juga terpaksa meninggalkan kita, dan kita pasti menanti dengan penuh setia.

Bayangkan kegembiraan ibu bapa kita tatkala kita pulang, apatah lagi jika begitu lama kita tinggalkan. Mereka juga menanti dengan penuh setia.

Semoga kita dikumpulkan dalam pertemuan indah di bawah pohon-pohon dan di samping sungai-sungai di syurga, yang tiada lagi perpisahan, selama-lamanya.

Bersama ibubapa, pasangan, anak-anak, sahabat-sahabat dan seluruh insan-insan yang tercinta.

#muhasabahcinta

 

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Zul Yunus

Tuesday, March 05, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 095

_Macam mana nak biar hati Redha ?_
.
_"Pujuk diri sendiri untuk Redha. Lepaskan apa yang bukan milik kita. Terima apa yang Allah telah takdirkan. Ada perkara, memang tak patut kita perjuangkan,dan memang yang ada kita patut lepas kan. Berhenti memaksa dan mengkehendaki sesuatu itu berlaku mengikut apa yang kita inginkan"_
#dakwahminda

Dapat berkawan rapat dengan orang-orang yang soleh adalah satu tanda RAHMAT. Tanda rahmat itu sampai pada kita adalah semakin kita rasa bertambah keimanan dan semakin semangat untuk beramal. Terkadang melihat atau teringat padanya sahaja dapat memberi rasa ketenangan.


Kata Hamka :
□ Jika Subuhnya senantiasa
dipelihara....
Itu tanda akan Selamat
dari neraka.
□ Jika Subuhnya tiada dia
tinggal.....
Allah melindunginya dari
segala arah.
□ Jika Subuhnya didahului
dengan Sunat....
Pasti seluruh dunia beserta
isinya, dia dapat.
□ Jika Subuhnya bergelap-gelap
menuju Musholla.....
Di kegelapan akhirat ia
dapatkan cahaya.
□ Jika Subuh hingga awal Dhuha
(Isyroq) berwirid pula......
Mendapat pahala
Umrah dan Haji sempurna.
□ Jika Subuhnya tiada dijaga.
Maka pada wajahnya tiada
cahaya.
□ Jika Subuhnya sengaja
terlupa.....
Tanda Imannya tiada
bernyawa....
□ Jika Subuhnya terasa
berat.....
Tanda munafiq sudah
mendekat....
□ Jika Subuh tiada peduli....
Tanda Iman menghampiri
mati....
□ Jika Subuhnya tiada
berjama’ah....
Tanda hidupnya akan hilang
barokah.
□ Jika Subuhnya tiada
ke Masjid.....
Tanda imannya ada penyakit.
□ Jika Subuhnya selalu
terlewat....
Tanda imannya semakin
cacat....
□ Jika Subuhnya diakhir
waktu.....
Tanda iman semakin
kelabu....
□ Jika Subuhnya hari sudah
siang.....
Tanda rezekinya sudah hilang...
□ Jika di waktu subuh masih
mendengkur.....
Tanda syaitan memeluknya
dalam tidur.
- والله اعلم -
Tidak perlu disebarkan jika anda tidak perlu pahala dan kecintaan Allah Ta'ala....

🌿 KITA TAHU, TAPI KITA TAK PEDULI!
▶ Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih dilautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikit pun.
▶ Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, Hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.
▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan.
Tapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
▶Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
▶ Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah disyurga. Tapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
▶ Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad dijalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
▶ Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipat gandakan sepuluh kali. Tapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.
▶ Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
▶ Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
▶ Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada didalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
▶ Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.
Wallahua'lam, moga bermanfaat..


Zikir itu maksudnya ingat.
Bukanya sebut


Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang berduka

LIMA perkara perlu diingati iaitu ;
1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan semata-mata.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikkan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita.
5. Jangan sebut-sebut dan menampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kelak keaiban diri juga dikatakan orang.


Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.

Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.
Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.


Pahrol Mohamad Juoi
Kata
Siapa diri kita menentukan bagaimana kita melihat. Jika kita sentiasa bersangka buruk pada orang, ada yang salah dalam diri kita.


Laksanakanlah amalan soleh walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan membawa kita ke Syurga. Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas dek kerana tiada diendah oleh manusia.
#drzaharuddinabdrahman


,HIDUPLAH KAMU DENGAN PRASANGKA YANG BAIK,,
YANG BENAR,, WALAUPUN SEWAKTU DAHULUNYA,,KAMU PERNAH TERGELINCIR DARIPADA LANDASAN,#PETUNJUK#-NYA DAHULU,,,
MELANGKAHLAH KEHADAPAN,,KERANA SINARAN ITU MASIH TERPANCAR LUAS PENGLIHATAN YANG KAMU PERHATIKAN,,
JANGANLAH MUDAH MENYERAH KALAH,,SEBELUM KAMU BENAR-BENAR BERJUANG,,MELAWAN,,SEGALA RINTANGAN DIHADAPAN MU,,,KERANA KAMU PUNYAI LAGI KUDRAT,,DAN AKAL YANG MASIH LAGI MAMPU KAMU PERGUNAKAN,,#FIQIRKAN#,,,,


,yang paling aku takuti..
, aku tidak diberikan HIDAYAH untuk TERUS BERDOA,,
,pintu HATI TERTUTUP,,
, biarpun DOAKU DITOLAK..


Ramai mana manusia yang berbangga dengan ilmu yang dimiliki,,
Ramai mana manusia yang tersungkur rebah akhirnya kerana juga ilmu,,
Dan ramai mana manusia yang dihumbankan kelembah neraka kerana ilmu juga,,
Mereka berbangga kerana kesombongan,ketakburan, keegoaan,,kerana hanya sedikit~~ dilimpahkan oleh-nya, dengan ilmu yang dimiliki,
Kerana telah terjerat dengan bisikan dan hasutan syaitan,,, berbangga dan mendabik dada,, sedang hakikatnya itu hanyalah ujian yang bakal diberikan,,
Kerana semuanya bergantung kepada niat dan tujuan asal yang kamu,#manusia#,itu miliki....

"jangan tunggu #lapang baru nak ingat,
Jangan tunggu #miskin baru nak buat,
Jangan tunggu #susah baru nak taat,
Jangan tunggu #tua baru nak solat,
Jangan tunggu #mati baru nak taubat"
~💞💚💚✍😎💚💚💞~,,
(nurruddeen_el_hajj)~💞💚💚💞~

menguruskan orang yang mati
adalah senang...
daripada menguruskan hati yang mati..✍
orang yang mati..
dimandikan..
dikafankan...
disolatkan...
lalu dikuburkan...
tetapi...✍
hati yang mati...
hendak dimandikan akalnya ada..
hendak dikafankan jasad bernyawa...
hendak disolatkan masih bermaya..
hendak dikuburkan nafasnya ada...
orang yang mati...
meninggalkan kenangan..✍
hati yang mati..
meninggalkan palitan dosa...✍
usah takut dengan orang yang mati..
tetapi..
takutlah bila hati yang mati'..
berhati hatilah dengan hati yang mati..
hidupkan kembali hati yang mati dengan mendekatkan diri kepada allah..~💞💚✍😎💚💞~

Sebaik-baik perhiasan dunia,,
Dari menjadi seorang,,#wanita#,,berubahlah menjadi seorang,,#muslimah#,, yang berakhlak dengan akhlak agamamu,,jadikanlah ,#hijabmu#,,bukan sekadar ikut-ikutan,,tapi tetapkanlah ianya sebagai,,#perhiasan#,,keperibadianmu,,kerana ramai mana yang menjadikan,,#hijab#,,itu sebagai ikut-ikutan,, tapi jarang pula yang,,#menghijabkan#,,budi pekertinya,,dengan #ilmudanamal#,,janganlah tertipu dengan perubahan semasa,,tapi jadikanlah ianya sebagai,,#perhiasan#,,yang terbaikmu,,mengikut lurus tanpa terpesong dari jalan,,#hukum#,, yang telah ,#diwajibkan#,,keatas DIRIMU KALIAN,,,..🌹💗💗🌹,,,
MAKA,,,SESUNGGUHNYA AMAT,,#BERUNTUNGLAH#,,KALIAN YANG TETAP,,#ISTIQOMAH#,,DALAM AGAMAMU,,DAN JUGA AKHLAKMU,,,

Rapuhnya Iman didada,Akal Fikiran menjadi buta,(gelap), Pahala Dosa tiada beza,Batas Agama diredah ikut selera,(nafsu)
#ohdunia#

manusia itu...
suka bersangka-sangka,
suka menafsir sendiri,
suka membuat keputusannya,
suka menokok tambah,
suka menuding sesuka hati,
suka menambah apasaja,
suka ikut rasa,
suka menyalahkan,
suka membuat andaian,
suka berasa dirinya hebat,
itulah...manusia...✍😎
sedang hakikatnya,
bukannya sempurna,
bukannya maksum,
bukannya terpelihara,
sedang,,
#jasad dan #batinnya,
penuh dengan #najis#..
keegoan,
kesombongan,
keriakkan,
ketakburan,
kemegahan diri,
dan sewaktu dengannya..
tapi cukup payah menilai,
diri sendiri,
tapi cukup payah menerima nasihat,
seakan dirinya penuh dengan #makrifat,
sebenarnya..
bodoh yang tak bertempat...

*BACALAH AL-QURAN WALAU SESIBUK MANAPUN KITA...*
Tidak dapat membaca 1 juz pun tak apa..
Cukuplah sehelai mukasurat saja..
Tidak dapat baca sehelai baca separuh pun tak apa..
Tidak dapat separuh sekadar beberapa ayat saja pun tak apa..
Tidak dapat membaca terus cukuplah sekadar pegang pun tak apa lagi..
Cukuplah sekadar memandang saja pun tidak mengapa...
Tapi..
Andai langsung tiada dalam ingatan kita...
Maka tanyalah diri kita...
"Apakah dosa yang kita lakukan sehingga tiada ruang dan masa langsung untuk menyentuh dan membaca Al-Quran didalam hidup kita...!


الســــــــــــــلام عليكم ورحمة اللـــــــــــــــــہ وبرکاتہ

Sekiranya Manusia itu benar² mengenal dirinya
Pasti sifat kesombongan tidak akan bertapak dalam hatinya
Seandainya manusia itu sedar tentang kelamahan yg ada padanya
Pasti dia tidak berhenti berdoa dan meminta² kepada yg. Maha mengadakannya
Sekiranya manusia tahu diri bahawa ia tidak mempunyai kuasa
Pasti ianya tidak celupar dalam melafaz kata² untuk mendahului dari takdir yg Esa
Sekiraya manusia itu benar tahu dulunya dia tiada
Pasti dia sedar bahawa hidup ini sekadar untuk melalui ujian dan cobaan keatasnya

Allah swt berfirman yg dipetik dari Hadis Qudsi, yg bermaksud:
" Hawai hambaku!
Aku yg mengeluarkan kamu dari tidak ada menjadi ada,
Aku yg menjadi pedengaran dan penglihatanmu,
Aku yg menjadi hati dan akalmu,
Wahai hambaku!
Aku sembunyikan ( kesalahanmu.) Tapi engkau tidak takut kepada ku,
Aku selalu mengingatimu,
Tapi engkau lupakan aku,
Aku malu kepadamu ( jika tidak mengabulkan permintaanmu, )
Tapi engkau tidak malu kepadaku,
Siapakah yg lebih dermawan selainku?,
Siapa yg mengetuk pintuku yg tidak aku bukakan?,
Siapa yg memohon kepadaku yg tidak aku kabulkan?,
Apakah aku kedekt kapadamu?,
Sehingga engkau kedekut kepadaku?
( petikan Hadis Qudsi. )

Sekiranya manusia itu benar² mengenali penciptanya
Pasti dia tidak mengangkat muka kerana gerung pada Tuhannya
Sekiranya manusia benar² tahu kedudukkannya sebagai makhluk dicipta
Pasti ia tidak berlengah² dengan waktu untuk bersujud pada penciptanya
Sekiranya manusia itu sedar kehidupannya lantaran penciptanya memberi nyawa
Pasti ia tidak sewenang² melakukan perbuatan yg sia² dan tercela
Sekiranya manusia itu sedar segala tingkahlakunya dicatit semua perkara
Pasti ianya tidak akan berani untuk mempermainkan manusia lain dengan tipuan memperdaya
Sekiranya manusia itu benar² sedar tentang hakikat hidupnya didunia
Pasti ianya tidak akan berbangga dengan terkumpulnya harta dunia yg sementara
Sekiranya manusia itu sedar apa yg dimakan itu adalah yg di suapi oleh Tuhan kepadannya
Pasti ianya tidak akan kedekut untuk mengholor bantuan kepada yg hidup diuji sengsara
Sekiranya manusia itu benar² takut pada balasan Neraka
Pasti manusia tidak akan mencari harta dari hasil melanggar syariat Tuhannya

Kenallah siapa kamu, maka kamu akan kenal siapa Tuhanmu,

Allah swt berfirman melalui Hadis Qudsi yg bermaksud:
" Tidak ada yg serupa dengangku,
Tidak ada seorangpun mempunyai kuasa seperti kekuasaanku,
Barang siapa dimalam hari sentiasa ia melewatkan malam berkeadaan ibadah padaku,
Maka ia terpandang disisiku dan darjat apapun yg dia minta akan aku berikannya,
Siapa yg menundukkan pandangan dari laranganku yg aku tegah,
Maka dia diamankan dari panasnya api nerakaku,

Akulah tuhan,
Kenallilah aku,
Aku maha pemberi nikmat
Maka bershukurlah kepadaku,
Akulah yg maha pelindung,
Mintalah perlindungan kepadaku,
Akulah yg maha penolong,
Mintalah pertolongan padaku,
Akulah yg harus kalian tuju,
Maka tujulah sekeljan kepadaku,
Akulah yg maha memberi,
Maka mintalah kepadaku,
Akulah yg patuk disembah,
Maka sembahlah aku,
Akulah yg maha mengtahui diatas segala rahsia,
Maka berwaspadalah denganku:
(.petikan Hadis Qudsi.)