Sunday, October 16, 2011

Risalah Tarbiah dalam soft copy


Risalah-risalah tarbiah sedia untuk dicetak dalam format microsotf publisher.
semoga ada manafaat.

Saturday, October 08, 2011

Ya Allah Pilihlah untuk ku (06)


Ya Allah Pilihlah Untukku (06)

Semua ketentuan Allah berlaku atas diri kita, apa yang kita boleh buat ialah tunduk dan patuh. Kita sebenarnya ingin sampai kepada Allah. Itulah hasrat orang yang beriman. Untuk sampai kepada Allah maka amat wajar kita datang melalui pintuNya, dan sampai pada-Nya, melalui sebab-sebab yang telah ditetapkan-Nya. Kemudia kita tak payahlah ikut campur dalam aturan dan ketentuan-Nya.

Kita tidak dikatakan beriman kecuali kita ikuti hukum yang Allah tetapkan kepada kita, dan apa yang Allah tetapkan itukita terima tanpa rasa berat dan semuanya, bukan separuh separuh. Kita amat percaya dan yakini bahawa Allah lah yang berkuasa mencipta apa yang dikehendaki. Kita tiada pilihan, selain hanya ucapan Subahanallah, Maha Suci Allah, lagi Maha Tinggi.

Dalam hidup ini kita nak banyak perkara, semuanya menyenangkan hati kita, adakah kita dapat semua perkara-perkara itu. Jawabnya Tidak. Kerana sesungguhnya milik Allah kehidupan dunia dan akhirat .

Nikmat iman itu akan dapat kita rasi apabila kita redha Allah sebagai Tuhan kita, Islam sebagai agama kita, dan Nabi Muhammad adalah Nabi. Bila aku janji ini ditandatangai, dan dipatri dalam diri maka di saat itu, sembahlah Allah dengan penuh kerelaan. Di saat itulah kita akan menerima apa yang kita benci.

Dalam hal ini seoran arif penah berkata : Sesiapa yang tidak ikut mengatur segala urusannya akan diaturkan untuknya. Jika kita harus mengatur maka aturlah untuk tidak ikut mengatur. Payah sikit nak faham ni. Makna mudahnya tidak ikut mengatur lebih penting, walaupun ia termasuk dalam mengatur. Pilihlah untuk tidak memilih dan larilah dari segala sesuatu menuju Allah swt. Ini kerana Allah mencipta apa yang telah ia kehendaki sekaligus memilihnya.

Iman itu, ada yang sejati, ada juga yang tak sejati. Kita akan memiliki iman yang sejati jika kita berhukum sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, baik ucapan dan perkataan, dalam mengambil ataupun meninggal, dalam mencintai atau membenci. Kita haru tunduk sepenuhnya. Itulah jalan ulama zaman dahulu, tingginya tawakkal ulama zaman dulu.

http://cikgunik.blogspot.com/

Celoteh kehidupan (9102011)


Celoteh Kehidupan (001)

Atas dunia yang kita pijak ni, banyak manusia yang tahu. Tahu tentang banyak perkara, antara peraka yang mereka tahu ialah mana yang betul mana yang tak betul. Bagi mereka yang tahu mana yang betul mereka suka sekali kalau boleh nasihat pada orang lain. Bahawa apa yang patut dibuat dan betul. Namun agak malang apabila mereka tahu benda tu betul, mereka tak buat juga. Ini lah yang dikatakan betul yang tidak bermakna.

Betul yang tidak bermakna maka kita tak cemerlang. Maka mari beralih pada isu cemerlang pula. Semua orang nak cemerlang, namun ramai yang setakat nak saja. Tidak pernah lebih daripada itu.
Sebenarnya cemerlang itu bukan sebut tapi hasil selepas buat. Kalau tak buat tak jadi cemerlang. Dan kalau buat main-main pun tak jadi cemerlang, ini kerana cemerlang akan hasil bila kita buat yang terbaik.

Selepas kita jadi cemerlang maka kita nak juga ketenangan dalam hati, ia dapat dicapai apabila kita ingat pada Allah. Bila masa pula kita ingat pada Allah. Ini yang payahnya selalunya manusia cenderung lupa pada Allah. Itu sebab jumlah hati yang tak tenang lebih ramai daripada hati yang tenang. Tahap yang kedua dalam ketenangan ialah bila kita ambil kira faktor keselamatan dalam tindakan kita. Ada orang buat sesuatu tak fikir selamat atau tidak, selamat kah untuk kita dan selamatkan untuk orang lain. Bila buat sesuatu maka datang bahaya maka mulalah hati tak tenteram. Itu sebabnya penting fikir dulu sebelum bertindak.

Dalam bertindak maka kita harus ada tujuan yang jelas, tak nak kabur-kabur atau samar-samar, apa lagi semak-semak. Bila jelas maka kita akan Berjaya.

Berjaya yang tak beradab pun tak nak juga. Jadi macam bunga tahi ayam, rupa saja cantik tapi ….jadi yang cantik rupa itu adalah kerana adabnya. Orang kata,Cantik adab cantik rupa. Satu daripada kompenen adab ialah malu. Malu di sini malu yang bertempat. Lihat saja orang yang muka tak malu, nak lihat pun naik muak. Kerapkali orang yang muka tak malu menyusahkan orang lain.

Hidup ini janganlah kita menyusahkan orang lain. Bukan senang untuk kita tak susahkan orang, kerana kita lebih cenderung senangkan diri sendiri, orang lain soal kedua. Bila payah maka perlulah pengorbanan. Itu sebab orang kata hidup satu pengorbanan. Dalam pengorbanan itulah adanya perjuangan, ketabahan, keyakinan, kejayaan, dan kebahagian.

Dalam hidup ini kita nak rezeki, rezeki boleh datang dan pergi atas kehendak Allah. Bila dia datang tepat masanya dan bila dia pergi juga tepat masanya. Itu sebabnya orang yang miskin tak sangka lansung dia boleh jadi kaya-raya. Sebagaimana orang yang kaya tak sangka langsung dia jatuh bangkrap. Rezeki itu adalah perbendahraan Allah, jadi kita perlu berusaha, kemudian doa dan tawwakal.


Chirped Life (001)



Top world we step foot in ni, a lot of people who know. Know about many things, among peraka they know is the right which is not right.For those who know right where they like it if possible advice to others. That what should have been made and correct. But is unfortunate when they know things are right, they did not do as well.This is said to be correct does not mean that.

Correct does not mean we do not excel. So let's move on outstanding issues as well. All people want to excel, but many are so far I only. Never more than that.
Well actually it was not mentioned but the results after the make. If I do not so excellent. And if do not even play so well, because well be the result if we do best.

After our excellent so we want the peace of the heart, it can be achieved when we remember God. Time do we remember in God.This is what the poor people often tend to forget God. That is why the number of non-peaceful heart of the heart more peaceful.Second stage of the peace is when we take into account the factor of safety in our actions. Some people do not think a safe or not safe for us and saved kah for others. When it comes to do something dangerous, then I began to calm the heart. That is why critical thought before acting.



In acting, we should have a clear purpose, do not want vague, ambiguous or vague, what bushes. If clear then we will be successful.

Uncultured successful even do not want too. So like flowers chicken droppings, looks just beautiful but .... So beautiful is because adabnya appearance. People say, Beautiful look beautiful manners. One of the components are shy manners. Shame shame located here. Look who's face could tell, want to see it up disgusted. Often people who could tell the face of Islam.

This life we ​​do not burden others. It's not easy for us to not worry people, because we tend to fortify themselves, others the second question. When it is necessary to sacrifice hard. That's why people say life a sacrifice. In the sacrifice that is the struggle, perseverance, confidence, success, and happiness.

In this life we ​​want things, things may come and go over the will of God. When he came in time and when he went well in time. That's why the poor did not think he will go live rich. As rich people did not think at all he fell bankrupt. Perbendahraan provision is God, so we have to work, then prayer and tawwakal.

Memaknai Sebuah Taubat ( Bhg. pertama)


Kita mempunyai waktu yang banyak. 24 jam semuanya. Namun ke mana pergi semua itu, kira lah sendiri. Hanya soalan yang ingin diajukan dalam masa yang kita habiskan itu, ada tak masa kita bertaubat kepada Allah. Hendaknya jangan lah kita lupa untuk bertaubat kepada Allah. Ini berdasar dua factor utama. Pertama, kita pasti dan kerap buat dosa, termasuklah sikap tak reti bersyukur. Kedua, kita perlu bertaubat kerana itulah perintan Allah kepada kita. “ Bertaubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kalian beruntung.” (al-Nur 31).

Keindahan taubat itu ialah menjadi syarat kita, yang berstatus hamba untuk menjadi kekasih Allah. Hal ini berdasarkan maksud ayat : “ sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri “( Al-Baqarah ; 222)

Dalam diri kita ada perasaan, bagi orang yang dekat dengan Allah, jika timbul dalam perasaan pun ia akan beristigfar, mohon ampun kepada Alllah. Seperti maksud sebuah hadis Rasulullah saw : ‘ Kadang-kadang timbul persaan dalam hatiku. Maka aku beristigfar kepada Allah sehari seratus kali “. (HR muslim). Maka kita tanyalah diri sendiri sebagai satu muhasabah, berapa kalikah kita beristigfar, bila kita buat dosa. Cubalah jadikan diri kita seorang yang selalu bertaubat dan mudah untuk bertaubat. Payahpun cubalah. Ingatlah , Rasulullah SAW memohon taubat lebih 70 kali sehari.

Sebagai permulaan untuk bertaubat, duduk sejenak dan bertafakur sepanjang hidup kita. Renungkan apa yang telah kita buat hari ini. Pagi buat apa, siang buat apa, dan malam buat apa. Jika waktu siang kita dalam ketaatan maka kita boleh bersyukur. Tapi sebaliknya, jika kita buat maksiat, maka sesalilah dan terus beristigfar dan bertaubat kepada Allah. Tambah-tambah zaman serba canggih ini, maka maksiatpun turut canggih. Tekan saja maksiat maka maksiat akan muncul terus. Kadang-kadang tak tekanpun dia mucul juga melalui iklan. Maka lebih-lebih lagi kita perlu taubat zaman sekarang ini.

Menyesali diri ada sangat besar manafaatnya, agar kita terus ingati Allah. Ada juga orang yang menyesal tapi sambil ketawa, atau buat main-main. Tidak boleh sama sekali. Yang bolehnya menyesal dengan jujur, wajah muram, kalbu yang sedih, kecewa dan rasa hina diri. Kenapa begitu sekali, kerana Allah akan ganti sedih dengan ceria, hina Allah akan ganti dengan mulia, gelap diganti dengan cahaya, hijab diganti dengan kasyf. Suatu penggantian yang lebih daripada padan.

Sebenarnya, kerja instropeksi atau menghitung diri bukanlah kerja yang mudah. Buktinya berapa ramai daripada kita yang melakukannya. Nampak mudah tapi payah. Alangkah untungnya kalau kita ada seorang pekerja yang kerjanya melakukan introspeksi untuk kita secara jujur. Pasti kerja kita jadi mudah. Tapi adakah pekerja seperti itu dan jujurkah dia dalam bekerja. Jika kita tak temui maka kenalah kita buat sendiri, secara jujur dan terperinci. Dan jika kita dapat membuatnya sendiri maka wajar lah Allah memudahkan perhintungan-Nya kepada kita.


Friday, October 07, 2011

Cinta Rasul satu keindahan


Cinta Rasul

( Tulisan ini hanya satu catatan bebas bersumberkan pemikiran Ibn Athaillah al-Sakandari)

Kemulian adalah didambakan oleh setiap insan. Pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk mendapatkan kemulian. Cara baik diguna, malah cara yang tak baik juga tidak kurang banyaknya. Dalam jangka pendek manusia ingin mulia di sisi manusia. Kerana difikir sudah cukup gembira jika mulia disisi manusia.

Sebenarnya kemulian hakiki ialah kemuliaan di sisi Allah. Satu daripada cara untuk mendapat mulia di sisi Allah ialah mengikuti sunah Nabi SAW. Jika kita tak ikut Nabi SAW maka kita akan kehilangan kemuliaan itu, makin jauh daripada Allah malah kita akan dipandang hina jua. Apakah bentuk kemulian apa yang kita akan dapat jika kita ikut Nabi SAW. Kemuliaan itu ialah Allah akan mencintai kita dan dosa-dosa diampun. “ Katakanlah Wahai Muhammad Jika kalian (benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mencintai dan mengampunkan dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Penyayang ( Maksud Al-Quran: Ali Imran :31)

Mengikut Nabi boleh dilihat dalam dua aspek, iaitu lahiriah yang kelihatan dan batiniah yang tidak kelihatan. Yang kelihatan itu ialah amalan yang dapat dilihat seperti solat, puasa, haji zakat, jihad dan sebagainya. Manakalayang tak kelihatan pula ialah keyakinan akan adanya pertemuan dengan Allah sewaktu kita solat, kekhusyukan, perenungan pada apa yang dibaca. Seandainya kita solat namun tidak dapat rasa kehadiran Allah, dan tiada rasa takut pada Allah maka itulah penyakit batin telah meresap masuk dalam diri kita. Penyakit itu mungkin virus sombong atau ujub.

Sebaiknya kita semua renungi maksud ayat al-Quran ini : Aku akan memalingkan orang-orang yang men yombongkan dirinya di mukabumi tanpa alas an .( al-A’raf: 146)

Orang yang sombong itu sebenarnya berpenyakit. Atau mungkin kena demam, kerana semua makanan di mulutnya terasa pahit. Makan tiada nikmat langsung. Orang panggil pahit mulut. Manusia yang sombong ini tidak akan dapat merasa nikmat taat kepada Allah.

Sendainya kita dah faham kedudukan yang sebenarnya maka marilah kita semua menjadi menjadi pengikut nabi, kerana siapa yang ikut nabi maka dia akan termasuk dalam golongannya. Kita semua senarnya tak kenalpun nabi, belum pernah lihat. Namun dengan sikap mengikut akan menyebabkan kita menjadi sebahagian yang diikut walaupun kita orang asing atau tiada hubungan kerabat dengannya . contohnya Salman al-Farsi, bukan orang Arab, namun Rasulullah SAW tetap mengatakan bahawa Salman termasuk kelurga kami. Keadaan seperti ini mendorong kita untuk mengatakan bahawa amal soleh akan mengangkat ke darjat yang tinggi lagi mulia.

Keadaan sebaliknya, jika ia membangkang dan enggan ikut, maka terputuslah hubungan ia dengan Nabi walaupun ia anak kepada Nabi seperti yang belaku kepada anak Nabi Nuh dan isteri Nabi Nuh as Serta Isteri Nabi Luth as. Kepada mereka diberi ucapan Masuklah kalian ke dalam neraka bersama yang lain. ( Rujuk Quran Al-Tahrim : 10)

Setiap orang dari kita inginkan kebaikan, dan kebaikan yang paling utama ialah mengikut Nabi saw. Sewaktu ikut Nabi saw. Kita perlu memiliki sikap seperti Pertama cukup dengan kurniaan Allah, zuhud terhadap milik orang, jangan diambil hak orang, tak terliur pun pada hak orang. Kedua tidak rakus pada dunia, sebab ada orang siang malam fikir hal nak cari harta. Tidurpun tidak nyenyak kerna fikir hal duit, takut orang ambil. Ketiga, meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak berguna, bercakap jangan ikut sedap mulut. Berdoalah agar Allah mebuka pintu untuk kita ikut Nabi saw. Kerana itulah tandanya kita dicintai-Nya. Doa itu berbunyi “ Ya Allah, aku memohon kepada kepada-Mu agar dapat mengikuti Rasu-Mu saw. dalam ucapan mahupun tindakan”.

Jika kita nak ikut Nabi saw, maka ada juga syaratnya, iatu jangan buat zalim pada hamba Allah yang lain, pada kehormatan dan keturunannya. Jika syarat itu dapat dipenuhi maka boleh kita bergegas menuju Allah. Hijab itu ialah buat zalim pada orang lain. Kenapa. Jawapnya, orang yang zalim ibarat orang yang berhutang, ia akan tertahan sebab ada orang yang sedang menuntut hutang daripadanya.

Perumpamaan diteruskan lagi, bayangkan jika kita sudah hamper dengan raja, dan raja nak bagi Tan Sri kepada kita, tiba-tiba datang seorang menagih hutang. Kalau setakat tangih hutang, bolehlah berkira-kira, namun pada masa yang sama dia mencaci, dan merendahkan martabat kita, di hadapan raja. Tentu lah kita sangat malu.

Begitulah juga di sana. Di akhirat. Kita datang kepada Allah, namun ada beratus orang sedang menunggu meminta berbagai-bagai hutang. Wangnya pernah diambil, kehormatannya pernah dicabuli, dipukul, dicaci dan dimaki. Bagaimana kiranya kita boleh berdiri di hadapan Allah, di hadapan Nabi Saw, dan disaksikan oleh semua makhluk.

Suasana seperti ini mengingatkan kita kepada apa yang pernah digambarkan oleh Rasulullah Saw tentang orang muflis di akhirat nanti. Iaitu orang yang bangkit di akhirat dengan solat, puasa dan zakat. Namun pahalanya semua habis diberikan kepada orang yang pernah dicacinya, dirosak kehormatannya dan sebagainya. Lebih malang lagi semua pahalanya habis, sedangkan banyak hutang belum terbayar, maka dosa-dosa orang yang terainaya diberi padanya, dan didilempar ke dalam neraka. Seumpama derita yang bertimpa-timpa.

Seterusnya, apabila seseorang rasa bahawa ajalnya telah dekat. Rasa macam dah nak mati . Lalu dia ingin sekali menebus kembali hak-haknya dengan Allah. Yang dulu diabaikannya. Dia ingin melakukan amal soleh. Masa dia sihat, tak teringatpun itu semua, masa sakit baru teringat. Namun jangan bimbang.Masih ada peluang , wajarlah baginya membaca zikir secara secara bersungguh-sungguh, keseluruhan dan komprehensif. Ini kerana amalan seperti itu akan membuatkan umur yang pendek menjadi panjang. Contohnya membaca :

Subahanallah hi azim wabihamdih adadaqalqih, warida a nafsihi, wazinata arsihih, wamidakalimatih.

(sila rujuk dalam bahasa arab)

Manakala bagi yang tidak berkuasa memperbanyakan puasa dan solat malam maka hendaklah dia sibukkan diri dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita solat sepanjang malam , lalu Allah beri satu selawat saja pada kita maka satu selawat lebih berat daripada semau amalan ketaan yang kita buat selama hidup. Kenapa begitu sekali. Kita selawat sesuai dengan kemampuan kita, manakala Allah selawat sesuai dengan sifat ketuhananNya. Itu baru satu selawat, bagaimana pula jika Allah selawat sepuluh kali. Sesuai dengan maksud hadis Nabi SAW Riwayat Imam Muslim : sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan bersewat kepadanya sepuluh kali.

Dengan ini maka tahulah kita betapa indahnya hidup bersama Islam. Dan betapa lagi indah jika hidup ini kita isi dengan taat kepada Allah. Yang indah itu ialah berzikir kepada Allah dan sibukkan diri berselawat kepada Rasulullah saw pada setiap waktu dan ketika. Zikir dan selawat itu pula disulami dengan kalbu yang ikhlas dan jiwa yang bening berserta niat yang baik. Di dalam hati ada rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah saw.

Semasa khutbah jumaat kita tentu akan ingat setiap kali khutbah kedua dibaca, Khatib akan membaca ayat yang al_quran yang bermaksud : Sesungguhnya Allah beserta para malaikat-Nya berselawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkan selawat dan salam atasnya ( al-Ahzab : 56)

Oleh itu tunggu apa lagi, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi saw, tak perlulah tunggu sehingga kita sakit. Bimbang kalu sakit tak lama, yang hilang cepat ialah nafas kita.


http://cikgunik.blogspot.com/


Monday, October 03, 2011

Makluman Kemasukan ke Maahad Tahfiz Al-quran Wal Qiraat

معهد تحفيظ القرءان والقراءات

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT

Pulai Chondong 16600 Machang Kelantan

PERMOHONAN MASUK

TINGKATAN 1 TAHUN 2012

DIBUKA SEKARANG

SYARAT –SYARAT PERMOHONAN

Ø Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/SRI atau setaraf denganya.

Ø Lahir pada tahun 1999.

Ø Borang permohonan boleh didapati di :

-MTAQ P.Chondong/Maahad Muhammadi (L) & (P)

-Maahad Tahfiz Sains (L) (P) /Pejabat Yayasan Islam Kelantan

-Download di Laman web YIK .GOV.MY ( sekolah kawalan ).

- Harga satu naskhah borang permohonan :RM 5.00

Ø Keputusan UPSR : minima 4A 1 B

Ø Permohonan hendaklah disertai bersama dengan Slip Asal keputusan UPSR/salinan yang disahkan dan surat kelahiran/beranak.

Ø Tarikh Tutup Permohonan : selepas 2 minggu dari tarikh keputusan rasmi UPSR diumumkan.

UJIAN KEMASUKAN

ü Semua pemohon yang layak wajib menduduki Ujian Khas Kemasukan

ü Tarikh dan Masa Ujian Khas Kemasukan akan ditentukan oleh pihak Maahad

ü Perkara-perkara yang diuji :

UJIAN LISAN ( MEMBACA ):

ü Membaca Al-Quran : 100 markah / Jawi: 40 markah

UJIAN LISAN ( HAFAZAN )

ü Hafalan Al-Quran : 100 markah

UJIAN LISAN ( AKHLAK / PERSONALITI )

ü Latarbelakang individu : 60 markah

UJIAN BERTULIS:

ü Jawi ,Al-Quran dan Asas Pengetahuan Islam

Markah = 100

KEPUTUSAN UJIAN

ü Keputusan Ujian akan diumumkan pada : 20 Disember 2011 Selasa

PENGESAHAN

ü Pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan belajar di Maahad berkenaan mulai tarikh diumumkan .

LAPOR DIRI

ü Tarikh lapor diri pada : 31 Disember 2011 (Sabtu)

Untuk keterangan Lanjut Sila Hubungi : MTAQ : 09-7878916 Faks:097871916 / Pejabat YIK : 09-7124359

Kenapa Perlu Anda Memilih MTAQ:

v MTAQ adalah sekolah terbaik SPM peringkat kebangsaan tahun 2003

v MTAQ adalah sekolah terbaik SPM & SMU peringkat YIK tahun 2010

v Sisetem pengajian Di MTAQ memastikan pelajar hafaz 30 juzu’ Al-Quran dalam tempoh 4 tahun

v Pembelajaran Al-Quran sehingga 7 Qiraat &

Ulum Al-Quran yang lain.

@2012 Unit Hal Ehwal Pelajar MTAQ

Makna-makna Kehidupan 004


Kebijaksanaan. Kebijaksaan adalah sangat baik. Hasil daripada pemikiran yang baik. Daripadanya lah terhasilnya kebahagian dan kejayaan. Kebijaksaan itu jangkauannya sangat jauh, itu digelar bijak sehingga sampai di sana. Allah boleh bagi kebijaksaan kepada semua orang. Ini bermakna ada masanya bijaksana tiada gunanya, dan jika disalahgunakan akan menyebabkan penderitaan. Justeru tanpa iman maka bijaksana itu akan disalahguna.

Pengalaman. Kata orang pengalaman itu sangat mahal. Ini kerana kita boleh mencari pengalaman namun kita tidak boleh mencipta pengalaman. Ini kerana pengalaman itu anugerah dari Allah. Itu sebabnya pengalaman antara kita adalah berbeza. Pengalaman itu adalah amat bermakna maka hadapilah ia.

Kuat. Orang yang kuat apabila dia boleh menolak kita, dan kita pun jatuh. Namun itu bukan ukuran sebenarnya kerana esok belum tentu dia boleh menolak kita dan belum tentu kita jatuh. Kekuatan itu adalah kita dapat sabar ketika marah. Dan kekuatan itu ialah semngat yang tak kenal erti kalah. Dan kekuatan itu ialah hati kita yang penuh dengan iman.

Makna-makna Kehidupan 004

Kebijaksanaan. Kebijaksaan adalah sangat baik. Hasil daripada pemikiran yang baik. Daripadanya lah terhasilnya kebahagian dan kejayaan. Kebijaksaan itu jangkauannya sangat jauh, itu digelar bijak sehingga sampai di sana. Allah boleh bagi kebijaksaan kepada semua orang. Ini bermakna ada masanya bijaksana tiada gunanya, dan jika disalahgunakan akan menyebabkan penderitaan. Justeru tanpa iman maka bijaksana itu akan disalahguna.

Pengalaman. Kata orang pengalaman itu sangat mahal. Ini kerana kita boleh mencari pengalaman namun kita tidak boleh mencipta pengalaman. Ini kerana pengalaman itu anugerah dari Allah. Itu sebabnya pengalaman antara kita adalah berbeza. Pengalaman itu adalah amat bermakna maka hadapilah ia.

Kuat. Orang yang kuat apabila dia boleh menolak kita, dan kita pun jatuh. Namun itu bukan ukuran sebenarnya kerana esok belum tentu dia boleh menolak kita dan belum tentu kita jatuh. Kekuatan itu adalah kita dapat sabar ketika marah. Dan kekuatan itu ialah semngat yang tak kenal erti kalah. Dan kekuatan itu ialah hati kita yang penuh dengan iman.

Makna Kehidupan 003


Berani. Berani lawannya penakut. Kenapa orang kata berani kerana benar dan takut kerana salah. Sebabnya berani itu duduknya di hati. Oleh itu letaklah berani kita baik-baik dalam hati. Dan berani yang paling baik ialah apabila kita hanya takut pada Allah.

Akal. Akal boleh menghasilkan kebijaksanaan. Oleh itu asahlah akal dengan hikmah. Menutut ilmu, membaca, melihat dan berfikir adalah jalan kebijaksaan. Orang kita panggil Otak Cair.Akal pun boleh juga jadi sejuk dan beku, dan terus tak bernilai jatuh pada satu tahap iaitu bodoh. Sebaik-baik akal itu ialah bijaksana.

Kesempatan. Kesempatan tidak selalunya ada. Kadang-kadang datang kadang-kadang tidak. Kesempatan yang berbuat baik sangat mahal harganya. Janganlah kita lepaskan ia begitu saja. Kerana kesempatan itu adalah anugerah dari Allah, yang sewajarnya disyukuri. Bersyukur itu ialah ambillah kesempatan itu. Kadangkala kesempatan yang kecil itu adalah permulaan usaha yang besar. Orang yang tak sempat mengambil kesempatan yang baik kerap kali menyesal, kerana kesempatan yang pernah muncul dalam hidupnya tak muncul-muncul. Huraian terbaik untuk kesempatan ialah Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.

The meanings of life 002


The meanings of life 002


Tree. The shade of a tree, we can do to shelter, from the heat. We feel good and comfortable in it. In fact it is we should have the tree. Provide benefit to people below, who feel comfortable with us, and very grateful to us. We do not mind any person wishes to thank or not thank you speech, we stick around to help people with our assistance. Only one goal, to be the best people God has created.



Among the time. Future and past, are different, some distance separated them. If our past is full of heart failure and the wounds will never forget it is. We are not burdened by the past to the future. Yet our past to God pleased with, patient and aware. Allah willing, we can build a brighter future, not least our hearts light.


Speaking. Speaking is a means of communication. It's easy to say, the conditions do not dumb. But so difficult conversations difficult when people want to understand. Thus the simple talk, hopefully people will want easy to understand. Now such a successful communication.

Makna-makna kehidupan 002


Pohon. Pohon yang rendang itu, bolehlah kita buat untuk berteduh, daripada panas. Kita rasa seronok dan nyaman di bawahnya. Sebenarnya kitalah sepatutnya pohon itu. Memberi manafaat pada orang yang dibawah, orang rasa selesa dengan kita, dan amat berterima kasih pada kita. Kita pun tak kisah mana orang ucap terima kasih atau tak ucap terima kasih, kita tak ke mana-mana terus membantu orang yang mengharapkan bantuan kita. Matlamat hanya satu, menjadi sebaik-baik manusia yang Allah ciptakan.

Antara Masa. Masa depan dan masa lalu, adalah berbeza, ada jarak yang memisahkannya. Jika masa lalu kita penuh dengan kegagalan dan hati yang luka maka lupakan lah. Kita janganlah dibebankan oleh masa lalu untuk menghadapi masa depan. Serahkanlah masa lalu kita kepada Allah dengan penuh redha, sabar dan insaf. Insya Allah kita dapat bina masa depan yang lebih cerah, paling tidak hati kita cerah.

Bercakap. Bercakap adalah satu cara komunikasi. Mudah saja untuk bercakap, syarat jangan bisu. Namun percakapan jadi susah bila orang susah nak faham. Oleh itu bercakaplah yang mudah-mudah, mudah-mudahan orang akan mudah nak faham. Maka itulah komunikasi yang berjaya.

Makna-makna kehidupan 0310



Keikhlasan. Buatlah sesuatu dengan ikhlas. Ikhlas itu maksudnya tidak mengharap apa-apa balasan kecuali balasan Allah. Betapa tingginya nilai ikhlas bila kita sandarkan perbuatan kita kepada Allah. Memang sukar untuk kita ikhlas kerana ia sukar dilihat, dan balasannya terasa masih jauh. Hanya yang ada mata hati saja dapat melihatnya.

Putus asa. Jangan putus asa, kerana ini adalah alamat kematian yang pertama sebelum kita mati. Bayangkan betapa sulitnya kematian semasa masih hidup. Nafas jadi sempit, kosong dan hampa. Sebelum putus asa datang dalam hidup kita beri ruang untuk kita syukuri atas nikmat yang kita terima ini.

Kesusahan. Hidup ini ada kesusahannya, namaun tak semua kesusahan itu pahit. Kadang-kadang kesusahan itu diperlukan dalam kehidupan ini, sebagai penambah rasa, atau warnai kehidupan kita. Kesenangan yang berterusan pun tak boleh juga, kerana kesusahan dan kesenangan itu adalah kehidupan dan kita ini hidup

Sunday, October 02, 2011

Dua Jiwa satu Zaman



Dalam diri kita ada hati. Macam-macam boleh diisi dalam hati. Yang baik pun boleh yang tak baik pun boleh. Hati juga tempat menyimpan iman kita. Namun tak ramai yang ingin menjadikan hati `sebagai tempat menyimpan iman. Kenapa, mungkin jawapan ada pada diri masing-masing atau tak ada. Manusia cenderung isi nafsu dalam diri mereka.

Sebahagia daripada manusia telah dengan bangganya menyimpan cinta duania dalam hati mereka. Pada waktu itu jawatan menjadi sangat-sangat penting. Mereka akan bangga dengan kuasa yang mereka miliki. Dan kuasa itu digunakan sepenuhnya, hak oranag lain mereka tak Nampak dah atau buat-buat tak Nampak. Derita orang lain bertambah, kerana nafsu mereka. Sehinggalah sampai satu saat mereka tahu bahawa Allah yang Maha berkuasa mengatasi segala-galanya.

Dan satu pihak yang lain ada juga orang yang menjauhkan diri daripada cinta dunia itu, dengan fikiran dan kekuatan diri. Walaupun hidup ditengah-tengah manusia yang kalut itu, dia tetap mengahadapi mereka dengan member nasihat, dakwah dan bimbingan untuk membaiki jiwa-jiwa yang rosak, serta membersihnya. Memberi nasihat tentang akidah yang benar terhadap hari akhirat dan menjauhi tipudaya dunia.