Monday, October 03, 2011

Makna Kehidupan 003


Berani. Berani lawannya penakut. Kenapa orang kata berani kerana benar dan takut kerana salah. Sebabnya berani itu duduknya di hati. Oleh itu letaklah berani kita baik-baik dalam hati. Dan berani yang paling baik ialah apabila kita hanya takut pada Allah.

Akal. Akal boleh menghasilkan kebijaksanaan. Oleh itu asahlah akal dengan hikmah. Menutut ilmu, membaca, melihat dan berfikir adalah jalan kebijaksaan. Orang kita panggil Otak Cair.Akal pun boleh juga jadi sejuk dan beku, dan terus tak bernilai jatuh pada satu tahap iaitu bodoh. Sebaik-baik akal itu ialah bijaksana.

Kesempatan. Kesempatan tidak selalunya ada. Kadang-kadang datang kadang-kadang tidak. Kesempatan yang berbuat baik sangat mahal harganya. Janganlah kita lepaskan ia begitu saja. Kerana kesempatan itu adalah anugerah dari Allah, yang sewajarnya disyukuri. Bersyukur itu ialah ambillah kesempatan itu. Kadangkala kesempatan yang kecil itu adalah permulaan usaha yang besar. Orang yang tak sempat mengambil kesempatan yang baik kerap kali menyesal, kerana kesempatan yang pernah muncul dalam hidupnya tak muncul-muncul. Huraian terbaik untuk kesempatan ialah Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.

No comments: