Tadi masa hantar anak kelas mengaji petang selfie sekeping. Hantar kat bidadari. Terharu tengok anak-anak penat belajar tertidur dalam kereta... Sibuk diri cari ilmu dan kasih sayang Allah...
Saya whatsapp bidadari senyum-senyum dan rasa sebak. Terima kaseh sayang letihnya hanya Allah tahu. Isteri urus hantar ambil anak-anak pergi balik sekolah setiap hari. Terima kaseh wahai bidadariku...anak ini penat sempai tertidur. Bagaimanalah bidadari saya setiap hari? Bagaimanalah seorang isteri penatnya. Masa bila mereka terlelap..masa bila mereka tidur..
Teringat dulu masa mula-mula dapat hidayah pergi belajar iman dan dakwah masa umur 12 tahun. Saya bawa adik saya yang masa tu 7 tahun. Dari kecil dia ikut saya jaga solat awal waktu. Sama-sama hafal Al-Quran dalam bilik. Hafal semua doa-doa. Ke mana sahaja kami berdua. Saya ingat dia laju hafal. Saya lambat sikit. Pukul 5 kami dah pergi surau sama-sama..
Saya melihat dia membesar. Sangat jaga solat awal waktu. Korbankan masa remaja untuk buat dakwah. Asal cuti masuk pedalaman buat dakwah. Setiap kali cuti beri masa buat dakwah..tentangan dan penghinaan orang tak terkira ada jer...hakikatnya disitulah belajar kasih sayang Allah.
Sentiasa tolong keluarga siang malam. Rajin tolong arwah mak. Tolong bapak. Bekerja siang malam bersama isterinya. Sentiasa berdua dalam satu pejabat. Tak pernah tinggal isterinya. Berniaga berdua bersama isterinya disamping menguruskan program training motivasi. Kini mempunyai lebih 30 kakitangan. Subhanallah..beliaulah yang orang kuat disebalik paramount coffee house dan elewsDesign. Allah bagi rezeki mencurah-curah padanya..
Allah maha kuasa. Benarlah Allah tak sia-siakan orang jaga solat. Allah beri rezeki tak sangka-sangka padanya semenjak dulu lagi. Berkat kejujuran dan kesabaran. Dia sangat sayangkan isterinya. Sentiasa berdua.
Rajin bekerja siang malam. Saya kagum tengok pasangan suami isteri yang saling bercinta berkasih sayang...dia selalu pesan pada saya hidup kita untuk redha Allah. Perjuangan masa kecil tak pernah selesai sampai kita bertemu Nabi saw dengan janji kita meneruskan kebaikan dan perjuangan agama...itulah pesanan arwah mak saya..
Walau kita buat training motivasi. Tetapi asal hidup kita Redha Allah. Nak kongsikan rasa nikmat perjuangan Islam ini. Bahagia bila niat kita betul...dia berusaha disebalik tabir bagi keluargasunnah. Teambuilding. Prokids. Katanya biarlah sebelum kita mati seramai mungkin rasai nikmat indahnya rasa Laa ilaha illallah.
Sebab tu wahai anakku. Takperlah penat sikit belajar. Penat berdakwah. Penat buat baik. Kerana natijahnya ialah iman dan kasih sayang Allah..-ebit lew
Tadi masa jalan dekat wangsa maju. Masa parking di sebelah saya ada sebuah kereta Audi baru parking. Saya tengah sibuk urus anak-anak turun dari kereta. Pemandu Audi tu tengok saya. Ikut jer saya bersama isterinya dan seorang anaknya...
Sampai masuk jerr dalam pasar raya. Dia terus salam saya. Ustaz Ebit lew kan? Yer saya. Selamat hari raya...
Ya Allah ustaz. Saya peminat ustaz no 1. Bidadari saya pun sama....saya mula kenal ustaz setahun yang lepas. Dulu saya kasar, keras dan tiada perasaan. Saya cuma tahu kerja jer siang malam. Isteri saya suri rumah. Dia stress tak pernah bawa jalan-jalan. Sebenarnya duit pun tak pernah cukup. Sehinggalah hutang makin banyak. Duit tak cukup walau kerja siang malam...
Saya mula dengar ceramah ustaz. Isteri saya beli buku ustaz. Dia baca isterikuBidadari. Dia hadiahkan. Saya baca sebab saya dengar cd ustaz. Dulu-dulu masa remaja saya ada belajar usaha dakwah. Solat berjemaah tapi semua dah tinggal...bila dengar ustaz ceramah, saya rindu semua tu semula. Rindu sangat ketenangan..
Syukur ustaz. Saya mula panggil isteri saya Bidadari sayang. Wahai bidadariku..saya solat berjemaah semula. Tak tinggal solat. Macam mana-mana pun mesti saya solar berjemaah. Buat amalan baca Hadis di rumah. Saya mula belajar semula usaha dakwah.
Semuanya berubah ustaz. Saya syukur sangat pada Allah...
Perniagaan saya menjadi. Tak sangka-sangka semuanya..Syukur pada Allah. Paling penting berkat cukup dan saya semakin belajar kasih sayang..ustaz bagi bunga pada bidadari... Saya bagi bunga pada bidadari saya... Ustaz masak. Saya mula belajar masak di rumah. Ustaz suruh buang sampah, saya buat. Ustaz lipat kain pun saya ikut.. ustaz kata buat baik pada mak ayah. Belanja mertua pun saya buat..
Ada sekali tu projek tu saya patut tak dapat dah. Saya sedih juga. Takdir Allah, saya beri hadiah pada mak ayah mertua, projek tu terus dapat...
Betul ustaz solat dan kasih sayang benar-benar ubah hidup saya. Allah beri semuanya. Terima kasih Allah. Segala puji Milik Allah....
Allah sayang abang dan isteri. Allah sayang..Dia peluk saya.
Saya sebak dan syukur kerana itulah niat saya masa tulis buku isterikuBidadari. Paling kurang setiap orang mula melihat pasangannya sebagai bidadari. Dan ingin menjadikan pasangannya bidadari syurga..buat wanita pula supaya mereka sedar mereka teramat istimewa dan mulia kerana merekalah bidadari di dunia dan akhirat. Menjadi bidadari paling mulia dan tinggi dalam syurga yang teramat sangat indahnya dan cantiknya-ebit lew
Semalam sebak tengok seorang wanita berjalan dekat parking bawa 4 orang anak. Semuanya kecil-kecil lagi. Seorang sedang didukungnya. Suaminya laju ke depan dan bawa satu plastik barang kecil dan sebelah tangan tengok phone..
Bila tengok 2 anak tadi tak pegang tangan ibunya dan biasalah anak-anak cuit-cuit dan bergurau dengan adik beradiknya. Saya berhenti kenderaan dan suruh mereka lintas. Saya tunggu sampai mereka dekat dengan keretanya dan masuk kereta.
Suaminya jerit dan marah isterinya. Apalah awak ni, kan kereta tu tengoklah anak sikit. Kalau apa-apa jadi macam mana. Kan parking.. Itupun tak reti. Lambat sangat.. cepatlah sikit kereta nak jalan tu...muka suami merah marah dan macam nak baling barang dalam kereta dan tutup pintu kuat-kuat...
Sedih saya tengok. Ya Allah berilah kelembutan pada suaminya...Betapa wanita itu tabah dan diam jer. Sedangkan dia pegang baby dalam pangkuannya..anak ada 3 lagi. Nak pegang guna apa agaknya..biarlah kereta lain tunggu. Memang sepatutnya yang perlu diutamakan ibu mengandung dan bawa ramai anak kecil..cuba kita try uruskan.
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..
Isteri mengandung 9 bulan..rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya..hargailah ibu. Hargailah isteri..
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.
Begitulah selalunya..
Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit...kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.
Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain...
Laaa itu tinggal...ini tinggal...apa awak ingat.
Bagi setengah lelaki siap tu siap..bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah, kunci pintu rumah...
Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri..pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Di marahnya pula. Ya Allah..
Kita marah bila isteri dan anak-anak tak dengar dan buat macam kita nak..isteri dan anak kita Allah yang punya. Kita semua Allah punya. Kita sampai hari ini banyak perintah Allah belum sempurna. Akhlak kita belum macam Allah nak. Kita bukan sesiapa, tak boleh buat apa-apa. Hanya Allah segala-galanya..
Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang-ebit lew
No comments:
Post a Comment