"Dengan mengenal diri sendiri, kita kenal kita adalah kerdil dan ALLAH Maha Besar. Kita akan kenal kita adalah fakir hina dan ALLAH maha Kaya lagi maha Mulia."_*✍🏻🍃💕
*_SOBAHUL KHAIR_*🍃🌸🕊
Untuk Berjaya.*
*Sentiasa berkawan dengan orang yang sentiasa bersemangat. Bergaul dengan rakan rakan yang berfikiran positif, orang yang tinggi keimanannya, berkeyakinan tinggi dan selalu menyumbangkan kepada suasana yang kreatif. Ini akan dapat meningkatkan ketaqwaan kita...*✍🏻
Coretan Imam Hasan Al-Basri:-
""Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."".
Sahabat yg dirahmati, DAKWAH bukan pentas hiburan untuk kita mendapatkan pujian. Apabila kita menceburi medan dakwah, hakikatnya ia adalah permulaan JIHAD kecil yang akan melatih minda dan jiwa kita agar kental sebelom kita melangkah kepada jihad yang besar iaitu fisabilillah. Justeru dakwah itu sentiasa akan diiringi dengan cemuhan, sindiran, kritikan, dugaan , cobaan dan juga permusuhan. Awasi niat kita dan matlamat kita serta tetapkan niat kita untuk mencari redha Allah bukan redha manusia. Tidak ada KEJAYAAN tanpa pengorbanan dan ujian.
Allah S.W.T telah mentauliahkan Islam sebagai Agama yang Allah S.W.T redha berpandukan Quran & Sunnah(Hadis Nabi s.a.w),
Dakwah adalah tanggungjawab sesama mukmin...
Jangan dikesali akan kekurangan duniawi yang kamu miliki kerana ia memberi lapangan untukmu bagi memperolehi kelebihan di akhirat. SYUKUR......
Apabila kita diuji maka hiburan tidak akan mampu membuat jiwa kita menjadi tenang melainkan hanya dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Justeru bagi orang2 yang banyak mengingati Allah maka jiwanya akan tenang meskipun hidupnya susah kerana yang memberikan ketenangan dan kebahagiaan itu adalah Allah SWT.
Apabila seseorang itu berzikir maka ia akan mendapat 4 manfaat iaitu:-
1) Pahala yang besar
2) Diampuni dosa
3) Jiwa menjadi tenang
4) Hati yang teguh
Kalau kita tanam pokok dan bila dah berbuah, di makan pula oleh binatang atau dicuri oleh orang lain atau kita ikhlas beri pada orang lain, Semua tu adalah sedekah...bila kita dah tiada selagi pokok tu berbuah dan di makan samada binatang atau manusia selagi tu la pahala sedekah kita berjalan...
[Muhasabah untuk direnungi]
Simbahilah rohanimu dipagi hari dengan selawat dan zikir serta istighfar...
Kebencian boleh merosakkan iman.tertapi kemaafan mampun memberikan ketenangan
...
Kematian itu adalah
Nikmat bg orang yg beriman
jangan jadi putera dunia
Tapi jadi putera akhirat
Jadi buat baik sebanyak mungkin
Kekadang ada yang bertemankan marah
Serabutnya tak tentu arah
Kekadang ada yang bertemankan zikir tapi
Bahagia dan tenang
Walau diuji..
Kita...???😔
Tenang itu hadiah dari Allah. 💕
Walau hatimu di goncang taufan, kau masih lagi tetap berdiri bertahan.
Tak melatah kerana cubaan, tak goyah walaupun di hentak ujian.
Tahu sebab apa?
Sebab iman.
Alhamdulillah🌹
Mati itu laksana bahtera dengan gelombang yang ditakuti manusia, kesihatan seseorang tidak menjamin panjangnya umur, dan penyakit pun tidak berwenang memajukan usia, setiap hari berita kematian mengejutkan kita, seolah-olah bagaikan burung berterbangan, entah akan hinggap pada sesiapa.”_*
Ingat Allah bersama org sabar.. Jadi kita nak bersama dengan siapa.
Alangkah indahnya hidup dgn kasih sayang Allah. Tak terasa ujian yg menimpa.
Dosa sering terjadi di dalam kehidupan kita samada secara kita sedar atau tidak sedar. Mengistiharkan amalan yg kita lakukan juga merupakan satu dosa tetapi dinampakkan indah oleh talbisul iblis, kadang kata2 yang bebas juga mengundang kemurkaan Allah SWT.
Justeru kita perlu usaha untuk menghapuskan dosa2 ini kerana dosa ini ia tidak nampak, tidak ada bau serta tidak pula merasainya. Untuk memperbanyakkan Istighfar mungkin seseorang itu sukar melakukannya disebabkan kekangan waktu atau busy yang berpanjangan atau buat2 busy. Sekurang2 gunakanlah ruang ketika solat dengan kita melafadzkan Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X Allah Hu Akbar 33X kemudian disempurnakan dengan mengucapkan "Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir."
Kata Nabi s.a.w apabila seseorang itu melafadzkan zikir itu maka Allah menghapuskan banyak dosa2 hambaNya, walaupun dosa2 hambaNya itu terlalu banyak umpama banyaknya buih2 dilautan. Hadis ini adalah hadis yg soheh yg diriwayatkan oleh Imam Al Bukhori. Jadi janganlah kita tinggalkan zikir2 yg hebat ini, ia bukan sahaja menaikkan darjat pahala kita tetapi ia turut menghapuskan dosa2 kita.'
Tidak semestinya kehidupan ini perlu pada bahagia.. Kasih sayang dari Allah sudah mencukupi..
Jika seseorang itu telah
'BERUBAH'
jangan di ungkit lagi kisab silamnya...
Kerana kita tak pernab tahu betapa susahnya dia bangkit semula dan berubah..
Harta yang paling menguntungkan adalah SABAR. Maka, berapa banyakkah sabar yang kita miliki?
Teman yang paling akrab adalah AMAL. Maka, akrabkah kita dengan amal?
Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Maka, sejauh manakah peribadi kita dikawal?
Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Maka, maniskah bahasa kita?
Ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. Maka, setinggi mana keindahan ibadah kita?
Adakah kita selama ini menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang benar-benar beruntung...?
Bukan mudah untuk menjadi manusia yang beruntung, tetapi kita patut kejar ke arah itu.
Apabila kita menjadi manusia yang beruntung, maka hidup kita di atas dunia ini tidaklah sia-sia sahaja.
Marilah kita sama-sama bermuhasabah...
Allah jaga aib awak, maka awak jagalah diri ketika mana tiada siapa pun manusia yang tahu apa yang awak buat
Selagi Allah izin lidah dan jari jemari kita berfungsi, maka gunakanlah dengan sebaiknya. Kita akan menyesali apabila DUA nikmat ini ditarik. Justeru berbicaralah dengan kata-kata yang baik, menuliskan dengan sesuatu yg bermanfaat dan menyenangkan kerana termasuk keindahan di dalam kehidupan itu apabila kita disenangi oleh insan lain.
Nak habaq sikit, dalam banyak2 zikir ada satu zikir yg agak ajaib, bilamana apabila kita melafadzkannya bibir kita tak bergerak. Zikir itu adalah "LAILAHAILLALLAH". Antara hikmatnya adalah, apabila seseorang itu telah kaku anggota tubuhnya, kejang bibirnya, namun Allah tetap izin utk dia mengucapkan kalimah tauhid yg Agung ini.
Semoga kita latih diri kita utk memperbanyakkan zikir, moga2 dengan sering melafadzkan kalimah2 yg bersih ini hati kita juga turut bersih tatkala membawa kpd akhlak yg bersih.
Assalamu'alaikum semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua. Diampunkan Allah segala dosa diberi kebahagiaan dunia akhirat dijauhkan dari azab nerakaNya
"Sombongnya orang yang berilmu disebabkan hatinya tidak bersih. Bila hatinya tidak bersih maka dia merasakan diri besar, dirinya berilmu, dirinya lebih baik dari orang lain, merasakan dirinya perlu dihormati dan dipuji, dirinya sudah sempurna tidak perlukan teguran dan nasihat, melihat dirinya bertaraf tinggi sebaliknya orang yang tidak berilmu lebih rendah, merasa dirinya sahaja yang akan selamat dan hampir dengan Allah. Justeru ilmu ini menjadi punca terbesar sifat sombong dan takabbur jika hatinya tidak bersih."
(Imam Al-Ghazali)
Sahabat sahabiahku. ..
Ketika kita dipuji, jangan lupa bersyukur untuk Allah, kerana Allah lah yang memberi pujian itu kepada kita.
Ketika kita dikeji, jangan lupa bersyukur, kerana Allah memberikan pahala kepada kita.
Ketika kita senang, jangan lupa bersyukur kepada Allah kerana dialah yang memberi kesenangan itu.
Ketika kita susah, jangan lupa bersyukur, kerana Allah memelihara kita dari sifat tamak.
Tidak kiralah apa jua keadaan sekalipun, bersyukurlah dan redha kepada Allah. Kerana itulah tanda kita duduk di dalam Rahmat dan Hidayah Allah S.W.T
Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu...
Setiap kali engkau mengharap kebaikan utk orang lain ,maka engkau akan mendapat kebaikan dari arah yang tidak engkau sangka .."
Maka berusahalah utk memberi dan bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi , engkau akan menerima sesuatu tanpa engkau minta sekali pun!
Hidupkan hati dengan mengingati mati
Sesungguhnya segalanya hanya pinjaman ALLAH.
Apa yang ALLAH beri tika ini belum tentu lagi kita masih dapat besok.
Hargailah.
Bersegeralah dirimu bertaqwa kepada ALLAH.
Mengubah kelemahan menjadi kekuatan..
Mengubah duka menjadi gembira..
Untuk itu, dirimu perlu mendekati ALLAH.
Dari ALLAH dan kembali kepada ALLAH.
Mutiara Kata:-
'Disaat dirimu disibukkan dengan hal-hal duniawi...
Maka diketika itu akn hilangnya sebahagian dri hal-hal Akhirat dari dirimu'...
Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain.
Jangan tiba-tiba kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kamu mencemuh mrk yang mendoamu, doanyalah yang maqbul.
Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, doanya mungkin akan terus milik kita jua. Ingatan buat diri & semua.
#DrZaharuddinAbdRahman
Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing LEBIH SUKA, GEMBIRA dan TENANG berada di rumah berbanding di luar rumah (sewaktu telah selesai urusan kerja & penting).
ANTARA tandanya, seseorang itu sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada terluang sedikit, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan sebahagian di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga), BUKANNYA lebih suka duduk di warung, kedai & menonton serta membuang masa (kecuali wujud hal penting seperti berniat erat hubungan sahabat etc).
Apa yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah dirasakan mampu menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi. Jika itu belum dicapai, SEGERALAH melakukan muhasabah hubungan dalam keluarga.
-Untuk Muhasabah Diri & Bukan Pula Menghukum Orang Lain-
#DrZaharuddinAbdRahman
Masalah datang bukan untuk kita menjadi hamba kepadanya. Tetaplah menjadi hamba Allah. Allah lebih besar daripada masalah kita. Jadi... jangan sampai masalah mengganggu ibadah kita.
Begitulah pesan hati. Berkali-kali!
KISAH CINTA SEJATI NABI MUHAMMAD ﷺ
DAN SITI KHADIJAH(RA)
Kisah indah Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah ra. selalu berkesan untuk dibaca. Dan entah mengapa aku tak pernah bosan membacanya.
Cinta sejati dan kesetiaan mencintai diukur setelah perkawinan, bahkan lebih terbukti setelah kepergian yang dicintai. Kendati Nabi Muhammad saw. Sangat mencintai Aisyah ra., namun cinta beliau kepada Siti Khadijah ra. pada hakekatnya melebihi cintanya beliau kepada Aisyah ra., bahkan cinta itu melebihi semua cinta yang dikenal umat manusia terhadap lawan jenisnya. Sementara hikayat tentang cinta, seperti Romeo dan Juliet, Lailah dan Majnun, tidak teruji melalui kehidupan bersama mereka sebagai suami istri. Karena itu, sekali lagi dikatakan bahwa cinta Rasulullah saw. Kepada Khadijah ra. Adalah puncak cinta yang diperankan oleh seorang laki-laki kepada perempuan dan sebaliknya.
Sangat besar rasa cinta Rasulullah kepada Khadijah, sampai-sampai Aisyah mengatakan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, “Tidak pernah aku merasa cemburu kepada seorang pun dari istri-istri Rasulullah seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah seringkali menyebut-nyebutnya. Jika ia memotong seekor kambing, ia potong-potong dagingnya, dan mengirimkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.
Maka aku pun berkata kepadanya, “Sepertinya tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah…!”
Maka berkatalah Rasulullah, “Ya, begitulah ia, dan darinyalah aku mendapatkan anak.”
Dalam suatu riwayat dikisahkan, suatu saat Aisyah merasa cemburu, lalu berkata, “Bukankah ia (Khadijah) hanya seorang wanita tua dan Allah telah memberi gantinya untukmu yang lebih baik darinya? (maksud Aisyah yang menggatikan Khadijah adalah dirinya). Maka Belaiu pun marah sampai berguncang rambut depannya. Lalu Beliau bersabda, “Demi Allah! Ia tidak memberikan ganti untukku yang lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku ketika orang-orang masih kufur, ia membenarkanku ketika orang-orang mendustakanku, ia memberikan hartanya kepadaku ketika manusia lain tidak mau memberiku, dan Allah memberikan kepadu anak darinya dan tidak memberiku anak dari yang lain.”
Maka aku berkata dalam hati,” Demi Allah, aku tidak akan lagi menyebut Khadijah dengan sesuatu yang buruk selama-lamanya.”
Ketika Aisyah ingin menampakkan kelebihannya atas Khadijah, ia berkata kepada Fatimah ra., putri Nabi dari Khadijah ra.: “Aku gadis ketika dinikahi ayahmu sedang ibumu adalah janda ketika dinikahi ayahmu.” Rasul saw. Yang mendengar ucapan ini dari putrinya yang mengeluh bersabda: “Sampaikanlah kepadanya ‘Ibuku (maksudnya Khadijah ra) lebih hebat dari engkau, beliau menikahi ayahku yang jejaka, sedang engkau menikahinya saat beliau duda.”
Disamping itu Rasulullah tidak memadu Khadijah dengan wanita lain, sedang semua istri selainnya dimadu.
Teman-teman Khadiijah pun masih diingat oleh Rasul dan berpesan kepada putri-putri beliau agar terus menjalin hubungan kasih dengan mengirimkan hadiah-walau sederhana- kepada mereka.
Ketika Fath Makkah, yakni hari keberhasilan rasul saw memasuki kota Mekkah bersama kaum Muslim, beliau berkunjung ke lokasi rumah Khadijah ra., karena rumah itu sendiri telah tiada. Beliau juga-pada hari itu- menyendiri, di tengah kesibukan bersama pasukan kaum Muslim, dengan seorang wanita tua sambil bercakap-cakap dengan wajah berseri-seri. Aisyah ra yang melihat hal tersebut bertanya:”Siapa orang itu dan apa yang dibicarakannya?” Ternyata wanita tua itu sobat karib Khadijah ra dan pembicaraan Nabi saw dengannya berkisar pada kenangan manis masa lalu.
Gerak langkah suara dan ketukan pintu yang biasa dilakukan Khadijah ra pun terus segar dalam benak dan pikiran beliau. Suatu ketika beliau mendengar ketukan dan suara serupa. Beliau berkomentar:”Ini cara ketukan Khadijah. Saya duga yang dating adalah Hala ( saudara perempuan Khadijah ra.) dan ternyata dugaan beliau benar.
Demikianlah keagungan cinta Rasulullah swa. kepada Khadijah ra. Yang akan tetap terukir indah sepajang zaman.
ISTANANYA SI PEMAAF
Pada suatu hari, Rasulullah SAW sedang berkumpul dengan para sahabatnya...
Di tengah perbincangan dengan para sahabatnya, tiba-tiba Rasulullah saw. tertawa ringan sampai-sampai terlihat gigi depannya.
Umar r.a. yang berada di di situ, bertanya, :
"Demi engkau, ayah dan ibuku sebagai tebusannya, apa yang membuatmu tertawa, wahai Rasulullah?"
Rasulullah SAW menjawab,:
" Aku di beritahu Malaikat, bahwa pada hari kiamat nanti, ada dua orang yang duduk bersimpuh sambil menundukkan kepala mereka di hadapan Allah."
" Salah satunya mengadu kepada Allah sambil berkata,:
‘Ya Rabb, ambilkan kebaikan dari orang ini untukku kerana dulu ia pernah berbuat zalim kepadaku’".
Allah SWT berkata,:
"Bagaimana mungkin Aku mengambil kebaikan saudaramu ini, kerana tidak ada kebaikan di dalam dirinya sedikitpun?"
Orang itu berkata,:
" Ya Rabb, kalau begitu, biarlah dosa-dosaku dipikul olehnya".
Sampai di sini, mata Rasulullah SAW berkaca-kaca.
Rasulullah SAW tidak mampu menahan titisan airmatanya.
Beliau menangis...
Lalu, beliau Rasulullah berkata,:
"Hari itu adalah hari yang begitu mencekam, di mana setiap manusia ingin agar ada orang lain yang memikul dosa-dosa nya."
Rasulullah SAW melanjutkan kisahnya.
Lalu Allah berkata kepada orang yang mengadu tadi,:
" Sekarang angkat kepalamu.."
Orang itu mengangkat kepalanya, lalu ia berkata,:
" Ya Rabb, aku melihat di depan ku ada istana-istana yang terbuat dari emas, dengan puri dan singgasananya yang terbuat dari emas & perak bertatahkan intan berlian..! "
" Istana-istana itu untuk Nabi yang mana, ya Rabb?"
" Untuk orang shiddiq yang mana, ya Rabb?
"Untuk Syuhada yang mana, ya Rabb?"
Allah berkata,:
" Istana itu diberikan kepada orang yang mampu membayar harganya."
Orang itu berkata,:
"Siapakah yang bakal mampu membayar harganya, ya Rabb?"
Allah berkata,:
" Engkau mampu membayar harganya."
Orang itu terheran-heran, sambil berkata,:
" Dengan cara apa aku membayarnya, ya Rabb?"
Allah berkata,:
‘CARAnya engkau MAAFkan saudaramu yang duduk di sebelahmu, yang kau adukan kezalimannya kepada-Ku’.
Orang itu berkata,:
"Ya Rabb, kini aku memaafkannya."
Allah berkata,:
'Kalau begitu, gandeng tangan saudaramu itu, dan ajak ia masuk surga bersamamu..."
Setelah menceritakan kisah itu, Rasulullah saw. berkata,:
"Bertakwalah kalian kepada Allah dan hendaknya kalian SALING BERDAMAI dan MEMAAFkan, sesungguhnya Allah mendamaikan persoalan yang terjadi di antara kaum muslimin."
( Kisah di atas terdapat dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Hakim, dengan sanad yang shahih.)
*******
Amalan hati yang nilainya tinggi di hadapan Allah adalah meminta maaf, memberi maaf, dan saling memaafkan...
Semoga hati kita semua menjadi manfaat dihari perhitungan nanti...
Aamiin Yaa Allah..
Maafkan diriku ini duhai sahabat2ku sekiranya pernah menyakitimu..& semoga kita sama" masuk syurga ...آمين
TIPU DAYA MANUSIA
IMAM Al-Syafie berkata, dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu. Katanya lagi, barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.
Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Katanya lagi mengenai tipu daya manusia, imam Al-Syafie berkata:
“Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.“ Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
“Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.”
Dalam memberi panduan mengenai tempat menggantungkan harapan, Al-Syafie berkata, apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumahnya (yakni hatinya) untuk Allah (yakni membangun hatinya agar tiada selain Allah). Hanya orang berjiwa mulia dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup atau selepas mati.
HADAPILAH KARENAH MANUSIA DENGAN BERHEMAH.
Silaturrahim banyak membawa makna dan faedah kepada kita.
Jika kita sorot berbagai karakter manusia, ia akan membuat kita menjadi CERDIK dalam menilai dan berhadapan dengannya:
1. Ada TEMAN yang bersifat KERAS...
dari dialah kita terdidik untuk berani
dan bersikap tegas serta TAHAN
LASAK.....
2. Ada TEMAN yang LEMBUT, dari
dialah kita diajar mengenal cinta
dan kasih sayang terhadap sesama
makhluk...
3. Ada TEMAN yang TIDAK BERAPA
PANDAI, dari dialah kita dapat
berfikir bagaimana agar kita
bersikap perihatin terhadap
orang lain...
4. Ada TEMAN yang TIDAK BOLEH
DIPERCAYAI DAN KATA-KATANYA
SUKAR DIPEGANG, dari dialah kita
berupaya berfikir dan merasa betapa
tidak baiknya bila dikhianati, maka
kita belajar untuk menjadi orang
yang amanah dan dapat dipercayai...
5. Ada TEMAN YANG JAHAT yang
hanya ambil kesempatan
memanfaatkan dirinya melalui
kebaikan orang lain sahaja, dari
dialah kita dapat belajar bagaimana
untuk kita bertindak dan dapat
berbuat banyak kebaikan, namun
tetap dalam keadaan waspada (agar
tidak ditipu)...
• Setiap karakter manusia di atas, jika
kita PEKA, akan dapat mendidik kita,
bagaimana sebaiknya kita patut
bersikap... untuk mencari keredhaan
Allah SWT...
Tanpa golongan orang seperti di atas itu kita mungkin terlena dalam zona nyaman & fikiran tidak berkembang.
Oleh itu, bersyukurlah selalu dalam setiap keadaan dan terimalah setiap orang yang pelbagai ragam dalam hidup kita.
Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah silap dalam mempertemukan kita dengan sesiapa pun, cuma terserah kepada kita bagaimana cara kita menghadapi dan menguruskannya.
Karakter orang seperti di atas tadi juga secara tidak langsung, selain melatih kita bersabar, juga membuat kita semakin DEWASA DAN BIJAKSANA.
SEMOGA KITA SENTIASA BERSABAR DAN RENDAH HATI.
Tengah baca hadis tadi, terasa nikmat jer...walau kurang sihat. Hilang semua sakit-sakit. Dapat peluk cium anak-anak..
Lepas baca Hadis saya doa, anak-anak amin kan..air mata bidadari saya berlinangan deras...
Ya Allah berilah kesihatan buat bidadariku. Berilah kekuatan padanya. Kasihan bidadari anugerahmu ini ya Allah. Beliau uruskan anak seorang diri. Berilah bidadariku,umi buat anak-anakku ini kekuatan, kasihatan, kuatkan jiwanya, berilah dirinya sentiasa cantik,menawan, muda remaja sampai bila-bila dalam perjuangan agama ini. Maafkanlah diriku jika ada menyakitinya.Syukur kepadaMu ya Allah memberi bidadariku ini sentiasa sihat. Maafkanlah anak-anak ini ya Allah. Ada buat sepah. Ada yang merajuk. Ada yang kadang-kadang bergaduh dengan adik beradik. Susahkan hati uminya. Buat uminya penat. Ada yang menangis tiba-tiba. Ya Allah terima kaseh atas nikmatMu.
Tengok-tengok anak lak menangis. Anak-anak lak tambah doa. Ya Allah jagalah umi kami. Maafkanlah kami kerana ada buat umi sedih. Semua anak-anak cium-cium umimya. Salam dan minta maaf pada umi.
Paling nikmat bila dapat peluk anak-anak. Terasa seluruh masalah dunia ini menjadi lapang. Ya Allah berilah diriku kekuatan dalam perjuangan ini..
I love u. I love u. I love u. Kami doakan semua atuk nenek. Di kampung dan di kl. Semua nama adik beradik. Ipar. Anak saudara dan pakcik makcik. Guru-guru yang membimbing anak-anak kami. Yang bimbing kami dulu..
Rindunya nak join taklim setiap hari. Selalu juga outstation bidadari saya teruskan Ta'lim dengan anak-anak. Ya Allah maafkanlah diriku ini. Berilah amalan Ta'lim ini hidup sentiasa di rumahku dan setiap rumah di orang Islam di seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Jika ingin cari buku Muntkhab hadis dan buku-buku saya boleh klik www.wasap.my/60132838682 -ebitlew
Saudaraku bersabarlah,jika Allah ingin memberi rahmat besar ia bermula dengan musibah.Allah Maha Baik-ebitlew
No comments:
Post a Comment