Sunday, August 04, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 107

Cuba kenal yg memberi taufik dan hidayah ialah Allah

Jangan berdendam
maaf kan lah
dendam akan menyebabkan kita lambat masuk syurga
sewaktu kita nak masuk syurga
maka tunggu dulu selesaikan dulu isu dendam kita itu.

Dalam hubungan Allah lah yang paling setia dengan diri kita,
Kerana Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian walaupun kita selalu menjauhkan diri dariNya....
ALLAHU AKBAR

Tidur yang Barakah dan berkualiti itu bukan pada lena yang panjang,

Tapi pada kekuatan bangun untuk tahajjud padaNya.


Hanya orang-orang yang hatinya ikhlas sahaja boleh melahirkan amalan yang ikhlas. Dan hanya amalan ikhlas diterima ALLAH.

Tahu tak yang ibu bapa kita sangat perlukan kita saat mereka di dalam kubur...!! - Ustazah Asma' Harun

jika tak mampu ikut akhlak nabi SAW , maka ikutlah Sunnah Nabi SAW

Jadilah seperti Saidina
Umar. Dalam
ketegasannya, ada
kelembutannya. Dalam
garangnya, masih mampu
mendengar teguran
daripada orang lain.

Wasiat untuk mereka yang kehilangan keberkatan waktu.
-----------------------------------------
1. Ulamak soleh terdahulu berkata: " Setiap kali bertambah bacaan al-Quranku, (aku merasakan) bertambah juga keberkatan waktu di sisiku. Maka aku terus menambahkan pembacaanku sehingga mencapai sepuluh juzu'"
2. Syeikh Ibrahim bin Abdul Wahid Al-Maqdisiy mewasiatkan Ad-diya' Al-Maqdisiy ketika beliau hendak memulakan perjalanan menimba ilmu dengan berkata: "Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan jangan mengabaikannya, sesungguhnya ia akan mempermudahkan terhadap apa yang engkau inginkan. (Kemudahan itu) mengikut kadar sebanyak mana permbacaan kamu terhadap al-Quran."
3. Ad-Diya' Al-Maqdisiy berkata: "Wasiat itu aku selalu mengamalkannya. Ketika aku banyak membaca Al-Quran, Allah mempermudahkan bagiku mendengar hadis, menghafal dan menulisnya dengan banyak. Dan sekiranya aku tidak membaca Al-Quran, aku tidak dipermudahkan (terhadap apa yang aku inginkan).
Rujukan dari Tobaqot Al-Hanabilah karangan Ibnu Rejab Al-Hanbali.
Terjemahan
Pusat Pengajian Dar Al-Faqeeh.

KORBAN DULU ATAU AKIKAH DULU?
Maka bertanyalah seorang yang mengikuti kuliah saya. "Tuan Syeikh! Bapa saya tidak pernah buat akikah untuk saya semasa saya kecil. Maka saya kena buat sendiri akikah saya. Persoalannya apabila tiba musim korban, adakah saya perlu buat akikah terlebih dahulu sebelum saya melakukan ibadat korban?
Maka saya menjawab pertanyaannya seperti berikut:
1. Akikah dan korban kedua-keduanya adalah sunat. Maka seseorang yang berkemampuan hendaklah melakukan kedua-duanya sekali. Akikah dilakukan sekali seumur hidup manakala korban sunat dilakukan setiap tahun apabila tiba musimnya.
2. Seseorang yang berkemampuan sebelum tibanya bulan Zulhijjah sunat melakukan akikah dirinya yang tidak pernah dibuat oleh bapanya semasa dia kecil. Kemudian apabila tiba 10 Zulhijjah, jika berkemampuan lagi, dia disunatkan membuat ibadat korban pula.
3. Jika kemampuannya datang pada bulan Zulhijjah, dia disunatkan melakukan kedua-duanya iaitu akikah dan korban.
4. Jika dia berkemampuan salah satu sahaja, maka sunat baginya membuat korban terlebih dahulu manakala akikah dilakukan kemudian. Korban didahulukan daripada akikah kerana waktu pelaksanaannya terbatas dalam tempoh empat hari sahaja iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan akikah waktu pelaksanaannya luas dan panjang selagi hayat dikandung badan.
والله أعلم بالصواب
Catatan
Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar


 " Berhati-hatilah diri kamu apabila menjadi orang yang hebat dengan pujian orang ramai, sedangkan kamu tahu diri kamu sendiri penuh dengan aib yang tersembunyi " Syeikh Yusuf Bakhour Al-Hasani


Bergurau.
Bergurau ni menghiburkan hati.
Terlebih bergurau menggelapkan hati.
Terlajak bergurau menyakitkan hati.
Kesimpulannya ; KAWAL dos bergurau.
Tak salah bergurau, tetapi berpadalah.


Kalau hidup rasa serba tak kena...
Cuba kau check semula hubungan kau dengan Allah..
Takut ada perkara yang kau buat yang Allah benci!

Macam mana nak selesaikan masalah dalam hidup?
- Jaga hak Allah, Allah akan jaga kita
Macam mana nak jaga hak Allah?
- Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang
Apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang?
- Allah suruh buat 5 perkara dalam rukun Islam, Allah larang buat maksiat
Konklusi;
Bila kau ada terlampau banyak masalah dalam hidup kau, samada masalah keluarga, masalah nak berubah, masalah kewangan, apa-apa sahaja masalah; Kau check balik 5 rukun Islam. Macam mana solat kau? Kau ada berhutang dengan zakat? Kau ada tinggal puasa? Kau ada azam untuk pergi haji?
Fokus perbaiki setiap satu dalam 5 perkara rukun Islam. InsyaAllah semua masalah kau akan selesai.


Masa tu pun mahluk Allah juga.
Kalau kau tak bagi hak pada masa, masa akan datang dan bunuh jiwa kau!
Apa hak terhadap masa?
1. Tidak bertangguh
2. Tidak membuang masa


Antara tingkatan taqwa yang paling tinggi;
Rasa berdosa...
Hadirkan rasa berdosa dan nak mohon ampun kepada Allah.
Astragfirullah hal adzim!

Tanda jiwa bahagia
1. Bersyukur atas nikmat
2. Bersabar dan redha atas ujian
3. Bertaubat jika berbuat maksiat
Tanda jiwa sengsara
1. Cintakan maksiat
2. Suka buang masa
3. Gemar berburuk sangka

Kesilapan besar yang selalu kita buat,
Kita selalu ingat dan berharap pada manusia, sedangkan manusia selalu lupa dan mengecewakan kita.
Tetapi kita selalu lupa dan TAK berharap sungguh2 pada Allah, sedangkan Allah tak pernah lupa dan tak pernah mengecewakan kita.


"Saat kita semakin kecewa, Dia hadir dengan pujukan. Saat kita berputus asa, Dia terus memberi harapan."
.



No comments: