Tuesday, April 25, 2017

KTP 016


Ilmu kena tambah selalu
Makan 3 kali sehari
Makanan rohani pun biar bertambah


PERASAAN HATI
1. Jika terpikat kepada seseorang, itu namanya JATUH HATI
2. Jika terlalu baik, itu namanya BAIK HATI
3. Jika terguris pada seseorang, itu namanya KECIL HATI
4. Jika terlalu pemurah, itu dipanggil MURAH HATI
5. Jika dengki kepada seseorang, itu dipanggil BUSUK HATI
6. Orang yang sangat disayangi, itulah BUAH HATI
7. Jika bertindak tanpa berfikir, itu namanya IKUT HATI
8. Jika terlalu marah, itu dipanggil SAKIT HATI
9. Jika tergamak menganiaya atau menyakiti seseorang, itu namanya SAMPAI HATI
10. Jika tidak tahu marah, itu namanya LEMBUT HATI



"Sabar itu bukan duduk diam, tahan hati.
Tidak.
Sabar itu lapangkan dada dengan duduk berzikir, baca Al-Quran, solat dan yang paling penting sekali taubat.
Sabar bukan menahan diri semata², tapi hidupkan hati tu.
Sabar ialah dekati Allah, jangan jauhi.
Masalah sebesar dunia sekalipun, ingat Allah Maha Besar. Rasakan betul² dalam hati. Barulah masalah besar itu terasa kecil, terasa nipis tidak tebal.
Meski susah, pergi kepada Allah. Bicara dengan-Nya. Ada soalan, tanya Allah. Ada tangisan, alirkan air mata depan Allah.
Hidup ini sementara untuk terus bersedih."


Renung2..tenung2
Apabila kita dilukai, dihina, difitnah atau berhadapan dengan
ketidakadilan, kita mempunyai dua pilihan utk berhadapan dgn
perasaan tersebut, iaitu memaafkan dan melupakannya atau
membenci dan berdendam. Kedua2 keputusan ini amat sukar
dilakukan. Implikasi atas keduanya benar2 bertentangan.
Menahan diri drpd marah dan boleh memberi maaf merupakan
suatu sifat yg terpuji dan mulia. Walaupun orang yang
melakukan kesalahan tidak meminta maaf drpd kita, alangkah
eloknya jika kita memaafkannya terlebih dahulu.
Ramai org berfikir jika memberi maaf kpd seseorang bererti
kita menerima dan bersetuju dgn perlakuan tidak adil yang
dilakukannya terhadap diri kita. Sebenarnya tindakan
memberi kemaafan bukan tanda kelemahan hati kita, tetapi
sudah cukup utk menggambarkan betapa kentalnya I man
dan taqwa.
Manakala orang yg berani meminta maaf bererti memiliki
jiwa yg besar, percaya kpd diri sendiri dan sekaligus
merupakan keutamaan dan kelembutan hati yg dicintai
ALLAH dan disukai para hambaNYA.
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: " Dalam pada itu
(Ingatlah), orang yg bersabar dan memaafkan, sesungguhnya
yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia."
(Surah al-Syura 42:43)



Bangunlah utk tahajjud
Selepas solat tahajjud, bacalah al Quran sebagai peguambela di akhirat nanti. Selain itu membaca al Quran boleh membawa kpd ketenangan jiwa.
Al-'Isrā':79 - Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.


Cari salah diri
Pegang cermin selalu untuk lihat kesalahan diri sendiri.
Bukan pegang kanta pembesar untuk melihat kesalahan orang lain.
Selamat Pagi kawan2 dan Selamat Berhujung Minggu


Apa yg sedang kamu cari tuu
Sedang mencari keredhaan Allah
Ooo..baguslah...


Dalam kepala kita ada otak jahat
Hati2 jgn biarkan dia
bebas menghasut...


Sifat pemarah dapat mendorong seseorang bersikap bongkak, selalu mendengki, mudah mencetus api perpecahan dan persengketaa, serta mudah melancarkan tindakan tanpa perhitungan.



Sifat sabar akan membantu seseorang lebih tahan banting, maupun menahan amarah, tidak merugikan orang lain, bersikap lemah-lembut, santun, dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu.


Ali bin Abi Thalib berkata, “Dunia berjalan ke belakang, dan akhirat berjalan ke depan. Keduanya memiliki pengikut. Jadilah pengikut akhirat dan jangan menjadi pengikut dunia. Sebab, hari ini adalah amal dan bukan hisab, sedangkan besok adalah hisab dan tidak ada amal.”


MUHASABAH DIRI*
Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua.. 👇🏼
Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
Ada yang masih single.
Ada kawin 20 ribu belanja tapi sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.
Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.
Zon masa kita semua tak sama. Jadi tak perlu merasa kita *'tertinggal'* hanya kerana nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza. Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.
Ada yang *'depan'* dari kita.
Tapi ada juga yang *'belakang'* kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak pada zon masa mereka dan kita pun bergerak pada zon masa sendiri.
You are not late.
You are not early.
You are just on time.
Jangan stress.
Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah ditulis olehNya.
Wallaahu A'lam



"Hebat macam mana pun kita sebagai manusia, ketika Allah mencabut ketenangan dari dalam hati kita maka sekelip mata sahaja dunia ini akan terasa sempit."_
_"Kita akan mencari perlindungan ke hulu dan ke hilir. hebat tidak lagi kelihatan hebat. Bumi yang sangat luas sudah terasa sempit. Hari-hari yang dilalui terasa singkat kerana dibelenggu oleh kegelisahan."_
_"Benarlah kata ulamak, bahawasanya kekayaan yang paling agung di muka bumi ini adalah ketenangan di dalam hati."_


Hargailah Sahabat
Maaf Apabila Salah
Fahami Apabila Keliru
Nasihat Apabila Leka
Tegur Apabila Salah
Ingat Apabila Sunyi
Doa Apa bila Rindu



Ya Allah.. ampunilah hambaMu ini.... aku tak berdaya tanpaMu...
Ya Allah... aku tidak mahu menyesal.. aku mahu mengingati Mu setiap detik dan saat dalam hidupku..


ikhlas kan seluruh hidup ini untuk Allah.. berbuatlah baik kepada semua manusia.. bersihkan hati, jauhi maksiat.. fokus! Fokus dalam mencintai Allah


 Berpikir positif
Pesan pada hati..
Jangan sakiti orang
Jangan aniaya hidup orang
Jangan iri hati pada orang
Jangan ada niat jahat pada orang
Kerana
semuanya akan berbalik pada kita
Balasan nya tetap ada
Walau bukan didunia , tetapi di akhirat nanti


Asalamualaikum Salam Subuh &Selamat Pagi 🌹🍃🌹Ya Allah Jadi kan Mata ku Mata yang selalu melihat Akan kebaikan Jadikanlah Hati ku yang selalu Memaafkan🌹🍃🌹Jadikan fkkiranku Fikiran yang mudah untuk  🌹🍃🌹Melupakan Kesedihan dan jadi jiwa ku .Jiwa Penuh KEIMANAN


Allah tak janji orang yg kerja siang malam tu berjaya .
Allah tak janji orang yang belajar siang malam tu bejaya .
Allah tak janji orang yang kerja keras tu bejaya .
Tapi Allah janji siapa solat dia berjaya :')
Jadi pada sahabat semua jaga solat kita .
Percaya janji Allah itu pasti .
Kejar Akhirat dunia mendekat .
ingat tu ...


Motivasi Diri
Jangan bercita-cita jadi manusia hebat
Jadilah manusia bermanfaat
Hebat kalau melarat
Takut-takut jadi keparat
Tak boleh terima nasihat
Dikatanya kita dengki khianat
Padahal berpesan sesama umat
Supaya nanti tidak tersesat
Kerana syaitan membisik kuat
Tinggalkan iman tinggalkan syariat
Kejar dunia yang tak beralamat
Suruhan Allah langsung tak ingat
Pesan pesan sebelum terlambat
Ingat mengingat sebelum jadi mayat
Tegur kebaikan moga manfaat.


Memaafkan itu mudah..
melupakan itu sukar..
Pernah dengar ayat ni?
tapi..kita harus berusaha untuk lupakan kesalahan orang pada kita.. sebab apa? Itu salah satu magnet positif untuk diri kita jugak.. sedangkan kesalahan kita dengan manusia kadang2 tanpa kita sendiri sedar..
Jadi, ingat.. lupakan kesalahan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita
Ingatlah walau secebis kebaikan yang diberi pada kita, cukuplah ALLAH sentiasa bersama.. nak puaskan hati manusia adalah perkara paling mustahil dalam dunia.. jadi, sebarkan kebaikan walau diri kita tidak cukup baik dan jangan pula merasa diri kita lebih baik
Maafkan semua salah silap agar tenteram jiwa dan raga, itu semua dunia..
Jadilah seorang yang pemaaf, maafkanlah walau ianya sukar untuk di lupakan..
umpama panah yg tetap menuju sesaran-


Daun.
Kalau dimakan ulat, menjadi sutera.
Kalau dimakan lembu, menjadi daging.
Nasihat.
Kalau jatuhnya di atas hati yang putih, menjadi penawar yang berguna.
Kalau jatuhnya di atas hati yang hitam, menjadi racun yang berbisa.
Musibah.
Kalau menimpa hati yang bersih, menjadi asbab muhasabah.
Kalau menimpa hati yang kotor,
menjadi asbab resah gelisah.
Begitulah.
Benda yang sama.
Sumber yang sama.
Hasilnya menjadi lain-lain.
Tak perlu tengok orang lain.
Tengok diri kita.
Bila diberi nasihat, apa khabar hati dan jiwa?
Tunduk mengangguk taat atau benci meronta-ronta?
Bila ditimpa musibah, kita bagaimana?
Mengamuk dan resah gelisah atau redha terima takdir-Nya?
Sungguh semuanya berbalik pada titik yang sama;
Hati.
Kalau Allah ada di hati kita,
Apa pun yang diterima, indah belaka.
*Hati*..inilah yg sentiasa perlu dijaga..
Letakkan *Allah* didalamnya, bukan dunia...






KTP 015

Antara sebab susah untuk
bicara
Dan berunding
Kerana dalam diri
Ada ego dan sombong


Pesan utk suami
sahabat dulu berkata
Aku berhias utk isteriku
sebagaimana isteriku berhias utk ku


PELIHARALAH DIRI MU 🌿
🌿Peliharalah AKHLAQ mu kerana ianya KEHIDUPAN mu.
🌿Peliharalah AGAMA mu kerana ianya NYAWA mu.
🌿Peliharalah BUDI PEKERTI mu kerana ianya PERHIASAN hidupmu.
🌿Peliharalah AMALAN mu kerana ianya pakaian AKHIRATmu.
🌿Peliharalah LISAN mu kerana ianya MARUAH mu.
🌿Jadikanlah KEKAYAAN sebagai bekalan berbuat KEBAJIKAN.
🌿Jadikanlah KESABARAN sebagai benteng menghadapi KESUSAHAN.
🌿Jadikanlah NUR yang ALLAH kurniakan sebagai pendorong berbuat KETAATAN.
🌿Jadikanlah AKHLAK MULIA sebagai perhiasan bunga KEHIDUPAN.
🌿Jadikanlah MASA dan KESEMPATAN sebagai modal berbuat AMAL.


Di akhirat ada satu api yg mana neraka lain minta berlindung daripada api itu
Api dari telaga habab
Hebat sungguh api ini hingga ditakuti oleh neraka lain, berada di neraka paling tinggi..hawiyah



jika kita bercita-cita menjadi pokok yang tinggi , maka bersedialah untuk dipukul angin .
jika kita memilih menjadi sang rumput , maka bersedialah untuk dipijak dan terus diinjak .
ujian itu lumrah hidup , maka UBATNYA adalah SABAR



Ingat mati tidak menyebabkan kita mati
Walaupun seribu kali sehari kita
Ingat mati
Mati terjadi sbb sampai ajal
Maka lebih baik kita mati
Di saat kita ingat mati..


Kesilapan ketua keluarga*
ya Allah berilah setiap lelaki dapat jadi orang Islam yang baik. Ketua keluarga yang bertanggungjawab. Zaman ini kita lelaki tak sedar isteri dan anak-anak ialah amanah Allah yang besar untuk kita pimpin masuk syurga..kasihan wanita dan anak-anak. Islam datang nasib wanita terbela. Darjat wanita ditinggikan. Sehinggakan beza seseorang dengan yang lain ialah takwa.
Muhasabah buat saya dan ketua keluarga. Kesilapan kita sebagai ketua keluarga. Marilah kita perbaiki diri kita supaya Allah sayang kita. Hanya untuk Allah sayang.
Suami balik kerja terus keluar tak sampai 30 minit terus keluar rumah main bola, berbual dengan kawan-kawan, lepak sampai lewat pagi. Ada yang 3 dan 4 pagi baru balik rumah..ya Allah sedihnya..
Suami masuk rumah tak peluk isteri dan anak-anak yang merinduinya..terlupa.beri salam..pegang hp dan hadap hp sampai pecah hp...
Badan di rumah tetapi hati tiada di rumah. Isteri anak bercakap tak pandang muka mereka. Pandang muka keluarga ketika bercakap sunnah Nabi saw..mata dekat hp jer..
Suami langsung tak bantu isteri. Biar isteri masak seorang diri. Biar isteri basuh baju dan lipat baju seorang diri. Anak dah ramai tetapi langsung tak kisahkan anak-anak. Tak tolong mandi dan uruskan anak-anak...
Suami tak faham hati isteri. Tak buat kejutan buat mereka. Tak sentuh tangan mereka. Tak peluk mereka dari belakang. Tiada ucapan cinta dan sayang lagi..
Suami sibuk dengan kawan, tengok tv, main hp walau waktu malam sepatutnya tidur disebelah isteri tercinta.
Suami kasar bercakap melukakan hati isteri. Baran tak menentu dengan isteri dan anak-anak. Jadi boss besar semua order jer sampai. Tersilap atau terlambat marah. Tiada lagi erti sebuah keluarga
Tak pernah ajak solat tahajud berjemaah. Tidak jadi imam. Tak pernah ajak buat Ta'lim rumah.
Love till jannah. Tapi tak tak pernah dengar fatihah isteri. Tak pernah cek wuduk isteri. Tidak ada suasana nasihat menasihati. Bagaimana ketua boleh jadi baik tanpa nasihat.
Ukuran bahagia nama Allah yang disebut. Lagi banyak nama Allah disebut lagi bahagia. Kini banyak rumah sepi dari nama Allah. Di mana bahagia?
Tak menjadi motivator buat anak-anak. Sebagai ketua tak hargai orang yang berjuang buat kita..
Kedekut dengan isteri. Ada suami beli motor besar. Kereta besar. Tapi tak tanya isteri apa dia nak.langsung tak beri duit belanja buat mereka. Nak beli pencuci muka pun takde.
Pakai duit isteri. Terlupa isteri cuma membantu. Beri nafkah tugas kita lelaki..mereka bukan bibik atau orang gaji. Mereka bidadari yang akan bersama kita dalam syurga. Berilah masa untuk mereka. Hargai mereka.
Suami tak bawa isteri berjuang di jalan Allah dan belajar ilmu. Sehingga isteri tiada fikir agama. Risau akhirat.
'Setiap pemimpin akan ditanya atas apa yang dipimpinnya'
Ya Allah tiada daya upaya kami melainkan dengan pertolonganMu. Pilihlah setiap lelaki dapat belajar iman. Berjuang dijalanMu. Bantulah kami dalam membimbing keluarga kami.



Rumah paling rendah taraf di Syurga
Pintu drp emas..


Atas dunia duduk dalam rumah mewah
Mati belum tentu..


Tak sampai masa
tak mati...
Tapi sampai masa
Tak dapat buat apa


Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita tidak akan tega untuk terus bersengketa.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menghargai setiap pertemuan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan bersedia memaafkan bahkan melupakan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan menekuni ketaatan dan meminggirkan kemaksiatan.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan banyak memberi dan kurang menerima.
Jika kita sedar mati datang tiba-tiba, kita akan memandang segalanya penuh cinta…penuh hiba! “


Jangan harapkan ucapan terima kasih
Daripada manusia
Kerana kita ingin memberi
Lagi
Sehingga terbukanya pintu
Syurga..


Setiap orang ada nilai
Yang berbeza
Kita jgn mudah marah
dgn perbezaan
Kita mungkin perlukan sedikit pengorbanan
Utk bersama dgn nilai yg berbeza itu
Berbeza itu adalah kesabaran
maka berbeza itu keindahan..



Cintai pasanganmu kerana cintamu kepada Allah. Cintai dengan cara-cara yang dicintai oleh Allah.
Sesungguhnya cara mencintai yang benar dapat menghantarkan kita menuju surga Allah.


Ada org kata
Jodoh adalah rahasia Tuhan. Tugas kita hanyalah berusaha mendapatkan yang terbaik.


*MUHASABAH BUAT HATI*
Yang kita dapat,
Tak semestinya kita suka,
Yang kita minta,
Belum tentu yang terbaik buat kita.
Yang terbaik buat kita,
Tidak semestinya Allah suka.
*Belajarlah redha dengan apa yang kita ada,*
*Kerana itulah yang terbaik buat kita...*
*Walaupun itu bukan yang kita suka...*
Belajar tawakal dari ujian.
Belajar redha dari ketentuan.



Berdamailah dengan masa silam dengan memaafkan diri mu dan orang lain. Lupakan kisah silam tetapi jangan diabaikan pengajarannya.  🍃🍃🍃
Berdamailah dengan masa depan dengan bersangka baik dan membina harapan. Fikir tetapi jangan khuatir.  🌸🌸🌸
Hanya dengan berdamai dengan masa depan dan masa silam kita akan mempunyai kekuatan dan keyakinan menghadapi masakini.


Ustz. Abu Bakar:
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah*
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah*
*Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah*
*Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu*
*Imam Ibn Qayyim*


Untuk yang kami cintai sepenuh hati, semoga lekas sembuh. Sabarkan hati. Kamu adalah pejuang terhebat inspirasi bagi kami semua.
Dari Allah-lah penyakit. Allah jualah yang menyembuhkannya.
Semoga bertambah keimanan kita dengan segala musibah dari-Nya.

Monday, April 17, 2017

KTP 014

KTP 014



Hidup Sederhana
Percaya atau tidak, gaya hidup sederhana dapat membuat hati tenang dan damai. Cuba lihat dan bandingkan kehidupan masyarakat kota dengan masyarakat desa. Masyarakat desa pada umumnya, hidup sederhana, bersahaja baik dengan orang lain maupun lingkungan. Lantas apa yang terjadi dengan gaya hidup demikian? Kita dapati mereka hidup dengan tenang, damai dan sentosa.
Gaya hidup sederhana. Tidak terlalu berlebih-lebihan. Tenang dengan apa yang telah diraih.



Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat
Ya Allah, hiburkanlah aku dengan ridha-Mu dan sabar dengan setiap ujian yang Engkau turunkan.
Andai saja sabar itu mudah tentu semua orang pun dapat melakukannya.
Dalam penantian anda akan menemukan indahnya hidup.
Kesabaran itu tidak ada batasnya. Jika masih terdapat batasnya maka itu bukanlah kesabaran.



Pujuk hati
Saya DIAM bukan bermakna saya tak boleh LAWAN cakap awak..saya SENYUM bukan bermakna saya RELA di marah, di caci atau di maki oleh awak..saya TUNDUK bukan bermakna saya KALAH..
>>> Tapi saya DIAM kerana saya tidak mahu MENYAKITI HATI awak seperti mana awak lakukan pada saya..saya SENYUM kerana saya teringat NASIHAt ( ........ ) supaya JANGAN TINGGIKAN suara pada insan lain..dan saya TUNDUK kerana saya YAKIN ALLAH sentiasa ADA bersama saya..hakikatnya saya juga seperti awak..punya hati dan perasaan



Bila ingin membuat DOSA ingatlah 3 perkara :
ALLAH :
Sentiasa melihat...
MATI :
Bila-bila saja akan tiba...
MALAIKAT :
Sentiasa mencatat setiap perbuatan...
#JomMuhasabahDiri


" Terkadang manusia lebih takut penyakit dari berbuat dosa tetapi dia tidak sedar bahawa dosa itu adalah penyakit😷. "


Cari Cinta Allah💔
Ajar diri untuk sabar apabila diuji
Kadangkala,
Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita sebenarnya adalah untuk mendidik kita.
Jadi lebih matang, lebih sabar dan lebih baik.
Moga Allah temukan kita semua dengan orang yang baik baik.....



Sesuatu yang Allah suka dan Allah redha
Pastinya Allah permudahkan
Pastinya Allah bukakan jalan..
Tak perlu memaksa,
Tak perlu menduga,
Tak perlu sengketa,
Tak perlu gelisah,
Kelak ia datang dengan rela
Itu petanda Allah redha..


HIKMAH PERGAULAN
Siapa saja yang SERING DUDUK (BERKUMPUL) bersama 8 kelompok manusia,
maka Allah akan memberinya 8 perkara :
١. من جلس مع الأغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها
Barangsiapa yang sering duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan kepadanya cinta dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
٢. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى
Barangsiapa yang sering duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan kepadanya perasaan syukur & ridha atas bembagian Allah.
٣. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب
Barangsiapa yang sering duduk dengan para pemimpin/raja (Pejabat), Allah akan menambahkan kepadanya perasaan sombong & keras hati.
٤. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوة
*Barangsiapa yang sering duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kepadanya kebodohan & syahwat.*
٥. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح
Barangsiapa yang sering duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan kepadanya lalai &senda gurau.
٦. ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي والإقدام عليها، والتسويف في التوبة
*Barangsiapa yg sering duduk dengan orang-orang fasik (gemar bermaksiat), Allah akan menambahkan kepadanya keberanian berbuat dosa & kemaksiatan, serta semangat untuk berbuat maksiat, kemudian menunda-nunda akan taubat.*
٧. ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات
*Barangsiapa yang sering duduk dengan orang-orang yang soleh, Allah akan menambahkan kepadanya kegemaran dalam amalan-amalan ketaatan.*
٨. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع
*Barangsiapa yang sering duduk dengan para ulama' , Allah akan menambahkan kepadanya ilmu & sikap waro (sangat berhati-hati dalam mengambil harta dunia)*
(Al Imam Al Ghazali dalam Tanbiihul Ghaafilin)


Kematian itu rasia Allah.
Tiada seorang pun yang tahu akan takdir kematiannya...
Ya Allah jangan kau matikan aku dalam keadaan kau mengaibkan aku depan khalayak ramai..
Jaga lah aibku YaAllah.
Matikan la aku dalam mentaatti perintahmu...


Nabi SAW berkata, “Mereka (para Nabi) sangat gembira dengan musibah seperti kalian gembira dengan kemudahan.” (Sahih. Riwayat Ahmad). Mengapa tidak, “Tidaklah seorang muslim terkena musibah penyakit atau yang lainnya kecuali Allah menghapuskan kesalahannya seperti pokok menggugurkan daun-daunnya.” (Bukhari dan Muslim). Bahkan Nabi berkata, “Manusia pada hari Kiamat menginginkan kulitnya dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia kerana melihat betapa besarnya pahala orang yang tertimpa musibah di dunia.” (Sahih. Riwayat Baihaqi)
Ketahuilah, Allah tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai kemampuan hambaNya. “Allah tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu.” (Al-Baqarah: 286). Allah juga berfirman, “Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh demikian itu mudah bagi Allah, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Al-Hadid: 22-23)






KTP 013

KTP 013

Perbanyakkan kebaikan kerana kebaikan itu boleh menghapuskan kejahatan
Kemuncak kebaikan ialah solat.

Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :
“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)
Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!




Suami perlu tahu 5
Istrilah yang Akan Tetap Setia Bersamamu
Para suami, sayangilah istri kalian, karena istri kalianlah yang akan menemanimu hingga kau tak berdaya suatu saat nanti. kedua orang tua pasti akan meninggalkanmu karena tutup usia, dan anak-anak yang engkau cintai pasti akan meninggalkanmu karena keluarga barunya. Maka ingatlah, istrilah yang akan menemanimu ketika kamu sakit ketika kamu mulai tak mampu lagi menopang badanmu sendiri ketika tua kelak. Sungguh istrimu, merupakan makhluk yang paling setia yang tetap berada di sampingmu.
Kasih sayang seorang suami itu merupakan kunci utama dari kesetiaan seorang istri.


Suami perlu tahu 4
Hanya Istri yang Bisa Menerima Segala Kekuranganmu
Jika ditanya, siapa yang mampu hidup dan membersamai seorang pria sangat lama hingga ajal menjemput? Maka ia adalah istri.
Tidak hanya hidup bersamamu mengarungi hidup ini, berjuang bersama hingga tetap mendukungmu walaupun orang lain membecimu. Namun, istrimu juga dengan sangat toleran menerima segala kekuranganmu.



Suami perlu tahu 3
Doanya Sebab Kesuksesanmu
Bekerja mencari nafkah merupakan kewajiban suami. Memberikan makan anak dan istri adalah tanggung jawab suami. Tapi, dibalik semua kerja kerasmu hingga engkau menjadi berjaya itu tidak lepas dari doa tulus istrimu di rumah.
Wahai, para suami sayangilah istrimu karena ia faktor paling berpengaruh dari kesuksesanmu selain karena ibumu. Ingatlah perkataan Umar RA bahwa “Kesuksesan seorang lelaki kerana ada dua wanita hebat di sampingnya, yakni ibunya dan istrinya.”
Perlakukanlah mereka dengan lembut, janganlah kalian menyakiti hatinya..
karena sesungguhnya salah satu doa yang qabul dan cepat diijabah adalah doa seorang istri yang dengan tulus mendoakan suaminya.


Suami perlu tahu 1
Sayangilah isterimu wahai para suami, kerana isterimu menjadi sebab yang besar rezeki kalian semakin bertambah dan diberkati oleh Allah SWT.
Ingatlah janji Allah, bagi orang yang menikah.
"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan, jika mereka miskin maka Allah akan menjadikannya kaya dari kurniaNya kerana Allah itu adalah Maha Luas PemberianNya lagi Maha Mengetahui" (Q.S.An Nur : 32).



Rahasia orang-orang yang dekat dengan Tuhan dilalui dengan jalan banyak zikir dan doa. Orang yang dekat dengan Tuhan, akan membuat mereka menjadi tenang, damai, pemaaf, penyayang dan sekian banyak sifat-sifat baik akan terpancar dari dalam dirinya.


Bantu orang lain
Salah satu hal yang dapat membuat hati tenang dan damai adalah ketika kita melihat senyum manis orang lain kerana kita telah membantunya. Sungguh menenangkan senyum kebahagiaan mereka.
Membantu orang lain menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi, membuat hati kita juga ikut senang. Sebanyak apa pun masalah kita, jangan abaikan orang lain. Berikan sumbangsi terbaik kita untuk mereka, sesuai dengan apa yang kita punya.
Ketenangan hati boleh ditemui dari orang lain.
Dari sini pula kita dapat belajar, bahwa liku liku dan kerasnya kehidupan bukan hanya menimpa kita. Namun juga dirasakan orang lain. Jangan payah membantu orang lain, apa pun itu. Walaupun membantu ia 'hanya' dengan tersenyum. Niscaya senyum itu pun akan memancar kembali kepada diri kita.

Monday, April 10, 2017

KTP 012


Bila seseorang ditegur atas kesalahannya, lalu mula 'menyerang' peribadi & ungkit kesalahan lalu orang yang menasihati, itulah tanda nafsu amarah sedang kuasai minda sehingga cuba mencari 'excuse' untuk merasa diri tetap lebih baik dari yang lain.
Paling minima, usahakan DIAM ketika menerima nasihat yang benar, JANGAN terus komen, ambil masa untuk berfikir, jika benar apa yang ditegur, maka ambillah.Jika salah teguran itu, biarlah.. tidak perlu membalas khususnya jika penegur GUNA BAHASA MENGHINA & MENGUTUK. Membalas teguran seperti itu hanya akan gembirakan nafsunya sahaja. Benar memang 'pedih' bersabar tapi inshaAllah berguna seperti pahitnya ubat. Insha Allah
- Muhasabah Diri-


Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab.
Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat.
Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi
يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)
Berdoalah dengan adab-adab menurut sunnah seperti berikut :-
1. Menghadap qiblat, angkat kedua belah tangan dan boleh menyapu muka di akhir doa.( sapu wajah selepas doa ada khilaf ulama kerana hadisnya diperdebat kerana dikatwgorikan sbg dhoif, namun Al-Hafidz Ibn Hajar dalam kitab Bulughul Maram berijtihad bahawa hadis-hadisnya saling mengukuh maka boleh diamalkan, bagi yang nak tinggalkan juga boleh. Namun ulama mazhab as-Syafie seperti Izzudin abd salam menolak amalan sapu muka lepas doa, demikian nukilan Al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj,1/370)
2. Merendahkan suara di antara bisik dan jahar (lantang)
3. Hadir hati, Khusyu' dan rendah diri, berserah diri kepada Allah.
4. Datangkan rasa 'confirm' doa akan dimaqbulkan dan benar-benar harap kepada Allah swt.
5. Merayu bersungguh maka seeloknya diulang tiga kali.
6. Membuka doa dengan 'Majami' al-Hamd' (induk dan penghulu lafaz pujian kepada Allah swt - thukah kalian bacaannya? selawat ke atas Rasul s.a.w dan diakhiri juga sedemikian.
7. Istighfar dan taubat beserta doa, jika ada ZALIMI maruah atau harta orang lain WAJIB DIKEMBALIKAN SEGERA. itu adalah faktor paling kuat untuk maqbulnya doa.
8. Memahami doa yang dipinta.
SELAMAT BERDOA, antara waktu mustajab berdoa di hari Jumaat adalah selepas Asar sebelum Maghrib.
#DrZaharuddinAbdRahman


[ 5 TIP PELABURAN BERKAT ]
1. Kenali pelaburan jenis jangka panjang
atau pendek yg dikehendaki berdasarkan kemampuan kewangan diri.
2. Pastikan pelaburan yg halal dengan mencari maklumat drpd penasihat syariahnya.
3. Melabur dengan jumlah lebihan simpanan bukannya pinjaman.
4. Jangan lupa berzakat atas wang yang dilaburkan jika cukup nisab walaupun tiada keuntungan & perbanyakkan sedekah.
5. Utamakan kajian & analisa risiko sebelum melabur & tidak terikut -ikut dengan maklumat 'dengar-dengar'.
*** Petikan dari ;
Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Majalah Al-Ustaz

KTP 011

Jika kita merasa susah dan sedih, Nabi menganjurkan membaca doa:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ
"Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur 'Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur 'Arasy mulia."
(H.R. Bukhari-Muslim)



Jangankan yang terlihat, yang tersembunyi di hatimu saja, tidak terlihat dan tidak terucap. Allah tahu...
.
24 jam Allah mengawasimu,
Tidak sedikitpun Allah lalai dalam memperhatikanmu,
Ada pula malaikat di kanan dan kiri yang mengikuti setiap langkahmu.
.
Akan ada masanya kelak segala yang kita lakukan akan diminta dipertanggungjawabkan. Cukup buku amalan dan anggota badan sebagai bukti perbuatan.



"Kalau orang tunjuk kita punya salah, maka kita bersyukur, sebab boleh betulkan salah kita. Terkadang salah orang sebesar nyamuk kita nampak, salah kita sendiri sebesar gajah, kita tak nampak, sebab apa tidak nampak, sebab egonya. Rasa diri paling benar " .
[Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid]




KTP 010


BELAJAR DARI API
Suatu hari Rabiatul Adawiyah keluar dari rumahnya lalu terserempak dengan seorang lelaki yang sedang membakar ayam.
Ketika dia melihat ayam itu dibakar, air matanya mengalir. Lelaki yang sedang membakar ayam itu hairan lalu bertanya,
"Apa yg membuatkan engkau menangis wahai Rabiatul Adawiyah??"
Rabiatul Adawiyah lantas menjawab, " Binatang dimasukkan ke dalam api ketika ia telah mati tetapi manusia di akhirat kelak dimasukkan ke dalam api dalam keadaan hidup dan tidak akan mati..."
Dalam sebuah kisah yang lain seorang anak kecil kelihatan sedang menangis teresak-esak, apabila ditanya oleh ibunya mengapa dia menangis maka dia menjawab "Saya melihat ibu tadi ingin menyalakan api dapur meletakkan kayu-kayu yang kecil terlebih dahulu kemudian baru meletakkan kayu api yang besar, saya terfikir dan khuatir di akhirat nanti Allah mencampakkan dulu budak-budak kecil berdosa dalam api neraka terlebih dahulu kemudian baru orang besar".
Demikian adalah sekelumit kisah mengenai orang yang mengambil pengajaran dalam hidupnya pada setiap pandangannya terhadap sesuatu sehingga dia menjadi semakin takut kepada Allah.


Jangan nilai orang yang bergelumang dengan dosa itu ahli neraka.
☘🌸 Tapi, nilailah diri kita layakkah ke syurga kalau semua kebaikan yang kita lakukan hanya untuk dapat pujian manusia.
☘🌸Sebaik² insan adalah yang sentiasa merasa dirinya tidak sempurna dan merasa dirinya sentiasa ada kekurangan dan melakukan kesalahan serta kesilapan.



Mengapa orang kafir sebaik mana pun tetap dimasukkan ke dalam neraka.
Jawapan yang membuat seorang pemuda terdiam.
Pemuda: Ada seorang yang terlalu baik, anti rasuah, membina masjid, rajin menderma sehingga hidupnya dikorbankan untuk menolong orang, lalu suatu hari telah meninggal dunia dan dia bukanlah seorang muslim. Dia akan masuk syurga atau neraka ?
Dr. Zakir Naik:
Neraka.
Pemuda: Eh ? Kan dia orang baik. Kenapa masuk neraka ?
Dr. Zakir Naik:
Kerana dia bukan Muslim.
Pemuda: Tapi dia orang baik. Ramai orang dapat manfaat dan bantuan disebabkan dia, bahkan umat islam juga. Malah pembinaan masjid. Apakah jahat kah tuhan kalau orang sebaik dia dimasukkan ke dalam neraka juga.
Dr. Zakir Naik:
Allah swt tidak jahat, tapi hanya adil.
Pemuda:
Adil dari segi mana ?
Dr. Zakir Naik:
Kamu sekolah setakat mana ?
Pemuda: Saya ini master sains lulusan USA, kenapa ?
Dr. Zakir Naik:
Bagaimana kamu boleh mendapat lulusan master sains dari USA ?
Pemuda: Kerana saya belajar di sana. Pelajar lulusan universiti sana.
Dr. Zakir Naik:
Apakah nama kamu didaftarkan di sana. Kamu mendaftar ?
Pemuda: Ya, terang jelas, ijazah nya masih baru.
Dr. Zakir Naik:
Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu tetap ke sana, hadir setiap kuliah, senyap2 ambil peperiksaan, malah kamu telah mendapat markah yang sempurna, adakah kamu akan mendapat ijazah. ?
Pemuda: Tentu tidak. Itu namanya mahasiswa haram, walaupun dia bijak, dia tidak berdaftar sebagai mahasiswa, universiti mempunyai peraturan nya.
Dr. Zakir Naik:
Bermakna universiti kamu itu jahat, ada orang yang begitu bijak tidak diberikan ijazah hanya kerana semata-mata tidak mendaftar ?
Pemuda: Terdiam.
Dr. Zakir Naik:
Bagaimana ?
Pemuda: Ya. Itu bukan jahat. Itu adalah peraturan. Mahasiswa itulah yang bersalah kerana dia tidak mahu mendaftar, akibatnya dia tidak mendapat ijazah dan gelaran resmi dari kampus.
Dr. Zakir Naik:
Lihatlah. Universiti pun mempunyai peraturan nya sendiri, apatah lagi peraturan dunia dan akhirat ini. Kalau syurga diibaratkan ijazah, dunia ibarat bangku kuliah, maka syahadah ibarat pendaftaran. Maka tidak mungkin kita akan diakui dan mendapat ijazah, walaupun kita mengikuti kuliah dan mampu melaluinya dengar gemilang. Ini adalah peraturan. Menerapkan nya bukanlah kejahatan tetapi merupakan keadilan.
Pemuda: Terdiam. Tanpa berkata2.

KTP 009

beberapa tips menumbuhkan Rasa Percaya Diri Pada Anak:
1. Dengan memberikan kasih sayang tanpa syarat (unconditional love).
Menerima anak kita apa adanya, menghargai temperamen, kelebihan dan kekurangannya. Hal ini diperlukan agar anak merasa aman (secure) sehingga anak dapat menghadapi lingkungan dan situasi sulit dengan lebih percaya diri.
2. Bermain Dengan Anak
Bermain dengan anak juga bisa memicu rasa percaya diri anak. Kita sebagai orangtua akan banyak belajar tentang anak kita saat bermain bersama. Bermain bersama juga akan memberikan perasaan bernilai dan berharga pada anak.
3. Jangan Membanding-bandingkan
Selain itu, sebaiknya orang tua menghindari membanding-bandingkan dengan saudara kandung ataupun dengan anak lain. Orang tua juga harus bisa menerima perasaan anak dan menjadi pendengar yang baik terhadap keluh kesahnya.
Hal itu akan menumbuhkan rasa berharga dan aman pada anak, sehingga anak dapat mampu menghadapi konflik atau situasi sulit dengan lebih percaya diri. “Contoh, ketika anak sedang memiliki perasaan negatif, orang tua dapat mengatakan 'kamu kesal ya', 'kamu marah', 'Kamu tidak suka karena dituduh oleh gurumu' dan lainnya,” ujarnya.
4. Memberikan Pujian
Cara lain untuk menumbuhkan rasa percaya diri anak adalah dengan memberikan pujian meskipun usahanya belum tentu maksimal. Pujian yang sesuai dapat membantu anak merasa dirinya mampu. Contohnya, "Mama bangga kamu membereskan mainan sendiri”.
5. Belajar Dari Kesalahan
Tak hanya itu, memberikan kesempatan pada anak belajar dari kesalahan juga bisa memicu rasa percaya diri anak. Ketika anak berbuat suatu kesalahan dan kita tidak langsung menyalahkan, anak akan merasa bahwa berbuat salah adalah sesuatu yang wajar terjadi dan kita bisa belajar dari kesalahan yang telah dilakukan.
Hal itu bisa dilakukan dengan mengatakan 'tidak apa-apa nak, mama akan bantu' atau 'pelan-pelan kamu pasti bisa lebih baik'.
6. Memberikan Tanggung Jawab dan Kesempatan
Satu lagi cara menumbuhkan rasa percaya diri pada anak dengan memberikan tanggung jawab dan kesempatan anak untuk mandiri. Berikan tanggung jawab sehari-hari pada anak, seperti membantu merapikan mainan, mencuci piring yang telah ia pakai, menyiapkan buku, dan lainnya.
Cp


Apa Makna Hidup Menurut Al Quran?
Sekali lagi, Anda bisa mendalami Al Quran untuk menemukan makna hidup yang sebenarnya. Berikut adalah beberapa pemahaman inti tentang makna hidup menurut Al Quran.
Pertama: Hidup Adalah Ibadah
Pada intinya, arti hidup dalam Islam ialah ibadah. Keberadaan kita dunia ini tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Makna ibadah yang dimaksud tentu saja pengertian ibadah yang benar, bukan berarti hanya shalat, puasa, zakat, dan haji saja, tetapi ibadah dalam setiap aspek kehidupan kita.
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (QS Adz Dzaariyaat:56)
Kedua: Hidup Adalah Ujian
Allah berfirman dalam QS Al Mulk [67] : 2 yang terjemahnya,
”(ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Disarankan Untuk Anda: Arti Hidup
Allah akan menguji manusia melalui hal-hal sebagai berikut sesuai dengan QS Al Baqarah [2]:155-156 sbb,
“dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.”
Ketiga: Kehidupan di Akhirat Lebih Baik dibanding Kehidupan di Dunia
Dalam QS Ali ‘Imran [3]:14, “ dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).“
QS Adh Dhuha [93]:4, “dan sesungguhnya hari kemudian (akhirat) itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).”
Keempat: Hidup Adalah Sementara
Dalam QS Al Mu’min [40]:39, Allah berfirman, “Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal.“
Dalam QS Al Anbiyaa [21]:35, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.“

KTP 008

Tatkala Rasulullah S.a.w ditanyakan tentang tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi S.a.w menjawab, "Laa adri (saya tidak tahu)." Sehinggalah datang Jibril a.s kepadanya, maka ditanyakannya. Lalu Jibril menjawab, "Laa adri." Sehingga diberitahu oleh Allah Azza wa Jalla, bahawa tempat yang terbaik ialah masjid dan tempat yang terburuk ialah pasar." [HR Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar dan al-Hakim, dari Ibnu Umar]






Tanda-tanda Allah benci pada hambaNya
1 - Lupa dan malas berzikir pada Allah: "Wahai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, Aku jadikan juga dua tanda kepadanya"
Nabi Musa Alaihisalam : "Wahai RabbKu, apa kedua tanda itu?"
Allah S.w.t berfirman : "Aku akan melupakannya berdzikir kepada Ku, Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar dia terjerumus dalam lautan Murka Ku dan merasakan azab pedihKu." [2]
2 - Syirik kepada Allah S.w.t: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh dia telah berbuat dosa yang besar." [Surah An Nisa’ : 48]
3 - Hidup senang-lenang tanpa mendapat ujian berat yang membolehkannya menginsafi diri dan takut pada Allah.
"Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (siksanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat." [Hadits Riwayat Tirmizi, 2396]
4 - Banyak melakukan maksiat dan kerosakan, terutamanya maksiat dan perkara-perkara mungkar yang terang-terang tanpa malu dan segan.
"Allah tidak suka perbuatan orang yang melakukan kerosakan dalam masyarakat." [Surah Al Baqarah : ayat 205]
"Allah tidak suka para pengkhianat yang banyak berbuat dosa." [Surah An Nisaa’ : ayat 107]
"....... dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memuliakannya, sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya." [Surah al-Hajj : ayat 18]
5 - Cinta kepada dunia dan hawa nafsu lebih daripada cinta kepada Allah dan RasulNya.
"Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq." [Suraah At Taubah : Ayat 24]
"Tidak (sempurna) iman seorang daripada kamu sehingga aku (Muhammad) lebih disayangi daripada hartanya, anaknya dan orang lain." [Hadits riwayat Bukhari]
"Tidakkah kamu lihat (wahai Muhammad) orang yang menjadikan tuhannya ialah hawa nafsunya, dan Allah sesatkan dirinya padahal dia berilmu…" [Surah Al Jatsiyah : ayat 23]
6 - Orang yang sombong (takabbur). "....... Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabbur dan membangga-banggakan diri." [Surah An-Nisaa' : ayat 36]
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." [Surah Luqman : ayat 18]
"Mahukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur (sombong)." [HR Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853]
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi." Ada seseorang yang bertanya, "Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan selipar yang bagus?" Beliau S.a.w menjawab, "Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain." [HR Muslim no. 91]
Imam Adz-Dzahabi rahimahullahu berkata, "Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyu' serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memerhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu introspeksi dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari jalan yang lurus dan akan binasa. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodoh dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar dzarrah (biji sawi). Laa haula wa laa quwwata illaa billah." [3]
7 - Orang yang tidak tenang dan sentiasa resah-gelisah kerana dunia. "....... dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." [Surah al-An'aam : ayat 125]
8 - Orang yang menentang ajaran Islam. Umar ibnu al-Khattab r.a berkata, "Kita dimuliakan Allah dengan Islam dan barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam, maka dia akan dihinakan." [Ibnu Abdil Birr dalam kitab Al-Mujalasah wa Jawahiril Ilmi, juz II, hlm 273]
"Dan tidaklah layak bagi orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah S.w.t dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa dia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata." [Surah al-Ahzab : ayat 36]
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq." [Surah Al-Ma’idah : ayat 49]



Berakhir hidup dengan husnul khatimah: Rasulullah S.a.w bersabda: "Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan memaniskannya."
Sahabat bertanya: "Apa itu memaniskannya ya Rasulullah?"
Baginda berkata: "Dia akan memberinya petunjuk untuk melakukan kebaikan ketika menjelang ajalnya, sehingga tetangga akan meredhainya (atau ia berkata) orang sekelilingnya." [Hadits Riwayat Al-Hakim]



Sabar dan redha dengan ujian-ujian dari Allah: "Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun" Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." [Surah Al-Baqarah : 155-157]
"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum pasti Dia menguji mereka. Maka siapa yang redha (terhadapnya) maka baginya keredhaan Allah, dan siapa yang marah (terhadapnya) maka baginya kemurkaan Allah." [Hadits Riwayat Al-Tirmidzi dan Ibnu Majah]
"Tidaklah seorang mukmin dan mukminah tertimpa musibah pada dirinya, anaknya dan hartanya sehingga dia berjumpa Allah Ta'ala tidak membawa satu kesalahan pun." [Hadits Riwayat Al-Tirmidzi. Beliau berkata: hadits hasan shahih] [1]
"Kalau Allah menghendaki kebaikan kepada hambaNya, maka akan disegerakan hukumannya di dunia, kalau mengkehendaki kepada hambaNya keburukan, maka ditahan (siksanya) kerana dosanya sampai penuh nanti di hari kiamat." [Hadits Riwayat Tirmizi, 2396]
Oleh itu antara tanda Allah mencintai seorang hamba juga ialah Dia uji hamba itu dengan pelbagai ujian. Maka jika hamba itu bersabar dan redha, itulah tandanya Allah cintakan hamba tersebut.
Dan ketahuilah, para rasul dan nabi lah yang paling berat menerima ujian dan musibah dari Allah S.w.t. Kerana itulah darjat mereka tinggi, dan menjadi teladan kepada seluruh manusia dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini.

Tuesday, April 04, 2017

KTP 007

Sayangkan ALLAH banyakkan berZIKIR..,
Sayangkan RASUL banyakkan berSELAWAT..,
Sayangkan AKHIRAT ingatkan MATI..,
Sayangkan SYURGA banyakkan berIBADAT..,
Sayangkan DUNIA banyakkan berISTIGHFAR.....
IMAN ITU IKHLAS ♡
All praise is to ALLAH.


Sakit dan Musibah Adalah Penghapus Dosa
Ini adalah hikmah terpenting sebab diturunkannya sakit dan musibah. Dan hikmah ini sayangnya tidak banyak diketahui oleh saudara-saudara kita yang tertimpa musibah. Acapkali kita mendengar manusia ketika ditimpa sakit dan musibah malah mencaci maki, berkeluh kesah, bahkan yang lebih parah meratapi nasib dan berburuk sangka dengan takdir Allah. Nauzubillah, kita berlindung kepada Allah dari perbuatan semacam itu. Padahal apabila mereka mengetahui hikmah dibalik semua itu, maka –insya Allah– sakit dan musibah terasa ringan disebabkan banyaknya rahmat dan kasih sayang dari Allah Ta’ala.
Hikmah dibalik sakit dan musibah diterangkan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, dimana beliau bersabda:
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).
“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).
“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).
“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”.
(HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).


JANGAN PUTUS ASA BERDOA
Kata Abu Darda' رضي الله عنه,
من يُكثر قرع الباب يُوشك أن يُفتح له، ومن يُكثر
الدعاء يُوشك أن يستجاب له.
"Sesiapa yang memperbanyakkan mengetuk pintu, pasti sangat hampir pintu itu akan dibuka buat dirinya dan sesiapa yang memperbanyakkan doa, pasti sangat hampir doa itu akan dimakbulkan buatnya."
- Riwayat Al-Baihaqi dalam شعب الإيمان.
Tatkala lidahmu dipermudahkan oleh Allah untuk berdoa, pasti Dia mahu mengabulkan permintaanmu.
Teruskan berdoa dan bersangka baik kepadaNya. 😊



Muhasabah diri.
"Nak BAHAGIA tapi diri tak belajar erti redha.. Menidakkan segala ketentuan Dia...
Ya, faham bukan senang nak ajar diri punya sifat redha..
Tak semua perkara yang kita suka Allah redha. Tak semua perkara yang membahagiakan Allah redha..
Bila diri belajar erti pasrah dan redha, kebahagiaan bertubi2 Allah akan hamparkan buat kita..
Tidak lah tiap2 perkara ITU akan terjadi jika Allah tidak izinkan.. Bukan semua apa yg kita mahu kita akan dapat.
Percayalah orang yang kuat adalah bila dia sabar dan redha dengan apa yang terjadi...
Bukan memberontak.. Sabarkan hati,Yang terbaik selalunya tidak datang dengan cepat. Allah tidak beri apa yg kita mahu tapi apa yg kita perlu.."!!
Nm


TEGURAN
itu pahit diterima tetapi ia boleh mendidik jika diterima
dengan baik.
🍃PUJIAN
itu manis didengar
tetapi ia boleh merosakan hati jika di
terima dengan riak.🍃


KTP 006

HADIAH UNTUK
SAHABAT2KU DI MANAPUN BERADA
════════
```Berkata Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu: Tidaklah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang sholih. Maka apabila kalian mendapati teman yang sholih, peganglah ia erat-erat":```
══════════
```Berkata Imam Syafi'i:
" Apabila kalian memiliki teman - yg membantumu dalam ketaatan- maka genggam erat tangannya, karena mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah darinya itu mudah":```
══════════
```Berkata Al Hasan Al Bashri:
" Sahabat2 kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak2 kami, karena keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat2 kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebagian sifat mereka adalah : itsar (mendahulukan orang lain dalam perkara dunia):```
══════════
``` Berkata Luqman Al hakim pada anaknya:
" Wahai anak ku hendaknya yang pertama engkau usahakan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Karena ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawahnya, ia akan meneduhimu, bila engkau mengambil buahnya dia akan mengenyangkanmu, dan bila ia tidak memberimu manfaat, ia tidak merugikanmu"```
══════════
`` Ketika Imam Ahmad rahimahullah sakit, sampai terbaring di tempat tidurnya, sahabat beliau, Imam Syafi'i rahimahullah menjenguknya. Maka tatkala Imam Syafii melihat sahabatnya sakit keras, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit karenanya. Maka ketika Imam Ahmad mengetahui hal ini, beliau menguatkan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i. Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata:
Kekasihku sakit, dan aku menjenguknya
Maka aku ikut menjadi sakit
karenanya
Kekasihku telah sembuh dan ia
menjengukku
Maka aku menjadi sembuh
setelah melihatnya
══════════
Ya Allah berikan kepada kami sahabat sahabat yang soleh
Allah berfirman :
: {وسيق الذين اتقوا ربهم إلى الجنة زمرا} .
Imam Ibnul Qayyim berkata menafsirkan ayat ini: "Allah enggan memasukkan manusia ke dalam syurga dalam keadaan sendirian, maka setiap orang akan masuk syurga bersama sama dengan sahabatnya"
Aku memohon kepada Allah, dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang mulia, agar kita menjadi sahabat sejati dalam ketaatan, yang kelak tangan-tangan ini akan menggandeng tangan yang lain memasuki syurgaNya. Aamiin ya Rabbal 'aalamiin
⌣̊┈»̶·̵̭̌✽✽·̵̭̌«̶┈⌣̊
Wahai para sahabat-sahabat ku yg soleh dan solehah ingatlah diriku ketika kelak ALLAH memasukan dirimu ke syurga-NYA.. gandenglah tanganku agar aku dapat beriring bersama denganmu menuju Surga ALLAH..```
—-------------------------—
Silakan dishare dan semoga bermanfaat bagi kita semua,
Barakallahu fiekum



Sayangkan ALLAH banyakkan berZIKIR..,
Sayangkan RASUL banyakkan berSELAWAT..,
Sayangkan AKHIRAT ingatkan MATI..,
Sayangkan SYURGA banyakkan berIBADAT..,
Sayangkan DUNIA banyakkan berISTIGHFAR.....
IMAN ITU IKHLAS ♡
All praise is to ALLAH.



KTP 005

Bahwa dengan adanya sikap tersebut pada diri sang hamba menunjukkan Allah merahmati dan mencintainya.
Dengan sikap tersebut, luluhlah hati orang-orang sehingga mau menerima seruannya. Sebaliknya, apabila hamba tersebut bersikap kasar lagi berhati keras, sudah pasti orang-orang tidak menyukainya.
Betapa berbedanya dua orang ini seperti bumi dan langit. Lemah lembut ibarat magnet yang mendekatkan hati manusia kepada orang yang memiliki sikap tersebut.



Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, dan Maha Mengetahui atas apa yang diperbuat hamba-Nya baik yang tersembunyi maupun yang terang-terangan dilakukan. Apa yang terjadi pada hari ini adalah sebagai akibat dari apa yang kita lakukan dimasa lalu. Tidak peduli apakah masa lalu itu tahun kemarin, bulan kemarin, atau bahkan hari kemarin. Maka, sejarah -- dengan izin Allah -- akan memainkan peranannya dalam memutarbalikkan keadaan. Dari kaya menjadi miskin. Dari sengsara menjadi bahagia. Dari tangisan menjadi sukacita. Menjadi sesuatu yang tidak aneh lagi.
oleh Abu Farras Mujahid



Kadang-kadang kita tak perasan,
Masih banyak yg kita perlu perbetulkan,
tapi kita tak boleh nk terima pandangan.
Kadang-kadang kita tak perasan,
kita rasa kita paling hebat,
tp sbnrnye org rasa kita ni belagak pandai.
Kadang-kadang kita tak perasan,
kita dah buat kesalahan,
tapi kita tak boleh nk terima teguran.
Tapi sejauh mana kita PERASAN,
kita sebenarnya Hamba Allah yg juga manusia biasa,
yang sgt2 perlukan masa,
untuk berfikir dan kembali bermuhasabah diri utk perkara yg kita lakukan??.
Kadang-kadang kita tak perasan semua tu,
sbb kita manusia biasa yang hidup penuh dgn perasaan..



sbg shbt, apabila shbt kita............
Tak Faham, Kita Terangkan -----> Bukan Ketawakan....
Tak Tahu, Kita Tunjukkan -------> Bukan Dimarahkan....
Tak Betul, Kita Nasihatkan ------> Bukan Diumpatkan....
Tak Jelas, Kita Jelaskan ---------> Bukan Dirumitkan....
Tak Mampu, Kita Usahakan ----->Bukan Dimanjakan....



Berilah Walau SedikitBukan banyak yang diperlukan utk memberi. Bukan nilai sesuatu brg yg dikira dlm pemberian. Yg penting, ianya ikhlas dalam memberi.
Tidak susah dan tidak mahal utk menggembirakan org lain. Kata-kata, senyuman,ataupun doa. Tidak walau 1 sen pun dikeluarkan utk kita memberi semua itu. Tetapi ianya cukup berharga buat si penerima. Dan kegembiraan itu akan dtg kepada kita semula. Bak kata pepatah inggeris "what you give,you get back".
Jika anda miskin, jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak memberi.




Bila Hati Diguris
Kadang-kadang hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar. Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang. Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada masa hadapan.
Aku bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan. Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.

 Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari Rabb-Nya.
Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.
Positif menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.
Apa pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati. Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di akhirat.
Nabi SAW bersabda "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya."
sumber : iluvislam



KTP 004


Apabila mereka melakukan kesalahan ke atas kamu..
Jangan dinanti kata maaf darinya...
Tapi sebaliknya kamu memaafi kesilapannya..
Kunci kebahagiaan dan ketenangan itu adalah sentiasa memberi kata maaf bukan menerima..
Kerana memberi itu mendidik hati menjadi pemurah dan ikhlas...


Teruskan untuk terus memperbaiki diri walaupun langkah penghijrahan kita perlahan, namun disisi Allah, Masyaa Allah.
Usahalah untuk jaga istiqomah kerana istiqomah itu adalah intipati kepada kejayaan atas perubahan. Banyak ALASAN itu bukanlah pengecualian tetapi ia adalah sketsa yang merugikan.
Sekiranya kita ingin melancong ke tempat yang indah tanpa usaha untuk mendapatkan modal, maka ia tinggal sebagai angan2 kosong. Begitulah hakikatnya SYURGA , usahalah untuk mencari modal yang secukupnya untuk menuju ke destinasi yang teramat jauh itu iaitu dengan mempertingkatkan amal soleh sebagai modal kita. Semoga kita berusaha menjaga ketaqwaan.

Doa Mohon Dijauhkan Dari Perbuatan Maksiat
اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَساَلُكَ التَّوبَةَ وَدَوَامَهَا وَنَعُوذُبِكَ مِنَ المَعصِيَةِ وَاَسبَابِهَا وَذَكِّرنَا بِالخَوفِ مِنكَ قَبلَ هُجُومِ خَطَرَاتِهَا وَاحمِلنَا على النَّجَاةِ مِنهَا وَ مِنَ التَّفَكُّرِ فِى طَرَائِقِهَا وَامحُ مِن قُلُوبِنَا حَلَاوَةَ مَااجتَنَينَاهُ مِنهَا وَاستَبدِلْهَا بِالكَرَاهَةِ لَهَا وَالطَّمَعِ لِمَا هُوَ بِضِدِّهَا.

ALLAHUMMA INNAA NAS-ALUKAT TAUBATA WADAWAAMAHAA WANA'UUDZUBIKA MINAL MA'SHIYYATI WA ASBAABIHAA WA DZAKIRNAA BIL KHAUFI MINKA QABLA HUJUUMI KHATHARAATIHAA WAHMILNAA 'ALAN NAJAATI MIHAA WAMINAT TAFAKKURI FII THARAA-IQIHAA WAMHU MIN QULUUBINAA HALAAWATA MAJTANAINAAHU MINHAA WASTABDILHAA BIL KARAAHATI LAHAA WATHTHAMA'A LIMAA HUWA BIDHIDDIHAA.



"Wahai Allah, kami memohon kepadaMu petunjuk sehingga kami bertaubat senantiasa atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepadaMu dari perbuatan maksiat dan sebab-sebabnya, dan jadikanlah kami selalu ingat kepadaMu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya rasa loba untuk berbuat sebaliknya."
ALLAHUMMA AAMIIN YA RABBAL'ALAMIN

"Sindir menyindir ni kalau sikit-sikit bagus.. Sekali sekala bagus.. Tapi, kalau asyik dengan teknik sindir menyindir sampai setiap hari kerjanya kena fikir apa sindiran nak diberi pada orang lain dan masyarakat, lama-lama hati sendiri akan tertusup dengan rasa angkuh.. Lama-lama bahasa akan jadi makin kasar.
Maka, mulalah kita menyindir bukan sebab itu merupakan 'salah satu teknik' yang mampu buat orang tersengat.. Tetapi, kita mula menyindir sebab memang niat kita saja nak bagi orang rasa pedih.. Memang kita nak mereka rasa bengkak kene 'tembak' dengan kita.
Bukan nak kata tak boleh langsung teknik sindir menyindir ni.. Tapi, pada kadarnyalah.. Kalau overdose, boleh jadi overdosa..
Muhasabah terutama buat diri sendiri yang sangat lemah dan goyah imannya"


Lemah Lembut
Lemah lembut merupakan pemberian Allah yang sangat berharga bagi hamba-Nya. Bila akhlak ini melekat pada diri kita, maka sudah sepantasnya kita bersyukur karena merupakan suatu tanda bahwa Allah mencintai kita.
Rasulullah Saw. bersabda, “Jika Allah mencintai suatu keluarga maka Dia memasukkan sikap lemah lembut kepada mereka.” (HR. Ibnu Abid Dunya)
Selain hadits ini, banyak sekali keutamaan sikap lemah lembut baik yang disebutkan Al-Qur’an, hadits, maupun perkataan salafus shalih.
Allah Swt. berfirman, “Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka, sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Qs. Ali Imran: 159)
Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan. Dan Dia memberi pada kelembutan itu sesuatu yang tidak diberikan Nya pada sikap kasar, dan apa yang tidak diberikan Nya pada yang lainnya.” (HR. Muslim)
“Barangsiapa yang terhalangi dari bersikap lemah lembut, maka dia telah terhalang dari seluruh bentuk kebaikan.” (HR. Muslim)
Demikianlah ayat dan hadits ini menjelaskan salah satu kedudukan yang utama sikap lemah lembut.


KTP 003

Ada orang bangun pagi, dia terus mandi ready nak pergi solat Subuh.
Ada orang bangun pagi, main phone dulu. Tgok wassap, telegram. Up date dulu ucap selamat pagi kat FB insta weChat. Bila subuh dah nak habis, baru cepat2 lari gi ambil wudhuk.
Ada orang dah bangun tapi tidur balik.
Ada orang subuh memang tak bangun2.
Ada orang lepas solat subuh, dia baca Quran dan al-Ma'thurat, mengaji dan sebagainya.
Ada orang lepas solat subuh, dia terus main tepon, atau tengok tv dulu.
Ada orang lepas solat subuh, dia sambung tidur balik.
Ada orang, subuh gajah pun x bangun lagi
Ada orang, sepanjang hari dia cuba mengingati Allah, cuba tidak melanggar perintahNya dan melaksanakan suruhanNya, dan cuba untuk menjadi terbaik di mataNya.
Ada orang, sepanjang hari dia kerja/belajar jee, bila habis, dia tidur semula untuk sambung keesokan harinya. Ulang2 buat benda yg sama.
Ada orang, dia tak buat apa2 pun sepanjang hari, just duduk tengok tv, main game atau lepak2 ngn member2.
Ada orang sebelum tidur, dia bermuhasabah. Tangisi dosanya dan ketelanjuran diri, juga berharap Allah meredhai harinya.
Ada orang sebelum tidur, dia mesej atau call pakwe/makwe sampai ke tengah malam. Bahkan sampai ke pagi. Tersengih sorang2, kemudian tidur tersenyum bahagia sedang dia sebenarnya dalam kemurkaan Tuhan.
Ada orang, dia terus tidur dan tidak memikirkan apa2. Hanya menunggu keesokan hari pula untuk dilalui.
Begitulah rutin harian setiap orang. Masing2 memainkan watak masing2 tanpa disuruh siapa2. Mereka mewatakkan diri mereka secara rela. Andai wataknya tidak solat, maka dia tidak solat. Begitu lah seterusnya..
Bila ajal menjemput secara mengejut...
Ada orang mati ketika dia sedang sembahyang.
Ada orang y akan mati ketika dia khusyuk main game.
Ada orang y akan mati ketika sedang sibuk dan leka dengan perkara duniawi.
Dan ada orang y mati ketika dia sedang hanyut membuat maksiat.
Lalu, apakah kesudahan episod cerita kita?
Sad ending kah, atau happy ending ?
Ternyata, semua nya sudah tercermin ketika kita masih hidup. Dengan apakah hayat kita digunakan.
Allah telah agihkan masa dan umur manusia itu dengan adil berdasarkan ilmu disisiNya. Semua manusia ada kesempatan dan peluang untuk menggapai syurga. Cuma ramai yg menyia2 kannya selama ini. Tup2 bila mati, menyesal tidak henti.
Ingat tuan2, bila Allah dah panggil balik, masa tu, tak ada lagi harapan untuk berpatah balik.. Ur time is up ! Kita dah habiskan semua waktu yang Allah peruntukkan dah untuk kita ke syurga.
Dari itu tuan2, MANFAATKAN LAH MASA YANG MASIH ADA..JANGAN KITA LUPA, DUNIA INI HANYA TEMPAT PERSINGGAHAN..
Moga kita sempat bertaubat sebelum terlambat..amin..
Wallahua'lam..


Tanda kebahagiaan ada tiga :
1. Bersyukur ketika mendapat nikmat
2. Bersabar ketika mendapat ujian
3. Beristighfar ketika terbuat dosa.
Nikmatilah hidup antara Syukur, Sabar dan Istighfar.


*MALU*
Malu bila;
Orang sangka kita ini baik, alim orangnya, sering
berdakwah,
Tapi Allah Maha Mengetahui, bagaimana diri kita yang
sebenarnya, hakikatnya masih pendosa.
Malu bila;
Kita rasa senang bermaksiat,
Tapi lama-kelamaan makin tak tenang, rasa malu pada
Allah, penasaran adakah dosa akan diampuni olehNya
atau sebaliknya.
Malu bila;
Kita berdoa untuk masuk syurga,
Tapi hakikatnya amal kita tak seberapa.
Malu bila;
Dosa-dosa itu sifatnya berbau,
Nescaya takkan ada sesiapa yg mahu dekat dengan
orang yang banyak dosa seperti kita kerna kita pendosa tanpa
henti.
Malu bila;
Kita buat salah dengan manusia, kita payah untuk akui
dan memohon maaf terlebih dahulu,
Yang pastinya dosa manusia sesama manusia takkan
mudah diampunkan oleh manusia yang dikhianati.
Malu bila;
Kita pernah merasai kesenangan lantas melupakan Dia,
Dan ketika Allah beri dugaan dalam bentuk kesusahan,
kita rasa sangat malu pada Allah yang teramat asbab
kita sendiri yang melupakanNya.
.. "Sesungguhnya manusia itu tidak lepas dari membuat kesilapan..


KTP Siri 002

Imam al-Ghazali pernah berkata:
“Ketahuilah, bahawa engkau menderhakai Allah dengan anggota engkau sedangkan ia nikmat pemberian Allah kepada engkau dan amanah-Nya (simpanan) di sisi engkau, maka engkau meminta tolong (menggunakan) nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada Allah adalah sangat kufur nikmat Allah.”


SESEORANG yang ingin mengenalpasti sesuatu perkara atau benda, sama ada asli atau palsu, maka wajarlah terlebih dulu mengujinya dengan kaedah tertentu. Begitulah keadaannya keimanan yang terselit di dada seseorang, perlu sekali melalui proses ujian atau cubaan Allah untuk menilai sama ada teguh atau rapuh.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thobrani)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)

sebab yang membawa kepada matinya hati ialah :
Cintakan dunia.
Lalai daripada mengingati Allah.
Menggunakan anggota untuk melakukan maksiat.



Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sesiapa yang digembirakan oleh kebaikannya dan disedihkan oleh kejahatannya, maka dia adalah orang mukmin.” (riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan al-Hakim)


Ya Allah!
Jadikanlah kami bersama orang-orang yang berada di sisi-Mu dan bersama-Mu. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada seksaan api neraka.


“Ya Allah..! Bangkitkanlah kami daripada ketiduran orang-orang yang terlupa terhadap-Mu dan orang-orang yang tidak mengerti tentang Engkau…”


Sedikit peringatan untuk diri sendiri dan keluargaku:
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana
lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)
'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'
(Surah Al-Ahzab:71)