Friday, August 30, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 110

Tips nak bangun subuh awal.
1. Tido awal. Lepas pukul 10 malam adalah waktu paling baik untuk rehat. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya manusia itu rehat.
2. Kurangkan melihat handphone selepas pukul 10 malam. Yang menyebabkan kita susah nak bangun subuh adalah bebannya mata yang melihat banyak kejahatan di media sosial dan internet.
3. Maghrib dan isyak, wajibkan diri untuk berada di rumah. Demi untuk memastikan kita dapat solat maghrib dan isyak yang tak lewat. Masuk waktu, kita solat terus. Itulah kekuatan untuk bangun subuh.
4. Sebelum tidur, banyakkan zikir dan selawat. Baca doa sebelum tidur juga akan membantu kita untuk bangun subuh. Jangan tidur lepas tengok movie. Jangan tidur lepas baca gosip rampas suami orang. Jangan tidur lepas komen buruk di fb orang lain.
5. Sebelum tidur, macam-macam kita baca. Baca doa. Baca hadis. Baca Al Quran. Tapi, bila tersedar kita lupa nak baca doa. Sedangkan, bila kita baca doa maka akan terputuslah tali yang mengikat dan memalaskan kita untuk bangun subuh.
6. Minta pada Allah untuk bangun subuh. Minta lah. Kerana kekuatan bangun subuh ini juga ada pada Allah. Bangunkan aku wahai Allah esok hari. InsyaAllah, kita akan mudah bangun subuh.
Ini antara cara yang kita boleh lakukan supaya kita dapat bangun subuh.
Kerana, berkat pertama itu bermula dari subuh.
Kalau subuh kita pukul tujuh, mampu kah kita hidup hari ini, di mana kita hidup dalam akhir zaman yang sangat menyakitkan?
Mampu nak hadapi ujian?
Mampu nak hadapi kecaman?
Kekuatan itu ada pada subuh. Carilah keberkatan subuh.
#sweeterapi

*UNTUK HATI YANG MATI...*
Bangunlah dari mimpi... keluarlah dari zon selesa... masih tak terlewat untuk memohon keampunan dan bertaubat serta kembali kepadaNya.... selagi nyawa tersisa, usah terus leka.. jangan pula saat 'diambil' , kita dalam keadaan leka... naudzubillahi minzalik... dan moga 'nanti' bertemuNya saat sedang ingat kepadaNya... selalu perbaiki amal dan akhlak kita.. semoga kita mati dalam keadaan husnul khotimah... Allahumma aamiin...
Salam magrib & isyak
*dakwahminda*
*HIDAYAH ITU MILIK ALLAH*

Cinta takkan datang bila kita tunggu seseorang yang sempurna. Tapi cinta akan datang bila kita menerima ketidaksempurnaan seseorang itu dengan cara yang sempurna...
Dakwahminda

TIPS PENTING IBU IBU
1) Jangan makan maggi depan anak.
2) Jangan bagi kenal YouTube. Download je biar dia nengok video yang ada dalam galeri je. 😆 Kalau tak bagi hp langsung kang anak ketinggalan pulak. Sekat apa yang boleh sekat. 
3) Letak pen, pensel, krayon tempat tinggi. Jangan sepah-sepah.
4) Seminggu sekali je dapat makan ice-cream, coklat, sumi/puding. Gula-gula jangan bagi langsung. Jangan tak tau, pnyebab anak tantrum pun iya jugak gula ni. 
5) Nak mandi ke, nak solat ke, or nak pergi kerja or mana-mana kena bagi tau dia. Kalau kecik lagi ajarkan cakap "Babai, ummi nak mandi jap. Tunggu kejap ok" Walau dia kecik dia paham. Dia nangis tu biasa. Lama-lama biasala tu. 
6) Ajarkan kemas mainan sebelum nak tidur or sebelum ajak jalan. 
7) Segala rak yang simpan pisau, barang kaca, peti ais, rak baju kalau boleh kunci. Beli macam dalam gambar tu kat DIY ada jual. 
8.) Tv kalau boleh gantung kat dinding. Letak atas kabinet tv tu boleh jatuh pecah. TV i pernah pecah si anak memanjat kabinet tu. (Taip ni dalam keadaan redha jeee) 😅
9) Anak bangun tidur bagi salam kat dia, peluk dia. Tanya-tanya tadi tidur mimpi apa (borak-borak walau macam cakap sorang2). Kawan sis sampai besar anak dia bangun tidur je akan bagi salam kat mak ayah dia. Baguskan? 
10) Jangan ajar anak takut kan apa-apa. Jangan sebut pun perkataan momok, hantu, kucing gigit dan sebagainya. Takut Allah dengan takut bila ummi bertukar jadi hulk itu xpe. Hehe
Kbai. Semuga bermanfaat.
Nak bagi si kecik bijaksana bakal ustaz ni tidur.
Kredit : Icha Abd Razak

Jalan hidup kita.
Sudah cantik.
Bangun lah.
Bila terjatuh.


Pesan Guru;
Bersedekahlah sebelum mulut dipenuhi tanah.

"Hisablah diri kamu dan muhasabahlah diri kamu ketika didunia sebelum kamu di akhirat".

Pahrol Mohamad Juoi
21 hrs · 
Jika semakin tua, semakin resah, itu petanda taubat belum sempurna. Dosa masih merantai hati untuk gembira bertemu Allah.

Sekaya mana pun diri kita, makan hanya tiga kali sehari, tidur di tempat yang sama pada satu malam. Kaya sebenar ialah pada hati yang tenang hasil sifat sabar dan syukur buah daripada zikrullah yang istiqamah.

Sudah hampir 60 tahun. Jika mati pada 63 tahun (ikut kebiasaan umat nabi Muhammad SAW), bererti berbaki 3 tahun lagi.
Tiga tahun di dunia cuma 4.3 minit di akhirat (satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia).
Ya Allah, tinggal 4.3 minit sahaja untuk menentukan nasib ku di akhirat yang selama-lamanya.
Sungguh, aku sudah kesuntukan masa!

Seorang jatuh ke dalam telaga. Datang seorang lain menghulur tali untuk menyelamatkannya.
Setelah selamat, orang ramai mengutuk penghulur tali kerana tangan orang yang diselamatkannya telah melecet...
Kenapa tali yang kau hulur terlalu kasar?

Ramai yang tidak sedar bahawa DIAM juga satu jawapan. Malah itu adakalanya jawapan yang paling tepat.













Ebit Lew
23 August at 22:49 · 
Baik-baik kru Mas Airlines tadi. Dapat berkongsi nasihat tadi walau pada yang bukan Islam. Semua kru ramai bukan Islam nak bergambar. Hari ni meriah betul turun flight jer orang Sibu dah tunggu depan pintu kapal. Semua imegeresen pun bergambar dan minta nasihat.
Betulkan bila kita berkongsi nasihat walau berlainan agama terasa indah. Lama juga dapat berkongsi dan dakwah dalam flight tadi.
Betul lah bila kita niat dakwah. Dimana sahaja kita berkongsi kebaikan dan beri rasa semangat pada semua orang untuk buat kebaikan. Ujian tanda rahmat dan kerana Allah sayang.
Semoga Allah beri hidayah pada saya dan semua kru MAS Airlines. Allah berkati dan rahmati Sibu ini. Jadikanlah langkah kaki ini asbab hidayah-ebitlew

Bestnya nikmat Allah. Terima kaseh Allah. Terima kaseh paramountcoffeehouse hadiahkan saya percutian honeymoon dengan bidadari dan juga anak-anak di bilik cantik ini. Menangis happy bidadari saya. Abang nanti dalam syurga dapat lagi ke bilik macam ni sebab dalam dunia dah dapat macam-macam nikmat. Syurga juta kali lebih cantik dari ini semua bidadariku sayang. Tiadalah kecantikan sebenar melainkan kecantikan akhirat.
Bidadari abang juta kali lagi cantik dan indah dari semua ini. Sekali-sekala dalam hidup ini dapat melayan bidadari jadi bidadari. Penat sangat kerja seorang isteri. Seorang mak. Mereka perlu masa nak berehat. Waktu nak solat. Kaya bukanlah memiliki duit banyak atau harta sebanyak dunia. Tetapi kaya sebenarnya bila melalui hidup ini dengam cinta. Cinta kerana Allah. Bukan sahaja satu rumah. Satu katil. Satu keluarga. Tapi satu hati. Satu jiwa dan saling menghargai satu sama lain kerana Allah. Alang-alang bercinta biar sampai syurga-ebitlew 




SESAAT YANG HAMPIR DAN PASTI

by  iLuvislam
4 months ago
365 Views
48
SHARES
Share
Tweet



Wahai jiwa yang diredhai Allah, kembalilah dengan redhaNya, nescaya tempat yang baik itu di sisi Allah SWT.

Pergilah seantero dunia, berlarilah dalam mencari tempat untuk bersembunyi, pakailah perisai paling kebal di dunia, percayalah, anda tidak boleh lari daripada sebuah kematian.

Kematian ialah saat yang begitu hampir bagi kita. Tiada tunda, tiada segera, tiada paksa, tiada penantian malah bukan permainan.

Sepertimana Allah berfirman dalam Surah al-A’raaf ayat 34 yang bermaksud: “Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kematian”.

Sesungguhnya segala yang berada di atas muka bumi ini adalah pinjaman dari-Nya sahaja. Maka, kita hendaklah bersedia dan redha andai Dia menjemput semula hamba yang dikehendakiNya.

Kematian tidak boleh diukur. Sesungguhnya kematian itu adalah rahsia Allah yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Jadi, bagaimana manusia ingin mengetahui bila tarikh kematian mereka?

Manusia tidak akan pernah tahu bila mereka akan mati. Malah, tidak pernah tercatat pada calendar tahunan bahawa kita akan mati pada tarikh sekian sekian.

Oleh kerana itu, manusia perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian dan membuat amal ibadat sebagai bekalan di akhirat kelak.

Sebagai seorang mukmin, kita pastinya meninginkan kematian yang baik yakni mati dalam keadaan husnul khotimah. Apakah yang dimaksudkan dengan kematian husnul khotimah?

Kematian husnul khotimah bermaksud kematian yang mempunyai pengakhiran baik atau kesudahan yang terbaik dalam hidup kita.

Dalam erti kata lain ialah mati dalam keredhaan Allah SWT. Jadi, apakah tanda-tanda kematian husnul khotimah?

Berbahagialah orang-orang yang Husnul Khotimah

Orang yang meninggal dalam suatu urusan di jalan Allah (Fi Sabilillah) adalah termasuk dalam tandan-tanda husnul khotimah. Sebagai contoh, seseorang itu dibunuh dalam mempertahankan agamanya iaitu agama Islam.

Maka dia di antara golongan yang husnul khotimah. Orang yang meninggal dalam keadaan mengerjakan kebaikan atau amal soleh juga antara golongan yang husnul khotimah.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang meninggal ketika mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana Allah maka dia masuk Syurga, barangsiapa yang berpuasa suatu hari kemudian meninggal maka dia masuk Syurga dan barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah kemudian dia meninggal maka dia masuk Syurga.” (HR Ahmad).

Indahnya kalimah Syahadah apabila seseorang itu mengucapkannya sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana syurga itu pasti bagi mereka.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang akhir perkataannya adalah ‘Laa ilaaha illallah’ maka dia akan masuk Syurga.” (HR Abu Daud).



Ungkapannya tidak begitu susah. Namun, hanya insan yang terpilih sahaja yang mampu mengungkapkannya. Tidakkah kalian menginginkannya?

Pasti ramai yang menginginkan pengakhiran mereka disudahi dengan kalimah syahadah tetapi adakah pasti kita dapat mengungkapkannya?



Segalanya bakal terjawab dengan amalan, usaha dan doa kita.

Alangkah beruntungnya kaum wanita. Kenapa? Kerana hanya wanita sahaja yang mampu melahirkan zuriat. Antara kelebihan bagi kaum wanita adalah apabila mereka meninggal dunia kerana melahirkan zuriat, maka mereka tergolong dalam kalangan husnul khotimah.

Sepertimana Rasulullah SAW bersabda: “Terbunuhnya seseorang muslim terhitung syahid, kematian kerana wabah taun terhitung syahid, kematian kerana sakit perut terhitung syahid, kematian kerana tenggelam terhitung syahid dan wanita yang mati kerana melahirkan anaknya terhitung syahid.” (HR Ahmad).

Sakitnya saat melahirkan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bahkan tidak dapat dizahirkan dengan perbuatan.

Namun, ganjaran yang bakal diterima juga tidak terhitung nilainya. Andai ajal menjemput ketika melahirkan zuriat, maka beruntunglah wanita tersebut.

Namun jika Allah SWT beri ruang dan peluang seorang wanita untuk meneruskan kehidupan setelah melahirkan zuriat, maka perbanyakkan amal ibadat kepada Allah kerana nikmat bersalin itu menjemput peluang kita sentiasa tunduk dan taat kepada Allah.

Kad Jemputan Izrail daripada Tuhanmu

“Dengan segala hormatnya dijemput tuan/puan tanpa pangkat dan harta untuk menghadap Rabbul Izzati dengan rahmat dan kasih sayang.”

Malaikat maut sentiasa menjengah kita tidak kira di mana sahaja kita berada. Dalam mana kita leka dengan dunia, amalan sentiasa dicatat oleh malaikat sama ada kita melakukan kebaikan mahupun keburukan.

Tidak akan terlepas walau sekecil zarah kebaikan mahupun keburukan yang dilakukan.

Oleh itu, diingatkan bahawa kita perlu sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dengan penuh ketaqwaan.

Jika terdapat dosa lampau yang dilakukan sama ada secara tidak sengaja atau sengaja, mohonlah keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Justeru itu, setiap insan perlulah bersedia untuk menghadapi kematian kerana mati itu tidak mengenal usia, masa dan tempat. Mati itu tepat pada masanya, saat kematian itu cukup hampir.

Ianya tidak akan lambat walau sesaat dan tidak akan cepat walau sesaat. Siapkan diri dengan segala bekalan untuk dibawa di akhirat kelak.

Tepislah hasutan syaitan kerana golongan syaitan itu akan sentiasa menghasut umat manusia untuk bersama-sama sesat daripada jalanNya sehingga ke hari kiamat.

Berusahalah untuk mendekatkan diri dengan Allah, mengenali Allah sebagai Sang Pencipta, melakukan segala kebaikan dengan hati yang ikhlas agar husnul khotimah menjemput kita bersama kiriman Izrail dari Allah SWT.



Hidup kat dunia ni tak pernah surut dengan ujian, kadang kita nampak je orang tu macam takde apa-apa, tapi betulke dia takde apa-apa?

Selalu nampak dia gembira, macam dia takde masalah kat dunia ni, pendek kata semuanya dia nampak okey. Dan kita? Kita pon macam biasalah, ada ujian kita, ada bahagian untuk kita hingga kadang terlupa fitrah kita sebagai manusia yang memang sepatutnya dan selayaknya diuji.

Kadang mempersoalkan Tuhan kenapa aku yang diuji? Betul tak?

Ujian adalah penguat jiwa ya sayang, ujian adalah pemangkin kekuatan. Ujian adalah tanda sayang, ya! Kita semua tahu ujian tandanya sayang, ujian itu penguat jiwa tapi kita sebagai manusia dan hamba, memang tidak dapat lari dari ujian.

Mungkin ramai orang menerima ujian, tapi tak ramai yang tahu bagaimana untuk menghadapi ujian, saat ujian datang kita dengan mudah tersungkur sekali, salahkah kita? Tak bolehkah kita sebagai manusia yang serba serbi kurang ini berasa ‘down’ dengan diri sendiri?

Kita adalah hamba, yang mengharapkan sepenuhnya kekuatan dari Allah SWT untuk kita meneruskan kehidupan.

Kita ini jika tanpa Allah SWT, kita bukan sesiapa. Kita takde apa-apa, dalam dunia ni, takde satu pon yang didunia ini yang kita punya, yang milik kita.

Jadi wajarlah kita hamba yang lemah yang tak punya apa-apa rasa sedih, lemah, kecewa. Dan satu-satunya yang dapat memulihkan dan memperbaiki hati kita adalah dengan kembali pada Allah SWT. Makanya tak salah untuk kita merasa ‘down’ dengan diri sendiri.

Merasa ‘down’ dengan diri sendiri okey, Cuma jangan berlama-lama dengan rasa tu. Rasa sedih sebab kehilangan orang yang kita sayang, kita sedih.

Okey, wajarlah kita sedih dengan orang yang kita sayang sudah hilang dan kita sudah tak mampu untuk berjumpa dengan mereka lagi di dunia ini, yang perlu dimuhasabah, orang yang kita sayang itu adalah milik Allah SWT, satu hari nanti tanpa kita sedia atau tak, Allah SWT akan ambil kembali apa yang kepunyan-Nya.

Kita pun milik Allah SWT, satu hari nanti kita pon akan kembali juga pada Allah SWT.

Kita rasa sedih sebab apa yang kita nakkan kat dunia ni tak dapat, ya kita boleh menangis, yang perlu dimuhasabah ialah apa yang kita rasakan baik untuk diri kita tak semestinya baik untuk kita, boleh jadi “Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.” Surah. Al Baqarah: 216.

Kita bersangka sajalah dengan Allah SWT, Allah pencipta kita, Allah adalah Tuhan kita, masakan DIA tidak tahu apa yang baik untuk kita. Senyum!



Tak salah untuk kita rasakan tidak okey dengan diri kita, tak semestinya kena hidup positif sepanjang masa, kadang negatif tu juga perlu untuk kita muhasabah diri kita, kita renung balik apa yang tidak kita dengan diri kita, yang salahnya bila kita rasa tak okey, kita salahkan diri sendiri, salahkan orang sekeliling, dan yang paling parah kita salahkan Tuhan yang mencipta kita?



Adilkah kita bila kita terus menyalahkan Tuhan setelah banyak yang Allah SWT kurniakan pada kita tetapi disebabkan ujian Allah yang satu kita terus salahkan Tuhan, merasakan Tuhan tidak adil pada kita?

“Jangan letakkan Allah di tempat yang terakhir bila kita gembira dan tiba-tiba mengungguli tangga teratas kedudukan apabila kita kecewa”

Salah kita apabila kita tak okey, kita berlama-lama dengan rasa tak okey. Bukankah hidup ini sementara, tidak ada yang kekal lama. Jika kamu gembira, berpada-padalah dalam merasa gembira, kerana sesungguhnya ianya tidak kekal lama, jika kamu sedih, berpada-padalah dalam merasa sedih kerana sesungguhnya ianya tidak akan kekal lama.

Hidup ini saling bergantian, ujian yang datang dalam hidup kita adalah sebagai pelengkap perjalanan hidup kita sebagai hamba, suka atau tidak, sedia atau tidak, kita semua pasti akan pulang pada Tuhan kita, Ya Rabbul Izzati.

Beruntunglah orang-orang yang meletakkan dunia ini ditapak tangan saja, sebab mereka tahu dunia ini sementara, apa yang dikecapi, apa yang dipunyai dan apa yang dirasai adalah hak milik sementara yang suatu masa nanti akan dipulangkan dan dan akan hilang silih berganti.

Percayalah dengan Tuhanmu, tidak ada suatu kuasa dan makhluk lain yang mampu menggantikan Allah dalam hidup kita, selagi kita ada Allah, kita punya segelanya didunia ni. InshaAllah. Senyum!

Kita punya Allah, sedihlah macamana kita, kecewalah macamana kita, kita masih ada Allah. Kita dapatkan Allah dengan berjalan, Allah berlari mendapatkan kita, kita ini hamba—kita lemah, kita tidak ada upaya, kita ada keterbasan dalam diri kita yang kadang kita tak mampu untuk hadap macam-macam yang Allah SWT berkan untuk kita, tapi dengan Allah SWT.

Segalanya adalah tidak mustahil—bila kita ada Allah, kita dah punya segala-galanya, inshaAllah.

Fitrah kita sebagai manusia, Allah takdirkan kita dengan bermacam-rasa, itu tidak salah okey sayang! Itu normal dan hak kita sebagai manusia, kita bukan malaikat, merasa ‘down’ sekali sekala tidak menjadikan kita orang yang tidak berguna.

“Kadangkala hati itu perlu jua diketuk ia dengan ujian, agar ianya tidak hanya selesa dengan nikmat, malah juga selesa dengan ujian”. Untuk yang selalu saja rasa ‘down’, rasa hidup kita tak berguna, rasa diri ini sia-sia, stay strong guys!

Tidaklah Allah menguji hamb-Nya diluar kemampuan, bila Allah pilih kita untuk diuji maknanya kita adalah insan terpilih dalam kalangan yang dipilih.

Senyum, tidaklah ada apa yang lebih membahagiakan bagi seorang hamba seperti kita apabila suatu masa kelak kita akan bersama di syurga kelak dengan orang terpilih yang turut sama bersabar dengan ‘hadiah kecil dari Tuhan’ ketika didunia berada di dunia. Senyum!

Akhirul kalam, Its okey not to be okey, as Allah SWT know that you are not okey! Okey!

Maklumat Penulis

Artikel ini ditulis oleh Ukhti Suraya.

Tuesday, August 20, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 109

Nasihat Emas dari Ustaz Ahmad Dusuki bagi yg sudah mencapai umur 40-an', 50-an, 60-an ***
*Nasihat pertama*
Cubalah berurut urat saraf 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.
*Nasihat kedua*
Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
*Nasihat ketiga*
Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.
*Nasihat keempat*
Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.
*Nasihat kelima*
Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.
*Nasihat keenam*
Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.
*Nasihat ketujuh*
Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.
*Nasihat kelapan*
Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.
*Nasihat kesembilan*
Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.
*Nasihat kesepuluh*
Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ان شاء الله
*Nasihat kesebelas*
Makanlah makanan sunnah. Dengan usia dalam lingkungan ini macam2 penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua..
*Semoga bermanfaat* 🌹
(Dipetik daripada facebook Majlis Ilmu)
#Muhasabahdiri#


Senyum tawa ibu bapa itu lebih berharga berbanding senyum tawa kekasih hati, kerana hilangnya mereka tiada galang gantinya.
Utamakan kebahagiaan mereka.
Hargai laa mereka selagi masih ada..amin..

"Jangan pernah berhenti mendengar nasihat,, kerana hati akan buta bila kehilangan nasihat."

ketika mana kita merasa ingin menangis,dan hati kita berdetak kencang ingin melakukan ketaatan, itulah detik-detik munculnya keikhlasan!

berilah walaupun sedikit
sebab keikhlasan itu
bukan bergantung pada banyak


jangan berdebat dengan orang bodoh
diam lebih baik


Friday, August 09, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 108

6 PESAN INDAH MBAH MAIMUN ZUBAIR
K.H Maimun Zubair Dawuh,
1. jika engkau melihat seekor semut terpeleset dan jatuh di air, maka angkat dan tolonglah...barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.
2. Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang bisa menggangu jalannya kaum muslimin, maka singkirkanlah, barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju surga.
3. Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari induknya, maka ambil dan susulkan ia dengan induknya, semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di surga.
4. Jika engkau melihat orang tua membutuhkan tumpangan, maka antarkanlah ia...barangkali itu mejadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.
5. Jika engkau bukanlah seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2 mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu..yang tak akan terputus pahalanya meski engkau berada di alam kuburmu.
6. Jika engkau tidak bisa berbuat kebaikan Sama sekali Maka Tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti, setidaknya Itu menjadi sedekah untuk dirimu.
Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:
رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ
“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar karena niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil karena niat pelakunya”
Jangan pernah meremehkan kebaikan, bisa jadi seseorang itu masuk surga bukan karena puasa sunnahnya, bukan karena panjang shalat malamnya tapi bisa jadi karena akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda
Rasulullah SAW bersabda:
« لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ ».
“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya)bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum".(HR. Muslim)
Mari selalu berusaha dan berprilaku positif, semangat meraih hasil terbaik serta saling mendoakan akan keberkahan.. Aamiin...Semoga bermanfaat
Selamat jalan mbah.. insyaAllah husnul khotimah..

Carilah kemuliaan di sisi Allah
Bersama iman dan taqwa

Kenapa kita menjadi mulia.
Satu sebabnya.
Allah tutup aib kita.
Maka pandai pandailah bersyukur

Berubah itu adalah Usaha dari hati.
Maka berbincanglah dgn hatimu.
Utk berubah

Rezeki masing masing.
Semua pemberiaan Allah.
Rezeki bukan hanya kaya.
Kesihatan juga rezeki.
Apa guna kaya.
Kalau tak sihat

Musibah itu nikmat.
Dgn cara
Syukur.
Sabar.
Tawakkal.
Dan mencari hikmah

Dgn jodoh itu.
Bersyukur dgn kelebihan.
Bersabar dgn kekurangan

Syurga terlalu luas..jadi kejutkan rakan rakan utk sama2 ke sana

Hati yang cantik itu.
Dalam diamnya.
Ada doa

Doakan lah kebaikan untuk orang yg berbuat baik

Hari ini kita dengar org mati.
Esok lusa..org pula akan dengar kita mati.
Oleh itu buat persediaan dari sekarang

Kuatkan jiwa. Bangkitkan semangat
Sabar itu bukan di mulut tapi di hati yang tabah mendambakan redha ALLAH.

Berzikirlah setiap hari sehingga sebati di hati sampai menjadi darah daging kita.
Semoga hatimu terasa kelazatannya. Aamiin.

Mereka yang sentiasa membasahi lidahnya dengan berzikir akan merasai ketenangan.
Amalkanlah dgn istiqomah.

Dalam perjalanan hidup kita hakikatnya kita berurusan (ibadah) kita kepada ALLAH.
Beristighfarlah


Kita tidak cukup masa untuk melayan semua kehendak manusia.
Luangkanlah masa kita untuk melakukan amal sholeh.

Berjuanglah membersihkan hati sehingga terbangun tauhid dalam diri.



QURBAN DI LUAR NEGARA & HUKUM
Soalan
Mana yang terbaik, melakukan ibadah Qurban di dalam negara atau di negara luar yang lebih memerlukan? Adakah sah sebagai qurban pula jika dilaksanakan di luar negara?
Jawapan
Hampir semua ulama bersetuju bahawa sebaiknya penyembelihan kurban :-
1. Dilakukan sembelihan itu dengan TANGAN sendiri. Itu disepakati paling afdhal kerana ia adalah suatu ibadah selain juga Sunnah baginda Nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam.
2. Jika berkongsi bahagian (seperti lembu yang dikongsi 7 bahagian) atau tidak mampu untuk menyembelih haiwan Qurban, diharuskan mewakilkan kepada orang yang lebih tahu untuk melaksanakannya.
3. Jika sudah diwakilkan, maka SUNAT untuk MENGHADIRI majlis penyembelihan Qurban dan menyaksikannya, sama ada lelaki ataupun wanita. Ini dari hadis nabi kepada Fatimah r.a untuk menyaksikan upacara terbabit. Dengan demikian, orang yang melaksanakan Qurban itu dapat menjiwai dan merasa sendiri proses ibadah Qurban itu dilakukan, itulah sebuah syiar Islam yang besar, berbanding mereka yang hanya menghantar wang ke pihak NGO dan mungkin tidak tahu bila secara specifik penyemeblian bahagian Qurbannya dilakukan, malah TIDAK TERASA pun dia sedang melakukan Qurban pada tahun tersebut.
4. Penyembelihan qurban di tempat sendiri adalah cara paling tepat untuk menaikkan syiar Alah swt iaitu Qurban pada musim aidil adha. Juga terdapat ayat al-Quran (surah al-Hajj aya ke-28 yang jelas menyatakan orang yang berqurban untuk makan sebahagian dari daging qurbannya, hal ini akan terhalang disebabkan berqurban secara wakil ke luar negara.
5. Baginda Nabi juga melaksanakan semua ibadah Qurban baginda di Madinah dan tidak di bawa ke negara luar.
Justeru itu, dari keadaan yang yang disebut di atas maka yang disepakati afdhal oleh para ulama, secara umumnya Qurban yang LEBIH BAIK adalah dilaksanakan di tempat kita berada dan mencari kehidupan.
Kecuali bagi sebahagian individu yang melakukan kerja amal dan berqurban di luar negara kerana menguruskan sekaligus qurban pihak lain. Maka tiada masalah baginya untuk berqurban di luar negara dan dia sendiri turut menyembelih dengan tangannya.
Dalam keadaan biasa seperti tiada melakukan kerja amal di luar negara, para ulama berbeza pendapat dalam menentukan keharusan melakukan ibadah Qurban di luar negara atau kawasan hidupnya dan pekerjaannya.
Mazhab Hanafi : Makruh dipindahkan ke luar kawasan kecuali jika disebabkan ada kerabatnya di sana atau yang lebih memerlukan.
Mazhab Maliki : TIDAK HARUS dipindahkan sembelihan ke luar kawasan yang melebihi jarak musafir, kecuali jika ahli di luar kawasan lain tadi TERSANGAT MEMERLUKAN maka bolehlah sebahagian besar dipindahkan, dan berbaki sedikit di kawasannya sahaja.
Al-Syafie dan Hanbali : HARUS dipindah ke luar kawasan yang TIDAK melebihi jarak musafir, namun terdapat ulama dari kalangan mereka yang mengHARAMkan memindahkannya jika lebih dari jarak musafir.
Imam Al-Nawawi dalam kitab al-Majmu' akui terdapat dua pendapat dalam hal ini. Imam al-Mawardi menyatakan tidak halangan untuk dipindahkan. Namun Imam al-Ramli, tidak mengharuskan dengan qiyas kepada haramnya dipindahkan zakat lebih dari jarak musafir.
Ulama Kontemporari dan beberapa badan Fatwa seperti Saudi, UAE dan lain-lain: Harus dipindahkan ke negara yang terdapat ramai yang lebih memerlukan.
Maka boleh disimpulkan, adalah HARUS dan SAH hukumnya melaksanakan Qurban secara wakil ke Luar negara tetapi yang terbaik dan tiada khilaf adalah di tempat sendiri.
Dr. Zaharuddin Abd Rahman


Ujian yang meningkatkan darjat itu tenang dan manis dihadapi. Namun yang menghapuskan dosa itu, pedih dan resah menghadapinya!


Siapa yang mengamalkan kebaikan tetapi pada masa yang sama masih melakukan kejahatan, maka Allah akan menyegerakan siksaan kepadanya di dunia dengan menimpakan musibah demi musibah sehingga dia bertemu Allah tanpa kejahatan.
Rasulullah SAW bersabda: "Jika Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka Allah menyegerakan hukuman untuknya di dunia..." (riwayat Termizi).

Mana mungkin kau berpeluang untuk memperbaiki luka jika tidak pernah dilukakan? Tuhan bersama orang yang hancur hatinya dalam menghadapi ujianNya.

Jangan keterlaluan mengata, mencerca dan mempersendakan orang lain, lebih-lebih lagi yang ada pertalian syahadah dan darah dengan mu. Justeru, sebelum mati semua itu akan berbalik kepada mu!

Jangan tunggu bahagia datang, tapi ciptalah bahagia. Orang paling bahagia bukan saat menerima tapi saat memberi kasih sayang sesama manusia.🥰

Hidup tanpa zikir ibarat haus kekeringan tanpa air.
Diberi ujian, zikir. Diberi rezeki, zikir. Buat apapun, zikir. Ingat ALLAH Maha Kuasa. Itulah kekuatan dalaman seorang mukmin.

Tidak ada takdir yang buruk, meski Allah timpakan ujian yang nampak sangat buruk. Semua baik, jika dikembalikan pada Allah. Sabar, syukur, redha. Susah.Tapi Allah akan serapkan dalam jiwa perlahan-lahan. Keep strong!


Sunday, August 04, 2019

Koleksi Tazkirah Pilihan 107

Cuba kenal yg memberi taufik dan hidayah ialah Allah

Jangan berdendam
maaf kan lah
dendam akan menyebabkan kita lambat masuk syurga
sewaktu kita nak masuk syurga
maka tunggu dulu selesaikan dulu isu dendam kita itu.

Dalam hubungan Allah lah yang paling setia dengan diri kita,
Kerana Dia tidak pernah meninggalkan kita sendirian walaupun kita selalu menjauhkan diri dariNya....
ALLAHU AKBAR

Tidur yang Barakah dan berkualiti itu bukan pada lena yang panjang,

Tapi pada kekuatan bangun untuk tahajjud padaNya.


Hanya orang-orang yang hatinya ikhlas sahaja boleh melahirkan amalan yang ikhlas. Dan hanya amalan ikhlas diterima ALLAH.

Tahu tak yang ibu bapa kita sangat perlukan kita saat mereka di dalam kubur...!! - Ustazah Asma' Harun

jika tak mampu ikut akhlak nabi SAW , maka ikutlah Sunnah Nabi SAW

Jadilah seperti Saidina
Umar. Dalam
ketegasannya, ada
kelembutannya. Dalam
garangnya, masih mampu
mendengar teguran
daripada orang lain.

Wasiat untuk mereka yang kehilangan keberkatan waktu.
-----------------------------------------
1. Ulamak soleh terdahulu berkata: " Setiap kali bertambah bacaan al-Quranku, (aku merasakan) bertambah juga keberkatan waktu di sisiku. Maka aku terus menambahkan pembacaanku sehingga mencapai sepuluh juzu'"
2. Syeikh Ibrahim bin Abdul Wahid Al-Maqdisiy mewasiatkan Ad-diya' Al-Maqdisiy ketika beliau hendak memulakan perjalanan menimba ilmu dengan berkata: "Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan jangan mengabaikannya, sesungguhnya ia akan mempermudahkan terhadap apa yang engkau inginkan. (Kemudahan itu) mengikut kadar sebanyak mana permbacaan kamu terhadap al-Quran."
3. Ad-Diya' Al-Maqdisiy berkata: "Wasiat itu aku selalu mengamalkannya. Ketika aku banyak membaca Al-Quran, Allah mempermudahkan bagiku mendengar hadis, menghafal dan menulisnya dengan banyak. Dan sekiranya aku tidak membaca Al-Quran, aku tidak dipermudahkan (terhadap apa yang aku inginkan).
Rujukan dari Tobaqot Al-Hanabilah karangan Ibnu Rejab Al-Hanbali.
Terjemahan
Pusat Pengajian Dar Al-Faqeeh.

KORBAN DULU ATAU AKIKAH DULU?
Maka bertanyalah seorang yang mengikuti kuliah saya. "Tuan Syeikh! Bapa saya tidak pernah buat akikah untuk saya semasa saya kecil. Maka saya kena buat sendiri akikah saya. Persoalannya apabila tiba musim korban, adakah saya perlu buat akikah terlebih dahulu sebelum saya melakukan ibadat korban?
Maka saya menjawab pertanyaannya seperti berikut:
1. Akikah dan korban kedua-keduanya adalah sunat. Maka seseorang yang berkemampuan hendaklah melakukan kedua-duanya sekali. Akikah dilakukan sekali seumur hidup manakala korban sunat dilakukan setiap tahun apabila tiba musimnya.
2. Seseorang yang berkemampuan sebelum tibanya bulan Zulhijjah sunat melakukan akikah dirinya yang tidak pernah dibuat oleh bapanya semasa dia kecil. Kemudian apabila tiba 10 Zulhijjah, jika berkemampuan lagi, dia disunatkan membuat ibadat korban pula.
3. Jika kemampuannya datang pada bulan Zulhijjah, dia disunatkan melakukan kedua-duanya iaitu akikah dan korban.
4. Jika dia berkemampuan salah satu sahaja, maka sunat baginya membuat korban terlebih dahulu manakala akikah dilakukan kemudian. Korban didahulukan daripada akikah kerana waktu pelaksanaannya terbatas dalam tempoh empat hari sahaja iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah sedangkan akikah waktu pelaksanaannya luas dan panjang selagi hayat dikandung badan.
والله أعلم بالصواب
Catatan
Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar


 " Berhati-hatilah diri kamu apabila menjadi orang yang hebat dengan pujian orang ramai, sedangkan kamu tahu diri kamu sendiri penuh dengan aib yang tersembunyi " Syeikh Yusuf Bakhour Al-Hasani


Bergurau.
Bergurau ni menghiburkan hati.
Terlebih bergurau menggelapkan hati.
Terlajak bergurau menyakitkan hati.
Kesimpulannya ; KAWAL dos bergurau.
Tak salah bergurau, tetapi berpadalah.


Kalau hidup rasa serba tak kena...
Cuba kau check semula hubungan kau dengan Allah..
Takut ada perkara yang kau buat yang Allah benci!

Macam mana nak selesaikan masalah dalam hidup?
- Jaga hak Allah, Allah akan jaga kita
Macam mana nak jaga hak Allah?
- Buat apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang
Apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang?
- Allah suruh buat 5 perkara dalam rukun Islam, Allah larang buat maksiat
Konklusi;
Bila kau ada terlampau banyak masalah dalam hidup kau, samada masalah keluarga, masalah nak berubah, masalah kewangan, apa-apa sahaja masalah; Kau check balik 5 rukun Islam. Macam mana solat kau? Kau ada berhutang dengan zakat? Kau ada tinggal puasa? Kau ada azam untuk pergi haji?
Fokus perbaiki setiap satu dalam 5 perkara rukun Islam. InsyaAllah semua masalah kau akan selesai.


Masa tu pun mahluk Allah juga.
Kalau kau tak bagi hak pada masa, masa akan datang dan bunuh jiwa kau!
Apa hak terhadap masa?
1. Tidak bertangguh
2. Tidak membuang masa


Antara tingkatan taqwa yang paling tinggi;
Rasa berdosa...
Hadirkan rasa berdosa dan nak mohon ampun kepada Allah.
Astragfirullah hal adzim!

Tanda jiwa bahagia
1. Bersyukur atas nikmat
2. Bersabar dan redha atas ujian
3. Bertaubat jika berbuat maksiat
Tanda jiwa sengsara
1. Cintakan maksiat
2. Suka buang masa
3. Gemar berburuk sangka

Kesilapan besar yang selalu kita buat,
Kita selalu ingat dan berharap pada manusia, sedangkan manusia selalu lupa dan mengecewakan kita.
Tetapi kita selalu lupa dan TAK berharap sungguh2 pada Allah, sedangkan Allah tak pernah lupa dan tak pernah mengecewakan kita.


"Saat kita semakin kecewa, Dia hadir dengan pujukan. Saat kita berputus asa, Dia terus memberi harapan."
.