Wednesday, July 24, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 106

Bila kita jemur baju , kita tengok langit gelap , kita ingat hujan nak turun , kita pun angkat baju bawa masuk dalam rumah walaupun tak kering lagi . Tertiba-tiba panas balik . Rasa rugi kan angkat baju tadi .
Begitulah kehidupan ini , kadang-kadang selalu sangat kita rasa sedih . Tapi , kita tak sangka pun masa ke depan Allah nak bagi bahagia dekat kita . Lepas itu , kita pun tersenyum bila ingat balik saat kita sedih dulu .
*HIJRAHPENDOSA*

Biar miskin ilmu jangan miskin akhlak. Namun ilmu tetap perlu dicari supaya dengan ilmu itu menjadikan akhlak kita semakin baik bukan mendongak diri kelangit lalu kelaut. Tidak ada sebaik2 peringatan sehebat2 nasihat dan setinggi2 ucapan selain dari TAQWA....
Dakwah itu ibarat kita menembak secara rambang..mungkin tak kena kat semua orang tapi pasti ada peluru yg tersasar tepat menembusi hati insan yg memerlukan.
Yang menyentuh dari hati
akan sampai ke hati..Insyaa Allah.
~Istiqomah ZIKIR PETANG / Sayyidul Istighfar JANGAN DI TINGGALKAN..

"Sahabat yang terbina kerana Allah itu, bila ada diantara mereka yang buat salah bukannya semakin menjauh, tetapi semakin mendekat. Kerana tahu, kita saling memerlukan
Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati
"Perbanyakkanlah sahabat mukminmu, kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat"

Seorg lelaki diminta mengecat sebuah perahu,
Ia pun mengecat perahu tersebut.
Saat mengecat,
Ia menemukan sebuah lubang kecil di lambung perahu,
dan menambalnya diam diam.
Begitu selesai mengecat,
ia terima upahnya dan pergi.
Tak lama berselang,
Pemilik perahu menemui lagi lelaki tersebut dan memberinya cek yg nilainya sungguh tidak diduga.
Si tukang cat terkejut dan berkata,
"Anda sudah membyr upah saya,
Tuan".
"Tapi ini bkn upah utk mengecat.
Ini krn anda sudah menampal satu lubang di lambung perahuku".
"Ah,
Itu kan cuma hal kecil. Anda tidak perlu memberi saya wang sebyk ini utk pekerjaan sekecil itu".
"Mgkn anda tidak mengerti.
Saat saya minta anda mengecat kapal itu,
saya lupa memberi tahu ttg lubang tersebut.
Ketika cat perahu sudah kering,
anak2 saya langsung pergi memancing dgn naik perahu itu.
Mrk tidak tahu ttg lubang itu,
Sementara saya tidak berada di rumah saat mrk pergi.
Ketika saya pulang dan menyedari mrk telah membawa perahu itu pergi,
saya jadi sgt khuatir krn saya tahu kalau perahu itu bocor, buruk padahnya.
"Alangkah leganya saya ketika melihat mrk semua pulang dgn slmt" Lalu saya mendapati bahawa Anda telah menampal lubang perahu yg bocor itu. "Anda telah menyelamatkan anak2 saya"
Yg sudah Anda lakukan bkn hal kecil,
Krn itu telah menyelamatkan nyawa org lain.
Sesungguhnya wang tidak bernilai utk membayar kebaikanmu itu.
"Teruslah menolong,
Meringankan beban org lain dan perbaikilah setiap "lubang" yg anda temukan.
Anda tidak akan prnh tahu bila bantuan anda bermanfaat".
Krn sesungguhnya kita tidak akan prnh tau bila PERBUATAN BAIK kita berbuah,
Tapi PASTI AKAN BERBUAH.
"Saat kita berusaha menciptakan hal yg bermanfaat bagi org lain,
ita tentu saja menerangi jln kita sendiri."
Jadilah penerang bagi org lain
Kalau manusia di dunia saja blh melihat perbuatan baik,
Apalagi Allah SWT..
Insya Allah...Allhamdulilah

"Kita sering menyalahkan zaman ini sedangkan keaiban sebenar pada diri kita, tiada aib pada zaman kita melainkan diri kita sendiri. Kita mengkeji zaman ini sedangkan tiada salah padanya, kalau zaman boleh bertutur nescaya ia akan mengkeji kita kembali."
[Imam Asy-Syafie ‎رحمه الله تعالى]


*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA*
Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang!
Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat.
Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game atau apa saja yang tak faedah.
Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.
Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.
Cadangan Manfaat:
1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*.
Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*.
Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.
2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.
3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah!
4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita kepada Allah*. Jangan lupa *hutang pada manusia* yang belum dibayar!
5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM *pergilah Mekah*. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.
6. *Banyakkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.
7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.
8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!
9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!
10. *Jangan terlibat dengan bisnes tanpa ilmu dan bimbingan!* Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak/mak guard lah kita sampai mati.
11. *Berhati2 bagi anak pinjam RM* untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan.
Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.
12. *Berziarahlah kawan2 dan sedara mara* sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita *tebus segala dosa* agar kita clear *dengan manusia* bila mati.
13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.
Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*
Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka.
Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak2.
🌾 Semoga bermanfaat....n renungan utk kita sama2
Sila share ke grup wasap kg sebelah🤭
*#VR-7 CnP TanpaPermit*



Ya ALLAH..
Tunjukki kami jalan ketaqwaan, redhakan kami dan matikan kami di saat Engkau paling redha pada kami. Aamiin

Hati yang sentiasa mencari cinta ALLAH & meraih redhaNya adalah penawar untuk dirimu tenang dengan ujian hidup.

Benar, hanya dengan Rahmat Allah melayakkan kita ke SYURGA,

Namun, untuk mendapatkan Rahmat Allah perlu melalui Amal Soleh.

KUASA REDHA DENGAN ASMA'UL HUSNA.
Satu hari, dalam menuju ke kereta yang agak jauh, kawan saya tercari-cari telefonnya, tak jumpa. Jadi kami ambil keputusan patah balik, tempat yang mungkin tertinggal tu di kawasan kerumunan ramai orang, ada sale lambak di kawasan tengah satu shopping kompleks yang besar.
Sambil otw tu kawan saya zikir ya Maalik ya Zhahir ya Baatin, sampai disana kami cari di celahan manusia dan celahan rak yang disusun, SubhanAllah tidak sampai satu minit saya nampak, terletak elok je di tempat yang terbuka, memang sesiapapun boleh melihatnya, ketika itu saya hanya mengulang zikir ya Allah ya Zhahir.
Saya tanya dia masa zikir tadi niat apa dalam hati?, katanya.. Ketika sebut ya Maalik (yang Maha Memiliki), dia dah redha sekiranya Allah ingin mengambil kembali telefon itu dengan cara begini, kerana Dia lah pemilik hakiki, siapa kita untuk menghalangnya, walaupun dia sangat sayang dan segala urusan kerja di dalam tel tersebut, REDHA.
Ketika zikir ya Zhahir, niatnya.. Ya Allah, jika masih ada rezeki untukku, maka zahirkanlah untuk menjumpainya, ya Baatin (Yang Maha menutupi/menyembunyikan), selamatkan daripada pandangan mereka yang berniat tidak baik.
Ketiga-tiga zikir itu ada dalam Asma'ul Husna. InsyaAllah, kita belajar untuk beramal dengan zikir Asma'ul Husna, setiap nama Allah itu melingkar kehidupan kita sehari2.
U.Asma' Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat


Bila tanya ibu bapa apa masalah anak? ketagihan smartphone!

Bila tanya anak apa masalah ibu bapa? Sibuk dgn smartphone, sama!

Jika dah ada Sahabat Akhirat, jangan lepaskan, pegang kuat2, walau kadang terguris.

Jika belum, doa dan carilah dengan sungguh2.

Ada seorang isteri, dengan air mata yang tidak pernah kering, sentiasa mendoakan kebaikan demi kebaikan buat suaminya. Bila ditanya kenapa terusan mendoakan kebaikan sedang sekarang segalanya begitu menyakitkan?,
Jawapannya, beliau sedang cuba membina cinta kerana mencari redha Allah, bukan redha suami. Kedua, kerana yakin setiap doa yang baik merupakan satu ibadah walaupun belum nampak hasil setelah sekian lama, beliau yakin bahawa setiap doa yang tertahan digantikan dengan yang lebih baik daripada Allah, Alhamdulillah, sentiasa ada rezeki untuk dia dan anak-anak, mereka sentiasa saling berkasih sayang dan menguatkan. ketiga, baginya tidak ada satu pun usaha yang akan disia-siakan Allah, lambat atau cepat sahaja, jika tidak didunia insyaAllah di Syurga Allah. Dia mohon doakan agar terus kuat berdoa dan menjadi isteri yang baik buat suaminya.
Dahulunya mereka saling mencintai, suaminya seorang yang penyayang dan sangat prihatin, bahagia sekali wanita ini dikurniakan suami yang sempurna bagi dirinya. Susah payah membina kehidupan bersama 5 orang anak dirasakan sungguh indah. Namun sekelip mata suaminya mula berubah, meninggalkan solat, pemarah, bahkan sudah mulai memukul dan memaki hamun, sakit makan minum pakai sang isteri dan anak terabai sama sekali, suaminya dilamun cinta asmara yang merosakkan sehingga zina itu menjadi kebiasaan.
Wanita ini memilih untuk terus bertahan dalam rumahtangga yang dilihat sudah hancur, namun hatinya yang pecah sedaya upaya dicantumkan dengan kekuatan solat, doa, zikir dan alQuran. Dia sentiasa senyum sahaja, katanya.. Sumber bahagia bukan hanya daripada seorang suami, dia melihat dengan mata hatinya, dia nampak wajah anak, ibu ayah, adik beradik, kawan, jiran dll. Banyaknya nikmat Allah.. InsyaAllah doa yang baik-baik sahaja, akan dapat yang baik.
~~~~~~~
Kisah sebegini sangat banyak, tidak kurang juga suami yang bersabar dengan kecurangan isteri. Semuanya bermula dengan mata yang tidak dijaga, lidah mula berkata-kata, telefon lah penghubung segalanya.. Maksiat dirasakan Indah lalu ketagihan.
Nauzubillahi min zalik ya Allah.
U.Asma' Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Ya Allah, berilah sebaik ganjaran atas kebaikan & kesabaran Para Suami,

berilah kekuatan buat mereka memimpin kami ke SyurgaMu

Jangan berlama meratapi taqdir Allah untuk hari ini, cepatlah bangkit semula 💪

Ada taqdirNya yang lebih indah di hadapan sana

IBU BAPA

Jika betul sayangkan anak, jangan gantikan diri anda dengan gajet!
Berikan mereka masa, sentuhan dan gelak tawa bersama.

Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas = setiap satu 7x,
Istighfar, Lailahaillallah, Selawat = 100x
*1set siang dan 1set malam.
*Amalan yang dijazahkan oleh Tuan Guru Sheikh Muhd Zainul Asri.
Amalkanlah secara istiqamah dengan cuba memahami maksudnya. Kemudian rasailah perbezaan kehidupan kita seharian, InsyaAllah lebih tenang dan sabar, sentiasa dalam lindungan Allah SWT daripada kejahatan jin, syaitan, nafsu dan manusia. Urusan berjalan lancar, dibukakan pintu rezeki yang barakah dari arah yang tidak disangka, sedikit demi sedikit masalah diberi jalan keluar, segala hajat terpenuhi dengan redha dan syukur.
#UAHSahabatDuniaAkhirat

Jatuh bangun, Jatuh bangun, Jatuh bangun, Jangan mengalah !

InsyaAllah akhirnya kita bangun di Syurga Allah 🤲

Dimanakah persamaan kita dan mereka?
Kita sama-sama manusia, punya rasa lapar, sakit, panas, sedih dan putus asa. Bezanya mereka berterusan begitu hingga mati, kita pula ujian dan nikmat silih berganti, bahkan nikmat jauh lebih banyak. Masihkah mulut kita ringan untuk mengeluh dan berat zikirullah?
U.Asma Harun
#SahabatDuniaAkhirat.

No comments: