Saturday, October 08, 2011

Memaknai Sebuah Taubat ( Bhg. pertama)


Kita mempunyai waktu yang banyak. 24 jam semuanya. Namun ke mana pergi semua itu, kira lah sendiri. Hanya soalan yang ingin diajukan dalam masa yang kita habiskan itu, ada tak masa kita bertaubat kepada Allah. Hendaknya jangan lah kita lupa untuk bertaubat kepada Allah. Ini berdasar dua factor utama. Pertama, kita pasti dan kerap buat dosa, termasuklah sikap tak reti bersyukur. Kedua, kita perlu bertaubat kerana itulah perintan Allah kepada kita. “ Bertaubatlah kalian semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kalian beruntung.” (al-Nur 31).

Keindahan taubat itu ialah menjadi syarat kita, yang berstatus hamba untuk menjadi kekasih Allah. Hal ini berdasarkan maksud ayat : “ sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri “( Al-Baqarah ; 222)

Dalam diri kita ada perasaan, bagi orang yang dekat dengan Allah, jika timbul dalam perasaan pun ia akan beristigfar, mohon ampun kepada Alllah. Seperti maksud sebuah hadis Rasulullah saw : ‘ Kadang-kadang timbul persaan dalam hatiku. Maka aku beristigfar kepada Allah sehari seratus kali “. (HR muslim). Maka kita tanyalah diri sendiri sebagai satu muhasabah, berapa kalikah kita beristigfar, bila kita buat dosa. Cubalah jadikan diri kita seorang yang selalu bertaubat dan mudah untuk bertaubat. Payahpun cubalah. Ingatlah , Rasulullah SAW memohon taubat lebih 70 kali sehari.

Sebagai permulaan untuk bertaubat, duduk sejenak dan bertafakur sepanjang hidup kita. Renungkan apa yang telah kita buat hari ini. Pagi buat apa, siang buat apa, dan malam buat apa. Jika waktu siang kita dalam ketaatan maka kita boleh bersyukur. Tapi sebaliknya, jika kita buat maksiat, maka sesalilah dan terus beristigfar dan bertaubat kepada Allah. Tambah-tambah zaman serba canggih ini, maka maksiatpun turut canggih. Tekan saja maksiat maka maksiat akan muncul terus. Kadang-kadang tak tekanpun dia mucul juga melalui iklan. Maka lebih-lebih lagi kita perlu taubat zaman sekarang ini.

Menyesali diri ada sangat besar manafaatnya, agar kita terus ingati Allah. Ada juga orang yang menyesal tapi sambil ketawa, atau buat main-main. Tidak boleh sama sekali. Yang bolehnya menyesal dengan jujur, wajah muram, kalbu yang sedih, kecewa dan rasa hina diri. Kenapa begitu sekali, kerana Allah akan ganti sedih dengan ceria, hina Allah akan ganti dengan mulia, gelap diganti dengan cahaya, hijab diganti dengan kasyf. Suatu penggantian yang lebih daripada padan.

Sebenarnya, kerja instropeksi atau menghitung diri bukanlah kerja yang mudah. Buktinya berapa ramai daripada kita yang melakukannya. Nampak mudah tapi payah. Alangkah untungnya kalau kita ada seorang pekerja yang kerjanya melakukan introspeksi untuk kita secara jujur. Pasti kerja kita jadi mudah. Tapi adakah pekerja seperti itu dan jujurkah dia dalam bekerja. Jika kita tak temui maka kenalah kita buat sendiri, secara jujur dan terperinci. Dan jika kita dapat membuatnya sendiri maka wajar lah Allah memudahkan perhintungan-Nya kepada kita.


No comments: