Wednesday, July 24, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 105

Ilmu Ini Saya Dapat Dari Tuan Guru Datuk Dr Harun Din.. MA kita.
SOLAT DAN MATA
Jika sakit kepala tu kt bahagian depan, ubatnya ialah tidur.
Kalau kt atas kpala, ubatnya makan atau minum (air kosong).
dan kalau sakit kepala tu kt bhgian belakang kepala, tu tanda kita stress n kena release stress tu baru boleh ok.
Rawatan utk meningkatkan power of our eyesss.
Ni penting utk org yg matanya lemah, dan juga org lain.
Otot mata menderita dari hari ke hari, sbb hari2 berfungsi, kita bangun tidur, mata kita yg function dulu.
So, makin hari mata akan kurang power.
Jadi, utk maintain power mata kita dan kekuatan mata, kita kena ikut sunnah dlm solat. Iaitu, kekalkan mata terbuka ketika sujud, melihat titik tengah sejadah. Dan ketika berdiri, fokuskan mata pada titik tengah di sejadah juga.
Ni sebab, bila kita fokus pada titik tengah tu time kita rukuk, otot mata kita akan tekan anak mata kita utk tingkatkan penglihatan dan bila kita bangun, otot tu relax. Dan bila kita sujud pulak, otot mata menguncup sbb jarak antara penglihatan kita dan tmpt sujud tu. Bila kita bangun, otot mata kita akan relax balik.
Solat dgn cara yg betul ni lah akan membuatkan otot dan saraf mata bersenam. Kita boleh praktik sebanyak 17 kali atau lebih kalau kita nak.
Nabi Muhammad (SAW) selalu pesan utk buka mata ketika sujud dan kita selalu tak tahu kenapa.
Dan skrg, bukti dari kajian saintis dh ada.
Mmg sgt bagus utk meningkatkan kebolehan mata kita.
Subhana Allah utk hikmah disebalik membuka mata time sujud ni. Benda ni selayaknya dibaca dan dikongsi pd semua org.
Mesti Baca
fwdkan amalan baik utk mengubati mata yg rabun & ubat sakit kepala utk mereka yg Solat.
@notatazkirah

Bila ujian sangat sukar, Allah sedang mendidik kita tentang sabar dan sangka baik.
Selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Ingatlah wahai diri....itu janji Allah.
#MotivasiDakwah


Apabila kita sibukkan diri , luangkan banyak masa untuk mencari akhirat, nanti di alam barzah, diyaumul mahsyar kita akan senang.
Apakah aktiviti2 mencari akhirat yang kita boleh join?
1) Menghadiri majlis-majlis ilmu (belajar Al Quran, tajwid, iqra', dengar tazkirah kuliah-kuliah Agama). Kata Nabi s.a.w bila kita duduk di dalam majlis-majlis ilmu umpama berada di dalam taman-taman Syurga.
2) Ziarah orang sakit , kata Nabi s.a.w bila kita ziarah orang sakit umpama berada di dalam kebun-kebun Syurga.
3) Permudahkan urusan orang-orang yang susah, anjurkan program-program infaq. Kata Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat."
4) Bantu orang lain untuk mereka faham Agama, samada belikan dia buku2 Agama, sharekan ilmu2 yg shahih serta bawa dia ke majlis-majlis ilmu. Kata Nabi s.a.w, "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
5) Banyak membaca Al Quran ketika kesorangan. Kata Nabi s.a.w, "Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya, diakhirat nanti dia akan bersama para malaikat yang mulia.
Kesemua hadith-hadith yang kongsikan di atas adalah hadith yang shahih.
Di dalam kehidupan ini, cara hidup kita adalah kita yang decide. Kalau masa kita hanya di penuhi dengan hal2 yang lagho seperti byk main games, melancong, shopping, jalan2, mengembara dan sebagainya, walaupun ia tidak salah maka hadamlah bahawa ia amat-amat merugikan masa hadapan akhirat kita, kerana ketika itu kita tidak lagi diberi ruang untuk memperbaiki amal.
~ISTIQOMAH ZIKIR PAGI, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR

Dalam kehidupan ini, sebagai manusia, banyak cita2 dan impian kita. Namun, segala pencapaian itu tidak lebih bermakna dari impian mendapat kedudukan sebagai hamba Allah yg soleh. Itulah impian insan2 yg istimewa di atas muka bumi ini. Demikianlah yg Allah beritakan dalam kitabNYA.
Kedudukan, harta, nama dan jawatan di dunia ini terhad. Tidak semua kita yg akan dapat menggapai itu semua. Namun, kedudukan sebagai hamba Allah yg soleh terbuka untuk semua. Namun, tidak ramai yg berusaha menggapainya.
Ingatlah doa Nabi Yusuf a.s setelah beliau mendapat kedudukan yg tinggi dalam hidupnya. Ini seperti yg Allah ceritakan dalam al-Quran dalam Surah Yusuf ayat 101:
(? ????? ???? ???????????? ???? ????????? ?????????????? ??? ????????? ?????????????? ??????? ??????????? ???? ??????????? ????? ???????? ??? ?????????? ???????????????? ?????????? ????????? ????????????? ????????????????)
(makasudnya)
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan masukkanlah daku bersama orang-orang yang soleh".
Itulah kemuncak pengharapan Nabi Yusuf. Semoga itulah juga kemuncak pengharapan kita.
~ISTIQOMAH ZIKIR PETANG

"Orang yang sabar itu tenang hatinya..orang yang redha itu bahagia jiwanya.."...
Laila sa'edah
*HIJRAHPENDOSA

Kadang, Allah mempertemukan kita dengan hidayah-Nya melalui jalan-jalan yg tidak pernah kita sangka.
Kita sangka seperti sudah tidak ada harapan untuk diri kita menjadi orang yg lebih baik.
Tetapi, Allah Maha Tahu hati hamba-hambaNya yg benar-benar ingin menjadi baik.
Maka, Allah jadikan asbab yg mungkin kita sendiri tidak akan pernah sangka dan tidak tahu.
Kadang, asbab itu nampak terlalu remeh atau kecil barangkali, tetapi dari situlah bermula perjalanan kita menjadi seorang yg lebih baik.
Hinggalah akhirnya dengan asbab itu menjadikan diri kita yg sekarang ini lebih baik daripada dulu.
Be positive towards Allah!
Itu tersangatlah penting. ISTIQOMAH ZIKIR PETANG?

KEBERKATAN HIDUP
Jenis2 keberkatan:
1. Keberkatan dalam hidup.
Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.
Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.
2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya).
Contohnya:
Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.
3. Keberkatan pada rezeki.
Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.
Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.
4. Keberkatan pada ilmu.
Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
5. Keberkatan pada rumah.
Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.
6. Keberkatan pada keluarga.
Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.
7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.
Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
8. Keberkatan pada pekerjaan.
Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.
Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.
Semoga ada manfaatnya...

Berhati-hatilah dengan setiap apa yang kita tuturkan...Jangan sampai ada hati yang terluka kerana kita...
Kerana lidah itu lebih tajam daripada pedang...
*dakwahislamiah


Imam As-Syafie berkata :
??? ??? ?????? ??? ???? ... ???? ?? ?????? ??????
Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang ‘safih' ( bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya...maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.
#DrZaharuddinAbdRahman

Bila bersendirian dan jauh dari pandangan ramai, itulah waktu kita lebih kuat diuji.
Allah berfirman:
??? ???????? ??????? ???? ????????? ??????? ??????? ????? ??????? ?????? ???????
Ertinya : "Jika kamu melahirkan sesuatu atau menyembunyikannya, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Ahzab : 53)
#DrZaharuddinAbdRahman

Laksanakanlah amalan SOLEH walau sekecil manapun ia kerana tiadalah kita tahu amalan soleh yang manakah akan melayakkan rahmat Allah dan seterusnya membawa kita ke Syurga.
Amalan yang dilihat hebat di mata manusia mungkin tidak bernilai di sisi Allah kerana sering digoda riya', manakala amalan kecil lebih mudah ikhlas dek kerana tiada diendah oleh manusia.
Awasilah DOSA sekecil manapun, kerana berkemungkinan disebabkannya seseorang boleh terhumban ke neraka atau menjadi asbab kepada membiaknya kepada dosa yang lebih besar.. maka segerakanlah istighfar dan taubat sentiasa dan setiap malam khususnya selepas kesalahan itu dilakukan dan juga setiap hari pada waktu sahur..
#DrZaharuddinAbdRahman

Jika kita tidak mampu menderma walaupun 10 sen, ada sedeqah lain yang mampu kita tunaikan dengan cemerlang tanpa memerlukan wang, BANTULAH orang yang sedang menderma, itu juga SEDEQAH. Nabi saw berdialog dengan para sahabat, seperti berikut : -
??? ?? ???? ???? ??? : ????? ?? ?? ??? ? ??? : ????? ????? ????? ???? ?????? ??? : ????? ?? ?? ????? ? ??? : ???? ?? ?????? ??????? ??? : ??? ?? : ????? ?? ?? ????? ? ??? : ???? ???????? ?? ????? ??? : ????? ? ?? ?? ???? ??? : ???? ?? ???? ????? ????
Ertinya : Nabi berkata : pada setiap muslim tuntutan untuk bersedeqah
Sahabat berkata : Bagaimana jika tidak mampu?
Nabi jawab : Usahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedeqahlah.
Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu ?
Nabi menjawab : Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu)
Sahabat bertanya : Bagaimana jika masih tidak mampu?
Nabi menjawab : Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran
Sahabat bertanya lagi : Bagaimana jika masih tidak mampu?
Nabi menjawab : Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedeqah ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dr. Zaharuddin Abd Rahman


MINDSET TEPAT & JELAS
"Kalau bekerja hanya semata-mata untuk cari makan,apa beza kera & babi di hutan"
Bunyi mcm kasar,keras pesanan Prof Dr HAMKA ini tetapi itulah realiti yang kita harus belajar menerima kenyataan.Hal ini mungkin diucapkan bukan dengan kata-kata,tetapi dizahirkan melalui rutin harian kehidupan kita.
Berapa ramai yang sibuk pagi petang keluar bekerja,mencari rezki namun mencuaikan solat,
melupakan soal halal haram,mengambil hak dengan cara batil,makan rasuah,seleweng, fitnah,tidak menjaga ikhtilat,skandal suami isteri di tempat kerja dll.
Cabaran memasukkan "mindset" yang tepat & jelas iaitu MELIHAT PEKERJAAN/KEHIDUPAN DARI PERSPEKTIF PENCIPTA adalah usaha yang sukar & perlu kesabaran di zaman semua orang ingin melihat hasil instan & tersembah di depan mata.
Ditambah kepantasan zaman teknologi disertai perubahan generasi Y & Z yang kini mula masuk & mendominasi alam pekerjaan,soal memasukkan iman sebagai teras,pasak di tempat kerja makin berliku.Generasi Y dengan mentaliti MEMPERSOALKAN dulu & Generasi Z dengan gaya fikir MEMPERTIKAIKAN dulu menjadikan hujah "agama" tidak sedikit dipandang remeh & topik "kerja sebagai ibadah" dianggap lapuk utk didengar,difahami.
Akhirnya "agama" hanya sesuai musim hari kebesaran Islam.
Solat hanya isu peribadi bukan agenda organisasi &nasional.Integriti dipandang hanya melibatkan soal wang ringgit, hukuman dunia tidak berkait soal pahala dosa,neraka syurga.


Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, apakah kita tega untuk terus bersengketa?

No comments: