Yang membuatkan kita Kuat adalah DOA.
Yang membuatkan kita Matured adalah MASALAH/UJIAN
Yang membuatkan kita Hancur adalah PUTUS ASA
Yang membuatkan kita Semangat adalah HARAPAN & IMPIAN.
Yang membuatkan kita Selamat adalah ILMU
Yang membuatkan diri kita menjadi yg Terbaik adalah mengakrabkan diri dengan keheningan Jiwa , berZIKIR dan memperbanyakkan SUJUD
Sahabat, sedarilah bahawa kita tidak dihidupkan untuk menjadi seorang yang hebat, kita tidak dihidupkan untuk menjalani kehidupan sesuka hati dan kita tidak disuruh untuk mengumpul harta sebanyak2nya. Kaya, cantik, hebat kesemuanya tidak ada nilai disisi Allah, kecuali taqwa. Justeru, sentiasalah ingat pada kematian dan isilah ruang2 masa lapang kita dengan hal2 yg bermanfaat utk akhirat.
Hakikatnya manusia banyak buang masa kerana BORING sedang boring itu adalah hal yg merugikan akhirat kita. Orang2 beriman tidak kenal apa itu boring, kerana mereka ada Quran, Zikir dan Istighfar.
Jadikan solat 1st Priority di dalam kehidupan seharian kita dan lakukanlah dengan ikhlas dan seronok , kerana dari jutaan orang yang terleka tidak solat, kita dipilih oleh Allah SWT untuk sujud pada-Nya. Ingatlah dan hadamlah bahawa jika solat kita BAIK, maka jiwa kita, akhlak kita serta kehidupan kita juga akan terikut menjadi baik secara automatik, Insyaa Allah.
"Jika berbagai masalah datang menghimpitmu. Allah menunggu kau datang padaNya untuk mengadu segala permasalahan....
Apa hukum mengumpat?
"Hukumnya sama seperti meninggalkan solat fardhu lima waktu, meminum arak, berjudi, zina dan sebagainya. Dan dosanya adalah lebih besar daripada zina. Apa perlu buat? Pergi minta maaf pada orang yang kita umpatkan itu." jangan sampai terbawa-bawa dosa mengumpat ini. Di akhirat nanti (di padang mahsyar) tidak ada gunanya penyesalan kita. Menyesal lah atas perbuatan mengumpat yang kita amalkan.
Antara CARA untuk kita KUAT di dalam menjaga ketaatan dan IMAN serta Khusyuk di dalam solat adalah DENGAN Bangun Solat Malam (TAHJUD). Jika kita kuat dan mampu untuk bangun solat malam maka kita juga AKAN kuat untuk mampu menjaga Iman, Istiqomah & Khusyuk. Pada ketika solat malam itulah suasana yang sangat tenang untuk kita menemui dan merasai khusyuk di dalam solat seterusnya ia akan mentarbiyah diri kita untuk khusyuk di dalam solat2 fardhu yang lain. Try & Judge.
UNTUK MEMILIKI SESUATU YANG AMAT HEBAT & BERHARGA DI SYURGA KITA TIDAK PERLU MEMERLUKAN MODAL, TETAPI HANYALAH KEIKHLASAN & ISTIQOMAH.........
kehendak hati terhadap dunia itu ibarat kehendak perut terhadap makanan. Sesedap mana pun , selazat manapun, senikmat manapun makanan , kesudahannya ia akan menjadi najis yg membusuk.
Result segala kenikmatan dunia ini, kita akan merasakan ia sesuatu yang busuk@dibenci saat kematian kita. Segala kenikmatan dunia ini, segala apa yg dihasil tidak akan menjadi nikmat lagi saat seseorang itu mendapati kematian. Justeru , janganlah kita terlalu teruja dan terpesona dengan keindahan dunia yang akan menjadi umpama najis kematian kerana keseronokan dan keindahan yg dihasilkan itu ia tidak lagi memberi apa2 manfaat selepas kematian kita..
Alhamdulillah.. Hidup kita bersama peluang yg Allah bagi.. Tugas kita bersyukur
Syaitan itu ibarat lalat, setiap kali diusir , dari tempat yang menjijikkan (kotor) dia akan kembali.
Begitu juga syaitan, setiap kali kita berlindung kepada Allah darinya, dia akan kembali dengan cepat jika kita tidak membersihkan tempat kembalinya yang tidak lain adalah hati kita.
Maka bersihkan dan sucikanlah hatimu dari segala penyakit seperti sombong, riya', hasad dan lain sebagainya dari penyakit-penyakit hati.
"Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam untuk mengumpul harta kerana takut miskin, maka dialah orang yang miskin" - Imam AlGhazali.
*Hilangnya nikmat beribadah dlm kalangan manusia berpunca drpd tdk dpt melihat gambaran disebalik keindahan ganjaran syurga*
Bila ujian sangat sukar, Allah sedang mendidik kita tentang sabar dan sangka baik.
Selepas kesusahan pasti ada kemudahan. Ingatlah wahai diri....itu janji Allah.
~Motivasi Dakwah
Setiap saat adalah peluang ,
Setiap nafas adalah doa..
Jangan bazirkan masa dengan mengenang kekecewaan , berusahalah untuk berubah demi masa hadapan...
Meski jalan yang di lalui kini penuh duri ,
Percayalah pada keindahan doa ,
Dan di hujung jalan berduri itu akan jumpa bunga hikmah yang cantik berkembang...
Hati yang cantik itu adalah hati yang tak pernah berputus asa terhadap Tuhannya..
Ketidaktahuan itu indah....
Ia membuat kita berdoa terbaik , berniat terbaik , berupaya terbaik , bertawakkal terbaik , bersyukur & sabar terbaik ♡
Jika kau merasa besar ,periksa hatimu mungkin ia sedang bengkok .
Jika kau merasa suci ,periksa jiwamu mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani .
Jika kau merasa tinggi ,periksa batinmu mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan .
Jika kau merasa wangi ,periksa ikhlasmu mungkin itu asap dari amal solehmu yang hangus dibakar riya' .
Setiap saat dan setiap peristiwa adalah yang diatur oleh ALLAH.
ALLAH Maha Melihat cara kita menguruskannya.
Wallahualam.
Disebabkan dosa, semakin dijauhkan dari mendekati orang-orang soleh.
Beristighfarlah.
Bertaubatlah.
erlampau banyak hikmah di sebalik ujianNya.
Alhamdulilah.
Berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.
In Shaa ALLAH
Sesungguhnya hari ini adalah hari beramal dan akhirat adalah hari pembalasan.
Disiplin dirimu sentiasa dalam ketaatan kepadaNya.
In Shaa ALLAH
KERTAS & KEHIDUPAN
Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Geram Milik Hartanah & Kenderaan - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas
Anugerah jawatan, pangkat & kerja - Kertas
Dapat tender - Kertas
Undi pilihanraya - Kertas
Akhirnya, kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Berapa ramai yang bersedih kerana kertasnya, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.
Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL kematiannya. Kerana itu BERAMAL sebelum sijil itu dikeluarkan. dan pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.
#DrZaharuddinAbdRahman
Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain.
Jangan tiba-tiba kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kamu mencemuh mrk yang mendoamu, doanyalah yang maqbul.
Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, doanya mungkin akan terus milik kita jua. Ingatan buat diri & semua.
#DrZaharuddinAbdRahman
Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing LEBIH SUKA, GEMBIRA dan TENANG berada di rumah berbanding di luar rumah (sewaktu telah selesai urusan kerja & penting).
ANTARA tandanya, seseorang itu sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada terluang sedikit, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan sebahagian di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga), BUKANNYA lebih suka duduk di warung, kedai & menonton serta membuang masa (kecuali wujud hal penting seperti berniat erat hubungan sahabat etc).
Apa yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah dirasakan mampu menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi. Jika itu belum dicapai, SEGERALAH melakukan muhasabah hubungan dalam keluarga.
-Untuk Muhasabah Diri & Bukan Pula Menghukum Orang Lain-
#DrZaharuddinAbdRahman
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN MENURUT ISLAM
Bagi kebanyakan pasangan, memang rata-ratanya tidak kisah mengenai jantina zuriat. Baik lelaki mahupun perempuan, ramai yang menganggap ianya rezeki kurniaan tuhan yang mampu membawa 1001 kebahagiaan dan kesenangan hidup buat pasangan suami dan isteri… asalnya bayi itu dilahirkan sihat dan cukup sifat.
Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa anak perempuan dapat memberi lebih keberkatan buat sang ibu dan bapanya -meskipun masyarakat jahiliah dahulu kala sangat membenci akan anak perempuan.
Oleh itu, apakah kenyataan ini benar belaka?
Kehadiran anak dalam rumah tangga muslim merupakan nikmat yang besar dari Allah Ta’ala. Namun, sebahagian orang ada yang lebih mendambakan kehadiran anak laki-laki daripada anak perempuan. Anak laki-laki dianggap lebih mulia daripada anak perempuan.
Mereka bangga dan bergembira tatakala dikurniai anak laki-laki. Sebaliknya, bagi sebahagian orang kehadiran anak perempuan merupakan aib dan dianggap bencana. Mereka sedih dan kecewa jika dikurniai anak perempuan. Padahal kehadiran anak perempuan juga termasuk nikmat dari Allah. Bahkan Islam secara khusus menjelaskan tentang keutamaan anak perempuan dan ganjaran bagi orang tua yang memelihara dan mendidik anak-anak perempuan mereka.
PERTAMA…
Hadits dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,
“Ada seorang wanita yang datang menemuiku dengan membawa dua anak perempuannya. Dia meminta-minta kepadaku, namun aku tidak mempunyai apapun kecuali sebiji buah kurma. Lalu aku berikan sebuah kurma tersebut untuknya. Wanita itu menerima kurma tersebut dan membaginya menjadi dua untuk diberikan kepada kedua anaknya, sementara dia sendiri tidak ikut memakannya.
Kemudian wanita itu bangkit dan keluar bersama anaknya. Setelah itu Rasulullah datang dan aku ceritakan peristiwa tadi kepada beliau, maka Nabi shallallhu ‘alaii wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan, kemudian dia berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang dari seksa api neraka”. (H.R Muslim 2629)
KEDUA…
Diriwayatkan juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata,
“Seorang wanita miskin datang kepadaku dengan membawa dua anak perempuannya, lalu aku memberinya tiga biji kurma. Kemudian dia memberi untuk anaknya masing-masing sebiji buah kurma, dan satu kurma hendak dia masukkan ke mulutnya untuk dimakan sendiri.
Namun kedua anaknya meminta kurma tersebut. Maka si ibu pun membahagikan dua kurma yang hendak dia makan untuk diberikan kepada kedua-dua anaknya. Peristiwa itu membuatku takjub sehingga aku ceritakan perbuatan wanita tadi kepada Rasulullah. Maka baginda bersabda “Sesungguhnya Allah telah menetapkan baginya syurga dan membebaskannya dari neraka”. (H.R Muslim 2630)
KETIGA…
Diriwayatkan dari sahabat Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang memelihara dua anak perempuan hingga dewasa maka ia akan datang pada hari kiamat bersamaku” (Anas bin Malik berkata: Nabi menggabungkan jari-jari jemari beliau). (HR Muslim 2631)
Hadits-hadits di atas mengandung beberapa faedah:
1. Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan anak-anak perempuan dalam agama Islam. Imam An Nawawi rahimahullah mengatakan,“Hadits-hadits di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak-anak perempuan, memberi nafkah kepada mereka, serta bersabar dalam mengurus seluruh urusan mereka”.
2. Anak perempuan merupakan ujian bagi orang tua. Sebahagian orang tidak suka dengan kehadiran anak perempuan dan sangat bergembira ketika memiliki anak laki-laki. Oleh kerana itu kehadiran anak-anak perempuan dianggap sebagai ujian. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Anak perempuan disebut sebagai ibtilaa’ (ujian) kerana umumnya manusia tidak menyukai mereka”.
Hal ini juga sebagaimana Allah Ta’ala firmankan :
“Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup) ? Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu “ (An Nahl:58)
3. Yang dimaksud memelihara anak perempuan adalah menunaikan hak-hak mereka seperti makan, pakaian, pendidikan, dan lain-lain. Imam An Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Menunaikan hak-hak dengan menafkahi dan mendidik mereka serta memenuhi keperluan-keperluan yang lainnya”.
4. Terdapat ganjaran yang besar bagi orangtua yang memelihara anak perempuan mereka, berupa nikmat syurga, terhalangi dari siksa api neraka, dan kedekatan bersama Rasulullah di akhirat.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi yang bermaksud:“Sesiapa yang memiliki seorang, dua atau tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Pernahkah Dengar?
“..menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?”
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua, menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan?
Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah SWT dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Sumber: wanista
Orang yang beriman dengan Allah percaya punca mudahnya rezeki bukanlah kerana semata-mata sibuk bekerja dan berhempas pulas berikhtiar siang dan malam.
Bagi mereka punca mudahnya menjemput rezeki adalah redha Allah.Mendahulukan Allah pada setiap situasi dan setiap masa.
(Fathuri Salehuddin - Mudahnya Menjemput Rezeki)
4 Petua Imam Syafie untuk TAJAMKAN INGATAN:
1- Banyak bergaul dengan orang soleh.
2- Banyak bergaul dengan ulama (cerdik pandai)
3- Tidak berbual kosong (mengumpat dll)
4- Gosok gigi mengikut jadual.
Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah menuju Ramadhan.
Berkata Abu Bakar Al-Warraq Al-Balkhi: "Bulan Rajab bulan menanam pokok, Bulan Syaaban bulan menyiram pokok dan Bulan Ramadhan bulan menuai buahnya"
Rejab merupakan bulan haram, bulan istimewa di sisi Allah. Maka perbanyakkanlah amalan sebagai persediaan untuk ke bulan kemuncak, Bulan Ramadhan."
[Al-Fadhil Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi]
Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
Mana yang lebih baik dan lebih besar pahalanya ? Jika ada dua orang datang ke rumah anda dan berhajatkan kepada sedikit daripada harta anda. Siapakah yang anda akan dahulukan untuk mendapatnya ?
1) Pengemis yang memohon sedekah
2) Sahabat yang ingin berhutang
PENCERAHAN :
Orang yang meminta sedekah biasanya akan meminta daripada semua orang yang ditemuinya, samada kenal atau tidak. Kalau dapat, dapatlah. Jika tak dapat, dia pergi kepada orang lain. Tetapi bila seseorang mahu meminjam atau berhutang dengan seseorang biasanya dia akan fikir dulu masak-masak dengan siapa dia boleh berhutang.
Biasanya orang ini akan hanya pergi berjumpa dengan orang yang dia rasa boleh memberi hutang itu. Orang yang berhutang ini biasanya sangat berhajat untuk menggunakan duit itu bagi membeli sesuatu keperluan atau melunaskan sesuatu bayaran. Dalam kata lain, orang tidak akan berhutang kalau tak desperate (terdesak)
"Pada malam Isra’ Mikraj, aku melihat tulisan di atas pintu syurga: “Pahala sedekah ialah 10 kali ganda dan pahala memberi hutang ialah 18 kali ganda”. Aku bertanya Jibril, “Kenapa memberi hutang lebih banyak pahalanya daripada sedekah?” Jawabnya, “Kerana orang yang meminta sedekah dalam keadaan meminta sedangkan dia mempunyai harta. Sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjaman kecuali kerana sesuatu keperluan.” (HR : Ibn Majah & Baihaqi).
"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah... bertambah."
(HR : At-Tirmizi)
KREATIF BERSEDEKAH :
1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.
2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yg memerlukannya.
3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.
4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk d sumbangkan sedikit kpd anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.
5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.
6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak di basuh oleh room mate basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.
7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...
8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.
9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.
10. Sebarkan peringatan ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.
Insya-Allah
Ada hamba Allah berkata; Untunglah awak tak kerja sebab suami awak gaji besar.
Saya menjawab (Dalam hati); Awak tahu ke baru 30hb cuma tinggal RM50 dalam akaun bank suami saya. Mana mungkin saya nak beritahu awak perihal kewangan keluarga saya.
Ada hamba Allah berkata; Rugilah awak tak kerja. Kawan-kawan segrad dengan awak paling-paling busuk dapat 3K sebulan.
Saya jawab (Dalam hati); Siapalah yang tak nak ada duit sendiri. Berbakti kepada keluarga sendiri. Allah pilih saya jaga anak-anak saya. Rezeki bukan hanya dengan wang ringgit.
Ada hamba Allah berkata; kita orang perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami tinggalkan kita atau suami pergi dahulu siapa nak tanggung awak dan anak-anak.
Saya jawab (Dalam hati); macam lah takdir saya awak yang tentukan.
Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti mentua awak tak sayang awak.
Saya menjawab (Dalam hati); saya tak perlu meraih kasih sayang manusia dengan wang ringgit.
Ada hamba Allah berkata; awak tak kerja nanti suami awak tak sayang dan tak hormat awak sebab awak tiada apa-apa untuk dibanggakan dan tak mampu membantu dari segi kewangan.
Saya jawab (Dalam hati); kehormatan bukan sebab pangkat dan wang ringgit sayangku dan memang tanggungjawab suami menyara isteri dan anak-anak.
Sayangku bermulut bawang; jangan samakan orang lain dengan saya atau orang lain. Tiap kita berbeza. Ada isteri yang bekerja kerana tuntutan kewangan atau kerana dia suka bekerja. Hidup ini pilihan.
Mungkin ini zaman wanita yang bekerjaya sahaja dipandang tinggi. Saya percaya tak semua yang berpendapat sebegitu. Jangan lupa Ini juga aturan Allah sayangku.
Hati-hati bila berbicara
Setiap perbuatan baik dan buruk akan dihisab di akhirat.
Copy & paste
Kredit by:
-Suaidah Zakuan-
Sahabatku,berita gembira itu akan datang dalam hidupmu setelah kesedihan dan segala doaMu akan dikabulkan Allah-ebitlew
Sahabatku,tidurlah dengan lena,niatlah bangun Tahajud dan serahkanlah semuanya kepada Allah.Pasti makbul segala doa kita-ebitlew
Entahlah..tak tahu nak cakap apa...sebak jer.....
Bila pusing bandar lebih 300 orang tidur begini. Paling tak tahan, bila jumpa puluh anak remaja tidur dekat bawah jambatan. Air mata laju berlinangan..300 bungkus makanan dan air kotak saya bawa beberapa kali seminggu pusing bandar begini. Balik ceramah jauh-jauh sampai kl tengah malam terus ambil makanan sedap bawa bagi-bagi pada mereka ini..
Penuh tikus besar-besar lalu dekat kepala dan langkah kaki dan badan mereka. Tikus kl ni besar-besar betul. Tengah kita elak tikus, ada remaja begini tidur. Bila kejut mereka ajak makan. Mereka nak makan kerana lapar. Mereka kelam kabut makan kerana lapar...mana yang tidak tergesa-gesa dan belum tidur saya beri sedikit kata-kata semangat dan nasihat bekalan tentang rahmat dan kasih sayang Allah..anak muda ini dah 4 hari tidur disini.
Lagi sebak memang ada umur remaja lagi tidur sana sini. Berhari-hari tak mandi. Baru ini saya bawa lagi sekumpulan anak muda makan pukul 2 pagi. Mereka makan. Bila suap makanan mereka makan dari suapan saya. Mereka dahagakan kasih sayang. Ajak mereka solat mereka solat sama-sama saya..esok janji beli pakaian buat mereka. Ajak mereka beli keperluan harian mereka. Beberapa kali ajak mereka mandi di bilik hotel ajak mereka mandi dan solat..
Bila berbual dan dakwah mereka. Mereka suka nak dengar. Banyak soalan-soalan mereka. Bestnya jika dapat bimbing mereka semua solat baca Al-Quran. Dan bawa mereka program motivasi bersama saya jadi daie. Tak pernah saya jumpa remaja tak boleh berubah setakat ini..Allah Maha Baik..
Ada sekali saya bawa seorang pakcik miskin hidup merata-rata tidur. Kaki sebelah tiada. Bila dia ikut program motivasi iman,solat,sahsiah. Dari Maghrib sampai Subuh. Dia teringin nak belajar lama lagi. Saya ajak dia belajar iman dan dakwah tempoh panjang sikit. Beri duit belanja buat dirinya. Pakcik tadi menangis masa sarung jubah dan serban. Katanya ustaz,saya sangat bahagia hari ini. Inilah hari paling bahagia dalam hidup saya..katanya..
Indahnya jika dapat bantu mereka semua. Badan mereka lemah kerana tiada makanan dan tempat tinggal. Jiwa mereka putus asa kerana dalaman mereka tidak disi dengan mengenal Allah..kita tak boleh paksa mereka. Tetapi kita penuhkan dada dengan iman dan ilmu serta kebajikan mereka dijaga.
Saya teringin nak kumpulkan semua mereka ini dapat disi dalaman mereka dengan kemanisan iman. Diberi jalan hidup dengan ilmu..
Penuh mesej anak remaja ini pada saya. Mereka dah jadi macam kawan-kawan dengan saya. Ya Allah..berkatilah dan bantulah diriku untuk bantu semua anak muda remaja ini.
Saya dan beberapa sahabat saya ada fikirkan beberapa program untuk remaja dan gelandangan ini semua. Cuba hantar proposal dekat mana-mana kementerian tapi macam takde feeadback sangat lagi. Takperlah. Saya akan terus buat sikit-sikit. Selalu buat kuliah tepi jalan dengan mereka walau sekejap. Cita-cita saya nak bawa mereka motivasi iman,solat,dan sahsiah serta cuba beri jalan untuk mereka. Takut nanti Allah tanya kami beri kamu makan kenyang tidur lena. Ada ratus orang lapar dan sakit tidur bawah jambatan. Ada ribuan remaja hancurkan hidup mereka dengan perkara haram. Apalah saya nak jawab? Malu dengan Nabi saw. Ada 2 kaki. 2 tangan tapi tak buat apa-apa untuk anak remaja ini. Dulu Islam ini menyelesaikan semua masalah masyarakat dan umat manusia. Semoga Allah maafkan saya dan bangkitkan semula semangat Islam itu.
Ada orang cakap diaorang tu malas. Tak salah pun. Boleh cakap apa pun. Soalannya kita yang rajin dan baik ni buat apa? Pernah ke tidur masjid? Pernah ke tidur bawah jambatan? Kurang-kurang doakanlah yang baik-baik. Dalam Al-Quran Allah sebut penipu dalam agama ini ialah orang yang tak mahu tolong orang miskin dan anak yatim bahkan ada orang tak suka tengok orang tolong orang miskin dan anak yatim..kalau tak kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?
Teringat Saidina Umar ra cari orang susah dan sakit. Cari sendiri walau tengah malam. Manusia paling mulia Nabi Muhammad saw korbankan waktu tidur tolong Bilal ra. Khalifah dulu cari orang miskin. Tahu tak sebab apa, sebab mereka tahu rahmat Allah dan keberkatan datang bila kita tolong orang susah. Zaman sekarang saya dan kita lupa. Kita sibuk bodek orang kaya dan besar sebab mereka boleh beri apa yang kita nak..kita lupa yang boleh beri cuma Allah.Cukuplah Allah untuk kita semua.- ebitlew
Dah lewat saya gagahkan hati terus bergerak walau dah 12 malam. Doa pertolongan Allah kuatkan hati ini..Dulu ada orang sayangkan saya. Sekarang giliran saya sayang orang lain..
Semakin kita berjalan di waktu malam saat sunyi kita bertemu dengan keadaan hidup manusia. Di sana kita mula fikir bagaimanalah keadaan kita di akhirat nanti.
Sesusah-susah kita tidaklah terfikir kita akan tidur dalam keadaan begini. Walau tengah malam, bila dapat sebungkus nasi dan satu air kotak mereka rasa seronok. Di tepi longkang. Di tepi jalan tikus melintas. Di belakang bangunan. Di tempat parking kereta. Bawah jambatan. Atas jambatan. Dari remaja sampai orang dewasa. Membuat saya istighfar panjang..
Tengah malam ada 2 orang abang kata. Dia peluk saya menangis sebak. Katanya, ustaz saya dah usaha macam-macam tapi takde rezeki lagi ustaz. Kadang-kadang saya bertanya pada Allah, tanya pada Big Boss. Kenapa yang senang semakin di senangkan. Yang susah semakin disusahkan. Bila fikir semula, mungkin ada kisah disebalik semuanya..
Saya sebak. Benar abang. Kerana dunia ini ujian buat abang. Ujian juga buat saya. Ada orang menyalahkan mereka. Ada orang fikir apa saya boleh buat untuk mereka. Beginilah keadaan masyarakat kita. Hari-hari saya bagi ceramah. Saya jumpa anak muda setiap hari. Buat saya menangis. Ramai anak muda dah tak solat dan akhlak menjadi buruk. Tetapi bila beri nasihat semuanya baik-baik. Mudah berubah..ya Allah..
Rindu Nabi saw. Rindu sahabat rhum..Abu bakr ra. Rindu Umar ra. Rindu Osman ra. Rindu Ali ra. Mereka ialah manusia yang di waktu malam mencari orang miskin. Cari anak yatim. Beri nasihat dan semangat pada manusia walau tengah malam. Tidak ada rehat dalam hidup mereka. Memimpin manusia yang jauh dan rasa tersisih kepada iman dan bahagia. Akhirnya, setiap orang merasai bahagia dunia dan akhirat.
Malangnya kini jurang itu terlalu besar. Semoga Allah maafkan kita semua. Saat saudara kita dalam kesejukan. Saat mereka kelaparan. Saat mereka berputus asa..
Bagi kita duit itu boleh ditabur dan dicampak dari atas. Lambung buang-buang begitu sahaja. Tapi ada bagi sesetengah orang walau rm2 itu besar nilainya. Kerana itu keberkatan datang dalam hidup kita jika kita mencari pintu orang miskin. Mencari pintu rumah anak yatim. Mencari orang baik yang sembunyikan kesusahan mereka. Kita sangka itu semua pada pintu raja atau pintu menteri-menteri. Sebenarnya tidak. Keberkatan dalam memberi dengan rendah diri. Rasa takut pada Allah. Takut hari pembalasan. Andai ini hari akhirku. Maafkanlah semua salah dan lalainya diriku ini-ebitlew
Sahabatku,janganlah bersedih saat dihina dan tidak didengari manusia kerana Allah Maha Baik sayangkanmu Maha Mendengar-ebitlew
Hari sedih dan sebak buat saya. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
10 tahun yang lalu saya mengenalinya dan isterinya. Seorang jurutera jkr yang baik yang jujur dan mencintai isterinya kerana Allah. Suka bergurau. Bila ceramah penuh semangat. Beliau dan isteri menjadi kawan rapat saya dan bidadari saya. Rasa seperti sebuah keluarga..terlalu banyak saya belajar darinya praktikal sebuah keluarga yang baik..
Haji Kamarudin seorang yang jujur dan amanah. Menjaga diri dari rasuah dan sangat amanah dalam kerjanya. Keluarganya semuanya dididik jaga solat dan anak-anak ada hafiz dan hafizah Al-Quran. Kesemuanya anaknya pernah berkhidmat dengan saya menjadi pendakwah dan fasilitator. Terkejut sifat dan akhlak anaknya semua jaga solat awal waktu. Walau di mana-mana pun. Walau gajinya besar dan isterinya dulu-dulu seorang guru tetapi anaknya semuanya tawaduk seperti ayahnya....
Mereka sekeluarga berbuka puasa di Masjid kerana nak jaga solat Maghrib berjemaah. Subuh sekeluarga solat di surau.
Ya Allah masih teringat 2008 saya mula-mula kahwin. Isteri beliau banyak share doa dan amalan dengan bidadari saya. Macam-macam petua hidup suami isteri. Saya gelak bila ingat. Ada yang lucu tapi berguna. Dia punya sebut 'Allah' bergetar hati saya mendengarnya. Ya Allah tuhanku..
Masa kami sama-sama berdakwah sebelum Subuh hj Kamarudin akan call semua anak-anaknya kejut Subuh. Masa tu semua muda remaja lagi. Saya dengar dia telefon seorang demi seorang anaknya. Ada seorang tu malam tengok bola. Dia ajak tidur masjid sama-sama supaya boleh Subuh berjemaah.
Jika anak bergaduh mereka dipaksa share suap menyuap. Di rumahnya makan dalam 2 dulang. Makan berjemaah dan suap menyuap. Sentiasa berkasih sayang ke mana-mana.
Kini hampir semua anaknya dah kahwin dan telah bina rumahtangga dengan agama. Tadi masa ziarah kubur saya dah lewat. Solat jenazah dikubur bersama pembantu saya berdua. Menangis seorang diri. Berdoa ya Allah sayangilah sahabat, guruku, dan macam keluargaku sendiri. Sayangilah beliau. Ampunilah beliau. Berilah Syurga Firdaus buat dirinya.
Baru-baru ini sibuk tak sempat menziarahinya. Tiba-tiba dapat tahu pagi ini beliau telah pergi dulu menyempurnakan janji Allah. Setiap yang hidup akan merasai kematian. Pergilah seorang demi seorang daie awwalin dalam dakwah ini..
Dari muda di Universiti buat dakwah sehingga semalam. Masih solat berjemaah di masjid. Rupanya malam tadi malam akhirnya di dunia. Ya Allah semoga Allah beri ramai jurutera yang takwa, mencintai isteri, kuat buat dakwah,jujur,dan didik anak dengan iman dan agama seperti beliau.
Ya Allah berilah kekuatan dan ketabahan buat isterinya dan anak-anaknya. Kuatkanlah mereka meneruskan perjuangan agama ini sampai bila-bila-ebitlew
No automatic alt text available.
Tengah baca hadis tadi, terasa nikmat jer...walau kurang sihat. Hilang semua sakit-sakit. Dapat peluk cium anak-anak..
Lepas baca Hadis saya doa, anak-anak amin kan..air mata bidadari saya berlinangan deras...
Ya Allah berilah kesihatan buat bidadariku. Berilah kekuatan padanya. Kasihan bidadari anugerahmu ini ya Allah. Beliau uruskan anak seorang diri. Berilah bidadariku,umi buat anak-anakku ini kekuatan, kasihatan, kuatkan jiwanya, berilah dirinya sentiasa cantik,menawan, muda remaja sampai bila-bila dalam perjuangan agama ini. Maafkanlah diriku jika ada menyakitinya.Syukur kepadaMu ya Allah memberi bidadariku ini sentiasa sihat. Maafkanlah anak-anak ini ya Allah. Ada buat sepah. Ada yang merajuk. Ada yang kadang-kadang bergaduh dengan adik beradik. Susahkan hati uminya. Buat uminya penat. Ada yang menangis tiba-tiba. Ya Allah terima kaseh atas nikmatMu.
Tengok-tengok anak lak menangis. Anak-anak lak tambah doa. Ya Allah jagalah umi kami. Maafkanlah kami kerana ada buat umi sedih. Semua anak-anak cium-cium umimya. Salam dan minta maaf pada umi.
Paling nikmat bila dapat peluk anak-anak. Terasa seluruh masalah dunia ini menjadi lapang. Ya Allah berilah diriku kekuatan dalam perjuangan ini..
I love u. I love u. I love u. Kami doakan semua atuk nenek. Di kampung dan di kl. Semua nama adik beradik. Ipar. Anak saudara dan pakcik makcik. Guru-guru yang membimbing anak-anak kami. Yang bimbing kami dulu..
Rindunya nak join taklim setiap hari. Selalu juga outstation bidadari saya teruskan Ta'lim dengan anak-anak. Ya Allah maafkanlah diriku ini. Berilah amalan Ta'lim ini hidup sentiasa di rumahku dan setiap rumah di orang Islam di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Jika ingin cari buku Muntkhab hadis dan buku-buku saya boleh klik www.wasap.my/60132838682 -ebitlew
Tengah baca hadis tadi, terasa nikmat jer...walau kurang sihat. Hilang semua sakit-sakit. Dapat peluk cium anak-anak..
Lepas baca Hadis saya doa, anak-anak amin kan..air mata bidadari saya berlinangan deras...
Ya Allah berilah kesihatan buat bidadariku. Berilah kekuatan padanya. Kasihan bidadari anugerahmu ini ya Allah. Beliau uruskan anak seorang diri. Berilah bidadariku,umi buat anak-anakku ini kekuatan, kasihatan, kuatkan jiwanya, berilah dirinya sentiasa cantik,menawan, muda remaja sampai bila-bila dalam perjuangan agama ini. Maafkanlah diriku jika ada menyakitinya.Syukur kepadaMu ya Allah memberi bidadariku ini sentiasa sihat. Maafkanlah anak-anak ini ya Allah. Ada buat sepah. Ada yang merajuk. Ada yang kadang-kadang bergaduh dengan adik beradik. Susahkan hati uminya. Buat uminya penat. Ada yang menangis tiba-tiba. Ya Allah terima kaseh atas nikmatMu.
Tengok-tengok anak lak menangis. Anak-anak lak tambah doa. Ya Allah jagalah umi kami. Maafkanlah kami kerana ada buat umi sedih. Semua anak-anak cium-cium umimya. Salam dan minta maaf pada umi.
Paling nikmat bila dapat peluk anak-anak. Terasa seluruh masalah dunia ini menjadi lapang. Ya Allah berilah diriku kekuatan dalam perjuangan ini..
I love u. I love u. I love u. Kami doakan semua atuk nenek. Di kampung dan di kl. Semua nama adik beradik. Ipar. Anak saudara dan pakcik makcik. Guru-guru yang membimbing anak-anak kami. Yang bimbing kami dulu..
Rindunya nak join taklim setiap hari. Selalu juga outstation bidadari saya teruskan Ta'lim dengan anak-anak. Ya Allah maafkanlah diriku ini. Berilah amalan Ta'lim ini hidup sentiasa di rumahku dan setiap rumah di orang Islam di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Jika ingin cari buku Muntkhab hadis dan buku-buku saya boleh klik www.wasap.my/60132838682 -ebitlew
No comments:
Post a Comment