Friday, August 30, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 110

Tips nak bangun subuh awal.
1. Tido awal. Lepas pukul 10 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.
2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.
3. Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.
4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di fb orang lain.
5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.
6. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.
Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh.
Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh.
Kalau subuh kita pukul tujuh, mampu kah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan?
Mampu nak hadapi ujian?
Mampu nak hadapi kecaman?
Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh.
#sweeterapi

*UNTUK HATI YANG MATI...*
Bangunlah dari mimpi... keluarlah dari zon selesa... masih tak terlewat untuk memohon keampunan dan bertaubat serta kembali kepadaNya.... selagi nyawa tersisa, usah terus leka.. jangan pula saat 'diambil' , kita dalam keadaan leka... naudzubillahi minzalik... dan moga 'nanti' bertemuNya saat sedang ingat kepadaNya... selalu perbaiki amal dan akhlak kita.. semoga kita mati dalam keadaan husnul khotimah... Allahumma aamiin...
Salam magrib & isyak
*dakwahminda*
*HIDAYAH ITU MILIK ALLAH*

Cinta takkan datang bila kita tunggu seseorang yang sempurna. Tapi cinta akan datang bila kita menerima ketidaksempurnaan seseorang itu dengan cara yang sempurna...
Dakwahminda

TIPS PENTING IBU IBU
1) Jangan makan maggi depan anak.
2) Jangan bagi kenal YouTube. Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je. 😆 Kalau tak bagi hp langsung kang anak ketinggalan pulak. Sekat apa yang boleh sekat. 
3) Letak pen, pensel, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah.
4) Seminggu sekali je dapat makan ice-cream, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tau, pnyebab anak tantrum pun iya jugak gula ni. 
5) Nak mandi ke, nak solat ke, or nak pergi kerja or mana-mana kena bagi tau dia. Kalau kecik lagi ajarkan cakap "Babai, ummi nak mandi jap. Tunggu kejap ok" Walau dia kecik dia paham. Dia nangis tu biasa. Lama-lama biasala tu. 
6) Ajarkan kemas mainan sebelum nak tidur or sebelum ajak jalan. 
7) Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli macam dalam gambar tu kat DIY ada jual. 
8.) Tv kalau boleh gantung kat dinding. Letak atas kabinet tv tu boleh jatuh pecah. TV i pernah pecah si anak memanjat kabinet tu. (Taip ni dalam keadaan redha jeee) 😅
9) Anak bangun tidur bagi salam kat dia, peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa (borak-borak walau macam cakap sorang2). Kawan sis sampai besar anak dia bangun tidur je akan bagi salam kat mak ayah dia. Baguskan? 
10) Jangan ajar anak takut kan apa-apa. Jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar jadi hulk itu xpe. Hehe
Kbai. Semuga bermanfaat.
Nak bagi si kecik bijaksana bakal ustaz ni tidur.
Kredit : Icha Abd Razak

Jalan hidup kita.
Sudah cantik.
Bangun lah.
Bila terjatuh.


Pesan Guru;
Bersedekahlah sebelum mulut dipenuhi tanah.

"Hisablah diri kamu dan muhasabahlah diri kamu ketika didunia sebelum kamu di akhirat".

Pahrol Mohamad Juoi
21 hrs · 
Jika semakin tua, semakin resah, itu petanda taubat belum sempurna. Dosa masih merantai hati untuk gembira bertemu Allah.

Sekaya mana pun diri kita, makan hanya tiga kali sehari, tidur di tempat yang sama pada satu malam. Kaya sebenar ialah pada hati yang tenang hasil sifat sabar dan syukur buah daripada zikrullah yang istiqamah.

Sudah hampir 60 tahun. Jika mati pada 63 tahun (ikut kebiasaan umat nabi Muhammad SAW), bererti berbaki 3 tahun lagi.
Tiga tahun di dunia cuma 4.3 minit di akhirat (satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia).
Ya Allah, tinggal 4.3 minit sahaja untuk menentukan nasib ku di akhirat yang selama-lamanya.
Sungguh, aku sudah kesuntukan masa!

Seorang jatuh ke dalam telaga. Datang seorang lain menghulur tali untuk menyelamatkannya.
Setelah selamat, orang ramai mengutuk penghulur tali kerana tangan orang yang diselamatkannya telah melecet...
Kenapa tali yang kau hulur terlalu kasar?

Ramai yang tidak sedar bahawa DIAM juga satu jawapan. Malah itu adakalanya jawapan yang paling tepat.













Ebit Lew
23 August at 22:49 · 
Baik-baik kru Mas Airlines tadi. Dapat berkongsi nasihat tadi walau pada yang bukan Islam. Semua kru ramai bukan Islam nak bergambar. Hari ni meriah betul turun flight jer orang Sibu dah tunggu depan pintu kapal. Semua imegeresen pun bergambar dan minta nasihat.
Betulkan bila kita berkongsi nasihat walau berlainan agama terasa indah. Lama juga dapat berkongsi dan dakwah dalam flight tadi.
Betul lah bila kita niat dakwah. Dimana sahaja kita berkongsi kebaikan dan beri rasa semangat pada semua orang untuk buat kebaikan. Ujian tanda rahmat dan kerana Allah sayang.
Semoga Allah beri hidayah pada saya dan semua kru MAS Airlines. Allah berkati dan rahmati Sibu ini. Jadikanlah langkah kaki ini asbab hidayah-ebitlew

Bestnya nikmat Allah. Terima kaseh Allah. Terima kaseh paramountcoffeehouse hadiahkan saya percutian honeymoon dengan bidadari dan juga anak-anak di bilik cantik ini. Menangis happy bidadari saya. Abang nanti dalam syurga dapat lagi ke bilik macam ni sebab dalam dunia dah dapat macam-macam nikmat. Syurga juta kali lebih cantik dari ini semua bidadariku sayang. Tiadalah kecantikan sebenar melainkan kecantikan akhirat.
Bidadari abang juta kali lagi cantik dan indah dari semua ini. Sekali-sekala dalam hidup ini dapat melayan bidadari jadi bidadari. Penat sangat kerja seorang isteri. Seorang mak. Mereka perlu masa nak berehat. Waktu nak solat. Kaya bukanlah memiliki duit banyak atau harta sebanyak dunia. Tetapi kaya sebenarnya bila melalui hidup ini dengam cinta. Cinta kerana Allah. Bukan sahaja satu rumah. Satu katil. Satu keluarga. Tapi satu hati. Satu jiwa dan saling menghargai satu sama lain kerana Allah. Alang-alang bercinta biar sampai syurga-ebitlew 




SESAAT YANG HAMPIR DAN PASTI

by  iLuvislam
4 months ago
365 Views
48
SHARES
Share
Tweet



Wahai jiwa yang diredhai Allah, kembalilah dengan redhaNya, nescaya tempat yang baik itu di sisi Allah SWT.

Pergilah seantero dunia, berlarilah dalam mencari tempat untuk bersembunyi, pakailah perisai paling kebal di dunia, percayalah, anda tidak boleh lari daripada sebuah kematian.

Kematian ialah saat yang begitu hampir bagi kita. Tiada tunda, tiada segera, tiada paksa, tiada penantian malah bukan permainan.

Sepertimana Allah berfirman dalam Surah al-A’raaf ayat 34 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kematian”.

Sesungguhnya segala yang berada di atas muka bumi ini adalah pinjaman dari-Nya sahaja. Maka, kita hendaklah bersedia dan redha andai Dia menjemput semula hamba yang dikehendakiNya.

Kematian tidak boleh diukur. Sesungguhnya kematian itu adalah rahsia Allah yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Jadi, bagaimana manusia ingin mengetahui bila tarikh kematian mereka?

Manusia tidak akan pernah tahu bila mereka akan mati. Malah, tidak pernah tercatat pada calendar tahunan bahawa kita akan mati pada tarikh sekian sekian.

Oleh kerana itu, manusia perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian dan membuat amal ibadat sebagai bekalan di akhirat kelak.

Sebagai seorang mukmin, kita pastinya meninginkan kematian yang baik yakni mati dalam keadaan husnul khotimah. Apakah yang dimaksudkan dengan kematian husnul khotimah?

Kematian husnul khotimah bermaksud kematian yang mempunyai pengakhiran baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.

Dalam erti kata lain ialah mati dalam keredhaan Allah SWT. Jadi, apakah tanda-tanda kematian husnul khotimah?

Berbahagialah orang-orang yang Husnul Khotimah

Orang yang meninggal dalam suatu urusan di jalan Allah (Fi Sabilillah) adalah termasuk dalam tandan-tanda husnul khotimah. Sebagai contoh, seseorang itu dibunuh dalam mempertahankan agamanya iaitu agama Islam.

Maka dia di antara golongan yang husnul khotimah. Orang yang meninggal dalam keadaan mengerjakan kebaikan atau amal soleh juga antara golongan yang husnul khotimah.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang meninggal ketika mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana Allah maka dia masuk Syurga, barangsiapa yang berpuasa suatu hari kemudian meninggal maka dia masuk Syurga dan barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah kemudian dia meninggal maka dia masuk Syurga.” (HR Ahmad).

Indahnya kalimah Syahadah apabila seseorang itu mengucapkannya sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana syurga itu pasti bagi mereka.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘Laa ilaaha illallah’ maka dia akan masuk Syurga.” (HR Abu Daud).



Ungkapannya tidak begitu susah. Namun, hanya insan yang terpilih sahaja yang mampu mengungkapkannya. Tidakkah kalian menginginkannya?

Pasti ramai yang menginginkan pengakhiran mereka disudahi dengan kalimah syahadah tetapi adakah pasti kita dapat mengungkapkannya?



Segalanya bakal terjawab dengan amalan, usaha dan doa kita.

Alangkah beruntungnya kaum wanita. Kenapa? Kerana hanya wanita sahaja yang mampu melahirkan zuriat. Antara kelebihan bagi kaum wanita adalah apabila mereka meninggal dunia kerana melahirkan zuriat, maka mereka tergolong dalam kalangan husnul khotimah.

Sepertimana Rasulullah SAW bersabda: “Terbunuhnya seseorang muslim terhitung syahid, kematian kerana wabah taun terhitung syahid, kematian kerana sakit perut terhitung syahid, kematian kerana tenggelam terhitung syahid dan wanita yang mati kerana melahirkan anaknya terhitung syahid.” (HR Ahmad).

Sakitnya saat melahirkan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bahkan tidak dapat dizahirkan dengan perbuatan.

Namun, ganjaran yang bakal diterima juga tidak terhitung nilainya. Andai ajal menjemput ketika melahirkan zuriat, maka beruntunglah wanita tersebut.

Namun jika Allah SWT beri ruang dan peluang seorang wanita untuk meneruskan kehidupan setelah melahirkan zuriat, maka perbanyakkan amal ibadat kepada Allah kerana nikmat bersalin itu menjemput peluang kita sentiasa tunduk dan taat kepada Allah.

Kad Jemputan Izrail daripada Tuhanmu

“Dengan segala hormatnya dijemput tuan/puan tanpa pangkat dan harta untuk menghadap Rabbul Izzati dengan rahmat dan kasih sayang.”

Malaikat maut sentiasa menjengah kita tidak kira di mana sahaja kita berada. Dalam mana kita leka dengan dunia, amalan sentiasa dicatat oleh malaikat sama ada kita melakukan kebaikan mahupun keburukan.

Tidak akan terlepas walau sekecil zarah kebaikan mahupun keburukan yang dilakukan.

Oleh itu, diingatkan bahawa kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dengan penuh ketaqwaan.

Jika terdapat dosa lampau yang dilakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja, mohonlah keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Justeru itu, setiap insan perlulah bersedia untuk menghadapi kematian kerana mati itu tidak mengenal usia, masa dan tempat. Mati itu tepat pada masanya, saat kematian itu cukup hampir.

Ianya tidak akan lambat walau sesaat dan tidak akan cepat walau sesaat. Siapkan diri dengan segala bekalan untuk dibawa di akhirat kelak.

Tepislah hasutan syaitan kerana golongan syaitan itu akan sentiasa menghasut umat manusia untuk bersama-sama sesat daripada jalanNya sehingga ke hari kiamat.

Berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah, mengenali Allah sebagai Sang Pencipta, melakukan segala kebaikan dengan hati yang ikhlas agar husnul khotimah menjemput kita bersama kiriman Izrail dari Allah SWT.



Hidup kat dunia ni tak pernah surut dengan ujian, kadang kita nampak je orang tu macam takde apa-apa, tapi betulke dia takde apa-apa?

Selalu nampak dia gembira, macam dia takde masalah kat dunia ni, pendek kata semuanya dia nampak okey. Dan kita? Kita pon macam biasalah, ada ujian kita, ada bahagian untuk kita hingga kadang terlupa fitrah kita sebagai manusia yang memang sepatutnya dan selayaknya diuji.

Kadang mempersoalkan Tuhan kenapa aku yang diuji? Betul tak?

Ujian adalah penguat jiwa ya sayang, ujian adalah pemangkin kekuatan. Ujian adalah tanda sayang, ya! Kita semua tahu ujian tandanya sayang, ujian itu penguat jiwa tapi kita sebagai manusia dan hamba, memang tidak dapat lari dari ujian.

Mungkin ramai orang menerima ujian, tapi tak ramai yang tahu bagaimana untuk menghadapi ujian, saat ujian datang kita dengan mudah tersungkur sekali, salahkah kita? Tak bolehkah kita sebagai manusia yang serba serbi kurang ini berasa ‘down’ dengan diri sendiri?

Kita adalah hamba, yang mengharapkan sepenuhnya kekuatan dari Allah SWT untuk kita meneruskan kehidupan.

Kita ini jika tanpa Allah SWT, kita bukan sesiapa. Kita takde apa-apa, dalam dunia ni, takde satu pon yang didunia ini yang kita punya, yang milik kita.

Jadi wajarlah kita hamba yang lemah yang tak punya apa-apa rasa sedih, lemah, kecewa. Dan satu-satunya yang dapat memulihkan dan memperbaiki hati kita adalah dengan kembali pada Allah SWT. Makanya tak salah untuk kita merasa ‘down’ dengan diri sendiri.

Merasa ‘down’ dengan diri sendiri okey, Cuma jangan berlama-lama dengan rasa tu. Rasa sedih sebab kehilangan orang yang kita sayang, kita sedih.

Okey, wajarlah kita sedih dengan orang yang kita sayang sudah hilang dan kita sudah tak mampu untuk berjumpa dengan mereka lagi di dunia ini, yang perlu dimuhasabah, orang yang kita sayang itu adalah milik Allah SWT, satu hari nanti tanpa kita sedia atau tak, Allah SWT akan ambil kembali apa yang kepunyan-Nya.

Kita pun milik Allah SWT, satu hari nanti kita pon akan kembali juga pada Allah SWT.

Kita rasa sedih sebab apa yang kita nakkan kat dunia ni tak dapat, ya kita boleh menangis, yang perlu dimuhasabah ialah apa yang kita rasakan baik untuk diri kita tak semestinya baik untuk kita, boleh jadi “Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.” Surah. Al Baqarah: 216.

Kita bersangka sajalah dengan Allah SWT, Allah pencipta kita, Allah adalah Tuhan kita, masakan DIA tidak tahu apa yang baik untuk kita. Senyum!



Tak salah untuk kita rasakan tidak okey dengan diri kita, tak semestinya kena hidup positif sepanjang masa, kadang negatif tu juga perlu untuk kita muhasabah diri kita, kita renung balik apa yang tidak kita dengan diri kita, yang salahnya bila kita rasa tak okey, kita salahkan diri sendiri, salahkan orang sekeliling, dan yang paling parah kita salahkan Tuhan yang mencipta kita?



Adilkah kita bila kita terus menyalahkan Tuhan setelah banyak yang Allah SWT kurniakan pada kita tetapi disebabkan ujian Allah yang satu kita terus salahkan Tuhan, merasakan Tuhan tidak adil pada kita?

“Jangan letakkan Allah di tempat yang terakhir bila kita gembira dan tiba-tiba mengungguli tangga teratas kedudukan apabila kita kecewa”

Salah kita apabila kita tak okey, kita berlama-lama dengan rasa tak okey. Bukankah hidup ini sementara, tidak ada yang kekal lama. Jika kamu gembira, berpada-padalah dalam merasa gembira, kerana sesungguhnya ianya tidak kekal lama, jika kamu sedih, berpada-padalah dalam merasa sedih kerana sesungguhnya ianya tidak akan kekal lama.

Hidup ini saling bergantian, ujian yang datang dalam hidup kita adalah sebagai pelengkap perjalanan hidup kita sebagai hamba, suka atau tidak, sedia atau tidak, kita semua pasti akan pulang pada Tuhan kita, Ya Rabbul Izzati.

Beruntunglah orang-orang yang meletakkan dunia ini ditapak tangan saja, sebab mereka tahu dunia ini sementara, apa yang dikecapi, apa yang dipunyai dan apa yang dirasai adalah hak milik sementara yang suatu masa nanti akan dipulangkan dan dan akan hilang silih berganti.

Percayalah dengan Tuhanmu, tidak ada suatu kuasa dan makhluk lain yang mampu menggantikan Allah dalam hidup kita, selagi kita ada Allah, kita punya segelanya didunia ni. InshaAllah. Senyum!

Kita punya Allah, sedihlah macamana kita, kecewalah macamana kita, kita masih ada Allah. Kita dapatkan Allah dengan berjalan, Allah berlari mendapatkan kita, kita ini hamba—kita lemah, kita tidak ada upaya, kita ada keterbasan dalam diri kita yang kadang kita tak mampu untuk hadap macam-macam yang Allah SWT berkan untuk kita, tapi dengan Allah SWT.

Segalanya adalah tidak mustahil—bila kita ada Allah, kita dah punya segala-galanya, inshaAllah.

Fitrah kita sebagai manusia, Allah takdirkan kita dengan bermacam-rasa, itu tidak salah okey sayang! Itu normal dan hak kita sebagai manusia, kita bukan malaikat, merasa ‘down’ sekali sekala tidak menjadikan kita orang yang tidak berguna.

“Kadangkala hati itu perlu jua diketuk ia dengan ujian, agar ianya tidak hanya selesa dengan nikmat, malah juga selesa dengan ujian”. Untuk yang selalu saja rasa ‘down’, rasa hidup kita tak berguna, rasa diri ini sia-sia, stay strong guys!

Tidaklah Allah menguji hamb-Nya diluar kemampuan, bila Allah pilih kita untuk diuji maknanya kita adalah insan terpilih dalam kalangan yang dipilih.

Senyum, tidaklah ada apa yang lebih membahagiakan bagi seorang hamba seperti kita apabila suatu masa kelak kita akan bersama di syurga kelak dengan orang terpilih yang turut sama bersabar dengan ‘hadiah kecil dari Tuhan’ ketika didunia berada di dunia. Senyum!

Akhirul kalam, Its okey not to be okey, as Allah SWT know that you are not okey! Okey!

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Ukhti Suraya.

No comments: