Cara untuk mengatasi malas adalah PAKSA DIRI. Garanglah kepada hawa nafsu dan jangan tunduk pada kehendaknya.
Berwuduk dgn betul pahala besar, Solat Awal Waktu pahala besar,
Jawab Azan Pahala Besar,
Solat Berjamaah pahala besar,
Saf depan pahala besar,
Solat sunat qobliah & ba'diah pahala besar.
MAKA BESOLATLAH!
BAHAGIA ITU TERLETAK DI DALAM HATI
Sumber bahagia itu adalah mendekatkan diri kepada Allah. Maka kerana itu kita sering dengar ada orang yang kaya, cantik, harta banyak, anak ramai, ada suami, ada segalanya tapi mereka tidak mampu untuk bahagia. Justeru, jika ingin kita merasai bahagia yang sebenar maka dekatkan diri dengan Allah, banyak istighfar, banyak solat, banyak baca Quran serta banyak zikir. Insyaa Allah jika keseorangan pun tetap boleh bahagia.
Kurang ajarnya kita
Sebagai manusia
Ialah
Tidak tahu bersyukur
Masalah kita
Dalam solat
Tiada
Allah
Urusan akhirat
Dipenuhi dunia
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Kita selalu tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya.
Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Barangsiapa yang ingin selamat daripada Azab Allah, menginginkan rahmat-Nya serta ingin masuk ke Syurga-Nya, hendaklah dia menahan nafsu dari segala keinginan dunia serta bersabar di atas segala kesulitan dan musibah kerana itu adalah ujian Allah semata-mata. Sesungguhnya sabar itu adalah kunci ke syurga.
ujian itu adalah rahmat ataupun kasih sayang Allah SWT terhadap kita. Supaya kita tidak terleka bagaikan dunia ini kekal buat selama-lamanya. Sedangkan ia hanyalah sementara dan bakal ditinggalkan.
Ciri Ikhlas :
1.Tdk bertambah amalnya ketika dipuji
2. Tdk berkurang amalnya ketika dicaci
3. Istiqomah diwaktu ramai dan sepi
Berdoalah agar Husnul Khatimah di akhir hayat. Selagi hidup, kita tidak pasti apa kesudahan kita. Ada yang bagai Ahli Syurga di siang hari dan sehasta lagi dengan Syurga, tetapi kufur di malam hari seperti ahli Neraka dan mati sebagai ahli Neraka. Begitulah sebaliknya. Jangan gembira dengan kesalahan dan salah langkah orang lain, kita sendiri bukan maksum dan belum tentu Ahli Syurga.🌸
Dr. Nik Roskiman
ikim.fm
❝Ramai yang masuk ke alam barzakh dalam keadaan tidak bersedia dan meminta untuk kembali ke dunia ini semata2 ingin beramal soleh, bersedekah dan sujud kepada *ALLAH SWT*. Moga2 kita semua sentiasa bersedia untuk bertemu *KEMATIAN*.❞
Kalau mencari cinta ALLAH dgn megenal Allah,maka hidup kita akan berakhir dengan akhir yang indah, yang ketika saat nafas terakhir kita terhembus, kita akan dipanggil oleh ALLAH dengan panggilan pulang yang sangat mesra untuk bertemuNya kerana ALLAH mengenal kita dn mencintai kita.
Ingatlah, jika kita meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat(tidak baik), niat kerana Allah, KETAHUILAH BAHAWA ALLAH AKAN GANTIKAN SESUATU YANG LEBIH BAIK DARI YG DITINGGALKAN ITU.
Akan hilang satu bebanan dikepalamu....tatkala kebaikan2 yg lain akan menyusul. Berniatlah dengan IKHLAS untuk berhijrah kpd kebaikan, nescaya Allah mendengar rintihan hati kita dan Allah akan tunjukkan jalan keluar dan memberi petunjuk. Percayalah....
Allah merahsiakan masa depan kita agar kita senantiasa berusaha melakukan yang terbaik..
Berhati² atas segala tindak tanduk serta ucapan@lisan kita..
Bersyukur dan bersabar atas keadaan yang kita jalani dimasa sekarang..
Ingatlah..
Pertolongan Allah tidak selalu datang dengan cepat dan tidak pula datang terlalu lambat..
Namun, pertolongan Allah pasti akan datang disaat yang tepat..
~Amalkan adab sebelum tidur.. Insyaa Allah tidur lena dan dipermudahkan untuk qiyamullail. Raikan Tahjud, Witir/Fajar
_"Orang yang bijak akan lebih_*
*_risaukan dosa-dosanya daripada_*
*_sibuk mencari salah orang lain"_*🌹
*_Imam Asy-Syafie
Dengan iman latihlah diri untuk berfikiran positif.
Kerana disitu ada banyak senyuman ketenangan
Jangan layan sesuatu yg menyakitkan hati kita.. Sbb kita tidak ada kepentingan apa2.. Dengan urusan yg sia sia
Jangan peduli pada org yg nak mengata kita. Kita adalah pemilik hati kita sendiri.. Org lain tiada hak menceroboh ketenangan hati kita
Kehidupanmu luar biasa dan sangatlah indah ketika kau sabar dan mengabaikan orang-orang yang menyinggungmu dan menyakitimu. "
- Habib Muhammad Albagir Bin Yahya -
Apa Yang Ditabur Itulah Yang Akan Dituai
Allah SWT tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar.
Namun ketahuilah bahawa Allah SWT selalu memberi pelangi di setiap badai.
Senyum di setiap air mata, rahmat dan berkat di setiap usaha, dan jawaban di setiap doa.
Jangan pernah menyerah ,
teruslah istiqamah beribadah, kerana hidup ini terlalu Indah.
۞ا
❝Taubat itu proses saudaraku, tidak ada orang bisa dekat dengan Allah Subhanahu wa Taala tanpa proses panjang. Jadi kalau mahu taubat itu pelan-pelan, sabar memperbaiki diri, terus belajar Islam. Konsisten saja berubah baik, maka jalan akan terbentang untukmu. Orang yang kau lihat baik itu dulunya sama dgn kamu ❞
[Habib Nabil Fuad Al-Musaw
*TIADA GUNA ILMU YANG TINGGI BILA TANPA AKHLAK*_
Ilmu apapun yang dipelajari tidak akan bermanfaat bila tanpa akhlak yang mulia. Tanpa akhlak, ilmu bukan hanya berbahaya untuk dirinya tapi juga berbahaya bagi yang lain.
Sungguh ironis jika orang berilmu tak memiliki akhlak!
Mereka lebih mengutamakan kecerdasaan keilmuan tanpa berfikir apa akan terjadi dengan ilmunya bila tanpa akhlak!
Ulama yang sholeh berkata:
تعلم الأدب قبل أن تتعلم العلم
“Pelajarilah adab sebelum mempelajari suatu ilmu.”
Kenapa sampai para ulama mendahulukan mempelajari adab? Para ulama menjawab :
بالأدب تفهم العلم
“Dengan mempelajari adab, maka engkau jadi mudah memahami ilmu.”
Ibnul Mubarak (ra) berkata:
تعلمنا الأدب ثلاثين عاماً، وتعلمنا العلم عشرين
“Kami mempelajari masalah adab itu selama 30 tahun sedangkan
kami mempelajari ilmu selama 20 tahun.”
Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita renungi bersama
Apabila semakin
Berusia
Maka mudah nak kecil hati
Oleh itu jangan mudah
Memilih kecil hati
Kekal dengan kesabaran
Dan ketenangan.
Rasa tak cukup baik
Maka kena berusaha jadi baik
Tapi kita bukan malaikat
Tetap sebagai hamba
Kpd Allah
Sepatutnya
Semakin berilmu
Semakin tawadhuk
Dan
Semakin takut
Pada Allah
Kita ni...., akan benar2 menghargai nikmat "boleh bercakap", apabila Allah menarik nikmat itu. Ada insan yang dahulu boleh bercakap, kemudiannya Allah tarik nikmat itu asbab pada masalah penyakit tekaknya atau lidahnya mati maka ketika itu dirinya merintih "ya Allah kembalikanlah semula nikmat ini kepadaku agar aku dapat banyak menyebut2 namaMu"
Justeru, kita yg masih diberi nikmat ini, berzikirlah, beristighfarlah dan berkatalah dengan perkataan yang baik2.
~ ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR
Dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnya membersihkan diri kita pada masa yang sama.
[Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah Taala]
Jika kamu bersahabat di dunia,
maka bersahabatlah dengan orang2 yang baik...
Ketika kamu tiada, mereka
merasa kehilangan...
Ketika kamu lalai, mereka mengingatkanmu...
Ketika mereka berdoa untuk diri mereka, mereka tidak melupakanmu...
Mereka seperti bintang2 yang menjadi petunjuk ketika perahumu tersesat di lautan kehidupan...
Dan kelak esok ketika di bawah 'Arsy ArRahmaan, mereka akan menunggumu...
Adakah tidak cukup bagimu mereka yang mencintaimu kerana Allah?
~Moga Allah kurniakan kita teman terbaik yang saling berpesan dalam kebenaran dan kebaikan...
>> Menebar Kasih Sayang <<
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabada :
إِنَّمَا يَرْحَمُ اللهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Sesungguhnya Allah hanya menyayangi hamba-hambaNya yang penyayang.
(HR At-Thobrooni dalam al-Mu’jam al-Kabiir, dan dihasankan oleh Syaikh Albani dalam shahih Al-Jaami’ no 2377)
ISTIQOMAH ZIKIR PETANG, JANGAN TINGGAL SAYYIDUL ISTIGHFAR
Org baik itu apabila ditimpa dgn ujian/musibah. dia akan jadi semakin baik
Jangan dirimu lupa, dirimu diciptakan tuhan dengan tujuan beribadah kepadaNya.
Beristighfarlah..
Perjalanan ini untuk belajar bersyukur & ikhlas.
Dengan syukur kita sedar diri
Beruntunglah hamba yang mensucikan hatinya untuk mencari keredhaan TuhanNYA.
Ya ALLAH..
Selamatkan negara kami dan serahkanlah kepada pemimpin yang benar-benar amanah dan yang bertaqwa.
Aamiin.
Wahai sahabat yang berjuang!
Jagalah niatmu baik-baik.
Dengan Lafaz Bismillah
Kita Jaga Solat, Allah Jaga Kita
Solat adalah alat yang menghubungkan insan dengan Tuhannya. Solat umpama tiang yang mengukuhkan sesuatu struktur.
Tanpa tiang, akan runtuhlah sesebuah struktur berkenaan. Solat yang mantap adalah bagaikan cahaya dan cahaya.
Solat yang khusyuk merupakan idaman kalbu di kalangan orang yang beriman. Solat yang khusyuk akan menyelesaikan semua masalah dunia. Solat yang khusyuk petanda jantung hati kita sentiasa bersih daripada sifat mazmumah.
Di dalam solat terkandung bacaan wajib iaitu surah Al Fatihah. Surah al Fatihah merupakan surah yang paling agung. Surah inilah yang merumuslan 113 surah berikutnya.
Surah ini bisa mencuci hati insan yang kotor kerana dengan surah ini, insan berkomunikasi dengan TuhanNya.
Seseorang yang solat dengan laju, jiwanya miskin dan jantung hatinya masih tidak memiliki kenikmatan solat.
Malah Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah hadis pernah menyuruh seseorang mengulangi solatnya:
“Sesungguhnya Nabi S.A.W masuk ke dalam sebuah masjid lalu seorang lelaki juga turut masuk ke dalam masjid tersebut dan dia melakukan solat dua rakaat kemudian dia datang ke arah Nabi dan memberi salam kepada baginda. Maka Rasulullah S.A.W menjawab salam tersebut lalu berkata: Pergilah kamu dan solatlah kembali kerana sesungguhnya kamu masih belum solat.” (Hadith riwayat Al-Bukhari)
Benarlah jawapan golongan tasawwuf bahawa punca solat tidak khusyuk adalah kerana hanya jasad bergerak, tetapi jantung hatinya tidak mengingati Allah.
Orang yang berjaya adalah orang yang khusyuk di dalam solatnya. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmanNya:
“Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha: 14)
Kata Imam Al-Ghazali ketika mengulas berkenaan ayat ini; Zahir perintah (mendirikan solat) adalah membawa kepada hukum wajib.
Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati). Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah? Rujuk Ihya’ Ulum al-Din, Al-Ghazali (1/159).
(Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – BAYAN LINNAS SIRI KE-82)
Mahukah kita mencapai tahap golongan yang beriman?
Golongan beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya. Hati mereka kaya. Jantung hati mereka bercahaya. Cahaya dalam cahaya.
Di dalam jantung hati mereka tiada keserabutan memikirkan dunia yang menipu. Golongan yang berjaya inilah mereka yang khusyuk dalam solatnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” (Surah Al-Mu’minun:1-2)
Apa Yang Kau Kejar Dalam Hidup Ini?
by iLuvislam
10 days ago
419 Views
73
SHARES
Share
Tweet
Pernahkah dalam satu saat engkau terfikir, apa yang kau kejarkan dalam kehidupan ini?
Kekayaan? Harta?
Itu semua tidak akan dibawa mati.
Cinta?
Hati manusia berubah sentiasa. Hari ini kasih, cinta, rindu berahi, esok lusa benci bila ada pengganti.
Pangkat?
Kita semua akan tua dan pencen akhirnya.
Apabila sampai masa umur kau luput untuk berada di dunia, segalanya akan kau tinggalkan sama ada kau bersedia atau tidak, terpaksa jua kau pergi menghadap Ilahi.
Lantas…
Bekal apakah yang kau bawa?
Solat?
Yang wajib je yang kau buat. Masamu sibuk dengan kerja. Dengan aktiviti berniaga.
Puasa?
Ramadhan sahaja. Itupun puasa ganti kau buat hujung-hujung tahun baru sempat berganti.
Sedekah?
Duit paling kecil dalam wallet yang kau pilih. RM1. Paling banyak pun RM10. Itupun kau berbisik di dalam hati, betul ke orang yang meminta sedekah itu berikan untuk anak-anak tahfiz? Untuk anak yatim? Sampaikah RM1 kau itu kepada mereka? Keikhlasan itu macam tidak ada semasa kau menyerahkannya.
Haji?
Nantilah. Duit belum ada. Baiki rumah dulu dengan duit simpanan yang ada ini. Nanti, bila kau pencen, kau akan pergi haji dengan duit pencen laki bini.
Zakat?
Dah bayar LHDN, zakat tak payah bayar dululah. Lagi pun sikit sangat pengecualian cukai yang kau akan dapatkan dari zakat semasa deklarasi pendapatan hujung tahun kau itu.
Allahurabbi…
Berkiranya kita dengan masa depan akhirat kita.
Sedangkan semua orang tahu bahawa MATI ITU PASTI.
Sedar-sedar kita sudah mati pagi ini. Hari ini.
Kita tidak sempat ganti solat.
Kita langsung tidak buat solat sunat.
Kita terlupa ganti puasa tertinggal Ramadhan tahun lepas. Sebab kita merasakan masih ada masa sebelum Ramadhan tahun ini.
Kita tidak berhasrat pun nak buat haji.
Kita tidak bayar langsung zakat. Hak orang susah yang kita abaikan. Dan kita bersedekah sikit sangat.
Ya Allah, ampunkanlah aku.
Ya Allah, aku berjanji aku akan buat lebih baik daripada ini. Balikkan aku ke dunia Ya ALLAH, sekejap pun jadilah.
Ya Allah, tolonglah ya Allah. Aku tidak mahu ke neraka.
Tetapi segalanya sudah terlambat.
Lantas, berbaloikah semua yang kau kejarkan semasa hidupmu di dunia?
Berbaloikah rumah besar?
Sedang akhirnya rumah yang kekal hanya 7 kaki dalamnya.
Berbaloikah bekerja siang dan malam dan meninggalkan solat dengan sengaja demi menjaga hati majikan dalam mesyuarat?
Berbaloikah mencintai seseorang hingga melebihi cinta pada Ilahi?
Kerana segalanya akan kau tinggalkan suatu hari nanti. Segala-galanya. Dan kau masih hidup dengan keadaan terleka mengejar dunia.
Demi masa.
Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian.
Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.
No comments:
Post a Comment