Tuesday, April 24, 2018

Koleksi Tazkirah Pilihan 071

Jangan ajar diri membenci orang lain..sbb diri kita ini pun tak semua org suka

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat kesihatan.Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari bertapa besarnya nikmat kebebasan.Jika kita ke kubur, kita akan menyedari bertapa berharganya nikmat hidup.Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh. Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.Tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR. Sentiasalah ingat mati, seperti esok kita akan mati..::


Bersangka baiklah sesama kita,
Lihat orang lain bahagia, kita turut bahagia bersama,
Lihat orang lain derita, jangan ketawa tapi bantulah dia,
Kitakan sama-sama hamba

Walau diri kita pernah ternoda oleh dosa dan maksiat, tetaplah berharap kepada Allah. Sesiapa yang memutuskan hubungannya dengan Allah maka dia akan terputus daripada kesenangan kehidupan di akhirat dan yang menantinya pula adalah azab yang amat2 pedih. Doa dan harapan seseorang itu kepada Allah adalah senjata yang paling tajam untuk melemahkan iblis dan syaitan. Disebabkan tangisan, ketakutan, harapan dan cemas mengiringi doa seorang hamba membuat iblis berputus asa.


Hadamlah bahawa, bukan syarat mati itu mesti tua...


Teruskan berbuat kebaikkan, berbicara yang baik, berkongsi ilmu yang baik dan memberi nasihat yang baik.
Walaupun tak ramai yang menyukai...
Walaupun ramai yang membenci...
Walaupun ramai yang membenci...

Di setiap sela masamu selitkan dengan taubat.

Pasakkan azam untuk buang sifat malas.
Orang malas akan gagal.
Orang rajin akan berjaya.
In Shaa ALLAH.


ALLAH tidak pernah mensia-siakan amal hambaNya.
Jadi usahlah berharap pada manusia membalasnya.

Gengamlah keyakinan kepadaNya dan berusahalah untuk istiqomah.
Semoga dirimu benar2 dapat menyerah diri kepadaNya.
In Shaa ALLAH.

Tanda ALLAH sayang & cinta pada kita dipilihNya kita dengan menguji iman kita.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman & bertaqwa. Aamiin.


Orang yang celik hatinya akan sentiasa mendoakan ibubapanya.
Al Fatihah.

jika amalan itu tidak disertai dengan ikhlas maka ianya sia-sia.

Iman perlu dibajai dengan berdisiplin dalam melakukan ibadah (Istiqomah)

Hanya dengan keazaman yang sungguh-sungguh dapat mengekalkan istiqomah pada perubahan diri.

Sahabatku,jika ada hajat buatlah 2 rakaat solat sunat dan mintalah apa sahaja kepada Allah.Pasti Allah kabulkan-ebitlew

Makanan yang paling lazat adalah yang dimakan sewaktu lapar.
Minuman yang paling segar adalah yang diminum sewaktu haus.
Tidur yang paling nyenyak adalah ketika tubuh badan letih.
Kejayaan yang paling indah lagi manis adalah selepas kita melakukan pengorbanan.

Hidup ini akan terasa indah bila kita banyak membantu orang.
Namun, ianya akan lebih indah andai kita lakukannya bukan untuk dibalas jasa.
Boleh jadi, orang yang kita banyak tolong tu lah yang akhirnya banyak menyusahkan kita, menyakitkan hati dan mengecewakan kita serta memburuk-burukkan diri kita pada orang lain.
Sebab tu, bila nak buat baik dan menolong orang dengan harapan orang tersebut akan sayang, puji dan membalas jasa kita, hidup kita akan jadi sengsara.
Letakkan harapan pada Allah.
Kerana Allah takkan pernah sia-siakan amal hambaNya. Bahkan, Allah akan membalas amal kita dengan syurga.
Maha pemurahnya Allah!

TAZKIRAH YANG TERINDAH
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam iaitu Saidina Umar Al Khattab.
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari Syurga.
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di Syurga.


Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.
MARI KITA RENUNG RENUNGKAN
------------------------------------------------------
Apakah Kepunyaan Kita Wahai Saudaraku..
✔Lahirmu : Dilahirkan oleh orang lain
✔Namamu : Dinamakan oleh orang lain
✔Pelajaranmu : Diajar oleh orang lain
✔Pendapatanmu : Diberikan oleh orang lain
✔Hormat : Diberi oleh orang lain
✔Mandian pertama dan terakhir : Dimandikan oleh orang lain
✔Selepas mati : Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain
✔Pengkebumianmu : Dibuat oleh orang lain
Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin-Nya.
Begitulah Kita Semua ..

Begitulah kehidupan.
Hari ini sebelum kita marah makanan yang tidak sedap dimasak oleh isteri atau ibu kita, fikir dulu, kenangkan ada yang kelaparan tidak ada makanan untuk dimakan.
Sebelum kita memarahi isteri kita, kenangi orang yang terpaksa hidup sendirian.
Sebelum kita mengeluh dengan kerenah anak kita, kenangi orang yang tiada mempunyai zuriat langsung.
Sebelum kita mengeluh berjalan jauh, kenangilah ada orang yang tak mampu berjalan.
Semoga kita mendapat iktibar.

Kawanlah dengan orang yang suka nasihat kita, beri semangat dekat kita dan jenis tak pernah lupakan kita kerana itulah kawan sebenar kita.

"Kita pergi kedai, minum air dan makan nasi, tiba-tiba enggan bayar, nescaya kita akan dimarahi kerana makan percuma. Itu baru air dan nasi."
"Apa kata pula jika kita sebagai manusia
duduk di dunia, bernyawa dengan udara Tuhan, melihat dengan mata yang Allah SWT bagi, mendengar dengan telinga serta bercakap dengan mulut yang diberikan Allah SWT, tiba-tiba kita mahu semuanya dengan percuma tanpa buat kerja untuk Allah SWT?"

Kita sering cemburu pada kelebihan orang lain, sehingga kadangkala kita terlupa pada kelebihan yang Allah berikan kepada kita.

Kadang YANG TERINDAH, Bukanlah yang TERBAIK.. Yang kelihatan SEMPURNA, Tak menjanjikan BAHAGIA..
Namun jika kita dapat terima KEKURANGAN menjadi KELEBIHAN, itulah yang dikatakan KESEMPURNAAN yang sebenar.


Ya Allah, jadikan kami hamba yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran-Mu..
Kami memohon agar berlindung dari segala fitnah, perselisihan faham antara kami, sikap merendah-rendahkan orang lain, mengaibkan orang lain, berprasangka buruk..dan sifat mazmumah yang lain..
Ya Allah, jadikan kami hamba-Mu yang sentiasa menjaga adab, pertuturan, kelakuan dan jadikan kami diantara barisan hadapan yang sentiasa menjaga kemuliaan Islam..
Amin ya Rabb !


Syaaban telah menjelma, Ramadan akan menjelang. Para "peniaga dunia" telah merancang untuk meraih keuntungan sebanyak-banyaknya di bulan Ramadan nanti. Wahai "peniaga akhirat", apa perancanganmu untuk meraih keuntungan di akhirat?


Kita akan menjemput orang yang kita sayang ke rumah kita, begitu juga Allah akan jemput orang yang Allah sayang ke rumah-Nya, maka jika kita suka ke rumah Allah yakni MASJID/SURAU.. Insya-Allah itu tanda Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada kita ke rumah Allah."

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga.
Bulan Syaaban berkedudukan kelapan dalam tahun Hijrah dan merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan dan kemulaan.
Syaaban berasal daripada perkataan ‘sya’ba’ yang bermaksud berpecah dan menyimpang.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Dinamakan Syaaban (berserak-serak) kerana padanya terdapat amat banyak kebajikan yang berserak-serak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadan ialah puasa bulan Syaaban.”
Syaaban juga membawa maksud ‘bulan pemisah’ kerana ia memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Jika Rejab dianggap sebagai bulan ujian dan Ramadan sebagai bulan latihan, maka Syaaban yang mulia ini adalah sebagai bulan persediaan dan persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin termasuk memerangi nafsu.
Di samping memohon doa, digalakkan juga untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran di sepanjang bulan ini.
Sabda Nabi SAW:
“Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).”
Sambutlah kedatangan Syaaban dengan keinsafan dan kesedaran serta peringatan bahawa perjuangan sebagai seorang insan masih belum berakhir.
Perbanyakkan amal soleh, berpuasa dan solat sunat serta menolong meringankan penderitaan fakir dan miskin serta anak-anak yatim.
Ahlan Wa Sahlan ya Syaaban...
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ
**Ya ALLAH ! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.**
Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞
SENYUM


Sebelum tidur
Muhasabah diri
Maafkan semua orang
Dan tidurlah dengan tenang

No comments: