Cinta Rasul
( Tulisan ini hanya satu catatan bebas bersumberkan pemikiran Ibn Athaillah al-Sakandari)
Kemulian adalah didambakan oleh setiap insan. Pelbagai cara digunakan oleh manusia untuk mendapatkan kemulian. Cara baik diguna, malah cara yang tak baik juga tidak kurang banyaknya. Dalam jangka pendek manusia ingin mulia di sisi manusia. Kerana difikir sudah cukup gembira jika mulia disisi manusia.
Sebenarnya kemulian hakiki ialah kemuliaan di sisi Allah. Satu daripada cara untuk mendapat mulia di sisi Allah ialah mengikuti sunah Nabi SAW. Jika kita tak ikut Nabi SAW maka kita akan kehilangan kemuliaan itu, makin jauh daripada Allah malah kita akan dipandang hina jua. Apakah bentuk kemulian apa yang kita akan dapat jika kita ikut Nabi SAW. Kemuliaan itu ialah Allah akan mencintai kita dan dosa-dosa diampun. “ Katakanlah Wahai Muhammad Jika kalian (benar-benar mencintai Allah, ikutlah aku, niscaya Allah mencintai dan mengampunkan dosa-dosa kalian. Allah Maha Pengampun lagi Penyayang ( Maksud Al-Quran: Ali Imran :31)
Mengikut Nabi boleh dilihat dalam dua aspek, iaitu lahiriah yang kelihatan dan batiniah yang tidak kelihatan. Yang kelihatan itu ialah amalan yang dapat dilihat seperti solat, puasa, haji zakat, jihad dan sebagainya. Manakalayang tak kelihatan pula ialah keyakinan akan adanya pertemuan dengan Allah sewaktu kita solat, kekhusyukan, perenungan pada apa yang dibaca. Seandainya kita solat namun tidak dapat rasa kehadiran Allah, dan tiada rasa takut pada Allah maka itulah penyakit batin telah meresap masuk dalam diri kita. Penyakit itu mungkin virus sombong atau ujub.
Sebaiknya kita semua renungi maksud ayat al-Quran ini : Aku akan memalingkan orang-orang yang men yombongkan dirinya di mukabumi tanpa alas an .( al-A’raf: 146)
Orang yang sombong itu sebenarnya berpenyakit. Atau mungkin kena demam, kerana semua makanan di mulutnya terasa pahit. Makan tiada nikmat langsung. Orang panggil pahit mulut. Manusia yang sombong ini tidak akan dapat merasa nikmat taat kepada Allah.
Sendainya kita dah faham kedudukan yang sebenarnya maka marilah kita semua menjadi menjadi pengikut nabi, kerana siapa yang ikut nabi maka dia akan termasuk dalam golongannya. Kita semua senarnya tak kenalpun nabi, belum pernah lihat. Namun dengan sikap mengikut akan menyebabkan kita menjadi sebahagian yang diikut walaupun kita orang asing atau tiada hubungan kerabat dengannya . contohnya Salman al-Farsi, bukan orang Arab, namun Rasulullah SAW tetap mengatakan bahawa Salman termasuk kelurga kami. Keadaan seperti ini mendorong kita untuk mengatakan bahawa amal soleh akan mengangkat ke darjat yang tinggi lagi mulia.
Keadaan sebaliknya, jika ia membangkang dan enggan ikut, maka terputuslah hubungan ia dengan Nabi walaupun ia anak kepada Nabi seperti yang belaku kepada anak Nabi Nuh dan isteri Nabi Nuh as Serta Isteri Nabi Luth as. Kepada mereka diberi ucapan Masuklah kalian ke dalam neraka bersama yang lain. ( Rujuk Quran Al-Tahrim : 10)
Setiap orang dari kita inginkan kebaikan, dan kebaikan yang paling utama ialah mengikut Nabi saw. Sewaktu ikut Nabi saw. Kita perlu memiliki sikap seperti Pertama cukup dengan kurniaan Allah, zuhud terhadap milik orang, jangan diambil hak orang, tak terliur pun pada hak orang. Kedua tidak rakus pada dunia, sebab ada orang siang malam fikir hal nak cari harta. Tidurpun tidak nyenyak kerna fikir hal duit, takut orang ambil. Ketiga, meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak berguna, bercakap jangan ikut sedap mulut. Berdoalah agar Allah mebuka pintu untuk kita ikut Nabi saw. Kerana itulah tandanya kita dicintai-Nya. Doa itu berbunyi “ Ya Allah, aku memohon kepada kepada-Mu agar dapat mengikuti Rasu-Mu saw. dalam ucapan mahupun tindakan”.
Jika kita nak ikut Nabi saw, maka ada juga syaratnya, iatu jangan buat zalim pada hamba Allah yang lain, pada kehormatan dan keturunannya. Jika syarat itu dapat dipenuhi maka boleh kita bergegas menuju Allah. Hijab itu ialah buat zalim pada orang lain. Kenapa. Jawapnya, orang yang zalim ibarat orang yang berhutang, ia akan tertahan sebab ada orang yang sedang menuntut hutang daripadanya.
Perumpamaan diteruskan lagi, bayangkan jika kita sudah hamper dengan raja, dan raja nak bagi Tan Sri kepada kita, tiba-tiba datang seorang menagih hutang. Kalau setakat tangih hutang, bolehlah berkira-kira, namun pada masa yang sama dia mencaci, dan merendahkan martabat kita, di hadapan raja. Tentu lah kita sangat malu.
Begitulah juga di sana. Di akhirat. Kita datang kepada Allah, namun ada beratus orang sedang menunggu meminta berbagai-bagai hutang. Wangnya pernah diambil, kehormatannya pernah dicabuli, dipukul, dicaci dan dimaki. Bagaimana kiranya kita boleh berdiri di hadapan Allah, di hadapan Nabi Saw, dan disaksikan oleh semua makhluk.
Suasana seperti ini mengingatkan kita kepada apa yang pernah digambarkan oleh Rasulullah Saw tentang orang muflis di akhirat nanti. Iaitu orang yang bangkit di akhirat dengan solat, puasa dan zakat. Namun pahalanya semua habis diberikan kepada orang yang pernah dicacinya, dirosak kehormatannya dan sebagainya. Lebih malang lagi semua pahalanya habis, sedangkan banyak hutang belum terbayar, maka dosa-dosa orang yang terainaya diberi padanya, dan didilempar ke dalam neraka. Seumpama derita yang bertimpa-timpa.
Seterusnya, apabila seseorang rasa bahawa ajalnya telah dekat. Rasa macam dah nak mati . Lalu dia ingin sekali menebus kembali hak-haknya dengan Allah. Yang dulu diabaikannya. Dia ingin melakukan amal soleh. Masa dia sihat, tak teringatpun itu semua, masa sakit baru teringat. Namun jangan bimbang.Masih ada peluang , wajarlah baginya membaca zikir secara secara bersungguh-sungguh, keseluruhan dan komprehensif. Ini kerana amalan seperti itu akan membuatkan umur yang pendek menjadi panjang. Contohnya membaca :
Subahanallah hi azim wabihamdih adadaqalqih, warida a nafsihi, wazinata arsihih, wamidakalimatih.
(sila rujuk dalam bahasa arab)
Manakala bagi yang tidak berkuasa memperbanyakan puasa dan solat malam maka hendaklah dia sibukkan diri dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita solat sepanjang malam , lalu Allah beri satu selawat saja pada kita maka satu selawat lebih berat daripada semau amalan ketaan yang kita buat selama hidup. Kenapa begitu sekali. Kita selawat sesuai dengan kemampuan kita, manakala Allah selawat sesuai dengan sifat ketuhananNya. Itu baru satu selawat, bagaimana pula jika Allah selawat sepuluh kali. Sesuai dengan maksud hadis Nabi SAW Riwayat Imam Muslim : sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan bersewat kepadanya sepuluh kali.
Dengan ini maka tahulah kita betapa indahnya hidup bersama Islam. Dan betapa lagi indah jika hidup ini kita isi dengan taat kepada Allah. Yang indah itu ialah berzikir kepada Allah dan sibukkan diri berselawat kepada Rasulullah saw pada setiap waktu dan ketika. Zikir dan selawat itu pula disulami dengan kalbu yang ikhlas dan jiwa yang bening berserta niat yang baik. Di dalam hati ada rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah saw.
Semasa khutbah jumaat kita tentu akan ingat setiap kali khutbah kedua dibaca, Khatib akan membaca ayat yang al_quran yang bermaksud : Sesungguhnya Allah beserta para malaikat-Nya berselawat atas Nabi saw. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkan selawat dan salam atasnya ( al-Ahzab : 56)
Oleh itu tunggu apa lagi, marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi saw, tak perlulah tunggu sehingga kita sakit. Bimbang kalu sakit tak lama, yang hilang cepat ialah nafas kita.
No comments:
Post a Comment